Menanti Panggilan Barzakh

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini aku nak bercerita tentang kematian. Aku nak kongsikan pengalaman aku berhadapan dengan kematian orang terdekat. Aku suka bercerita tentang kematian kerana aku suka mengingatkan diri aku tentang kematian. Bila kita akan mati? Tiada siapa yang mengetahui....

Semalam, 10 September 2011..

"Bulan ni bulan birthday family ana(saya). Mak ana, kakak ana, dengan abang ana lahir bulan ni." Dia cakap kat aku. Sambil tu dia hulur diari dia kat aku.

"Ouhhh.." Aku tengah baca buku.

"Arep, birthday anta(kau) bila eh?"

"Nak buat apa dengan birthday ana? Dah lama dah lepas." Aku pandang dia.

"Alaaa..bagi je la. Ana nak tulis dalam diari ana ni. Tahun depan bila birthday anta ana nak call anta." Dia bersungguh-sungguh.

"Birthday ana 21 mei. Dah lama dah lepas."

"Takpe, tahun depan ana call anta." Dia masih lagi bersungguh-sungguh.

21 MEI : Birthday Arieffahmi

Dengar sahaja berita terus aku selongkar laci meja dia. Aku cari diari dia. Ouhh..betul dia ada tulis tarikh hari lahir aku. Ouuhh..itu memori kita terakhir.

Sahabat aku, Ahmad Izzat Bin Ismail 17 tahun baru sahaja meninggal pagi tadi. Terkejut? Memang terkejut sebab memang tiba-tiba. Dia bersama-sama anak buah usrah/halaqoh dalam perjalanan ke Kilang Gula,Perlis. Dia berhajat untuk membuat program bersama. Namun, dalam perjalanan van mereka telah dihempap oleh sebatang pokok.

Kau memang sahabat yang baik. Sangat baik. Buktinya kau mati atas jalan dakwah. Kau sedang bawa anak-anak buah untuk mengikuti program tarbiah bersama. Sungguh indah pengakhiran kau. Aku belum pasti akan pergi berjumpa Allah atas jalan dakwah ini.

Petikan dari entry aku pada tahun lepas. Boleh baca lanjut di SINI

Apa rasa bila kehilangan orang terdekat? Pasti rasa kehilangan tu. Amat terasa. Contoh macam aku kehilangan mak aku,so aku akan rasa kehilangan bila mana aku nak call mak aku. Kebiasaannya aku akan call mak aku selang sehari. So sekarang ni bila nak call je,eh, mama dah tak ada la..Kehilangan!

Kalau macam aku kehilangan teman sekelas aku ni,serius rasa juga kehilangan tu walaupun kami baru berkenalan tidak sampai setahun pun. Kalau masa dia masih hidup,aku selalu kacau dia waktu dalam kelas(aku nakal). Kalau dia tidur,aku selalu ambil pensel dan jolok dari celah2 lubang yang ada kat bawah  kerusi (whooaaa!!) dan dia akan bangun dari tidur. Niat aku baik sebenarnya,nak kejut dari tidur.:p



Mereka Sudah,Kita Bila?

Urusan mereka di dunia telah selesai. Mereka telah selamat berehat di alam yang lain. Cuma persoalannya,kita yang masih hidup ini bagaimana pengakhirannya?


Macam sahabat aku Ahmad Izzat ini, Alhamdulillah pengakhiran dia sangat baik. Aku jeles. Kawan-kawan dia semua jeles dengan dia. Allah tarik nyawanya ketika dia dalam perjalan membawa anak-anak buah usrahnya pergi berjalan. Mati atas jalan dakwah. Mati ketika mana sedang dalam program dakwahnya. Kau tak jeles ke? Aku jeles... T.T

Kita punya pengakhiran belum tahu bagaimana. Boleh jadi mati atas jalan dakwah juga. Ditarik nyawa ketika sedang berceramah. Ketika sedang amar maaruf nahi mungkar. Mungkin terpilih menjadi salah seorang syuhada di Syiria. Tapi,boleh jadi juga kita mati dalam keadaan yang hina. Allah tarik dalam keadaan kita sedang bermaksiat. Mati ketika berzina? Mati ketika sedang leka meneguk air kencing setan di club? Nauzubillahhhhh....

Hidup Untuk Akhirat

Ada kawan aku pernah cerita kat aku apa cita-cita dia kat dunia ni. Dia cakap dia nak belajar rajin-rajin dan skor hebat-hebat dalam peperiksaan supaya dia boleh kalahkan record ayah dia. Aku bagi sokongan atas keazaman dia tu. Tapi lepas tu aku tanya dia, lepas dah kalahkan ayah kau tu, whats next? Dia tak dapat jawab.. Haha..

Dalam ingin mengejar cita-cita dia tu,dia ada juga cakap kat aku yang dia taknak kahwin sebab takut nanti ganggu usaha dia menuju apa yang dihajati. Semangat membara kan? Haha.. Aku pun layan punya layan dan akhirnya aku tanya sekali lagi. Nanti kat dalam kubur,siapa yang nak doakan kau? Kena lagi... Haha..

Lepas kena lecture dengan aku selama setengah jam,maka dia berubah. "Ya,aku nak kahwin la kalau macam ni." Whoaaa!! :p

Itu bukan point dia cik adik sayang oi yang sedang membaca ni. Pointnya ialah, dalam melakukan apa-apa perkara,letakkan akhirat sebagai tujuan. Kita belajar bersungguh-sungguh dengan azam ilmu itu dapat dimanfaatkan untuk ummah. Dan benda-benda lain. Tapi sayang kalau kita tidak nampak akhirat itu sebagai ending kita. Jadi cita-cita kita sangat terhad,hanya bermain sekitar perihal dunia. Macam mana nak lahir insan yang hebat kalau macam ni kan?

Maka betullah apa yang pernah Nabi sabda :


"Orang yang bijak ialah orang yang sentiasa mengingati mati"

Selamat menuju kematian. :)

Fahmi: Giveaway yang aku buat sudah aku tutup. Insyaallah akan akan mula proses sikit demi sedikit memandangkan semakin sibuk sekarang. Doakan Allah beri kekuatan kepada aku. Ameenn :)









Comments
8 Comments

8 comments:

  1. Dah komersilkan kematian mak sendiri br nk pikir mcm ni.. blah la

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. eh, seronok lak.. riak eh? maner ko tau mak ko mati keadaan baik? bajet rasuah orng ngn quran leh la arwah mak hang masuk syurga kan? hakk pui! tak der saper nak cemburu tngk anak bangang mamcam kau.. hahaha.. entah apa la mak ko ajar, dapat anak riak macam ni.. Aku kenal ko la bangsat. Dalam blog ni boleh la cakap macam ustaz Don. In person macam sial! pui..

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. kenapa padam comment fahmi?biarkan orang baca tentang manusia yang cemburu dgn kejayaan fahmi.

      Delete
    5. aku rasa nih anon yg same nih,, keje dok kondem admin nye keje,, gua syak anon nih MLMer,, scammer kantoi tngh jalan,, score a x dpt downline and (maybe) syiah.
      xde sape cemburu? cakap jelah ko nk jdik rakan kongsi admin,,
      admin nih sure bg lah,, or u want to be his partime salesman,, sure can,,
      quit lah this hating,, admin x kacau periok nasi ko pon,,
      ke ko jual bible tp x laku?
      haha

      Delete
  2. Yg paling dekat dgn kita adalah kematian...

    ReplyDelete
  3. hai, anon.org islam yg baik tidak akan bersangka buruk dan tidak memaki org Islam sebaliknya berdoa kebaikan. engkau juga akan masuk kubur. doakan yg baik2 utk org lain klo ko nak keberkatan.

    org melihat pd perspektif positif..klo ko melihat pd perspektif sebaliknya, hanya Allah tahu apa yg ko nak..Allah tahu apa dalam hati ko..ko tak semestinya tahu apa ada dlm hati org lain.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...