Bismillahirrahmanirrahim..
Aku memulakan entry ini dengan gambar satu pasangan kekasih yang masih lagi hangat bercinta. Cuma ada seorang budak kecik(cucu mereka) yang tersesat masuk dalam gambar ni. Hehe..
Berapa lama aku tak update blog ni. Memang tak sempat nak usha blog ni dah kebelakangan ni. Jadual hidup aku sekarang sangatlah penuh dan memenatkan. maklumlah nak ambil medik,mesti la penat kan? Sedia maklum. haha..
Fasa kehidupan Baru
Ok la,meh aku share sikit pasal jadual kehidupan baru aku ni. Korang taknak baca pun takpe,aku nak bercerita. Haha..
Jadual akademik ialah dari 7am-7pm. 12 jam der, apa macam? Letih kan? Haha.. Lepas tu malam nak study pulak sebab dalam lecture hall tak sempat nak cover sume benda yang lecturer ajar. Kalau macam aku, hampir setiap malam ada meeting untuk urusan perjalanan pelajar kat sini. Dari situ timbul satu masalah besar!
Aku sangat-sangat jeles bila tengok kawan-kawan yang lain dapat belajar. Aku malam je,meeting. Malam je,meeting. Asal meeting je,malam. Haha.. Serius stress bila tak dapat belajar. Tapi insyaallah minggu2 lepas ni meeting tak sekerap tu dah sebab dah semakin tersusun semua urusan. Maka berkuranglah stress aku. Haha..
Cukup sampai situ.
Misi yang agung
Bukan sahaja ingin bergelar seorang doktor perubatan,tetapi misi yang ingin di capai bahkan lebih besar dari itu. Setakat menghafal jenis-jenis tulang,otot,cell dan sebagainya,tidak cukup mencabar berbanding misi yang lebih besar ini.
Apa misi itu? Mari kita membina ummah!! :D
Peace semuaaaa!! :D |
Gambar aku dengan lab coat yang sungguh bergaya. "Medik Mesir- Dr Arieffahmi"
Group tutorial aku dengan Sheikh Muhammad Mustafa Alhabshi, Sifu arab "aamiyah kami.
Group Tarabayza yang sangat best! Kami adalah satu keluarga! ( Muka nerd tapi perangai....) haha..
Kami doctors pun ada riadhah.Haha.. Gambar selepas menang game volleyball. :D
Sampai situ jela perkongsian entry kali ini. Kejap lagi nak pergi KL,ada Program di Menara TM.
Fahmi: Menjadi seorang ketua kepada 400 orang pelajar perubatan merupakan satu tanggungjawab yang sangat-sangat berat. Pengsan! Tapi inilah kehidupan. Inilah masanya aku nak belajar. Terima kasih Ummi sebab bagi kepercayaan kepada saya untuk menjadi leader. :)
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete