Gambar Artis Pegang Anjing: Antara Ilmu,Iman dan Amal

Gambar artis pegang anjing? Aku tidak hairan langsung sebab jangan kan pegang anjing, gambar artis seksi, gambar artis bogel, gambar artis berkhalwat, gambar artis bercumbu,gambar artis beromen dan segala jenis gambar tak senonoh artis boleh keluar jadi isu.

Ini bukan entry nak bergossip pasal artis. Aku tak pernah tulis entry macam ni. Aku bukan nak hentam mana-mana pihak secara khusus. Tapi aku nak ambil isu ni untuk aku nak hentam semua orang termasuk aku. Haha..

Tak percaya ni bukan entry gossip? Baca dulu sampai habis..

Kenapa aku cakap aku tak hairan? Memang aku tak hairan langsung bahkan tak ada la aku nak kecoh sana sini ” apa kejadah artis Malaysia hari ni..” dan segala bagai. Benda besar pun dorang tak lepas, apatah lagi benda kecil-kecil yang jarang berlaku seperti bela anjing ni.

Aku ada komen kat blog Pembawa Wacana..

Kalau dah tak pakai tudung,kompem jahil iman rosak. Hukum yang jelas, pakai tudung pun tak dapat dilaksanakan apatah lagi kes yang jarang-jarang macam ni. Tidak ramai yang tau hukum berkaitan anjing ini tetapi aku rasa semua tahu yang pakai tudung ni wajib. Betul tak? So tidak pelik kalau orang yang tidak pakai tudung membela anjing. Boleh kaitkan macam ni tak?haha

Bagi aku kalau benda besar dan jelas seperti pakai tudung pun dorang tak boleh nak patuh, memang mimpi la benda macam ni dorang nak berhati-hati. Hukum pakai tudung dah tau jelas. Aku yakin setiap orang islam kat Malaysia ni tau hukum pakai tudung wajib. Tapi aku yakin tak semua orang islam di Malaysia tau hukum berkenaan anjing. Betul kan??

Kalau dah jahil, macam mana nak beramal kan? Main redah je buat semua benda. Nampak anjing comel sikit terus angkut buat binatang peliharaan. Jangan terkejut kalau lepas ni keluar gambar artis pegang Babi pulak. Sebab aku rasa babi pun comel. Haha..

Tapi kalau iman tidak ada, tidak guna juga ilmu itu sebab dia tak akan beramal. Mesti ada persoalan macam ni timbul kan ? Bagi aku, tuntut dulu ilmu sebab dari ilmu itu iman akan bercambah. Kalau tak ada ilmu pasal tuhan, macam mana nak kenal tuhan. Betul tak?

Kesimpulannya,

Tuntutlah ilmu kerana orang yang beramal tanpa ilmu itu SESAT !! Jika ilmu agama tidak penuh di dada, macam- macam boleh berlaku. Kalau aku cakap seorang imam telah didapati membela kacukan Babi dan Anjing yang mana keharamannya dua kali ganda di Kampung pisang, korang percaya tak? Tak mustahil kan? Segalanya mustahil dikala akhir zaman ni..

Fahmi: Ini hanya pendapat aku sahaja. Maaf kalau aku terlalu syadid, berkeras dalam hal begini.

Comments
11 Comments

11 comments:

  1. huhu sedih dengan keadaan sekarang, sekiranya nabi Allah masih ada tentu dia sedih melihat umatnya yang begitu sekali, jahilkah? jahatkah? atau buat-buat tak tahu

    ReplyDelete
  2. setuju sangat.kita doakan semoga terbuka hati mereka menjadi yang terbaik.

    ReplyDelete
  3. erk..tuntut la ilmu higga ke liang lahat ^_^

    ReplyDelete
  4. tak pernah dengar tentang keharaman dua kali ganda..
    itu mungkin berlaku...
    dunia sekarang

    ReplyDelete
  5. setuju sangat,sedih tgk keadaan org zaman skg ni >_<

    ReplyDelete
  6. tau la anjing tu comel..bela pulak..ish3..xpatot..

    ReplyDelete
  7. fahmi...pegang babi ngn anjing x haram hukum die..kite just x leh makan diorang je...cube cari hadis atau nas yg kate pegang babi ngn anjing haram...kalo ade kite bole kongsi...sekadar berkongsi maklumat..

    ReplyDelete
  8. Memelihara anjing adalah harus dan pemelihara perlu menjaga kebajikannya untuk tujuan-tujuan yang berikut:

    1. Anjing yang dilatih (anjing terlatih) untuk kerja-kerja memburu.

    2. Anjing terlatih untuk kegunaan tugas-tugas polis.

    3. Anjing terlatih untuk menjaga rumah, kebun atau ladang.

    4. Anjing terlatih untuk digunakan oleh penternak atau peladang untuk kerja-kerja menggembala binatang ternakan

    5. Membela anjing terlatih sebagai jurupandu. Ini mungkin diperlukan oleh orang buta untuk memberi khidmat yang diperlukannya. Tetapi masih perlu ditempatkan berasingan daripada kediaman tuannya .

    Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Darqutni dan Hakim dinyatakan pernah menolak jemputan satu kaum yang membela anjing untuk datang ke rumah mereka.

    Bila ditanya, baginda menjawab dalam rumah mereka ada anjing, sebaliknya baginda menerima jemputan kaum yang membela kucing. Apabila ditanya, baginda menjawab "kucing itu tidak najis".

    Sahabat mengambil faham daripada hadis ini bahawa baginda menolak jemputan mereka yang membela anjing kerana bimbang mengenai najis.

    Menurut Prof. Dr Yusuf al-Qaradawi, hukum membela anjing sebagai hobi adalah haram. Antara alasan fuqaha seperti Ibnu Hajar ialah:

    i. Menakut-nakutkan jiran, orang lalu lalang dan tetamu.

    ii. Berkurang pahala pemelihara. Nabi bersabda yang maksudnya: Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap pahalanya berkurangan satu qirath. (Bukhari dan Muslim)

    iii. Malaikat enggan masuk ke rumah.

    iv. Tabiat anjing suka menjilat dan kenajisan mughallazah pada jilatannya menyebab kesukaran pemeliharaannya. Cara menyucikan najis mughallazah ialah menyamaknya dengan tujuh kali air, dan salah satu air tersebut bercampur tanah.

    ReplyDelete
  9. pegang org yg bukan muhrim haram, pegang anjing xharam. kite boleh samak. menyentuh anjing adalah lebih baik drpd bersentuhan dgn org bukan muhrim. haha. aku mmg xkn lupa ayat ni :D

    ReplyDelete
  10. pegang org yg bukan muhrim haram, pegang anjing xharam. kite boleh samak. menyentuh anjing adalah lebih baik drpd bersentuhan dgn org bukan muhrim. haha. aku mmg xkn lupa ayat ni :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...