Bismilahirrahmanirrahim..
Sinsing lengan baju. Bancuh milo panas. Pasang lagu motivasi. Hajatnya ingin menelaah buku-buku perubatan yang masih lagi segar tidak bersentuh. Banyak lagi chapter yang perlu difahamkan dengan baik. Semua persediaan sudah rapi. Ayuh, Mulakan!
Tertunduk..
Apa perasaan ini? Satu rasa yang aneh tiba-tiba datang menyapa. Perasaan yang cukup bisa. Saya letak semula pensel di sisi buku. Hajat tertangguh. Minda mula menerawang menembusi ruang ingatan. Mengeluh.
Apalah yang abah saya sedang lakukan di Malaysia sana?
Adakah ini homesick? Rindukan tanah air? Rindukan abah dan keluarga di Malaysia?
Ya, salah satu sebab kenapa saya berat ingin meninggalkan Malaysia adalah kerana saya akan meninggalkan abah saya seorang diri tidak berteman. Selama beberapa bulan sebelum saya fly, sayalah peneman setia abah saya,menggantikan tempat mama buat seketika. Pernah sekali abah luahkan kepada saya:
"Kalau Arief dapat Asasi perubatan UIA atau Tahmidi Perubatan USIM, abah rasa belajar kat Malaysia jela. Tapi ini dapat Asasi Sains UM, besar juga risikonya. Persaingan sangat tinggi kat UM untuk nak sambung belajar perubatan. Takpelah,pergi jela Mesir"
Ayuh kita berbicara lagak seorang yang sudah mampu menilai dan berfikir dengan penuh rasional dan matang!
Sewaktu saya berada di kursus pre-medic di UPM tempoh hari, pernah sekali ada seorang perempuan datang kepada saya dan berkongsikan satu masalah dengan saya.Saya tidak pelik dan terkejut kenapa saya terpilih untuk menjadi tempat rujukan dan meminta pandangan dari saya. Situasi kami sama. Hampir.
Case A
Si A telah kehilangan ibu tercinta seawal usia 9 tahun. Beberapa tahun selepas itu ayah beliau mengambil keputusan untuk berkahwin lagi. Kasih sayang yang diharapkan namun sebaliknya yang berkunjung tiba. Beliau mendapat mak tiri yang kejam. Lebih kurang macam dalam drama-drama melayu tu la.
Dia pernah disepak. Ditendang diterajang dan dipijak kepala. Adik beliau pernah dipukul dengan benda-benda keras. Sehinggakan mereka adik beradik mengalami trauma yang teruk. Paling kasihan ialah adik beliau. Sikap dan perangai telah bertukar menjadi seorang yang pasif. Kasihan bukan?
Cukup berkenaan kes si A ini.
Siapa yang pernah ditimpa musibah atau kehilangan merasakan dialah manusia paling malang didunia ini. Apalah salah dia sehingga Allah memberi ujian sebegini. Tidak mampu dia lalui semua ini. Kenapa Allah begitu kejam? Kenapa mesti dia bukan orang lain?
Saya mengaku,saya juga pernah terfikir begini apabila kehilangan ibu saya tempoh hari. Haiiihhh.. Astaghfirullah..Lembiknya kau Fahmi!! Dush!
Oraite,kembali kepada apa yang saya ingin sampaikan pada entry kali ini.
Saya seringkali mendengar mulut-mulut yang busuk melontarkan pandangan apabila seorang lelaki ingin berkahwin lagi apabila kehilangan isteri. Macam-macam komentar ditujukan kepada lelaki ini. Kononnya tidak sayang arwah isteri. Kononnya itu kononnya ini.
Anda pernah berkahwin dan pernah kehilangan isteri? Jika tidak pernah,jangan berlagak tahu apa perasaan apabila mengalami situasi ini!
Tidak kurang juga kekejaman yang dilakukan oleh anak-anak terhadap ayah mereka apabila mereka menentang ayah mereka apabila si ayah ingin menikah lagi. Kejam? Ya,mereka anak yang kejam!
Mari saya senaraikan antara sebab mengapa anak-anak tidak mahu ayah berkahwin lagi :
1) Harta. Ya, mereka takut harta-harta ayah mereka akan dikaut oleh mak tiri mereka. Walaupun harta hanya tanah sekangkang kera namun perebutan bagai nak rak. Manusia cepat kelabu mata apabila ingin berurusan dengan harta dunia. Kasihan si ayah kerana mendapat anak yang bodoh dan tamak sebegini.
2) Harta. Ya, masih lagi dengan harta. Anak-anak takut mereka akan mendapat adik tiri dan adikk tiri itu akan mendapat bahagian dalam harta pusaka ayah mereka. Nampak tak betapa tamaknya manusia ini? Mereka tidak sedar bahawa adik tiri mereka itu juga merupakan darah daging mereka. Asal dari mani yang sama.Berhak mendapat kasih sayang yang sama. Tetapi sebab harta, adik ini disisih.
3) Mak tiri yang jahat. Ini juga merupakan salah satu sebab utama yang bermainan di fikiran anak-anak. Mereka takut mereka bakal mendapat mak tiri yang jahat seperti di dalam drama-drama melayu. Ayah mereka akan dikawal oleh mak baru ini.
4) Mereka takut mereka akan kehilangan ayah mereka. Dengan berkahwin lagi, anak-anak khuatir ayah mereka akan berubah sikap dan semakin jauh dengan anak-anak, tidak lagi sama seperti dulu. Mereka hilang ayah yang mereka sayang dan kenal selama ini.
cukup la kot banyak ni saya senaraikan. Jika ada lagi yang penting dan saya terlepas pandang,anda boleh tambah diruangan komen entry ini. :)
Sebagai seorang anak yang baik dan bijaksana, anda sepatutnya dapat menguasai situasi ini dengan baik. Bagaimana dan apa yang perlu anda lakukan apabila situasi sebegini menimpa hidup anda. Adakah anda akan menjadi penentang yang hebat apabila si ayah ingin berkahwin lagi? Ataupun anda yang mencari peneman hidup untuk ayah anda?
*Hakikatnya anak-anak tidak ada hak untuk menghalang si ayah untuk berkahwin lagi. Puak yang menghalang ni puak yang terhegeh-hegeh dan bodoh sahaja. Bodoh agama.
Saya ingin bertanya kepada anda. Jika anda tidak benarkan si ayah berkahwin lagi apabila kehilangan ibu anda, siapa yang sanggup menjaga ayah anda? Anda? Anda mampu mengganti tempat seorang isteri? Jika anda mampu,saya ucapkan syabas kerana anda merupakan manusia super yang paling hebat di dunia dan sejarah peradaban manusia. Whoaaa!!
Menghalang seorang ayah untuk berkahwin lagi apabila kehilangan isteri merupakan satu penyiksaan anak-anak terhadap ayah mereka.
Si anak tidak akan, tidak akan mampu mengambil alih tugas seorang isteri kepada ayah mereka. Si anak tidak akan mampu menjaga makan minum dan sakit ayah mereka laksana seorang isteri yang mengendali tugas itu. Percayalah!
*Ego seorang lelaki lebih tinggi berbanding seorang perempuan. Si perempuan mungkin boleh tinggal di rumah anak-anak apabila sudah kematian suami namun bagi sang lelaki, ia bukan perkara yang mudah. Serius.
Jika anda sayangkan ayah anda, pasti anda akan benarkan ayah anda berkahwin lagi. Bukan sekadar setuju bahkan menyokong. Saya pernah dengar seorang pakcik berkata begini:
"Anak-anak yang menentang perkahwinan ayah apabila kematian ibu merupakan anak yang bodoh. Bodoh agama. Tidak belajar agama."
Ya,itulah hakikat yang saya nampak buat masa ini. Saya mendapati bahawa keluarga yang dibina dan didik dengan didikan islam yang baik tidak akan menghadapi masalah ini. Anak-anak faham tanggungjawab dan keperluan hidup sebagai seorang muslim. Mereka faham agama,mereka faham syariat. Maka situasi ini pasti akan dapat diatasi dan dilalui dengan harmoni. Tak percaya? Cuba buat pemerhatian! :D
Panjangnya entry saya kali ni. Haha.. Ini memang lepas perasaan puas-puas ni. Takpe,habis je saya tulis entty ini saya akan sambung semula ulang kaji pelajaran. Hehe.. Ok, saya nak tutup la entry ni. Jom buat kesimpulan!
Kesimpulan yang saya dapat simpulkan pada entry kali ini ialah, jika anda sayangkan ayah anda,benarkan dia berkahwin lagi. Tunjukkan sokongan moral anda kepada dia. Apa ingat ayah kau tak ada perasaan? Dah la tengah sedih hilang isteri ni pulak nak semak perut layan perangai bodoh tak matang anak-anak yang tentang dia? Haha..
Pembaca sekalian..
Saya berpendirian sebegini bukan bermakna saya tidak sayangkan mama saya dan ingin melupakan beliau. Ohhhh.. jauh sekali kawan-kawan. Saya sayangkan mama saya. Saya sayangkan ayah saya. saya sayangkan mereka berdua. Tapi cara ingin menzahirkan kasih dan sayang itu perlu bertempat dan kena pada caranya. Ya, ana perlu adil dalam memberi kasih dan sayang.
Dan..
Adillah dalam berfikir menilai dan menghukum!
Berkenaan ibu tiri yang jahat, carilah calon yang beriman kerana iman itu kunci kepada akhlak yang mulia. :)
Berkenaan ibu tiri yang jahat, carilah calon yang beriman kerana iman itu kunci kepada akhlak yang mulia. :)
Fahmi: Dalam senarai dilema di atas, satu sahaja saya lalui:
" Mereka takut mereka akan kehilangan ayah mereka. Dengan berkahwin lagi, anak-anak khuatir ayah mereka akan berubah sikap dan semakin jauh dengan anak-anak, tidak lagi sama seperti dulu. Mereka hilang ayah yang mereka sayang dan kenal selama ini. "
Jika abah tidak mahu berkahwin,kita hormati keputusan beliau. Jika dia juga dalam dilema, kita hulurkan tangan untuk memberi pandangan. Jika dia ingin berkahwin, ayuh kita carikan. Jangan lupa untuk mendoakan kebaikan untuk ayah kita. Oh ya, sudah pasti mama juga tidak akan dilupakan.
Menyokong dalam kesedihan. Istilah tepat untuk diri ini. Siapa tidak ada perasaan? :')
Saya sayang mereka berdua :') |
Pssss.. matang tak aku? whoaaa!! :p
SILA KOMEN! HAHA
SILA KOMEN! HAHA
matang ... I LIKEE
ReplyDeleteEheemmmm.. Matang?? :P semoga matang dalam semua urusan. :)
Deletesemua ayah berhak untuk merasa kebahagiaan kali kedua walaupun kebahagiaan yang akn dia rasakan berbeza...
ReplyDeletejdi ??
kita sebagai anak harus memberi mereka peluang dan peluang, kerana ALLAH juga selalu memberikan kan kita peluang..
fb: shahira ashikin bt abd rashid
Kita sebagai anak mendoakan yang terbaik untuk ayah kita. jika ada apa-apa yang mampu kita tolong,support mereka. itu tanda kasih kita. tentang bukan tanda kasih. :')
DeleteHakikatnya semua anak tidak akan suka ayah mrk kawen lain. Walau sebaik mana ibu tirj itu. Mrk x suka lihat perubahan pd ayah mrk. Ayah terjaga makan dan dan minum, kwn2 memuji nmpk lbh sihat dan muda. Anak2 x suka. Sy seorg ibu tiri yg sgt menderita dgn karenah 7 anak tiri sy yg semua sudah sgt dewasa. Yg sulung umurnya 31.
DeleteBerat mata memandang berat lagi bahu yg memikul..Semoga Allah berikan jalan keluar yg terbaik buat mereka..
ReplyDeletePS: penggunaan istilah saudara tiri harus kene pada tempatnya..ianya akan menimbulkan kekeliruan kerana menurut ISLAM tarafnya tidak sama dgn saudara seibu tp berlain bapa atau sebapa tp berlainan ibu..kerana saudara tiri itu jelasnya bukan mahram. Bimbang mereka yg x mengetahui akan terkeliru dan menganggap 'saudara tiri yg sebenar' itu adalah mahram dan boleh bergaul sama seperti adik beradik yg lain..
Peace- just my 2 cent...
Yupp..perlu berhati-hati. Dalam entry saya ni, yang saya maksudkan berkenaan harta itu ialah adik baru..fresh keluar lepas nikah ngn mak baru.hehe
DeleteAdik baharu bukan namanya adik tiri. in that case ialah adik sebapa, lain ibu. adik tiri taklayak dpt harta faraid tp adik seibu, sebapa, atau seibu bapa boleh ikut syarat2nya. Wallahua'lam
Deletesemoga mendapat petunjuk drpd Allah...n di kuatkan hati n iman..
ReplyDeletemmg sush klu duduk jauh dr family...sy pun ddk jauh dr family untk smbng medic....(means bkn kt Malaysia).....tp.....kita x blh menghlng mrk untk berkahwin lg, krn itu hak merk...kita sebgi anak hanya mampu mendoakn kebehegian mrk....erm..wlupun sy x pernah mengalaminya...juz bg pendapat jew....
p/s: follow my blog....http://princessdkrz.blogspot.com/
yup..doa tanda kita concern. jangan lupa untuk sentiasa doakan kedua ibu bapa. :)
Deleteyup..cukup matang..tak seharusnya kite sekat kebahagiaan org tua kite..if dah jodoh buat mereka..kite harus terima dgn aty terbuke..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAdA SEORANG SAHABT BERTANYA KEPADA SAYA..KALAU AYH KAWEN LAIN ADALAH KEPENTINGAN TERHADAP AYAH....TAPI APE KEPENTINGAN AYAH KAWEN KAPADA ANAK2, JIKA IBU TIRI NK BOLOT SORANG2 KASIH SAYANG AYAH??????
ReplyDeleteAPE PNDANGAN KORANG YANG ADER MAK TIRI....?????
Hmm... Saya memang ada mak tiri yang sebegini tetapi saya hanya abaikan dan tidak pernah mengambil tahu... Sakit tu memang sakit... Tetapi sudak takdir Allah, saya perlu kuat dan terima...
Deletekematangan menunjukkan akal dihadapan semasa berbicara......
ReplyDeletesaya merupakan ibu tiri kepada 4 org anak...kasih syg pd anak1 tiri tiada taranya. pada saya, kebahagiaan terletak pada kita n bagaimana kita mencari dan mencipta bahagia. Paling penting, terima ketentuan Allah dengan hati yang ikhlas dan redha. Prinsip saya mudah sahaja, Allah tahu apa yang terbaik buat kita
ReplyDeletematang & berfikiran positif
ReplyDeletegood ^^
I kawen n duda..usia i 23 n hb i 41 ms tu..anak2 tiri masa tu 13 n 7 thn..sedey bila anak tiri yg seksa mak tiri..difitnah..dituduh..supaya kami suami isteri xaman..silent rebel..hb pn pd mula percaya bulat2..dgn usia i muda..kne lak cmtu..byk kali lari rumah..anak tiri dpn ayahnya pijam semut xmati..berlakon bagai..hasutan dr mak nya yg xberapa nk elok hidupnya..dugaan sehebatnya i kne..mam mertua lg..smp skg..dh 5 thn..dorang masih lg mcm tu..sbb hb xpnh marah o tego..jd i pasrah je..trima je..anak i sndr pn dh 3 org..ape nk bt..anak tiri..anak i juga..xbertegur i selama 2 bulan..ari2 mkn ape masak..tp buat tokong dlm umh..sedey..sgt sedey..
ReplyDeleteCarikan wanita yg kuat agama utk dijadikn peneman ayah adalah pilihan yg terbaik. bgos admin
ReplyDeleteBerbalik kepada soalan anonymous apa kepentingan ayah kawin kepada anak ialah: ayah tak nak susahkan hati anak apabila anak duduk jauh dan asyik risau psal makan minum dan keselamtan ayah...dan xnak susahkan anak jika ayah sakit sebab ayah faham anak2 ada komitmen masing2..w/pun anak sanggup jaga ayah wktu sakit.sekian:)
ReplyDeleteterlebih matang pown ade...
ReplyDeletekne choose mak tiri yg elok2 n ayh jg kne adil...~~~
Saya pernah berayah tiri, mungkin disebabkan diri masih tidak matang (umur pun baru 13). Diri rasa tersisih malah bagaikan terbuang. Ditambah dengan adikberadik tiri yang sangat meng'annoying'kan. Tapi bila umur makin meningkat, boleh fikir baik buruknya. Setiap kebaikan perlukan pengorbanan :) Semuanya bergantung kepada penerimaan masing-masing.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBagi tiqa,perhubungan kita dgn kluarga yang brbeza ibu bapa tak perlulah mnjadikan sbgai satu permaslah. Aap yang pnting kita cuba lakukan yang trbaik dan bijak mngambil hati mreka.Yang pling pnting sntisa hormat pada mreka,mskipun trdpat prmaslahn antra mreka.Sbnarnya kita yg suatu hubungn itu sama ada mnjdi suatu institusi keluarga itu bahagia atau lintang pukang.Apa yg lbih pnting kita btulkan niat dan ikhls mnerim mreka.Sntiasa mndoakan yg trbaik dan brgantung pd allah,pncipta kita sntiasa agr kita xkan prnh trlpas pndam suatu yg pnting dlam hidup kita antranya kebahagian dalam keluarga. :)
ReplyDeletesatu hal lgi,akn lbih baik kita melihat parent kita happy dari sedih...apa2 pun berusaha,tawakal dan berdoa sntiasa.
ReplyDeletePerkahwinan ke-2 ayh sy... byk mmbwa pnderitaan kpd family sy..shiggakn sy sndiri brubh sikap..bkn sy ja trseksa..ayh sy sndiri pn terseksa dgn sikap maktiri sy..sy ksian tgk ayh sy..tp sy xthu apa nk bt...
ReplyDeletesabar yer nursa...
DeleteTahniah fahmi, ko memang sial!!!! ko nak kutuk mak tiri ko g cari la pelacur 'luahkan perasaan'... sekarang org citer pengalaman pahit masing2.. buka aib sini sana... pui...
eh awak..kembali semula! ingat dah tak baca blog saya.terima kasih sebab sudi sumbang traffik kat blog ni. syukran atas keprihatinan. :D
Delete