Mengapa Takut Untuk Berjaya?

Only those who dare to fail greatly can ever achieve greatly. ~Robert F. Kennedy 
AMARAN: Artikel kali ini panjang berjela. Jika anda seorang pemalas dan bodoh sombong,sila jangan mula membaca artikel ini kerana dikhuatiri anda akan berhenti di tengah perjalanan. Maka sesatlah anda! Whoaaaa!

Bismillahirrahmanirrahim...

Sambil ditemani lagu Doaku untukmu sayang by Wali Band (Lagu ni tak ada kaitan dengan Artikel kali ini) dan secawan air jus orange Tropicana Twister, aku mula menulis artikel ini. Ya, artikel kali ini untuk memotivasikan diri sambil memercik sedikit kepada para pembaca. Selamat Membaca! ^^

Beberapa minggu yang lepas aku berpeluang untuk bersemuka dengan saudara Aiman Azlan seorang blogger yang terkenal dan juga vlogger di Youtube. Oleh kerana kami mempunyai jambang dan janggut yang agak seiras maka ramai yang cuba menfitnah(hiperbola) kami dengan mengatakan kami sekeluarga. Tolong jangan percaya. Whoaa! :D

Satu sahaja isi perkongsian Bro Aiman Azlan yang aku nak kongsikan disini. Ini isi yang aku dapat la. Mungkin orang lain dapat macam lain tapi otak aku telah berjaya menapis point ini dari kata-kata beliau. (Jangan risau,aku insan yang normal)

Yang mana satu penulis?


Beranikan Diri Anda Untuk Keluar Dari Zon Selesa!

" Salam bro, macam mana bro hadapi masalah apabila bro ada masalah?"

Seorang pelajar ketika itu bangun dan menanyakan soalan tersebut. Aiman Azlan diam sebentar.

" Yang pertama, Hadapi Masalah Itu! Yang kedua, Hadapi Masalah itu!"

Lebih kurang macam tu la dialog dia yang aku ingat. cuma masa tu brader ni speaking english dan yang tanya tu pun guna english. Aku tak reti la nak tulis balik kat sini sebab aku tak reti bahasa omputeh. ngeee..

Ada makhluk yang bila ada masalah,dia akan lari. Ada juga yang tak rasa itu masalah dan ini makhluk yang ada masalah besar. Makhluk yang normal akan hadapi masalah yang dialami. Ini kerana dia berani untuk keluar dari zon selesa dan berhadapan dengan masalah tersebut. Namun, mereka yang tidak berani untuk keluar dari zon selesa dan hadapi masalah tersebut, maka kekallah mereka berada di dalam masalah dan pada takuk yang sama.

Mengapa Takut Untuk Cemerlang Dalam Pelajaran?

Aku ingat lagi masa aku tusyen addmath dulu. Masa tu masuk chapter differentiation dan cikgu aku suruh aku dan kawan-kawan hafal semua formula yang ada untuk chapter tersebut. Perghhhh.. Apa ingat boleh main copy paste macam kat PC ke?

"Takde takde, korang semua kena hafal jugak. Cikgu bagi 5 minit je. Lepas ni semua kena baca satu-satu formula tu."

Maka bertungkus lumus la makhluk-makhluk itu menghafal formula differentiation yang masing-masing pun tidak tahu apa kegunaan formula tersebut. 5 minit kemudian...

"Fahmi, kau baca dulu apa yang kau dah hafal tu. Sekat,siap kau!"

"Tak ada hal la cikgu. small matter. Haha.. Bla bla bla bla bala.. Dah cikgu. Peace!"

" Kannnnn..bukan susah pun nak hafal formula. Yang membezakan antara kau seorang yang tak tahu apa-apa dalam differentiation dengan yang tahu, 5 minit sahaja! Cuma korang semua ni pemalas! Malas nak keluar dari zon selesa. Betul tak?"

Ya, aku akur dengan kenyataan itu. Smart teacher! :)

Mengapa Takut Untuk Kaya?

Sepanjang aku buat bisnes secara online, aku selalu kongsikan pengalaman aku dengan orang terdekat. Aku kongsikan tips. Aku kongsikan cara. Dan aku rasa perkongsian aku tu sudah cukup dan memadai untuk memulakan bisnes mereka sendiri.

Tetapi sehingga hari ini haram sorang pun tak mulakan bisnes mereka. Haha.. Ada la 2-3 orang yang telah mula menapak dan mereka ini rakan niaga aku buat masa ini.

Mereka sudah ada ilmu tetapi mereka tidak mulakan bisnes. Kenapa?  Sebab kepala otak mereka lebih ligat memikirkan alasan daripada memikirkan pelaksanaan. Mereka takut untuk mula. Mereka takut untuk keluar dari zon selesa!!

Mengapa Takut Untuk Masuk ke Syurga?

Dalam Al-Quran Allah dan tunjuk macam-macam balasan syurga yang sangat mengasyikkan. Kau minta la apa sahaja maka kau akan dapat. Perempuan, lebih dari tu pun kau boleh dapat! Huh! Dalam Al-Quran juga Allah dah siap bagi tips macam mana nak masuk syurga ni. Macam-macam tips dah Allah dedahkan!!

Maka belilah Al-Quran Wanita di sini >>> https://www.facebook.com/AlQuranUntukWanita

Tiba-tiba iklan =,="

Kenapa masih ramai yang tidak mahu amalkan? Masih ramai yang lebih selesa mengabaikan?

Mudah je, mereka tidak mahu keluar dari zon selesa. Mereka lebih khusyuk dan alpa tenggelam dalam keasyikan dunia(asal tetibe ayat novel ni). Mereka terpana dan tertipu dengan ilusi duniawi yang pada hakikatnya tidak kekal abadi. Syurga itu yang hakiki. Whooo!!

Sampai di sini sahaja perkongsian aku kali ini. Kalau korang rasa entry ini bermanfaat, jangan segan silu untuk share. Jangan malas untuk share, keluarlah dari zon selesa anda. Yeaaahh!! :p

Fahmi: Kenapa tak ada orang nak komen kat entry aku yang sebelum ni? T.T

Adakah aku perlu adunkan sekali unsur mistik mastika dan misteri uncle seekers baru pembaca nak lontarkan komentar yang menarik? Whoaaa!! :D (sumber)

Kesimpulannya,sila tinggalkan komen anda di ruangan yang telah disediakan. Boleh kita berkenalan. Kalau taknak komen, baik aku tak payah sediakan ruang. Grrrrr...

ok,dah start merapu. Stop! Pen off!
Comments
36 Comments

36 comments:

  1. bgus post nih...simple penyampaiannye..tp dalam dan bergune maksudnye utk kehidupan seharian as MANUSIA..

    ReplyDelete
  2. aku komen nih. :
    bagus..kdg2 org tak komen sbb dah bagus..so xtaw nk komen apa..:)
    tp xsemstnya org xkomen org tak baca..law nak tahu brp rmi yg baca..better kau suruh dieorg like kalau dah baca..tapi..dkt setting pun d show brpe rmi pembca..ko punyer entri mesti ratus2kan? hhaha,

    see..datsy xnk komen..dh nk jadi karngan ni..hahaha.

    lagi satu sbb mlas komen is.. kena isi benda alarh tu..yg num n hruf tu, yang tu sengal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa..kau komen je terus ramai yang komen.hehe..

      Suatu hari nanti akan ada artikel yang aku dapat tentangan yang hebat dan ramai akan komen. isu apa la tu ye.hehe

      Delete
  3. tak kira lah berapa beza usia kita..tak kira lah sapa abang sapa kakak sapa adik..tapi untuk menampakkan kemesraan, nak guna aku-kau je..oke..itu intro..main point: aku suka kebanyakan entry kau..banyak info dan agak membakar semangat..sekian terima kasih..haha :) Assalamualaikum~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. selamat membaca dan kongsikan dengan orang lain sekali.hehe..

      Delete
  4. yg part bisnes online tu menarik..boleh x ajaar saya part tu? sbb tahu online nie boleh buat duit. cuma x de ilmu...ilmu tanpa amalan adalah sia2, amalan tanpa ilmu adalah bahaya..so mcm mana nak contact hang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..itu kena sembang tempat lain la. add la fb aku. kita sembang kat sana. :)

      Delete
  5. assalamualaikum...sy sokong ape yg cb dismpikn oleh brother ni..kluar dr zon selesa..um,blh sy kngsikn sdkt untk manfaat kt sume..slme ni mngkn kt tk sedar atau trlepas pndng mngenai solat yg trlalu byk manfaat dan kebaiknnye bg msyarakat islam,iaitu solat subuh brjemaah di msjd atau surau..tp alih2 org yahudi yg mngetahui sume 2..sbnrnye ujian yg prtame mnguji keimanan kt adalh bngn di wktu pagi mlksanakn solat subuh,berjemaah..skli lg,berjemaah...slgi kt tk mmpu mlakukannye,slgi i2 kt ttp tk akn kluar dr 'zon selesa' slme ini..knape bl tibe 10 mlm trakhr ramadan kt br sibuk membusykan diri untk mncr manfaat dan kbaikn yg kt pcaye trdpt pd mlm2 tu iaitu mlm 'lailatuqadar',kt sibuk mnunaikn solat SUNAT sdngkn prnh ke kt mnghitung solat WAJIB (subuh) kt slme ni yg bkn ade pd hr2 trtntu saje tp spnjng hdp kt sbgi seorg muslim....?pd sy i2lah lngkh awal yg prlu kt tunaikn untk kt trus mmpu kluar dr 'zon selesa'i2..ok itu saje yg smpt sy kongsikn untk kt sesame mnghyti sedalam2nye tntng mistri solat subuh ni..klu ade trkurang atau trlebih tu,sy mntk maafla ye..mklumla sy jg mnsia biase...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yuppp..betul tu! terima kasih atas perkongsian ini. :)

      Delete
    2. truskn dgn brkongsi kebaikn pd sume ye..as'laikum..(Nasri Mia Nasuha)

      Delete
  6. Replies
    1. Tq.. teruskan membaca dan follow blog ini. :)

      Delete
  7. like ^_^!

    ReplyDelete
  8. tp saye xhabis2 ditimpa masalah... selesai 1, datang lg 1... smpi dh naik jemu... acane tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak ada cabaran dalam hidup ni,itu bukan hidup la. itu disney wonderland atau legoland!whoaaa!..

      Allah bagi ujian sebab dia nak tengok kita betul ke briman. dan itu tanda dia sayang kita. :)

      Nah baca entry ni. recomended. http://www.mindafahmi.com/2012/08/dia-sangat-sayang-sama-kamu-siapa-dia.html heeee...

      Delete
  9. Err yang gambar atas tu, agaknya admin sebelah kanan eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. admin yang paling comel so terpulanglah atas penilaian masing-masing admin yang mana satu. whoaaa!!

      Delete
    2. haha..(>_<)"

      Delete
  10. Waaahh..menarik entry ni..
    saya suke..hehe..:)
    teruskan lagi dgn entry-entry yg lebih menarik ye..
    Good Luck Fahmi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasihh..insyaallah akan terus menulis selagi mempunyai minda untuk berfikir. ^^

      Delete
  11. Salam, firstly, thanks. atas perkongsian ilmu ni. nape kita TAKUT dan SEDIH tuk kuar dr zon selesa, sememangnya itu adalah masalah dan ujian jugak, sbb Allah dah cakap manusia ni ada kedua2 penyakit.Jangan takut dan jangan sedih, Sesungguhnya Allah bersama kamu. tuntutlah ilmu agama dengan sebenarnya, kerana kita yg brebut(ovum /sperma) memilih tuk hidup. Dari Muaz bin Jabal R.A berkata; belajarlh olehmu ilmu pengetahuan! sebab mempelajarinya kerana qashyah (TAKUT kerana Allah) ia merupakan ibadah, mempelajarinya tasbih, membahasnya jihad, mengeRjakannya sedekah, dan mencurahkannya pada ahlinya merupakan korban(pendekatan diri kpd Allah) ia teman dlm bersendirian, dalil agama dan penolong dikala duka dan suka, ia karib dikala sepi, ia teman yg paling baik dan paling dekat serta cahaya jalan menuju SYURGA. Dengan ilmulah Allah mengangkat martabat HAMBANYA, lalu djadkan mereka pemimpin dlm hal kebaikan, 'ILMU MANUSIA SEMAKIN MELUAS SEMAKIN BESAR PULA TANGGUNGJAWABNYA' Sama2lah memperbaiki diri.Dekatkaan diri pada Allah segala masalah boleh dselesaikan, cuma cara kita usha menyelesaiknnya... betul x? U ALL, moga suceess selalu..:-)

    ReplyDelete
  12. Assalammualaikum..time kasih bg motivasi..

    ReplyDelete
  13. saye pun pernah jumpe aiman azlan ~hepy~ btw, nice entry

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum..terima kasih bagi motivasi nie.tapi apa pulak jalan penyelesaian bagi orang yang tkut untuk berhadapan dengan orang lain? Teringin sangat nk tau...

    ReplyDelete
  15. sikap org melayu umumnya kna push! kna marah! kna tekan! bru nk bwt. blh je? bgus entry ni.. muhasabah diri skit...hmm

    ReplyDelete
  16. Best la entry ni..hehehe ;-)

    ReplyDelete
  17. no komen... xtau nk ckp ape...

    ReplyDelete
  18. Good entry...suke sgt :) btw, entry nie bg semangat nk hadapi mslah so tq so much..

    ReplyDelete
  19. Good entry...suke sgt :) btw, entry nie bg semangat nk hadapi mslah so tq so much..

    ReplyDelete
  20. salam kenal semua saudara2ku...smga Allah memberkahi apa yang kita lakukan,,,amiinn...keluarlah dari zona nyaman untuk mendapatkan kenyamanan yang betul2 nyaman..

    ReplyDelete
  21. salam..bgus utk tatapan brsama utk mncari jlan kluar dari msalah

    ReplyDelete
  22. " Kannnnn..bukan susah pun nak hafal formula. Yang membezakan antara kau seorang yang tak tahu apa-apa dalam differentiation dengan yang tahu, 5 minit sahaja! Cuma korang semua ni pemalas! Malas nak keluar dari zon selesa. Betul tak?"

    puyooo ayat ni power....^^, thank u atas perkgsiannyern:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...