Anak Mama Bakal Doktor

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Syukur Allah mempermudahkan segalanya. Memberi aku segala-galanya apa yang aku perlukan. Mengkabulkan doa aku. Syukur atas segala nikmatmu ya Allah. Tidak ada sebab untuk aku tidak bersyukur. :)

Entry kali ini,aku tulis dengan linangan air mata.

Esok, 30 Jun 2012 hari sabtu merupakan hari yang penting dalam hidup aku. Merupakan hari pembukaan fasa baru dalam kehidupan aku. Esok merupakan hari dimana aku akan bergelar sebagai seorang mahasiswa. Hari dimana aku akan memulakan perjalanan dalam fasa IPT.

Siapa tidak gembira apabila melihat anak berjaya. Siapa tidak seronok apabila melihat anak bakal menjadi orang yang berguna. Ibu mana yang tidak gembira. Bapa mana yang tidak suka. Semuanya pasti akan berbunga-bunga hati apabila anak mereka bakal menjadi seorang yang berguna.

Ok,intro aku dah start meleret-leret. Baik terus ke point utama.hehe..

Sejak kecil lagi mak aku cakap,jadi la doktor,kalau sakit senang. Aku pun bercita-cita nak jadi doktor. Tiba-tiba kebelakangan ni mak aku suruh aku jadi ustaz pulak. Pulaaakkk..haha.. tapi aku terus dengan cita-cita aku untuk menjadi seorang doktor. Mak aku merestui hajat aku ni. (tapi dalam masa yang sama masih push2 suruh jadi ustaz) hehe..

Esok aku akan daftarkan diri di fakulti perubatan UPM untuk kursus persediaan selama 7 minggu sebelum aku akan fly ke mesir pada awal september ini. Ye,sangat gembira sebab satu kaki aku sudah masuk kedalam bidang kedoktoran. Ia juga bermakna selangkah aku maju untuk mencapai cita-cita aku. :')

Masalahnya..

Esok pendaftaran pukul 10-2 petang. Pukul 4 macam tu ada taklimat ibu bapa. Mana ibu bapa aku? Hahaha..Itu masalah besar!

Kalaulah mama aku ada,mesti esok dia ada. Malam ni mesti dia dah bising-bising suruh kemas barang. Suruh check berus gigi ada tak. Kain pelikat bawak tak. Kopiah jaangan lupa. Ubat gigi ada tak. Ada tinggal apa-apa tak. Mesti rumah tengah riuh rendah sekarang. Adik beradik mesti berkumpul kat rumah sebab mama ada. Bestnyaaa...

Aku sedang menaip sorang-sorang kat rumah. tak ada sapa kat rumah. Abah kat perlis. Mama kat alam sana. Kakak-kakak kat rumah masing-masing. Baju bersepah lagi. Semua tak prepare lagi. Rasa macam tak seronok pulak nak pergi esok. Mana semua orang?? Esok aku nak masuk belajar dah! Mana semua orang? sekurang-kurangnya bagi mama ada kat sisi,sekurang-kurang2nya...

Ya Allah.. Kuatkan aku..

Gambaran hari esok telah bermain dalam fikiran aku sejak bertahun-tahun dulu. Gambaran mama abah hantar aku masuk belajar. Sambung dalam bidang perubatan. Dan mereka memeluk aku. Mereka tersenyum gembira melihat aku bakal menyambung pelajaran. Siapa tak gembira kan? Mereka pasti gembira! Aku lagi puas hati sebab dapat buat mereka gembira..

Hancurrr...

semua gambaran tu hancur!

Tidak ada lagi pelukan seorang ibu saat hari pertama itu. Tiada lagi senyuman mama abah. Tiada lagi mereka. Hanya aku sahaja melangkah sorang-sorang. Tidak diiringi oleh mereka. Mama jauhhhhh di sana. Abah jauhhh di perlis.

Macam mana aku nak tinggalkan malaysia bulan 9 ni? Aku dah bayangkan suasana airport ketika itu. Mama orang yang akan aku peluk erat-erat. Rupanya pelukan itu sudah tidak mampu dilakukan. pelukan terakhir ialah ketika sebelum jenazah ditutup wajahnya ketika di kafankan..

Ok cukup.cukup. Bersyukur dengan apa yang ada!!

Semoga aku tabah di hari esok.Ameenn..



Comments
26 Comments

26 comments:

  1. Be strong and alwayz successs in ur future... ;)

    ReplyDelete
  2. be strong :) saye juge baru kehilangan ibu tersayang 30 mac 2012. ibu saudara pasti gembira dan bahagia melihat saudara berjaya :) dan tahniah :) semoga cita-2 untuk menjadi doktor tercapai. aminn. insyaALLAH. jgn lupe kirim doa buat ibu di sana

    ReplyDelete
  3. tabahkan hati , be strong . semoga anda menjadi seorang doktor dalam masa yang sama seorang ustaz jugak =)

    ReplyDelete
  4. terbaca ur entry. kuatkan semangat. everything happen for a reason. saya doakan yang terbaik untuk anda :)

    ReplyDelete
  5. be strong k..
    semoga awak berjaya menjadi doktor yg diimpikan oleh ibu awak..

    ReplyDelete
  6. Alfatihah untuk mama kamu . Semoga tenang disana . semoga kamu tabah untuk hari kemudian . Ameen .

    ReplyDelete
  7. Allah T.T

    Moga Allah kuatkan anta akhi. Selamat maju jaya di UPM. :)

    ReplyDelete
  8. tahniah..semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah..

    ReplyDelete
  9. Tahniah,,moga tabah dan kuat... tercapai juga cita2 ye,, semoga berjaya harungi semua ni,, Allah sentiasa ada bsama kita... walaupun awk xdapat tunaikan janji awk pada sy,,tunaikan janji pada ibu bapa,, salam takziah ye...

    ReplyDelete
  10. Ibumu melihat dr sana berbangga dengan apa yg kau usahakan... Npkkan senyuman lebar lagi manis tu...

    ReplyDelete
  11. semoga berjaya..iringan doa buat ibu kamu pasti lebih bermakna,insyaAllah

    ReplyDelete
  12. sabar ya fahmi. :) semoga tabah . saya faham perasaan fahmi sebab saya pun xda mak. :( mak saya meninggal tahun lepas. tp itu tidak mematahkan semangat saya utk trus maju kehadapan.tp fahmi masih beruntung sbb ada ayah. saya pulak xda ayah. saya anak yatim piatu~ saya pun tak tahu mcmana saya boleh jadi sekuat ini. Allah menguji hambaNya agar hambanya sentiasa dekat padaNya. Allah mau mendengar RINTIHAN stiap hambaNya :) mungkin fahmi terlupa, didalam doa fahmi selalu menyebut "yaAllah jadikanlah aku seorang yg tabah &kuat" maka Allah pun beri ujian untuk fahmi. untuk memberikan "ketabahan" spt mana yg fahmi doakan. fahmi semoga berjaya. :) JADILAH SEORANG DOKTOR YG BERIMAN. insyaALLAH ~

    ReplyDelete
  13. nak akak hantar kamu nanti? #eh hehe stay strong okay, ingat awak tak berseorangan, Allah tetap ada kat mana-mana, dan kami, tetap sokong awak even takde depan mata :D

    20:68

    ps.eh pelik pulak guna 'awak' haha

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum saudara fahmi, saya dah baca entry tentang pemergian mak awak dan kisah kita serupa..cuma Arwah nenek sy yang menjaga saya dari kecil meninggal dunia beberapa hari setelah keputusan SPM keluar dan alhamdulillah sy dapat menggembirakan hati dia walaupun sekejap. Bagi saya, Allah menguji hambaNya pada kemampuan hambaNya dan setiap kejadia ada hikmahNya. Allah menguji kita bukan bukan ingin melihat kita bersedih tapi Allah rindukan linangan air mata kita yang menangis meminta kepadaNya. Bersabarlah diatas segala dugaan dan pasti ada sesuatu yang lebih indah dihadapan sana.. Semoga saudara berjaya dunia akhirat.. Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tabahkan hati demi mengejar cita2 yang murni..Anak makcik juga kehilangan ayah disaat sedang menghadapi peperiksaan tahun tiga dalam jurusan perubatan di Indonesia..Al fatihah semoga mereka aman disana.

      Delete
    2. Dari AQHIRAH KAMEL (fb)

      Delete
  15. Fahmi..awak kena kuatkan semangat terutama bila berada dinegara asing demi mencapai cita2 yang murni..Alhamdulillah anak makcik sekarang sedang belajar ditahun akhir (6).gudluck n all the best for you. AQHIRAH KAMEL.

    ReplyDelete
  16. bila kamu memohon sesuatu agar kamu sentiasa dalam kebaikan , Allah s.w.t akan menguji diri mu melalui kelemahan mu sndr...maka dgn itu,berfikir la sebaiknya...sy doakan kejayaan awk...

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum. Saya dapat rasa kesedihan saudara. Sabar yaa. Tentu ibu saudara sangat gembira dan bahagia melihat anaknya bakal menjadi seorang doktor. Apa apa pun doa lah banyak banyak untuk arwah ibu saudara. Owh ya, saya juga pelajar upm. Wassalam :)

    ReplyDelete
  18. Hati awk kuat..awk pasti berjaya..senyuman ibu awk x kan putus melihat kejayaan awk..Insya'Allah.. =')

    ReplyDelete
  19. smg diberi ketabahan dlm menghadapi imtihan dunia ini.sesungguhnya stiap kesusahan beriringan dgnnya kesenangan.syurga itu manis, jd Allah berikan kepahitan dulu sebelum menganugerahkan kesenangan.

    ReplyDelete
  20. kuatkan semangat ye dik.. :) kejar cita2 n impian.. buat fmly terutamanya arwah mama rasa bangga..

    ReplyDelete
  21. Assalammualaikum, entri akhi buat ana sedih. Ana harap akhi bersabar ya. InsyaAllah nnt ada insan yang akan ambil berat pasal akhi tapi insan itu tak sehebat kasih sayang ibu. Sabarlah dalam mencari redha dan ilmu Allah..

    ReplyDelete
  22. kuatkan semangat walaupun kita tidak berada bersama mereka bayangkan yang kita berada di sisi mereka (dekat dgn mereka). good luck dan belajar baik-baik di tempat org.

    ReplyDelete
  23. sedih akk baca entry kamu..be strong ye adik... akk pun kehilangan ibu masa berumur 10 tahun.. jadilah anak yang soleh sebagai tanda cinta kita pada ibubapa. sentiasa mendoakan utk mereka.. semoga berjaya mjadi seorang dokter :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...