Hello Egypt (Bumi Musa dan Firaun)

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah akhirnya saya dapat update entry pertama saya yang akan kongsikan pengalaman saya di bumi Mesir. Insyaallah lepas ini saya akan selalu kongsikan pengalaman saya di bumi Anbiya ini. Saya rasa ramai yang ingin mengikuti perkembangan kembara ini kan? Harap-harapnya begitu la. :)

Saya selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Cairo pada jam 4.30 pagi 2 Oktober. Macam mana rasa bila pertama kali jejak kaki di negara orang? Fuhhh.. tak terkata. Perasaan bercampur baur. Yang pasti, saya teruja untuk terus menempuh cabaran yang mendatang. Ujian yang mematangkan.

Ayuh saya kongsikan gambar-gambar saya di sekitar Egypt~


Pada hari jumaat lepas, kami telah dibawa jalan-jalan ke tempat yang menarik di Egypt. Ya, saya telah pergi ke Giza. Melihat Piramid tinggalan Firaun laknatullah. Kenapa masih kekal sehingga kini piramid tersebut? Supaya manusia kenal siapa Firaun itu. Manusia yang mengaku tuhan dan Allah matikan dalam kehinaan. Ambil ibrah dari situ.

Batu piramid ni bukan kecik. Separuh badan saya juga la. 


Member lama :p
I was here. Great Piramid of Giza

Ya Habibi ya maulana. Aiwahh!


Selepas kami dibawa jalan-jalan sekitar Piramid, kami telah dibawa ke kubu Salahuddin Al-Ayyubi. Siapa tak kenal? Haiihhh.. Berat nanang kalau tak kenal figura ni. Pergi google cepat! Haha..


Masjid Sultan Ali Pasha
Masjid ini telah dibina oleh Sultan Ali Pasha di dalam kubu Sultan Salahuddin Al-Ayyubi pada zaman pemerintahan baginda. Besar masjid ini. Cantik? Itu sudah pasti. Hebat kan ciptaan Allah sehingga mampu mencipta ciptaan hebat sebegini? :)

Di atas tembok Salahuddin


Saif ad-Din Qutuz. Anda tahu sejarahnya?
Bila jalan-jalan macam ni, minat untuk mendalami sejarah sedikit sebanyak membuak. Kalau anda jalan ke sesuatu tapak sejarah tanpa mengetahui sejarah disebalik tempat atau individu tersebut, mesti tidak basah perjalanan tu. Means basah ialah rasa ZUKKK! Contoh bila pergi ke kubu Ayyubi. Selama ni dok baca je kisah kehebatan tentera Salahuddin tapi bila dah sampai sendiri ke tempat tersebut, mesti kita Wahhhh.. ini ke tempat yang aku dok baca tu..... kan kan? ^_^

Masjid 4 Mazhab

Oraite, kita sampai ke Masjid 4 Mazhab. Kenapa nama masjid macam ni? Saya diberitahu bahawa pada satu ketika masjid ini berfungsi sebagai pusat pengajian untuk mendalami tentang mazhab 4. Ada sudut belajar mazhab Hanafi, ada sudut belajar Hambali dan begitu juga dengan yang lain. Mereka bebas melontarkan hujah masing-masing di situ. Sampai waktu solat, kita boleh lihat 4 mazhab solat, dengan ijtihad masing-masing. Menarik kan? 

Bahagian Hadapan Masjid



Sudut Maliki
Cukup la sampai sini sahaja perkongsian saya. Kalau cerita semua kat entry ni, habis la modal nak update lepas ni kan? hehe.. Takpe, masih banyak lagi peristiwa dan pengalaman menarik yang saya lalui di Mesir ini yang insyaallah akan dikongsikan bersama. Stay Tuned~

Eh sekejap... Last!

Satu malam di Masjid Amr Al Asr. Masjid pertama di Benua Africa


Kesimpulannya, nampak seronok dan teringin nak pergi jalan-jalan kan? Untung la belajar luar negara, untung la duduk di negara orang. Best la itu, best la ini. Hakikatnya, negara sendiri tetap di hati. Tanah tumpahnya darahku. *mood homesick

Kembara Ilmu Bermula~


Rindu anak-anak saya. :'(




Comments
13 Comments

13 comments:

  1. Fuyyo!!
    Untungla kan dapat gi sambung belajar di negara orang..dapat banyak pengalaman pulak tu..hehe..terima kasih sebsb sudi kongsi sedikit pengalaman dan maklumat di negara orang..hehe
    ^___^

    ReplyDelete
  2. cantik semua tempat tu...
    Good luck di sana.. :)

    ReplyDelete
  3. wah! keep update ye... insya-allah suatu hari nanti nak jugak jejak kaki kat sini.

    ReplyDelete
  4. Bertuahnya kan... terasa diri nk jugak mnyingah ke sana,insyaallah jika punya rzki psti sy juga akn smpai kesana sbgai seorng pngkji.. amin. Bumi mesir sememngnya mngungkp seribu cerita. Jujurnya sy jeolus tau dgn smangt dibw brsma,smoga truslh mngkhbrkn brita2 yg mmbrikn ilmu kpd smua ya....insyaallah,sy trut mnyokong dr belkng sbgai seorang shbat dlm mneruskn prkngsian ilmu... :)

    ReplyDelete
  5. Good luck bro...:)..kami disini doakan yang terbaik

    ReplyDelete
  6. Baru minggu pertama, sana sini mu pergi bergambar ek?

    ReplyDelete
  7. nmpk sinar pngmbaraan tu d bumi Anbia'..syok nya tyme bergambar naik unta..untung dier...

    ReplyDelete
  8. hairunisa khairudin14 October 2012 at 09:12

    i've been there,. seriously, awes0me sgt,.. mase lampu dalm masjid semua dibuka,.sgtlah cantik,..

    ReplyDelete
  9. Dah fly gi mesir ke..all de best kat sana..study rajin2.. =)

    ReplyDelete
  10. baru follow.. ke 700 :D heee. weh, best la kat mesir sana. mesti panas kan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...