Malam ini cukup indah sekali.Keindahannya itu terasa nyata meresapi dan turut hidup didalam jiwa.
Si cengkerik pula riang menyanyi.Riuh memenuhi ruang alam.Tidak tahu lagu apa tetapi jika menghayati tetap menenangkan jiwa si pendengar.Sama-sama menikmati malam yang indah kurniaan tuhan ini.Bintang-bintang di langit juga turut setuju lalu bersama-sama berkerlipan di langit yang cerah.Jelas berbillion2 titik cahaya di langit sana.Sang bulan pula,terserlah keindahannya tatkala menzahirkan diri sepenuhnya,purnama.
Dia terus meleparkan pandangannya.entah kemana tapi yang pasti sudah hanyut melayan perasaan.Turut sama menghati alam.Hanyut.
Bayu laut lembut menyata dirinya.Rambut hadapannya sedikit terjatuh menutupi sebahagian matanya,lantas ditarik rambutnya itu kembali.Perlahan2 dia meraup mukanya disusuri dengan keluh kecil yang kedengaran.'Teramat indahnya ciptaan tuhan' terlintas dihulu hatinya.Diam.Mengapa sungguh ramai manusia lupa dan terus angkuh dengan kehebatan sendiri.Segalanya rasa diri terbaik.Entah.Agaknya itulah sunnah kehidupan manusia.Ada yang merasa terlalu baik dan ada juga yang tawadhu' terlebih.Perlu juga.Keseimbangan alam katanya.hehe...
Otaknya terus ligat.Ligat memikirkan sesuatu.Sesuatu yang besar tetapi masih samar.Hanyut lagi....
'Hah,kat sini lagi.balik2 mesti muka dia kat sini'
Potong stim betullah mamat sorang ni.Aku dah naik syahdu layan perasaan dia menyibuk kat sini pulak.
Dan kenal sangat dengan suara tadi.Abg ikram,salah seorang senior yang amat rapat dengannya.
Dan terus melemparkan pandangan memenuhi alam dihadapannya.Dahinya sedikit berkerut.
'Kacau la abang ni,ana dah masyuk boleh potong stim pulak' rungut DAn.
'haha,rileks la DAn,macam tak biasa je kena kacau dengan abang' abang Ikram tersenyum sendiri mendengar rungutan juniornya itu.
Kini abg Ikram sudah berada disebelah DAn.Sama2 menikmati pemandangan malam yang mampu memikat sesiapa sahaja dan mereka terus hanyut dalam lamunan sendiri.Suasana di atas bangunan tangki enam tingkat itu kembali sunyi.Masih dihiasi dengan bunyi cengkerik menyanyi riang.
Inilah rutin harian DAn.Jika dia tidak ada di dorm lepas pukul 11.30 malam,confirm dia ada kat atas tangki ini.Tapi rutin nakalnya ini hanya abang Ikram sahaja yang tahu.
Tiba-tiba...
No comments:
Post a Comment