Populariti Pemusnah Cita-Cita

Salam pembaca sekalian...

Semenjak dua menjak ni aku sangat suka menulis mengenai masa depan. Keputusan SPM. Apa nak buat lepas SPM. Nak sambung belajar apa dan macam-macam lagi. Hari ni pulak aku nak tulis tentang cita-cita. Mungkin ini semua Sindrom Result SPM gamaknya. Haha.. So kali ni mari kita berbicara tentang cita-cita. :)

Setiap orang mempunyai cita-cita kan? Ada yang nak jadi doktor. Ada yang nak jadi jurutera. Ada juga yang nak jadi mekanik. Dan macam-macam lagi. Namun ada juga golongan yang bila ditanya "nak jadi apa besar nanti",mereka menjawab "Tah laaa..". Haaaa..Manusia spesies ni aku taknak bincang kat entry ni. Entry mendatang ye. Kali ni aku nak cakap pasal POPULARITI!






Kenapa aku menulis tentang Cita dan Populariti
Aku perasan dan sedar ada golongan yang mengejar populariti sehingga menggadaikan pelajaran dan cita-cita. Mungkin apa yang aku nampak ni tidak sama dengan hakikat yang sebenarnya. Namun,perkara ni kita boleh berjaga-jaga dan mengambil pengajaran. Takut kita pun jadi macam ni kan? Huhu..

Tak kesah la popular dan femes kat mana. Kat Facebook ke, kat Blog ke, atau pun kat youtube. Termasuk dalam semua yang aku sebut nanti. Ramai orang sekarang nak kejar populariti ni. Siapa berani bangkang statement aku ni? Rakam video comel-comel,post kat youtube. Buat ayat jiwang-jiwang, post kat wall facebook. Haaa..terkenallah kau sebagai Dr Cinta, Mahaguru Jiwa ataupun Dewa Kasih sayang. Haha..

Yang aku khuatir, semua pujian ataupun kipas-kipasan(peribahasa baru) yang dia terima tu akan kaburkan pandangan dia. Dulu nak jadi engineer, tapi bila dah up sikit kat Blogger,youtube,atau FB terus lupa cita-cita. Akhirnya..Aku nak jadi Artis youtube la. Jangan macam ni kawan!

Percayalah! Ada manusia macam ni!!!

Pesanan aku kepada kawan-kawan aku yang baca blog aku ni. Pesanan kepada semua pembaca blog aku ni samada aku kenal atau pun tidak korang ni, Berpeganglah dengan cita-cita kita sekuat-kuatnya!


Langkah-Langkah mencapai cita-cita tu nanti aku buat entry lain ye.:D


Gambar apa ni? Adakah peminat aku yang buat? Hahaha..Sekarang ni ada trend kat Facebook buat benda-benda ni. Aku pun kena tempias dia? Ohhh tidakkk...(perasan jap)


"Masa awal-awal aku nak mulakan bisnes dulu,fail inilah yang menjadi penyimpan segala maklumat tentang bisnes aku. Mak aku tanya, makcik aku tanya dan ramai lagi yang bertanya. "Kenapa kat file ni tulis Dr Arief? Tulis la CEO ke apa.." Aku tulis ini kerana aku tidak ingin 'ter'lupa cita-cita utama aku. Bisnes ini hanya sampingan. Aku tidak mahu mata aku dikaburi dengan duit banyak yang aku perolehi dari bisnes aku ini. Aku takut aku sudah tidak bercita-cita.AKU INGIN MENJADI Dr ARief! :D"


Fahmi: Aku tidak berniat untuk membuat mana-mana pihak terasa dengan entry aku kali ini. Aku hanya ingin mengingatkan diri sendiri dan pembaca blog aku yang amat dikasihi sekalian. Maaf salah silap.:D
Comments
2 Comments

2 comments:

  1. amin ~ semoga segala usaha kau berjaya bro ! Salam Dr. arif ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn..Bro! Kau eja nama aku salah.hahaha

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...