Bismillahirrahmanirrahim..
Kali ini saya ingin berkongsi kisah dan pengalaman hidup saya. Kisah saya yang mungkin biasa dimata anda namun luar biasa di hati saya. Selamat membaca dan selamat berkongsi artikel ini dengan teman-teman anda :)
Pada tahun 2010 saya telah berkenalan dengan seorang sahabat yang saya kira cukup istimewa ketika itu. Seorang gadis sosial yang kehidupannya agak jauh lari dari landasan syariat Islam. Tapi saya bersyukur kerana naluri hati,fitrah inginkan kebaikan masih lagi tidak terpadam dari jiwanya.
Ok,nama sahabat saya ini ialah Adibah
Kami rapat. Kami banyak berkongsi cerita dan pengalaman hidup.Nak dijadikan cerita si Adibah ni ada seorang kawan rapat berbangsa cina beragama kristian yang bernama, Joey. Kami panggil dia Joey sahaja. Mereka sahabat yang teramat amat rapat. Saya nampak keakraban mereka. Cuma mereka ada sedikit masalah dan masalah ini si Adibah selalu mengadu dan berbincang dengan saya.
"Joey selalu tanya macam-macam soalan pasal islam kat aku. Tapi aku tak dapat jawab. Ilmu aku sikit tentang Islam walaupun aku beragama Islam. Aku malu..."
"Joey selalu pertikaikan hukum dalam Islam.."
"Joey selalu cerita tentang agama dia, kebaikan agama dia.."
Saya pun layan la dan cuba beri nasihat serta panduan setakat yang saya mampu. Kalau ada apa-apa yang tak terang dan dia tak tahu,saya akan terangkan kepada dia setakat mana ilmu yang saya ada.
"Joey tu paderi muda kat gereja. Dia aktif dalam kegiatan nak murtadkan orang Islam. Dia ada join pertubuhan yang kerajaan Malaysia dah haramkan..."
"Joey tengah nak dakyah aku untuk masuk agama dia,kristian..."
Saya dengar sentap jugak la. Mulai dari saat tu saya menjadi kaunter pertanyaan.Haha.. Setiap isu yang dibangkitkan oleh joey, Adibah akan tanya kat saya dan saya cuba untuk mencari jawapan. Tapi seingat saya tak banyak sangat pun isu tu. Ada kebaikan jugak la situasi ni. Saya banyak membaca dan mengkaji pada waktu itu. Video Ahmad Deedat dan Dr Zakir naik menjadi tontonan harian! :D
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
''Dah
lama saya simpan perkara nie.. dah lama saya nak cerita pada awak.. cuma jarak
antara kita, membuatkan saya tak sempat nak cerita..''
''saya
betul-betul buntu selepas segala pendebatan, kajian... saya keliru..saya tak
tahu..saya TOTALLY LOST.. saya tak tahu sama ada jesus atau Allah mana satu
yang benar? saya cuma tahu dunia ini punya satu tuhan.. persoalannya siapa?
siapa? Jadi saya berdoa kepada God agar diberi petunjuk kalau dia benar-benar
berkuasa tunjukkanlah saya jalan menuju ke arah Nya.''
Hujan
renyai malam tu.. suasana sejuk dalam kereta, dan segala bunyi berpusat ke arah
suaranya.. aku di sisinya mendengar setiap butir perkataan dengan penuh teliti,
begitu juga dengan ayah ibu yang berada di kerusi depan.. abah yang dari tadi
senyap..sama seperti aku, jiwa getar mendengar..
''saya
ada dapat dua mimpi yang pertama..
saya
mimpi bila saya buka pintu rumah saya nampak banyak mayat bergelimpangan.. tak
kira sama ada kanak-kanak, orang tua,
remaja.. segala peringkat umur di situ.. saya takut.. saya takut, terdetik
dalam hati ''ini ke tanda khiamat?''.. jadi saya lari sekuat hati dari situ..
sehinggalah saya tiba ke sebuah hutan.. sampai di hutan saya nampak ada seorang
lelaki pakai jubah putih..saya lari dari lelaki tu, kerana bagi saya itu
mungkin jelmaan hantu.. lelaki tu sempat berkata sesuatu kepada saya '' kamu..
kamu tak tahu tuhan kamu siapa...''
saya
terus berlari sehingga saya sampai ke pejabat pendaftaran agama..dan di situ
saya mengucap.. bukan itu saja, saya nampak banyak kawan-kawan kristian nak
mengucap, memilih islam..
mimpi
kedua..
masa tu
saya drive kereta.. saya tak pernah drive kereta.. tetapi entah kenapa dalam
mimpi tu saya drive pulak.. saya pandu sehinggalah kereta saya terbabas dalam
sungai.. saya cuba lepaskan diri tapi semua pintu berkunci..air semakin penuh..
sehingga melepasi paras kepala saya tak boleh bernafas lagi...
masa tu
saya rasa badan saya seolah-olah betul-betul berada di tempat kejadian... saya
tak boleh bernafas ! saya hentak cermin kereta akhirnya saya tak berdaya..semua
kelihatan kabur..
dan
dalam mimpi tu saya bercakap '' Ya Allah..sesungguhnya aku belum bersedia untuk
mati ya Allah.. berilah aku sekali lagi peluang ya Allah..''
berdoa...berdoa
dan terus berdoa...
dua
mimpi nie membuatkan saya nekad untuk melafazkan syahadah...
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ini penulisan dari blog kawan saya, Adibah. Kisah ini ditulis sebelum kisah ini mula tersebar di majalah,blog atau mana-mana media massa lagi. Kisah ini joey yang terus cerita kepada Adibah. Sama kan macam yang keluar kat dalam majalah,blog atau pun paper. Kan kan? ^^
Joey kenal saya. Joey tau saya berkawan dengan Adibah.Pada suatu hari...
Adibah nak perkenalkan saya dengan joey.Adibah cakap nak biar saya berkawan dengan joey so saya boleh la berdebat atau berhujah dengan joey tentang Islam dan kristian. Menarik tawaran ini! Tapi pada waktu tu saya rasa saya masih tak mampu nak berhujah dengan non-muslim dan saya takut saya terpengaruh so saya tolak tawaran tu. Lagi satu, si joey ni kurang fasih bahasa melayu so saya tak konfiden dengan english saya masa tu. Kang saya cakap lain,dia faham lain,punah jugak kan? huhu..
Tiba-tiba pada satu hari di bulan ramadhan pada tahun 2011,saya mendapat panggilan telefon dari Adibah.
"Alhamdulillahhh.. Alhamdulillahhhh... Joey dah mengucap dua kalimah syahadah!!!"
Waktu tu saya ingat lagi saya baru nak masuk rumah. Terduduk kejap. Masuk dalam rumah, terus sujud syukur. Alhamdulillahhh.. Allah dah kabulkan doa kami. Saya nak nangis. Serius rasa terharu yang amat!!
Loo Joo Yee, seorang gadis non-muslim yang pernah wujud dalam doa sujud terakhir solat hajat saya setiap hari. Tahun SPM saya melazimi solat hajat setiap malam dan nama Joey sentiasa terselit bersama. Semoga Allah membuka pintu hati dan memberi hidayah kepadanya. Alhamdulillah makbul! :')
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Seumur
hidup aku tak pernah buat sujud syukur.. ini yang pertama.
Selalunya
segembira apa, aku akan tergelak lepas tu baru teringat nak ucap Allahamdulilah
.. teruk kan?
Aku tak
pasti adakah hari ini malam Lailatul Qadar..tapi apa yang pasti Dia mendengar
doaku, mengabulkan permintaan ku.. tangis dalam sujud itu terjawab..
Tiada
yang lebih indah, selain hadiah di ramadan ini.. hadiah yang selama ini aku
tunggu..
yang aku
sangat harap2 kan dari dulu..
Tak
mampu menahan, aku sujud syukur pada-Mu.. Alhamdulilah ya Allah sungguh engkau
benar2 tunjukkan kebesaran mu pada hari ini, 26 Ogos 2011. Membuatkan lebih
sedar akan diri yang terlalu kerdil..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ini entry yang telah ditulis Adibah setelah joey memeluk Islam. Kami gembira. Kami Bersyukur! :')
Sekarang Joey sudah beragama Islam dan sedang ligat berdakwah untuk menyebarkan Islam. Adibah pula Alhamdulillah juga sedang ligat mendalami islam. Dulu tidak bertudung Alhamdulillah kini sudah lebih dari tudung. Dua sahabat karib berhijrah bersama. :)
Sampai sini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Mungkin tak ada apa-apa isi yang bermanfaat untuk anda semua jadi saya ingin memohon maaf. Sebelum saya tutup,saya ingin simpulkan pengajaran yang saya boleh perolehi dari pengalaman ini :
1) Lepas ni kena tingkatkan lagi usaha mendalami ilmu islam. Biar Faqih.
2) English kena power,senang nak dakwah
3) Sentiasa mendoakan kebaikan untuk orang lain
4) Orang kafir bersungguh-sungguh menyebarkan agama mereka, kita?
Ok,Last...
Ini antara isu yang pernah dibangkitkan oleh joey kepada Adibah dan Adibah minta saya tolong carikan jawapan.
"Kenapa Islam nak haramkan arak? Arak kalau ambil sikit bukan beri mudarat pape pun. Kalau banyak yelaa.. Kalau dalam kristian arak ni kira macam anugerah kepada ktorang dan dalam masa yang sama ujian. Boleh minum sikit-sikit untuk tujuan berhibur tapi tuhan nak uji tengok hamba dia dapat control diri tak dari minum banyak-banyak. Baru adil macam tu. Ini nak haramkan terus benda yang best macam arak tu. Tak adil Islam ni."
Haa..Lebih kurang macam tu la persoalan yang ditimbulkan oleh Joey. So apa jawapan yang korang boleh bagi jika korang alami situasi macam saya alami ni? Jom kongsikan jawapan anda di ruangan komen. :)
Fahmi: Melepas aku!! Kalau tak....mungkin dah boleh dapat bini amoi dah. Just kidding! :p
*Blog Adibah saya terpaksa rahsiakan dan kami sudah tidak berhubung lagi sehingga hari ini atas sebab-sebab tertentu...
*Blog Adibah saya terpaksa rahsiakan dan kami sudah tidak berhubung lagi sehingga hari ini atas sebab-sebab tertentu...
Tak kenal Joey? Boleh tengok video ini :)
Persoalan ini pernah diwujudkan dalam kelas agama ketika di sekolah. Ada rakan bertanya kenapa arak haram walaupun sedikit? Jawapan ustaz mudah je. Cuba kita tengok air kosong. Bila kita titiskan setitik nila, air yang asalnya colorless tetap bertukar biru. Same goes to arak. Bila dah hukumnya haram. Even setitik tetap haram hukumnya. Setitik mungkin tidak memudaratkan. Tapi kalau dah setiap hari setitik masuk dalam badan. Lama-lama tetap mudarat jugak. Sekadar berkongsi jawapan ustaz. Assalamualaikum. :)
ReplyDeletepaling suka comment awak...mudah simple dan senang difahami... ^_^
DeletePandangan saya, islam mengharamkan arak adalah sebab untuk menguji manusia daripada terjebak dengan perkara yang buruk. Sebab kita pernah dengar yang "arak ialah ibu kepada maksiat". Jadi, jika seseorang itu minum 1 titik sahaja, amalan dia takkan diterima Allah selama 40 hari. Sebagai contohla, korang minum air milo setitik dua titik. Mesti tak puas kan ? So mesti korang nak lagikan ? Hah ! jadi samakan lah dengan arak. Segelas dua gelas memang tak cukup.. Walaupun sikit, jika diamalkan berapa banyak dah korang minum ? Selain arak dapat memabukkan ia jugak dapat memudarat kesihatan kita. Sebab islam ni agama yang tak menyusahkan. Lagipun, para ulama pun ada kata " Didalam syurga nanti akan ada sungai air susu dan sungai air arak yang mengalir, kita boleh minum ia bila-2 masa dan berapa banyak yang kita nak" Itu ialah kata-2 ulama. Contohlah, kenapa kita takleh sentuh anjing sedangkan ianya tak membahayakan ? Islam ni mudah dan tak menyusahkan. Jadi, kita ikut sahaja apa yang terkandung dalam alquran dan hadis dan al-sunnah Rassululah. Tinggalkan apa yang dilarang. Semua itu mudah... Yang mudah jangan disusahkah.
ReplyDeletesesungguhnya arak itu adalh raja segala kejahatan setitik je arak tu msuk ke dlm bdn syaitan sdh msuk ke dlm fkiran maka kecundang lh kt dek krana hasutan syaitan...jd trpulang lh pd kt skiranya kwn ataupun saudara kt terlibat dgn rakan2 yg suka minum arak maka tegah lh dia dr mngikut jejak mreka....assalamualaikum
ReplyDelete........
ReplyDeletesaya amat setuju dan suka dengan hujah2 yg dberi oleh fara dan anonymous.. saya tidak pandai utk explain.. tp betul kata2 mereka.. setuju.. walaupun sy x pandai sgt2.. insyllah admin blog.. saya akan lebih mendalami ilmu agama islam ini dgn lebih serius..
ReplyDeleteislam adalah agama yang konsinsten dan menyeluruh.. hukum minum arak samaada sikit atau banyak ianya tetap haram.. hukum ini bukan hanya terpakai pada minum arak sahaja.. malah kesemua hukum.. seperti mencuri.. walaupun hanya mencuri RM 1, maka ianya tetap mencuri dan hukumnya tetap berdosa.. sama juga dengan hukum berzina.. tidak kira la berzina hanya sekali atau 2 kali atau 3 kali.. ianya tetap dosa besar.. saya harap penjelasan saya dapat difahami.. untuk lebih pencerahan sila rujuk ustaz..
ReplyDeletearak kan buat org ketagih, mcm joey ckp sebelum msuk islam...kalau semua org dlm malaysia ni dah ketagih, abis la negara melingkup...semua segi hancur, ekonomi, sosial dan segalanya...
ReplyDeletesetitik arak yg diminum 40 hari ibadt umat islam xditerima.kalu sebotol?berapa lama pula?
ReplyDeletesbb tu Allah da haramkn arak.manusia cpt leka dan terpedaya.Allah da tau apa yg akn jad pada mnusia harinie.
Ada kah sesuatu yg sedap org minum sikit2?
ReplyDeleteDi sini kita boleh gunakan prinsip 'sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit'. Kalau setiap kali kita minum sikit dan sikit, mungkin lama-lama kita akan ketagih sebab semua sedia maklum yang arak tu bersifat 'addictive'. Kita ni manusia, mesti berjihad melawan nafsu dan bisikan syaitan, ditambah pula dengan hati dan iman yang lemah serta tidak menentu, kita mesti kuat. Wallahualam
ReplyDeletenice entry, mmg x sume org boleh menulis sperti enta, keep it up!
ReplyDeleteSebab Allah sayang sangat kat kita. Allah tahu yang mana baik dan yang mana buruk untuk kita :) minum arak hanya mendatangkan keburukan, takde langsung kebaikan. sebab tu la Allah larang kita. macam ibu kita, kalau dia tahu sesuatu tu bahaya untuk anak2, mesti dia nak letak sejauh boleh benda tu dengan anaknya. contohnya air panas satu periuk tengah mendidih, anak dia nak datang dekat. mesti ibu cakap "pergi main sana, sini bahaya". ada ibu cakap "main sini dekat2 sikit takpe, jangan masuk periuk sudah". takdekan? :))
ReplyDelete.arak menghayalkan manusia,Allah xnak kita pulakan solat kita....
ReplyDeletemungkin mula2 kita cuba sedikit... tapi lama kelamaan, mesti minum banyak.... macam yang (Anonymous2 September 2012 16:01) ulaskan.... benda sedap takkan minum sikit je.....
ReplyDeletetersentuh hati bila baca artikel ni :') sedangkan org kafir yang memeluk Islam tu terus jaga aurat apatah kita yang sememangnya sejak azali dilahirkan sebagai Muslim.
ReplyDeletekerana dalam islam mencegah/menjauhi lebih utama drp mengubati....& sesungguhnya Allah itu maha mengetahui zina, arak & mencuri adalah penyakit yg x mampu difikirkan oleh akal manusia utk mengubatinya, maka diturunkan hukum & larangan sebagai panduan manusia hamba yg lemah....wallahuallam
ReplyDeleteitu punya arak..kalau sikit minum pun akan ketagih woo...lu kata kalu sikit tak jadi masalah...ini tarak mungkin...
ReplyDeleteini punya agama(ISLAM)nak uji ini punya olang islam..kerana diorang ada bonus woo..iaitu di AKHIrat la..dalam syurga..ada bagus punya arak woo..Apa itu Arak..?Arak yang TErbaiKK..tapi tak memabukkan...
xsilap sy arak ni diharamkn maaa zaman rasulullah. salah satu sbbnya org muslim time tu minum smpai mabuk n langgar waktu solat. kalau pape yg leh ganggu ibadah better kita tinggalkn kan? kalau xmabuk pn, hangover ke biol sket2 sbb minum arak pn dh leh bt xkhusyuk nk solat ngaji semua..
ReplyDeletedr segi sains n kesihatan plak, badan manusia ni de tolerance kt pape yg kita selalu makan. cth mcm ubat painkiller atau antibiotik, xelok klu selalu mkn. sebaik-baiknya elakkn, sbb klu xbtul2 sakit nnt kita mkn pn xjd ape, kne amik yg lg kuat. caffeine dlm kopi pn ramai yg ketagih. ramai gak yg klu bgn pg xdpt kopi jd zombie kt tmpat keje.. hehe.. arak pn sama la, masa mula2 msti org minum sket2.. suku cawan pn xabis. last2 1 jag dia leh tibai sorg.. arak ni klu minum dlm kuantiti byk bahaya, sbb leh dpt mcm2 penyakit. selalunya klu org yg dh lama minum xsedar diorg minum byk. sbb badan diorg dh de tolerance, minum byk pn xmabuk. jd bg diorg, diorg xbyk minum la, sbb xmabuk lg.. sebaiknya kita elakkn. klu kopi tu suka hati la nk ketagih ke apa, asalkn minum air kosong byk2. sbb efek dia diuretik, jd byk kencing. klu minum byk tkut bdn kurang air. tp ok pe kencing byk, leh buang toksin.. hehe.. sy bkn pakar pn, pakai common sense je.. selalu klu nk debat ngn org bukan islam kita kne pakai logik n sains, sbb klu setakat ckp xboleh sbb haram diorg xlyn.. lg diorg fikir islam ni mengongkong nnt..
Assalamu'alaikum...Bismillahirrohmanirrohimm...ttg diskusi arak~kenapa diharamkan minum arak,wlaupun sedikit.mengikut apa yg sy pelajari,Allah Taala memerintahkan pengharaman arak mengikut logik akalnya krn arak itu memabukkan.tp bila minum sedikit rasa xmabuk itu pun xboleh menghalalkan hukum arak.Ini krn prinsip ta'abbudi Ila LLah (pengabdian pd Allah)seperti mana kita beramanah dgn Allah,sedikit atau banyak,jika Allah perintahkan 'JANGAN!',jd sebagai menunjukkan kita hambaNya yg mempercayai Allah ini Maha Luas IlmuNya,Maha Mengetahui apa yg kita perbuat,zahir atau rahsia,Maha Berkuasa memuliakan kita dgn ni'mat SyurgaNya,ataupun murka dgn menghumbankan kita ke jurang Neraka~minta Allah jauhkan kita semua..Sebenarnya,dlm sesetengah hukum,kita xboleh menggunakan akal cetek kita semata2,sedangkan ada hukum syariat yg memerlukan kita mengikut tanpa soal,percayalah wahai saudara2ku,Allah itu amat mengasihi hambaNya...takkan Allah Taala nak menyusahkan kita dgn peraturan syariat yg telah digubal olehNya Yang Maha Mengetahui apa yg telah terjadi,yg sedang terjadi dan yg akan terjadi.Jadi,bersikaplah sebagai hamba pd Allah Taala yg Maha Kaya dgn belas ihsanNya...
ReplyDeleteIslam mengharamkan arak kerana manusia nie bersikap alpa...ble dh cuba nk lg, ble minum setitik nk lebih lg... So, ble dh minum lbih dn mabuk mulalh hlng kewarasan dn tu yg buat benda2 maksiatlh, kejahatanlh spt bunuh dn sbgainya...ble mnum arak nie bleh mnghilangkan kwarasan akal....sbb tulh dlm Islam menharamkan arak... Tp yg lg best klu tk mnum arak, kte bleh mnum arak kat Syurga nnti...InsyaAllah....
ReplyDeleteAllah mengharamkan arak walaupun sedikit sebab ianya memudaratkan...lagi satu dalam soalan itu dia cakap"arak itu anugrah bagi diorang dan dalam masa yang sama ujian".kita kena ingat manusia ini ada NAFSU...serupa lah ambil ambil contoh perempuan...kenapa perempuan mesti tutup aurat,boleh ke tengok sikit sikit atau raba sikit sikit...lama kelamaan mesti buat zina punya kan?serupa la dengan arak tu...kalau bleh minum sikit sikit lepastu hari hari lama lama jadi apa..."gara gara nila setitis,rosak susu sebelanga"
ReplyDeleteAgama Islam itu mudah saja, buat apa yg disuruh dan tinggalkan apa yg dilarang . sbb sesuatu yg dilarang itu ada akibat yg buruk jika diamalkan .sbg contoh najis dadah , skali dicuba .. seumur hidup merana. Begitu juga dgn arak ... TEPUK DADA TANYALAH IMAN ... Assalamualaikum ...
ReplyDeletesaya pernah baca bab ni dulu. arak ni mula2 halal. lepas tu makruh lepas tu haram. mulanya halal tetapi sebab ramai mabuk dan menganggu mereka dan orang lain ibadah. nabi suruh sebolehnya elakkan tapi time tu belum haram. lepas tu ada 1 kejadian di mana orang mabuk kacau orang yang tgh sembahyang kalau x silap. lalu turunlah hukum haram ke atas arak. memory tgh x clear psl baru mkn ubat tapi lebih kurang cmtu la cite kenapa arak ni haram. salam
ReplyDeletealhamdulillah....
ReplyDeletebertambah satu orang islam.
arakkan merupakan air kencing syaitan..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalmualaikum ..
ReplyDeleteBagi saya , Arak memang ada kebaikan dan keburukan yang tersendiri ..
Contoh kebaikan nya ialah,dapat menenangkan perasaan .. tapi , ianya hanya untuk seketika..
Keburukan nya pula ialah , ianya memabukkan dan memudaratkan kesihatan diri dll ..
jika kita telah mabuk , kita tidak boleh mngawal diri dengan baik kerana otak kita tidak dapat berfikir dengan baik .. dan ianya boleh membahayakan diri sendiri dan orang sekeliling nya..
~~ Di dalam ISLAM ,jika keburukan itu lebih dari kebaikan dan membawa kepada kemudaratan , maka , HARAM lah ia :)
#Sharing is Caring :D
AlQuran dan Sunnah adalah sumber ilmu yang sempurna. Setiap perkara ada sebab Allah jadikan. Walaupun telah diharamkan sesuatu perkara, umat Islam harus terima perintah itu dan juga mengkaji sebab musabab laranganNya. Allah tak larang kita mengkaji dan berdebat ke jalan kebaikan.
ReplyDeleteSesuatu yang dilarang/diharam, ternyata nanti keburukannya lebih dari kebaikan dan memudaratkan. Bukankah baik jika kita tahu keburukan dan kebaikannya sesuatu perkara? Walaupun akal manusia cetek kita pasti akan mendapat ilmu dan hikmah untuk melawan nafsu dan dakyah kafir.
Sebab itu dahulu Islam melalui zaman keagungannya dalam sains dan matematik dan memerintah sampai ke Sepanyol. Kemudian orang kafir belajar dari cendekiawan Islam dan menggunakan ilmu itu semula memerangi orang Islam. Khazanah ilmu Islam banyak dimusnahkan semasa Perang Salib/ Crusade War. Ketika itu umat Islam mula lalai dan berpecah belah kerana kuasa dan dunia.
Zaman sekarang ni umat Islam di Malaysia dah la tak kuat dari segi ekonomi dan ilmu, tapi masih dan tetap jugak berpecah belah kerana kuasa dan dunia sedangkan umat Islam melebihi 65% rakyat. Zionis dan kafir menggunakan senjata mereka iaitu hiburan untuk melalai dan mengasyikkan kita.
p/s Ilmu kalau belajar tanpa guru yang benar dan ikhlas umpama belajar dari syaitan dan ilmu separuh masak.
how can i cry by reading this blog T.T
ReplyDeletesimply, jangan minum arak.
ReplyDeletearak klau ikutkan haram dalam agama islam mahupun kristian.arak juga mampu merosakkan akal fikiran manusia.terdapat beberapa ayat didalam bible yg mengharamkan arak.anda boleh rujuk kitab hakim-hakim 13:4 dan 14
ReplyDelete