Away Is Not Gone


Bila diri rasa menyusahkan orang, rasa ingin berdiri atas kaki sendiri.

"Maaf! Engkau ayah yang hebat, Aku anak yang dilaknat."

Aku akan menyepi buat seketika. Dalam anggaran aku mungkin selama 3 bulan lebih. Aku akan menduduki peperiksaan SPM pada 14 November dan berakhir pada 13 December. Selama tempoh itu aku tidak akan menjalankan apa-apa aktiviti di alam maya.

Aku memohon ampun dan maaf atas ketelanjuran aku, kesalahan dan kekasaran aku selama korang semua mengenali aku. Kata-kata dan ayat di dalam blog ini yang menyinggung anda. Restu dan kemaafan anda semua yang aku tagih.

Aku memohon dan mengharap doa dari anda semua. Semoga aku berjaya dengan cemerlang dalam SPM aku dan seterusnya dalam hidup aku. Doa jangan tak doa ye!! =)

Blog Cerita Fahmi dan Motivasituhan.com akan 'berehat' selama 3 bulan dari sekarang. Selepas tempoh ini, aku akan meneruskan perjuangan aku dalam bidang penulisan ini semula.

Assalamualaikum~
Comments
6 Comments

6 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...