Ke Mana Hilangnya Sperm-Man??


Entry ini khusus untuk tatapan golongan adam dan umumnya kepada semua pembaca...

Wahai pemilik-pemilik sperm sekalian...

Sekali aku memerhati dunia,
aku sedar semakin ramai golongan kita yang sudah lupa kepada fitrah sperm itu sendiri. Ciptaan tuhan yang punya tenaga luar biasa. Halus namun penuh tenaga. Berlumba-lumba untuk terus berjaya...

Wahai pemilik-pemilik sperm sekalian...

Kemunduran golongan sperm telah menyebabkan tercicirnya golongan ini.. Hilang sudah semangat berlumba-lumba dalam diri. Hanya duduk berpangku tangan melihat yang lain terus berlari...Tidak akan lahir kita jika sperm punya sifat ini...

Wahai pemilik-pemilik sperm sekalian...

Ayuh kita lihat, universiti kini kian dimonopoli oleh golongan hawa. Kemana hilangnya golongan kita? Terus lalai ditepi jalan memetik gitar kapok, asyik dengan aksi berani mati di atas motor dan sebagainya...

Wahai pemilik-pemilik sperm sekalian...

Kerja kita pada hari ini hanya berlandaskan nafsu serakah. Pergi kesana sini merosakkan apa yang ada. Jumpa si hawa, terus rosak bunga itu. Hilang maruah hawa kerana kita...Sperm itu kita salurkan kepada jalan yang salah..

Wahai pemilik-pemilik sperm sekalian...

Kita dilahirkan sebagai pemimpin. Namun kemana kepimpinan kita pada hari ini? Dayus, membiarkan si wanita tanpa bimbingan. Tidak mampu menjadi pelindung kepada mereka. Ohhh...Tugas lindungi anak dan bini dari neraka pasti tidak mampu kita penuhi jika terus begini...

"Dan seorang laki-laki adalah pemimpin atas keluarganya dan dia bertanggung jawab.."(HR Bukhari dan Muslim)

Wahai pemilik-pemilik sperm sekalian...

Sperm berlumba-lumba untuk mendapatkan Ovum, maka wujudlah kita. Namun, jika sperm meniru perilaku kita yang cenderung kepada jantina sejenis maka tiadalah kita. Bodoh, tidak melihat kepada fitrah kejadian diri...

Pembaca sekalian...

Merasa jijik dengan entry ini??

"Dan sesungguhnya dialah yang menciptakan pasangan laki-laki dan perempuan dari mani, apabila dipancarkan.."(Al-Qamar:45-46)

Memang jijik tapi inilah hakikat kejadian kita. Dari asal yang jijik dan hina. Tapi masih merasa besar? Hebat? Gagah? sampai merasa orang lain tidak hebat dan kitalah yang paling dan paling...

P/s: Aku tak tau mood apa datang serang aku hari ni sampai buat entry spesies ni. Bosan kan? Haha..kalau bosan terus katakan "entry ini bosan" supaya aku termaklum. Haha..Entry ini ialah entry muhasabah diri. Asyik merepek je keje so hari ni apa salahnya kita ketuk kepala masing-masing kan? Haha..

Mood: Ingin menjadi lelaki sejati..Yeahhh...



Comments
20 Comments

20 comments:

  1. hawa tukar la kepada ovum... baru ade chemis... hehehe

    ReplyDelete
  2. ada x yang sudi terima sperm bro

    ReplyDelete
  3. Kita sembang pasal fitrah sperm nak?hehe

    ReplyDelete
  4. nice ganti nme..huhuhu..slalu laki..nme ahmad la..ali la..skrg dh jd sperm man..

    ReplyDelete
  5. SPERM dihabiskan setiap hari depan komputer. Sebab tu la hilang.

    ReplyDelete
  6. Be-B:thx jujur..hehe=)

    ReplyDelete
  7. ko bukan lelaki sejati ke skang?? muahaha..pendedahan eksklusif

    ReplyDelete
  8. fitrah kejadian ; tiba-tiba teringat ade 1 ceramah ust tue ckp nka buat apa kita berbangga diri sebab kita dijadikan drpd air mani yg hina- yg mana kalau dibiarkan semut pun tak kan hurung... btul ke semut x hurung???

    ReplyDelete
  9. entri nie tak BOSAN pun! serius!! sukee sgt entri niee! thumbs up fahmi :))

    ReplyDelete
  10. well, hawa tengah menaik skg..
    sdgkn kaum SPERM banyak terkandas di pusat serenti - meranti..

    itu hakikat..telah dibuat kajian, :)

    slm perkenalan..

    ReplyDelete
  11. gile ah
    tersedar aku dari lamunan
    terima kasih atas nasihat
    dari sang pemilik sperma juga

    haha

    ReplyDelete
  12. dari blog blog abg ben..nice jumpe blog ni :) saye da follo dah :) follow me back @ tayarpancit.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. honestly.sangat nice.

    kipidap.:D

    hopefully sperm lain pon sedar.

    ni dok salahkan org pompuan je.T__T.

    ReplyDelete
  14. aku tak rasa entri nie bosan pun.. ..bersifat polos utk perkara yg cuba ko sampaikan.. :)

    agak unik cz dapat ilham tajuk sperm man..haha!

    ReplyDelete
  15. hm, sedarlah diri kita asal mcm mn...
    ustaz sy sllu ckp, ingt lah betapa hinanya kita, kita ni disalurkan n dilahirkan ikut mn...semuanya tmp2 kotor and tmp quar najis...

    hakikat...so, pk2 lah manusia sekalian.

    xde la bosan pun, ada msg penting kan? n3 bermakna lah...

    ReplyDelete
  16. jijik dan hina - kekadang manusia perlu diingatkan dengan asal kejadian sendiri supaya sentiasa merendah diri, tidak berasa diri sendri terlalu hebat berbanding org lain dan sentiasa bersyukur dengan pemberian Tuhan padanya...

    gud bro.entry yg luar biasa dr biasa...haha:D

    ReplyDelete
  17. Tetiber tringat kat akh Harits Zamrin time ijtima'am hari tu. lawak la... tpi itulah hakikatnya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...