Bukan Mukjizat Atau Magika


Cikgu aku cakap...

Abraham Lincoln ni budak yang tak bersekolah. Dia tak dapat pendidikan yang formal waktu kecik. Tapi dia ni banyak membaca. Dia akan berusaha untuk mendapatkan bahan bacaan. Pinjam dari orang walau kena tempuh perjalanan yang jauh untuk nak dapat buku tu. Akhirnya...Dia berjaya!!

Aku baca...

Abuya ni hebat orangnya. Aku respek dia dari beberapa aspek. Bukan semua aku respek sebab dia ada silap. Dia ni banyak tulis buku tetapi dia ada masalah dalam menalaah buku ataupun kitab. Dia tulis buku tanpa rujukan dari kitab-kitab muktabar. Aku tak tau apa masalah dia sampai malas membaca tetapi pada akhirnya kita tahu, Dia Sesat lagi menyesatkan!!!

Siapa tak kenal Abraham Lincoln dan Abuya? Tak kenal? Awass..anda ada ciri-ciri orang yang bakal sesat lagi menyesatkan. Haha..Orang yang jahil ni mudah sesat sebab dia tak ada ilmu maka apa orang buat dia ikut membabi buta. Setuju??

Hari ni aku nak cerita pasal amalan membaca je. Simple kan benda yang kita nak cerita pada hari ni? Simple tapi sangat penting..

Ada orang pernah cakap kat aku..

"weyh..Kau ni macam-macam benda tau kan? Macam mana kau tau benda-benda macam ni eh? Kitaorang tak tau pon.."

Maka dengan machonya aku menjawab..

"Ini semua bukanlah mukjizat atau pun ilmu sihir. Aku tidak ada amalan-amalan istimewa yang menyebabkan aku tahu banyak benda. Aku hanya banyak membaca.."

Cuba korang bayangkan korang tak banyak membaca. Serius bosan gila hidup korang. Apa kejadah tak tau apa pasal dunia ni. Nanti kalau nak sembang dengan orang pun tak best. Cuba bayangkan kita nak sembang dengan orang tapi kita tak tahu benda apa yang sedang dibincangkan...

"Blaa..Blaa..Blaa..."

"Bersih tu apa eh?"

Kalau ada orang macam ni nak sembang dengan aku, serius aku hilang mood. Kalau aku jadi orang macam ni, lagi la aku hilang mood. Rasa macam diri ini seekor KATAK bawah tempurung. dah la bawah tempurung,tempurung pula dalam perigi. Nak jadi cerita rupa-rupanya perigi buta maka orang kampung pun timbus letak simen kat atas. Maka Teruslah katak bawah tempurung dalam perigi yang disimen.Whoaa!!

Dalam Quran Allah dah sebut, bahkan wahyu pertama.."BACALAH!!" Kenapa generasi sekarang malas membaca? Orang dulu punyalah mencari bahan bacaan. Orang sekarang buku bersepah sikit pun tak rasa nak baca. Lepas tu tak ada ilmu tanya orang macam mana orang lain boleh ada ilmu. Masalah!! Kan dah teremosi sikit dah. Haha

Konklusinya..Banyaklah membaca...

Fahmi: Aku bukan manusia yang jenis banyak membaca. Sedang berusaha ke arah itu.

Trimas untuk Muazfaris.com sebab jadi member ketat aku. Siapa nak ngorat mamat ni, pergi la kat blog dia. Serius hensem.hahaha...
Comments
8 Comments

8 comments:

  1. hihi btol3..zaman sekarang dah kurang amalan membaca!kan kann ngee

    ReplyDelete
  2. nice entri,. bagi aini mmg membaca tu penting tak kira la guna surat khabar sekalipun,. skurang2nya kita tak ketggalan,. aini sndiri gunakan internet untuk mmbaca n dptkan berita terkini,.he3 klu buku aini cepat ngntok,.=p

    ReplyDelete
  3. bukak internet jangan ngadap fb dgn youtube je, kadang2 search la info sikit untuk tambah pengetahuan tu.. :) yeah betol tu banyak membaca banyak maklumat, org pon tak boleh lekehkan kita :)

    ReplyDelete
  4. *insaf..eheh

    lps ni nk baca buku byk2 laaa..

    ReplyDelete
  5. hahaa, i felt same, rasa geram lak kalau cakap dengan orang, tetiba ada some part tu yang dia tak tahu, pastu tanya lebih2. cehh. geram aku!

    T__T

    ReplyDelete
  6. mari membaca!! kekekke

    wahh nak ngorat muazfaris! *okey aku gurau

    ReplyDelete
  7. Jom membaca ^^ Hee :) Bukannya susah sangat pun, best je ^^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...