Dia Sangat Sayang Sama Kamu. Siapa Dia?



Bismillahirrahmanirrahim...

Orang Melayu rayanya panjang. Puasa sebulan maka ranyanya juga ingin sebulan. Betul tak? Maka aku sebagai anak melayu walaupun tidak seberapa jati kerana terdapat kacukan Belanda,Jawa,Siam dan Melayu( Sebab tu aku hensem. WHoaaa!) maka aku pun teringin nak beraya selama sebulan. Keh3.. Oleh demikian, Saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada anda semua. ^^

Muqaddimah nak ucap selamat hari raya pun panjang. Apa nak jadi da... =,="

Setiap insan ada jalan cerita kehidupan masing-masing. Macam movie. Apa genre movie hidup anda? ^^

Semalam aku sembang-sembang dengan ayah aku. Agak panjang jugalah tempoh perbincangan antara anak laki dan si ayah ni. Dari Alor Star sampai ke Kangar.

"Kita tak pernah terfikir pun skript hidup kita jadi macam ni kan? Tak pernah terlintas pun benda-benda macam ni nak jadi kat dalam keluarga kita..."

Aku dengar dengan penuh khusyuk. Menganalisa setiap bait kata dan cuba mengaitkan dengan realiti yang sedang berlaku. Ya.. Aku pun tidak pernah terfikir. Sebelum ini selesa berada dalam kesenangan.

"Dulu kita tengok orang lain yang mengalami keadaan macam ni. Sekarang kita pula yang kena."

Siapa tahu percaturan tuhan kan? Hikmah itu sudah pasti diselitkan sekali. Cuma kita yang perlu bijak mencari dan memahami. Kami anak beranak sedang cuba menghayati peristiwa ini. 

"Bila jadi macam ni,syaitan mesti ambil peluang buat serangan hardcore punya! Start la dia bisik suruh kita persoalkan. Kenapa jadi kat kita? Ramai lagi orang lain,kenapa tak kena kat dorang? Kenapa nak kena kat family kita ni jugak? Kenapa??"

Kenapa aku? Kenapa keluarga aku? Kenapa Ayah aku?

“Apabila Allah telah menentukan bagi hamba-Nya suatu kedudukan yang tinggi, yang tidak mungkin tercapai sebab kurangnya amalan hamba itu, maka Allah akan memberi ujian pada jasadnya atau pada anaknya atau pada hartanya, dan Allah telah memberikan ketabahan, sehingga dengan ketabahan itu, ia dapat mencapai kedudukan yang tinggi yang telah ditentukan ke atas dirinya”. (Hadis riwayat Anas bin Malik)

Khalifah Umar ibn Abdul Aziz, pernah berkata "Keredaan terhadap sesuatu musibah adalah kedudukan yang tinggi. Namun, Allah menjadikan kesabaran sebagai jalan pilihan yang baik." 

Kadang-kadang terlintas jugak bila tengok orang jalan-jalan dengan mak dia," Best la dia shopping dengan mak dia,aku shopping sorang-sorang je.."

Tengok orang update photo raya sambil peluk mak dia, "Best la dia boleh raya dengan mak dia.. Aku dapat ziarah kubur mak aku je.."

Berjuta lagi manusia kat dalam malaysia ni yang masih ada mak, kenapa tak ambil mak dorang? Kenapa ambil mak aku? Amek la mak-mak yang dah tua,mak aku muda lagi. Huhu..


Sebagai seorang yang beriman dan percaya kepada rukun iman, benda-benda macam ni boleh tepis dengan sebelah tangan je. Macam jentik tahi hidung dari jari(perumpamaan takleh blah) je. Sebab dia yakin dengan percaya dengan Qada dan Qadar.

Ya, Aku beriman dengan Qada' dan Qadar!

Allah dah susun cantik setiap ketetapan dalam hidup ni. Ada hikmah semua tu.

Mungkin aku semakin jauh dengan Dia, maka dia nak tarik aku kembali dekat dengan Dia. Sayangnya Dia kat hamba ni. Dia nak suruh aku sayang Dia melebihi segala-galnya. Sebab dia cakap,cinta dia kekal selamanya. Dan Dia pun kekal selamanya..

Mungkin juga Dia nak acah-acah aku. Nak tengok tahap keimanan aku kepada Dia. Selamanya nampak kononnya baik,kuat. Amek kau sikit ujian,tengok lutut ketar tak. Iman tergugat tak. Masa ni baru nampak diri ini pada tahap mana. "Apa kau kira kau dah beriman" "Nah amek ujian yang tak seberapa ni" "Amek kauuu!!"

Mungkin juga dia nak tingkatkan lagi Maqam aku di sisi dia. Naik level.Bagi dekat lagi dengan dia.:')

Aku Insan Terpilih! 

Kenapa aku? Ya,sebab aku insan terpilih. Anda semua tak terpilih.Hehe..

Dia nak uji aku supaya aku menjadi seorang yang tabah,kuat dan macho. Sebab nanti akan ada tanggungjawab yang lagi besar yang aku akan terima. Kira ni macam kursus persediaan la. Ala-ala premedik gitu.Hehe..

Jom jadi mukmin positif dan terus pro aktif! :D


Sebelum nak tutup, selamat melayan rock kapak terbaik dari kumpulan Metallica ini. Fevret aku!

"Dan sabar itu cantik"

Fahmi: Skript dialog ada sedikit unsur tokok tambah. Harap maklum. Hehe..

Gambar 1 : Hari raya pertama. Baju raya aku jubah je. Ayah aku pun jubah. :D

Gambar 2 : Gambar Abah dan Mama aku. Ayah aku hensem. Mak aku comel. Maka dapatlah anak yang hensem dan cute gitu.Whoaaa! :D











Comments
11 Comments

11 comments:

  1. Mmndng kan x de komen aku nk komen lh sikit.. Allah ade rancangan yg lbh baik untk kite..
    P/s: udah2 le puji diri sendiri tu hensem.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku suka memuji kecantikan ciptaan tuhan. adakah itu satu jenayah? Haha..

      Delete
  2. meh nak komen..selalu singgah dan baca je.
    bila diduga itu tandanya
    Allah merindui kita untuk merinduiNya.
    iye dak???

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain kali baca,komen la skali.hehe..
      yupp..Dia rindu suara hambaNya. ;)

      Delete
  3. tabahlah ye. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. :)

    ReplyDelete
  4. X tau la nak comment ape..tpi best bace...!! haha. ... :)

    ReplyDelete
  5. okay dah ramai yang komen kan. HAHA
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    moga terus kuat ^^

    ReplyDelete
  6. kalo manusia tau apa akan jadi di masa depan macam mana ek??sama ada dunia makin aman atau makin porak peranda.hehe

    pape pun redha itu perlu :)

    ReplyDelete
  7. ALLAH uji kita semampu kita sebenarnya setiap antara kita pasti diuji . ibu bapa sya pernah di uji tapi alhamdulillah ujian tu menbuat kami semakin kuat ujian kehilangan mmg myakitkan ... tapi kehendak ALLAH kita kena reda .. semoga ibu fahmi ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.al-FATIHAH. AMIN.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...