Tips Mengurus Emosi Apabila Kehilangan Insan Tersayang


Bismillahirrahmanirrahim..

Straight to the point. No muqaddimah! (firsttime)

Hari ni aku ada dapat satu mesej... Identiti pengirim tersebut terpaksa aku rahsiakan demi keselamatan diri dan keluarga beliau (over gila! haha )

"Salam Arief, boleh aku tau mak kau meninggal sebab apa? dan macam mana kau boleh urus emosi kau lepas kehilangan mak kau ni?"

Lebih kurang macam ni la mesej tu. Aku tak tulis sebijik-sebijik. Maka pertama sekali aku nak analisis terlebih dahulu apakah unsur-unsur yang terselindung disebalik mesej ini. Jom terjah!

1) Aku yakin bahawa budak ni tak pernah baca blog aku! Hahaha.. Kalau dia pernah baca,mesti dia tau mak aku meninggal sebab apa dan sudah pasti air matanya pernah menitis di atas keybord laptopnya akibat tidak dapat menahan perasaan tatkala membaca entry2 aku. Okey,over disitu! Whoaa!

2) Dimata beliau,aku merupakan seorang jejaka yang hensem,macho dan kuat. Sebab aku berjaya membuktikan bahawa aku seorang yang hebat untuk berhadapan dengan ujian ini. Maka beliau ingin menanyakan tips itu kepada aku. Yeaaahhh!

3) Dia juga pernah melalui detik yang sama seperti mana aku pernah lalui ini. Dan dia agak sukar untuk adapt dengan ujian ini. Beliau sedang berada dalam mood sedih. Namun beliau cuba berlakon seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Namun jauh disuduh hati beliau,beliau gagal untuk kuat menghadapinya. :')

Maka disini aku ingin sisipkan beberapa tips yang aku sedang amalkan. Walaupun tidak cemerlang mana namun ia berkesan. Insyaallah...

1) Sibukkan diri anda! Cuba cari kerja dan tugasan yang boleh membuatkan anda sibuk dan super sibuk. Bila sibuk, masa untuk melayan perasaan akan berkurang maka anda tidak akan hanyut dalam gelora perasaan dimana boleh mengurangkan produktiviti anda. Macam aku, life seorang pelajar perubatan, seorang internet marketer dan ketua sudah memadai untuk membuatkan aku tidak cukup tidur apatah lagi untuk mengelamun melayan perasaan.

p/s: yang putus cinta pun boleh amal tips ni tau. ahaha.. :p

2) Berusaha untuk bersama dia! Anda jangan biarkan kesedihan anda itu menumpulkan daya anda, mengurangkan momentum anda dan menjatuhkan prestasi anda. Tetapi, jadikanlah ia sebagai batu loncatan untuk meningkatkan usaha dan menggandakan hasil. Lakukan amalan-amalan yang membolehkan anda lepak bersama-sama insan tersayang itu di syurga nanti.

Contoh: Banyakkan amal ibadah. Belajar rajin-rajin. Kerja rajin-rajin. Tips ini pun ada kaitan dengan tips yang pertama.

3) Sila lihat orang di bawah anda! Aku selalu ulang lagu So Soon by Maher Zain sambil cakap dalam diri " kenapa terlalu awal? cepatnya Allah nak ambil mak aku. So soonnn.......". Tapi satu peristiwa telah menyedarkan aku. Bulan lepas, bekas anak murid aku kehilangan mak dia dan ketika itu dia baru sahaja berusia 10 tahun. 10 TAHUN! 9 tahun lebih awal dari aku. So, aku patut bersyukur aku dapat hidup 19 tahun dengan mak aku.

Aku tetap jeles dengan ayah aku. Sampai sekarang,dia masih lagi ada ibu. Ok Fahmi, Bersyukur!!! Baikkk...

Ini jela kot tips yang aku boleh kongsikan. Renung-renungkan dan selamat beramal! ^^

Fahmi: entry kali ini banyak unsur over acting. harap bersabar. ahaha.. btw, jangan lupa doakan mereka yang telah pergi. Alfatihah. :')
Comments
12 Comments

12 comments:

  1. hanya yang pernah MENGALAMI akan MEMAHAMI...
    ^_^

    ReplyDelete
  2. salam..sy kehilgn mak tercinta pda umor 20thun..pada mulanya terfikir kenapa cept sgt mak pergi..tp bila tengok adik bongsu yg pd ketika itu umur 10 thun...rasa sgt ksihn pd dy..wlau dy msih sgt mnja dgn arwh mak..tdo pon kdg2 dengn arwah mak lgi msa tue,tp dy x tunjuk sgt dy sedih..then.sy tbh kan hati untuk dy..yg penting redha.. kematian itu pasti..janji ALLAH itu pasti.smoga roh arwah mak ditemptkn dikalgn hambaNya yg solehah,..Aamiin...wallahualam..

    maaf pnjg plak komen.. :P

    ReplyDelete
  3. Srikandi Islami4 August 2012 at 01:54

    kata ustaz.. tnda kematian yg brkat adalah isteri meninggal dahulu dari suami... alhamdulillah.. perkongsian yg bermakna...

    ReplyDelete
  4. tips yg berguna...syukran ,nandre~....tp kdg2 sukar utk hati n telinga pabila mendengr teman2 bercerita psal org tercinta mereka tp cube kuatkan diri jugak,lakonkan ceria...
    kdg2 tertanyer2 lg ,adekah hati ini benar2 sudah redha dgn ketentuan Ilahi ini?...
    smoga hati ini benar2 redha dgn ketentuan Ilahi,kerna sesungguhnya kte hanyer lah sbg hamba-Nya yg tidak berhak utk menyoalkan ketentuan-Nya,yakin ketentuan ini menandakan Allah syg kite,ingin dan rindu tuk mndgr rintihan hambaNya..
    Allah mengambil seseorg yg kite cintai utk menggangantikan sesuatu @seseorg yg lebih baik..inshaAllah...setiap ujian,ketentuan PASTI ade HIKMAYNYA..
    ...kasih syg Allah lg BESAR dr ketidaksyganNya..masyaAllah~

    ReplyDelete
  5. 17 tahun terlalu awal....selalu tertanya2 kenapa arawah mak pergi dengan terlalu awal...blum puas lg merasai kasih sayang darinya..setiap malam mengalir air mata kerana terlalu rindu kannya..tapi hanya sujud terakhir yg menjadi penguat hidup ni...dia akan bersedih jika anaknya bersedih disini..urmm....mmg rasa sgt cepat pemergiaannya..sekarang tiada lg yg menjadi penguat hidup ni,,,tiada lagi tmpt bermanja..mengadu kasih..rindu pelukannya,ciumannya..masakannya...leterannya,,urmm..moga arwah mak bahagia di alam sana...syurga menantinya,,insya'ALLAH...

    ReplyDelete
  6. sy pon tlh kehilangan org tersyg.....btol....dgn menyibuk kan diri kite akan lupe kn kesedihan...dgn buat sibuk tk bermakne kite nk lupe kan arwah....tp utk meneruskan kehidupan....
    sy pon buat perkara yg sama....redha dgn ketentuan Ilahi...kemudian trus kn hidup dgn sibuk kn diri..kerja rajin2..keluar dgn kwn2....pergi ke ceramah2 atau majlis ilmu.....dan utk tenangkan diri berjemaah di masjid setiap mlm jumaat....bace yassin ramai2...
    usaha,doa dan tawakal kpd Nya...Al Fatihah...

    ReplyDelete
  7. Kalau kita sayang, Allah lebih sayang. Bila rindu, baca fatihah, baca quran dan berdoa utk mereka di 'sana'. Entah bila pula giliran kita...

    ReplyDelete
  8. Kalau kita sayang, Allah lebih sayang. Bila rindu, baca fatihah, baca quran dan berdoa utk mereka di 'sana'. Entah bila pula giliran kita...

    ReplyDelete
  9. semoga kita berjumpa di syurgaaaa. Allah tau kita kuat :)

    ReplyDelete
  10. akak pun hilang orang yg akak syang iaitu anak akak.thun ini merupakan thun prtma akak beraya tnpanya.terlalu muda untuk nya pergi awal tpi tulah yg ter baik.di usia 14 thun dia pergi untuk selamanya.dia pgi krna komplakasi deman panas.apa yg ter baik skrang untuk awk sentiasa hntarkan doa untuk nya.itulah yg terbaik.jgn selalu lupa akan nya.sentiasalah berdoa untuknya.

    ReplyDelete
  11. tak ada apa yang mampu dikata hanya... :),kerana aku masih punya mereka yangku sayang. Ya allah,smuanya bimbingan terbaik kurniaan mu ya allah. terima ksih...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...