Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah kita telah menjejakkan kaki ke tahun 2013.
Kita telah Berjaya melalui tahun 2012 dengan penuh jayanya,mungkin. Macam-macam
perkara telah kita lalui sepanjang tahun 2012. Ada yang gembira,ada yang
sedih,ada yang seram, ada yang lawak, ada yang mematangkan, ada yang
menggilakan,ada yang membunuh. Fuhh..
Jadi entry kali ini aku nak gak la buat entry-entry macam
blogger lain, kunun-kununnya Memoir 2012.Haha..
Tujuan aku membuat entry ini ialah sebagai mendokumentasikan
nota kehidupan aku dimana pada tahun 2050 nanti aku boleh baca semula dan eh,
2012 aku kisah dia macam ni la. Terus menitiskan air mata mengenang zaman
muda-muda dulu. Cewahhh..
2012 merupakan tahun yang sangat mencabar buat aku. Tahun
yang besar. Tahun yang keras. Tahun yang lembut. Tahun yang membuai, tahun yang
menggoncang. Kerana itulah aku meluangkan sedikit masa aku untuk mencatat
nota-nota 2012 aku. Yang mana aku rasa aku sendiri dapat mengambil pelajaran
dan pengajaran begitu juga para pembaca dapat merasai bersama. Ayuh kita
mulakan!
Habis sahaja SPM 2011, aku terus balik ke Bangi. Dalam
kepala, semenjak awal 2011 lagi aku dah berazam nak jadi cikgu sementara tunggu
keputusan SPM. Maka Sri Ayesha Islamic School menjadi target aku. Aku pilih sekolah
ini kerana ia dekat dengan rumah aku dan budak-budak sini majority speaking
English. Maka objektif aku selain dari memupuk rasa kasih sayang terhadap
anak-anak dan membelai amarah panas baran aku ini ialah ingin memantapkan
English aku. Tercapaikah objektif aku ini? Haha..
Oh ya, aku mengajar budak-budak sekolah rendah. Dalam gambar
ini ialah anak aku kat nursery yang aku selalu pergi main dengan dia selepas
aku habis mengajar. Comel kan? Ok, aku rindu semua anak-anak aku kat Sri
Ayesha. :’)
Setelah sekian lama kami tidak membuat family gathering dan
pergi berjalan makan angin sama-sama, akhirnya kalau tak silap aku cuti tahun
baru cina 2012 kami berkesempatan pergi ke Cameron Highland, Alhamdulillah. Aku
kira ini merupakan family gathering yang terakhir buat selama-lamanya.(sebabnya
anda akan tahu sebentar lagi) Ops, kami tidak dapat berhimpun bersama didunia
tapi insyaallah di syurga kelak kami akan berhimpun dan bersama buat
selama-lamanya. Ameen..
“ Uishh.. kenapa peluk kuat sangat ni mama?”
“ Saja nak peluk, takut nanti ada orang ambil anak mama..”
Alhamdulillah 2012 juga aku berkesempatan keluar dating
bertiga dengan abah dan mama. Kami pergi makan seafood di salah satu persisiran
pantai Thailand. Pagi itu keluar rumah dan terus menuju ke destinasi yang
katanya seafoodnya sedap. Kami lunch di sana. Oh, rumah saya dekat dengan
sempadan Malaysia-Thailand. So kami driving sahaja. Hehe.. Sempat la ambil
beberapa shot gambar dengan mama dan jalan-jalan sebentar di tepi pantai.
“Ini kalau bawa aiman iman ni, mesti diorang seronok main
lari-lari. Nanti lain kali kita sewa chalet dan bermalam family kat sini la.
Seronok juga” mama ingat akan cucu-cucunya. Tapi hajat tak kesampaian…
*Muka aku lain gila. Nampak tua. Berkerut sebab tak bawa
spek dan silau yang amat.
Alhamdulillah. Ini gambar aku dan mak aku selepas aku
mengambil keputusan SPM 2011. Nampak muka aku gembira? Nampak muka mak aku
bangga? Alhamdulillah mama sempat tengok aku Berjaya walaupun sekadar SPM
sahaja. :’)
Aku kira selepas aku tamatkan kontrak bekerja di Sri Ayesha
dua bulan awal, maka aku ingin habiskan masa di Perlis dan dan bersama-sama
dengan parent aku. Ya lah, September akan datang aku akan pergi sambung belajar
jadi inilah sahaja sisa-sisa masa bersama di Malaysia. Tiba-tiba abah dan mama
nak ke UK pula. Aku frust gak la awal-awal tu. Rasa macam kena tinggal. Hehe..
Rupa-rupanya inilah honeymoon mereka yang terakhir didunia
ini. Abah redha mama. Mama bahagia bersama abah. :D
Ini kenangan bersama sahabat-sahabat saya yang awesome pula.
Tidak lama selepas mendapat keputusan SPM, kawan aku offer satu pass VIP untuk
melihat F1 2012. Dah la tak pernah g Sepang circuit tu! Fuhhhhhh! Walaweehhh!!
Aku melompat-lompat,dalam hati. Haha.. Untuk tau kisah panjang tentang ini korang
boleh baca kat SINI. Dalam gambar ini saya dan kawan saya sedang mengambil
makanan di dalam bilik aircond dan kami menikmati lunch kami bersama COO
Petronas Dagang. Whoaaa!!
Ya, tahun 2012 tahun yang menggoncang emosi aku dengan
goncangan yang dahsyat. Emosi, mental, rasional aku terganggu. Kami dikejutkan
dengan pemergian mama tercinta. Sangat tiba-tiba. Pagi itu aku sembang dengan
mama seperti biasa namun pada tengah hari mama sudah tidak sedarkan diri. Tidak
sakit apa-apa. Comel sungguh mama ni. :’D
Gambar atas ni gambar selepas pengebumian mama. Untuk baca kisah tentang mama aku boleh baca di :
Walau tidak cemerlang mana tapi tah macam mana aku telah
disenaraikan sebagai salah seorang pelajar cemerlang SPM 2011 di MATRI. Misteri
sungguh. Haha.. Gambar ini aku sedang bersalaman dengan Prof Dr Zamrin, pakar
Cardiothoracic di HUKM. Insyaallah suatu hari nanti aku akan jadi pakar
Cardiothoracic seperti dia juga. Mama tidak sempat tengok aku naik pentas pada
hari kecemerlangan. Haiiihhh..
Raya Aidilfitri 2012. Raya pertama tanpa mama. Senyum seribu
rasa.
2012 langkah bermula. Meneruskan perjalanan hidup menuju ke
hadapan. Aku meninggalkan Malaysia pada oktober untuk menyambung pelajaran di
Egypt. Aku disini menimba ilmu perubatan. Mencari pengalaman meluaskan
pandangan. Terus maju atas jalan dakwah ini. Insyaallah.
Walaupun aku selalu down di Egypt ini, mohon sahabat sahabat
ikhwah-ikhwah sentiasa disisi membantu. 2012 tahun aku kuat dan lemah. Tahun
aku di atas dan dibawah. Tahun 2012 tahun rojak.
Pengantin rasa selamat. Asal tiba-tiba gambar ini boleh
masuk? Whoaaa!!
Tahun 2012 aku membesar. Menjadi seorang ayah,guru,anak dan
suami.eh.
Ayuh bungkus kemas-kemas memori 2012. Jadikan bekalan untuk
terus menempuh tahun-tahun mendatang. Semua perkara ini membuatkan kita kuat
dan kental.
What doesn’t kill you makes you stronger! Hoyeaahhhh!!
Yang terakhir, mama dan abah aku comel. Kbai