Kenapa Aku Benci Perkenalan Dan Pertemuan


Bismillahirrahmanirrahim...

(Entry ini ditulis pada 1.22 am 7 Ogos 2012)


Sila pasang lagu ini sambil membaca entry ini.

Pertemuan Kita Di Suatu Hari

Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci



Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua



Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu



Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini



"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"



Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu



Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu



Semoga Tuhan Berkatimu

Malam-malam macam ni memang biasanya emosi-emosi kuat bermain dan berkeliaran di dalam diri aku. Waktu malam macam ni la aku nak rindu seseorang. Waktu malam macam ni la aku nak sedih atas sesuatu perkara. Waktu malam yang sunyi macam ni la aku nak gembira akan sesuatu pencapaian. Impak perasaan itu berkali ganda saat malam-malam sebegini. Impak Maksima!!!

Setelah hampir 7 minggu hidup bersama di program premedik yang bertempat di upm ni, akhirnya kami akan berpisah tidak lama lagi. Kami hidup dalam satu keluarga yang besar. Ada abang,ada kakak, ada adik, ada ayah dan kami semua satu keluarga!












Yeaaahhhh.. inilah kami. Satu group yang sangat happening. Kalau berkumpul,memang huru hara. Sangat-sangat rapat! Kami bukan rapat sekadar untuk bersuka ria. Kami bersama-sama dalam pelajaran. Kami bantu saling membantu. Ada yang lemah,kami hulurkan tangan dan bimbing agar dapat berjaya bersama-sama. Ada yang salah, akan ada pihak yang akan menegur. Sebagai contoh macam semalam,ada yang tegur aku sebab asyik cakap pasal kahwin je. tq ye. hehe :)

Namun...

Premedik akan tamat dalam beberapa hari sahaja lagi. Kami akan berpisah. Ya,kami akan berpisah. Tidak ada lagi susasana kelas dimana kami dapat bersama meluangkan masa. Akan ada antara kami akan ke Mansoura University, ada juga yang akan ke Azhar University dan macam-macam lagi seperti Alexandria dan Tanta. Kami akan berpisah. Masing-masing akan terus dengan haluan pilihan masing-masing.

Aku sedih. Haha.. Ya.. Aku mengaku aku sedih. Aku bab sahabat dan keluarga ni agak sensatif. Murah je air mata aku ni nak keluar kalau ada apa-apa peristiwa yang tak indah berlaku dalam keluarga atau sahabat. Ohhh.. jatuh kemachoan aku di situ. :p

"Setiap pertemuan akan ada perpisahan."

Aku pernah cakap kat sorang ni yang aku sedih sebab dah nak berpisah. Tapi dia nasihat aku dengan satu hadis.

Mafhumnya lebih kurang begini:


"Antara yang mendapat naungan arasy Allah di padang mahsyar nanti ialah dua orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah"

Yeaaahhh.. Itu yang aku mahukan. Itu yang kami mahukan. Seronok-seronok jugak. Makan sama-sama. Main CS sama-sama. Belajar sama-sama. Semua sama-sama selama 6 minggu ini. Tapi yang paling best dan indah jika satu hari nanti kami akan masuk syurga bersama-sama. So Sweet.. Nanti kita boleh iftar sama-sama kenny rogers versi syurga firdaus sama-sama kat dalam syurga. Whoaaa! :D

So pesanan terakhir untuk sahabat-sahabat aku sekalian..

"Dunia ini hanya persinggahan. Ayuh kita mengejar Akhirat yang kekal abadi. Kita jadikan Dunia ini jambatan untuk ke syuga sana. Semoga persahabatan kita kekal dunia akhirat. Jangan kita kekurangan ahli ketika reunion di syurga nanti kerana ada antara kita sedang siksa diazab di dalam neraka. Mari kita bergandingan bahu,mengejar cita-cita dunia akhirat kita bersama-sama. Ukhwah till Jannah. :)"

Fahmi : Aku selaku ketua premedik(perasan) menganugerahkan anugerah "Kumpulan Paling Bahagia" kepada kumpulan aku sendiri. wahaha.. Semoga ummi baca entry ini. :p

Sekian dari saya. Pen off. :)
Comments
9 Comments

9 comments:

  1. setiap pertemuan pasti ada perpisahan :DD

    ReplyDelete
  2. “ Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.” ~ Saidina Umar Al-Khattab

    "seorang Muslim terhadap muslim lainnya laksana bangunan yang satu terhadap lainnya,, saling mengukuhkan.. (bukhari & muslim)

    ukhwah fillah abadan abada.. =)) uhibbukumfillah.. =))

    ReplyDelete
  3. tahniah kerana anda dh berjaya buat saye menangis walaupun sikit.. I just wanna say that I am proud to be apart from Tarabayzas.. insya-Allah ukhwah till jannah.. T.T

    ReplyDelete
  4. am going to miss this moment...and will always ask Allah to protect and guide anak2 Ummi tersayang.....(cam emo lak...minggu ni)

    ReplyDelete
  5. whereas still got time, which is..not much till this saturday, lets hv some gr8,enjoyable moment wif our friends,insyaallah, ukhuwwah till jannah ;)

    ReplyDelete
  6. Persahabatan yang kukuh takkan terjalin tanpa kerjasama n keserasian antara kesemua ahlinya.. Ukhuwah akan sentiasa mengalir bagai lautan yang tak bertepi jika kita semua masih bersatu n tiada satu pun antara kita yang membawa haluan masing2 n melangkah keluar dari family ni tanpa kita ketahui khabar beritanya.. Jika kita ikhlas menjalinkan hubungan kkeluargaan ni semata mata kerana-Nya,insyaAllah segala urusan yang kita rancang kelak pasti dipermudahkan oleh-Nya.. :-)

    ReplyDelete
  7. dalam hati ada taman. ahaks :P

    ReplyDelete
  8. nice one . Ilike it .. Baru berpisah .. jd sukalah dengan isi ni .. Setiap pertemuan ada perpisahan . InsyaALLAH :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...