Hidup 4

Dia melangkah malas menuju ke kelas. Kalau nak diikutkan hati ni harapan la nak ke kelas. Tapi,dah ustaz yang memanggil,terpaksalah pergi juga.

Apalah ustaz nak cakap ni? Tak pernah-pernah nak panggil. Kalau nak cakap sebab tak datang kelas, dah berjuta kali dah tak datang kelas. Marah tak, buat dek ada la.. Ni mesti ada sebab lain ni..

Baju Puma biru dengan seluar bercorak kain pelikat.Nah,satu sut pakaian tidur. Apa kisah,janji tutup aurat. Tapi malu jugak la. Dah la tak datang kelas, sekali datang pakai baju tidur pula. Dah la nak jumpa ustaz. Ah,jangan dengar semua kata-kata orang. Yang penting kita bahagia..

Dan terus menuju ke kelasnya. Apa sebab dia dipanggil pun tidak diketahui.
Mulut terkumat-kamit,kaki kanan terus melangkah memasuki kelas. Harap-haraplah perkara baik-baik belaka yang akan diterima. Tapi kalau fikir sekali lagi memang seram sejuk dibuatnya. Tak akan la selalu tak datang kelas sekali ustaz panggil,

‘Nah,ambil coklat ni sempena hari ke-100 kamu tak datang ke kelas.’


Wah..alangkah bahagianya kalau macam tu. Si anas yang rajin tahap malaikat tu pun boleh hanyut sekali dengan aku kalau la macam tu.Tapi, hakikatnya ustaz aku ni bukanlah orang macam tu. Nak bagi hadiah penampar boleh la.
Semakin dekat aku dengan ustaz semakin banyak bayangan maut menjengah.


‘Ulang sekali lagi.’ Suara ustaz dah berubah.Kecut perut.


‘Emm..emmm…’ Aku ni pun satu..Dah macam ni pun nak tergagap lagi.


PAPP!!! Sebijik penampar hinggap free kat muka aku..ambik kau.Free je kena.Terkelip-kelip mata Dan dibuatnya.Nak menangis tapi dah besar panjang.Niat tadi dibatalkan.Terus je buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku.ngee…

Dan sekarang sudah berada dihadapan ustaz. Dia melabuhkan punggungnya dan duduk dalam keadaan bersila. Hormat ustaz adalah perkara utama. Orang yang beri ilmu pada kita wajib dihormati. Walaupun hanya sekecil-kecil perkara tetapi kalau dia sudah kongsikan maka tetaplah perlu dihormati. Imam syafie sendiri pun pandai nak hormat seorang arab badwi sebab beri dia ilmu. Ilmu nak bezakan anjing betina dengan anjing jantan waktu kecil je pun. Ni aku sebagai murid yang menimba ilmu dengan ustaz.Lagilah perlu hormat habis-habisan.


‘Assalamualaikum ustaz.’ Dan senyum.Macam kerang busuk.


‘Waalaikumsalam,sihat Dan?’ soal ustaz.


‘Macam biasalah ustaz,kepala otak ni tak betul sangat. Tak tau la masalah apa ustaz tapi macam nak pecah la rasanya.’ Dengan penuh keyakinan Dan cuba meyakinkan Ustaz Shahir.


‘Alahai,kesiannya ustaz dengar.’ Lain macam bunyi,macam nak peril je ustaz ni..aduh…


‘Macam nilah Dan,lepas kelas ni datang bilik ustaz. Ada benda sikit ustaz nak bincang dengan nta. Pergilah balik dorm nta dan rehat dulu. May Allah bless you.’ Ambik kau,sekali keluar bahasa enggris daa..


Jam yang tergantung di dinding dorm sudah menunjukkan hampir pukul 3 petang. Lagi setengah jam sahaja lagi sebelum kelas tamat. Dan terus melangkah ke bilik air untuk mandi. Tak kan la nak jumpa ustaz sekali lagi dengan badan yang dah bau macam apa tah. Ada juga yang kena halau nanti.

Baju warna hijau disarung Dan. Dengan harapan dia pakai baju warna aman damai ini akan turut membawa ketenangan di mata ustaz. Kalau niat pada awalnya nak marah maka harap-harap tak jadi marah. Sedikit wangi-wangian dicalit pada pakaiannya. Rambut tak pernah lupa,pantang tidak disikat kalau nak keluar dari dorm. Tadi waktu rehat masa dia dipanggil ustaz pun, walau tak mandi tapi rambut dia tetap kemas disikat terlebih dahulu..

Usai sudah bersiap maka Dan terus ke bilik guru yang terletak bersebelahan dengan kelasnya…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...