RAYA SEORANG BUJANG



Bila terkenang kembali zaman kanak-kanak dulu memang best..

Dulu aku tauke mercun. sape nak mercun datang la beli kat aku sebab semua jenis mercun ada. Nasib baik tak kena tangkap dengan polis.hehe

Dulu kalau raya memang meriah tahap tak hingat la. Full house family aku. Dari kakak pertama sampai la kepada aku anak bongsu. Riuh rendah kereta masa balik kampung sampai aku pun tak ada tempat duduk. Baring atas riba kakak2..=P

Dulu lepas sahaja sembahyang raya aku dengan sepupu aku konvoi jalan kaki ramai2 pergi ke siap rumah seluruh pelosok kampung aku. Tak ada satu rumah pun yang terlepas. Aku ingat lagi ada satu rumah tu bagi duit raya...5 sen.huhu.. Kesian jugak nak paw duit raya kat nenek tuh..hehe

Dulu hari raya kedua dah start konvoi kereta pergi ke rumah adik beradik sepeupu sepapat tak kira la yang dah tua ataupun masih muda. memang seronok habis la...

itu semua zaman kocik2 dolu...

Sekarang aku tgk mecun pon dah tak ada nafsu. Sepupu2 yang masih kecil asyik dok ajak main tapi aku pon dah malas... Tahun ni 1sen pon tidak dikeluarkan untuk mercun kalau dulu boleh sampai setengah ribu..hahaha

Sekarang nak raya semua adik beradik ada lengkap memanglah mustahil. Tahun ni dua family tak ada bersama aku. Kalau tengok family sepupu2 yang lain rasa sayu je. mereka semua full house pastu ambil gambar sama2. Tahun ni aku tak ada gambar raya family. Sedih2.huhu.. Aku dengan kakak aku yang tak kahwin lagi ajaklah ayah aku nak ambil gambar sama2 satu family(tak lengkap) tapi apa yang dia cakap." Tak payah la ambil gambar, family kita tak cukup orang. Sikit sangat ahli" aduhh...lagi la sedih.=(

Sekarang tradisi jalan2 lepas raya pergi rumah ke rumah sepanjang hampir 2 kilometer sudah tamat. Era aku dengan sepupu aku terdekat sudah tamat. Gang rapat aku konvoi ni pon sekarang dah ada kat bumi jordan. semua dah membesar. adik2 kami terus menyambung tradisi tersebut.

Masa terus berlalu dah zaman terus berubah...

Secara jujurnya raya tahun ni aku sayu sikitlah. minggu depan kakak aku yang last akan kahwin maka tinggallah aku seorang yang masih membujang. Walaupun bilangan ahli keluarga akan bertambah tetapi suasana sudah berubah dan tidak sepeti dulu lagi. RIndu....


Aku terus membesar dan orang di sekeliling aku pun terus membesar. Semua benda sentiasa berubah. Tapi 1 benda la yang aku seronok sikit buat masa ni. Dulu aku duduk kat seat belakang dan membuta sepanjang perjalanan dari kedah ke BAngi tapi sekarang dah berubah. Ayah aku yang layan tidur kat belakang dah aku focus driving dari Kedah sampai BAngi. Seronok memang seronok tapi memang letih.hahaha

Post kali ini sekadar perkongsian perasaan aku apabila meningkat usia di kala ini. pergh..ayat skema.haha.. Tapi semua benda ni memang terasa sungguh. Rasa macam nak undur masa balik.huhu..

Kakak aku pon dah cakap aku grown up. Semalam ayah aku puji aku ni seorang yang observant. Bangga2!! HAhaha.. Susah nak dapat pujian dari ayah aku.lalala~

Setiap perjalanan hidup ini hayatilah ia setiap detik. Banyak pengajaran dapat kita tiba. JAdilah seorang pemerhati dan ahli fikir... Dalam QUran ada banyak sebut tentang perhati dan fikir.. Seronok..=)

Semoga kita semua dapat pengajaran dari post bosan aku ni. Dah lama tak update blog..

KEsempatan ini aku nak minta maaf kepada semua yang membaca blog ini dan kepada semua kenalan aku di luar sana. MAAF ZAHIR DAN BATIN YA...=)

ASSALAMUALAIKUM....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...