Tip-tip Usahawan Kecil |Selamat datang ke blog Mindafahmi.com. Selamat membaca saya ucapkan kepada para pembaca blog ini. Saya percaya anda semua merupakan insan yang hebat. Walaupun anda masih lagi tidak hebat tetapi percayalah suatu hari nanti anda akan menjadi hebat kerana anda ada keinginan untuk menjadi hebat! Kenapa saya katakan anda ada keinginan untuk menjadi hebat? Kerana anda tertarik dengan tajuk artikel hari ini. TAHNIAH! :D
Ok,muqaddimah yang bunyinya agak keterlaluan. Dah macam motivator aku rasa. Haha.. Tapi tetap ada kebenaran di setiap bait perkataan di atas. Betul tak? :)
Semalam ada orang cakap kat aku:
"Fahmi, kau nak pergi mesir nanti kau nak kahwin ke nak belajar? Kalau kau nak kahwin,kahwin je kau dapat. Kau tak akan dapat pelajaran. So kau kena niat nak pergi mesir untuk belajar so baru kau akan dapat pelajaran yang kau nak tu."
Aku jawab simple je:
"Aku nak pergi mesir untuk belajar dan untuk kahwin." Whoaaaa!! :p
Jadilah Manusia Yang Berjiwa Besar
Hidup ini singkat. Kalau korang tidak menggunakannya dengan semaksima dan optima mungkin maka pada pengakhiran nanti korang akan terduduk dan berfikir. "Apa yang aku dah capai dalam hidup ini?"
"Anda tidak memerlukan jiwa yang besar untuk menjadi manusia biasa"
Ini kitaran hidup manusia biasa:
1) Lahir ke dunia
2) Masuk tadika dan habis sekolah menengah
3) Masuk university dan hidup mulai sibuk dengan tugasan belajar
4) Grade dari university dan mula mencari kerja
5) Kahwin dan mendapat anak
6) Kerja, kerja, kerja untuk membeli pampers anak.(dan isteri. Opppss..)
7) Hidup sudah selesa dan stabil.
8) Aktiviti hidup ketika berusia 30-an berulang sehingga pencen
9) Tunggu mati dan akhirnya mati.
Maaf.. Aku tidak mahu menjadi manusia biasa macam ni.
Mari Mencontohi Sultan Muhammad Al Fateh
Suka untuk aku kehadapankan di sini satu figura yang cukup hebat. Ini manusia luar biasa. Ini bukan manusia biasa. Ini manusia yang mempunyai jiwa yang besar!
Al Fateh telah berjaya membuka kota Constantinople ketika beliau berusia 21 tahun. Whaattt? 21 tahun dah mampu menjatuhkan empayar Byzantine!!
Kau yang tengah baca artikel blog ni apa yang korang dah mampu capai semuda 21 tahun? Boxer atau panties korang tu pun beli pakai duit mak ayah lagi. Kalau tak pakai duit mak ayah pun, pakai duit PTPTN. Kalau maju sikit, pakai duit duit biasiswa. Boxer dan panties pun tak lepas, empayar jangan nak sembang la. Please admit it. :)
Agak-agak zaman remaja Sultan Muhammad Al Fatih, dia ni remaja jenis macam mana? Pergi sekolah hanya untuk belajar dan dan cemerlang dalam SPM ketika zamannya?
Mesti macam-macam perkara yang dia buat ketika zaman remaja. Bukan sekadar pergi ke sekolah dan berniat untuk belajar dan cemerlang dalam pelajaran semata-mata. Ada banyak lagi agenda dan perancangan yang bermain-main di dalam kepala baginda.
Ehhhh.. Wahai Sultan Muhammad Al fatih, pergi sekola niat nak belajar je tauu!! Jangan fikir benda lain. Nanti tak dapat pelajaran tu. Jangan nak fikir ,berangan menjadi seorang panglima tentera terbaik di dalam sejarah manusia (janji Rasulullah) nanti takut kau tak dapat cemerlang dalam pelajaran tu.
Rileks je Al Fatih jawab :
"Aku nak menjadi pelajar cemerlang di sekolah aku dan aku juga nak jadi Panglima tentera yang terbaik dalam sejarah manusia sepertimana yang telah dikatakan oleh bagina Rasulullah. Aku berjiwa besar! :D"
So nampak permainannya? Haha..
" Jadilah saudagar niat. Satu niat tidak tercapai, berjuta lagi niat yang telah engkau pasangkan"
Pemergian aku ke Mesir bukan sekadar perjalanan seorang pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Tetapi satu perjalanan untuk berusaha meletakkan diri pada maqam yang lebih tinggi di sisi Allah 'azzawajalla. Besar kan cita-cita ini? :)
Insyaallah pelajaran yang merupakan sedikit sahaja dari agenda hidup itu dapat digenggam apabila agenda yang lebih besar di kehadapankan. Percayalah!
Jadi mana Tip-tip Bagaimana Untuk Menjadi Usahawan kecil Berjaya?
Terapkan sahaja jiwa besar ini di dalam apa-apa bidang perniagaan yang anda ceburi. Letakkan satu wawasan yang luas serta cita-cita yang tinggi didalam syarikat dan organisasi anda. Sila buka pintu minda anda seluas-luasnya dan nantikan berjuta-juta idea akan terbang masuk ke dalam diri anda! :D
Jangan lupa terapkan nilai ini kedalam setiap diri ahli organisasi anda(jika ada) jika tidak ada, cukup anda sahaja terlebih dahulu mempunyai nilai ini.
Bukan Angan-angan Mat Jenin
Yeaahhhh.. itu sudah menjadi kepastian. Cita-cita dan wawasan anda tidak akan membuahkan hasil sekiranya tidak disusuli dengan perancangan dan usaha yang mantap. Maka berusahalah!
Salah satu cita-cita aku sebelum aku fly ialah, aku nak ada pendapatan sebanyak 4 angka setiap bulan dan Alhamdulillah aku berjaya lakukannya. Cabaran sekarang ialah aku nak maintain pendapatan itu sambil aku berjaya dalam pelajaran aku di Mesir sana. Bagaimana? Sedang menyusun strategy...
Fahmi : Semoga anda mendapat manfaat. Maaf jika ada yang tersinggung. Cuma ingin kongsikan apa yang terbuku di hati. ;) Ada beberapa elemen tambahan yang aku gaulkan bersama didalam artikel kali ini untuk menjadikannya lebih menarik dan mudah difahami.
Sila like atau share artikel Tip-tip Usahawan Kecil ini di Facebook jika anda rasakannya bermanfaat. :)
As'salam..sangat bermanfaat artikel ni =)
ReplyDeleteBerjiwa besar adalah salah satu kata2 semangat dan motivasi terbaik. Leader saya selalu pesan, untuk jadi manusia luar biasa kita mesti berimpian besar walaupun kita kecik. HAHA.
Thanks artikel kepada penulis artikel ni yang dah mengingatkan saya kepada leader saya semula =)
semoga berjaya =)
Saya follow dan share : http://www.sofinahlamudin.com/2012/08/siapa-kita-kita-yang-membuat-pilihan.html
blog saya tak hebat macam kamu. hehehehe... =P
thumbs up, taiko nih
ReplyDeleteTerima kasih diatas perkongsian ini, anda memang berjiwa besar....aku pon nak jadi macam demo....
ReplyDeleteTerima kasih diatas perkongsian ini, anda memang berjiwa besar....aku pon nak jadi macam demo....
ReplyDeleteterbaiklah cerita ini.mmg boleh dibuat pengajaran.kalao kita faham erti kehidupan mesti kita akan sentiasa berusahakan
ReplyDelete