Selamat Tinggal Orang Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim..

Apa khabar pembaca blog saya semua?(kalau ada orang baca la). Sekarang ni saya tak selalu update blog kerana saya sangat busy kebelakangan ni. Ya, masanya hampir tiba. Pejam celik pejam celik rupa2nya saya dah besar ye. Dulu ingat lagi zaman kanak2 balik sekolah dengan seluar yang hancing sebab terkencing dalam seluar. Oppsss.. Hehe... rupanya esok saya nak tinggalkan Malaysia dah. Sembung belajar. :')

Rindu asrama lelaki yang hebat ini. (Abaikan model)


Saya mengharapkan doa dari anda semua. Sangat memerlukan. Kerana jalan yang saya pilih ini bagi saya sangat mencabar! Tidak cukup dengan cabaran yang bakal di hadapi nanti sebagai seorang pelajar perubatan,tetapi saya telah sekali lagi mencabar diri saya untuk menjadi pelajar perubatan di University Al-Azhar. Kenapa saya cakap saya cabar diri?

Selamat tinggal zaman riang-riang ria sekolah. :')


Insyaallah di University Al-Azhar nanti saya bukan sahaja akan menelaah subjek medicine seperti pelajar-pelajar perubatan di seluruh dunia biasa lakukan tetapi kami pelajar perubatan Azhar akan mendalami beberapa disiplin ilmu yang lain seperti Usul Fiqh dan lain-lain subjek agama. Walaupun tidak banyak silibusnya,kami tetap perlu belajar lebih kurang puluhan subjek tambahan dari orang lain. Oh ya, kami juga perlu menghafal beberapa juzu' Al-Quran sebagai syarat untuk grad. Apa macam, mencabar bukan? Hoho..

Doakan saya ada kekuatan dan kesempatan untuk selalu update blog ini. Mungkin jika lepas ni saya update blog ini,entry boleh lebih menarik dimana elemen-elemen Firaun,Nabi Yusuf, Nabi Musa dan Dr morsi boleh diadun bersama? Ehhh..Haha..

Nak tinggalkan Malaysia, siapa tak sedih kan? Nak tinggalkan keluarga beribu batu jauh,siapa tak sayu kan? Nak tinggalkan insan tersayang bertahun lama,siapa tak keberatan kan? Hmmm.. Ya, siapa tak eksited nak terbang jauh2 belajar di negara orang. Seronok der! Kau tengok la nanti aku update gambar banyak2! Hoho.. Tapi.. Gembira berhimpun bersama sedih, akan menjadi satu perasaan yang keliru. Rasa yang susah nak diungkap dengan kata-kata. Gembira+Sedih= Gemdih. Ya, penyakit baru bernama Gemdih. =.="

Berat woo nak tinggal anak-anak~

Nak tinggal ayah saya,itu part paling berat. Mungkin kes ni saya je yang alami sebab saya terpaksa tinggal dia keseorangan di Perlis nuuu.. Dulu tak ada masalah sebab dia ada insan yang setia,yang menemani dia sehingga habis hayat. Kini insan itu sudah tiada. Rasa sayu je nak tinggal abah sorang-sorang. Sebelum fly ni ok lagi sebab saya ada teman dia selama beberapa bulan ni. Anda boleh cuba rasa perasaan ini? :)

Rahsia kehenseman saya,sila tengok ayah saya. LOL

Alhamdulillah saya juga ada satu keluarga yang sangat rapat. Itu juga satu masalah. Kalau tak rapat,nak tinggal ni tak ada la sedih sangat kan? Haha.. Ni kalau rapat sangat,rasa berat je nak tinggal. Ok, dah jangan layan perasaan ni. Bukan nak pergi mesir tu tak balik-balik dah kan? Haha..FOCUS bro! :D



Oraite,masuk mood semangat pulak!

Doakan saya menjadi doctor yang baik. Ya,doktor muslim yang baik. Saya taknak jadi doktor biasa yang hanya mampu merawat jasad manusia. Doktor macam tu bersepah kat atas bumi ni. Tapi saya nak jadi doktor yang mampu merawat jasad dan juga roh manusia. Doktor jenis macam ni amat sedikit yang wujud kat atas bumi ini.

Tidak guna jika jasad sehat tetapi roh sakit kerana pada suatu hari nanti,apa yang nak dipersembahkan di hadapat Allah S.W.T bukanlah jasad fizikal yang kita bertungkus lumus menjaga ini tetapi hakikatnya Roh kita yang akan menjadi bahan persembahan kelak. Bukan saya kata jasad tidak penting kerana dengan jasad ini kita mampu membaiki roh kita. Jadi saya ingin mengubati jasad dan roh ummat Islam ini. Doakan!!

Alhamdulillah juga saya sudah mempunyai bisnes sendiri pada usia semuda ini. Saya bertungkus lumus membina perniagaan saya ini selama saya bercuti ini. Bukan apa der, bila dah ada duit nanti,senang la nak travel mana-mana. Nak balik Malaysia setiap tahun pun boleh. Nak pergi Umrah haji setiap tahun pun boleh. Nak pergi Spain,Istanbul dan negara2 lain pun tidak menjadi masalah nanti. Jauh perjalanan,luas pengalaman kan? Tah-tah blog ni nanti jadi blog perlancongan pulak. Whoaaa!!

*Bukan dalam kepala fikir nak g jalan-jalan je dan lupa pelajaran. Saya taknak jadi doktor "nerd" yang hanya tahu dalam bidang perubatan sahaja,saya nak jadi kamus. Kamus rujukan perihal kehidupan. Suatu hari,insyaallah! :D






Sampai sini sahaja kot entry kali ini. Dah tak larat nak syahdu-syahdu dah.Haha.. Oh ya,esok flight saya pukul 10 malam. Pukul 6 sudah berkumpul di KLIA. Kalau ada sesiapa nak hantar sila hubungi PA saya untuk susun temujanji. <-- Bajet artis.HAHA

Maaf segala salah silap. Yang buruk itu saya,yang cantik dan sempurna itu Allah. Salam :)



Bagaimana Ingin Mulakan Bisnes Online



Bismillahirrahmanirrahim...

Semakin dekat dengan tarikh penerbangan, keberangkatan meninggalkan tanah air tercinta ini,semakin sibuk hari-hari yang mendatang. Betul-betul sibuk ataupun buat-buat sibuk? Sehinggakan blog ini sudah seminggu lebih terbiar tanpa update. Tapi hari ini,saya gagahi juga diri untuk terus menulis kerana saya sudah berjanji. Janji mesti ditepati. Jangan dicapati! Heee.. :D



"salam.... saya pun dalam perancangan untuk memulakan bisnes on9 ada tips tak yang boleh dikongsikan???"

"salam..sy sbnar ny bercita2 nk jdi seorg usahawan...tpi xtw mcm mna nk mulakan n xtw nk niaga apa..sy bminat ngn bisneson9  blh saudara bantu sy?"

"nak belajar jugak cmne nak stat bisnes online..sy minat bisnes tp xtahu nak jual pe..takde idea.."

"assalamualaikum saudara fahmi...SAYA NAK BELAJAR BISNES ONLINE di sini..harap saudara dpt membantu,,trima kasih.."


Ramai orang bertanya bagaimana ingin memulakan bisnes online. Jadi saya pun cakap,insyaallah saya akan terangkan sedikit demi sedikit. Saya akan buat satu entry khas untuk berkongsi pengalaman saya dalam bisnes online ini. Maka beranaklah entry ini! (Beranak?)

AMARAN! Infinity Downline bukan bisnes online. Itu money game. Penyangak moden mengebas duit-duit pengguna Facebook yang tidak ada ilmu tentang bisnes online lalu menyangka ID itu ialah bisnes. Kasihan! Anda beruntung kerana membaca artikel ini dan insyaallah anda tidak akan tertipu lagi. 8-)


Langkah memulakan bisnes online:

1) Cari produk yang ingin dijual

Ini ialah bahagian yang paling penting dan susah. Ramai orang yang tewas dan gagal untuk menguasai dan melepasi peringkat pertama ini dengan baik. Anda perlulah membuat sedikit kajian tentang produk yang ingin anda pasarkan. Jangan sesedap hati dan sesuka hati memilih produk untuk dijual.

Ramai orang MALAS dan ambil lewa dengan RESEARCH. Anda malas untuk membuat kajian tentang potensi produk yang anda ingin pasarkan. Pada pandangan saya jika anda merasakan produk yang anda berminat untuk jual itu tidak mampu dijual sehangat pisang goreng sedap, maka buat kajian, apa yang diperlukan oleh rakyat malaysia khasnya.

Kebiasaannya produk yang hot ialah produk yang menawarkan jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah. Anda kaji apa permasalah di kalangan rakyat Malaysia dan anda cari jalan penyelesaian untuk anda tawarkan kepada mereka. Sebab itu produk kecantikan dan kesihatan sentiasa mendapat pasaran yang luas. Kerana apa? Kerana hampir semua manusia ingin kelihatan cantik dan hidup dengan sihat. Betul tak? ^_^

Sebagai contoh:

Aisyah terlintas untuk berubah dan ingin mendekati dan mendalami Islam. Langkah pertama dia ialah ingin melazimi dan mendekati Al-Quran. Cuma dia ada satu masalah,dia sentiasa cuba ingin membaca Al-Quran setiap hari tetapi masih ada kekurangan yang dia rasai. Apa ye?

Kenapa Al-Quran pun nak cantik2? Warna warni?

Untuk meraikan fitrah mahasiswi khususnya yang sukakan warna-warni dan juga inisiatif untuk menggalakkan Mahasiswi sentiasa bersama al-quran dan membacanya. Pelangi itu Indah :)

Sebab itu Al-Quran Wanita dan Al-Quran Pelangi mendapat sambutan yang baik. Ini kerana ia meraikan fitrah wanita dan dalam masa yang sama memberikan penyelesaian atas beberapa masalah. (atas pemerhatian saya sahaja)



Kesimpulannya ialah jangan malas mengkaji. Kalau malas,jangan sembang kencang! Whoaaa!

2) Mencari pembekal

Langkah kedua ini juga sangat penting bagi menjamin kelancaran bisnes ana kelak. Silap pilih,anda binasa.(Garangnyaaa..) Sila periksa record prestasi pembekal yang ingin anda kerjasama. Jika record dia baik,maka teruskan. Jika record dia kurang meyakinkan,sila cari pembekal yang lebih dipercayai. Sekali pembekal anda membuat hal, bisnes anda boleh runtuh. Percayalah! (Pengalaman saya)

3) Sila tubuhkan kedai maya anda

Seperti saya,saya lebih ligat bermain di alam Facebook. Semua kedai-kedai (Bajet banyak je) saya semuanya saya mayakan di Facebook. Setakat ini saya masih tidak mempunyai website untuk kedai maya saya. Kenapa saya memilih Facebook kawan-kawan? Setakat pemerhatian saya dan saya pasti ramai telah menyedari perkara ini bahawa Facebook ialah medium pemasaran yang sangat BERKESAN dan MURAH!

Berapa juta rakyat Malaysia yang mempunyai Facebook setakat hari ini? Dari adik kecik sehingga nenek sudah pandai membuka akaun facebook sendiri. Jadi,bukan setakat kasut orang dewasa pun anda boleh jual,coki-coki dan lolipop pun anda mampu jual kepada pengguna cilik di Facebook! Hoho..

Kos rendah kerana anda tidak perlu membayar kepada Mark Zukerberg untuk membuat page bisnes anda. Nak buat page pun senang macam gosok gigi je. Eh, kenapa saya pilih gosok gigi? Gosok gigi kelihatan mudah namun tersimpan berjuta rahsia disebalik itu..(suspen) Jika anda silap gosok gigi,maka anda akan mnegalami kompilasi seperti plak dan gusi berdarah. Begitu juga dengan page,jika anda sila membina,anda mungkin akan menghadapi beberapa masalah pada masa akan datang.

Dah start merapu dah.....Takpe,bab page ni nanti saya akan terangkan pada entry akan datang. Stay tuned~


"Tuan Fahmi, saya ada produk tapi saya tidak tahu bagaimana ingin pasarkannya. Dalam setahun,ada la satu pelanggan yang beli produk saya. Sadissss.."


Bagaimana ingin pasarkan produk kita setelah kita mempunyai produk sendiri? Saya ingin ulas berkenaan perkara ini namun saya rasakan tidak sesuai saya ceritakan sekaligus di sini. Kenapa? Ambooiiihhhh.. Kalau saya dah cerita semua kat sini, hampa mesti takmau mai dah kat blog chek kan? Whooaaa!! :p

Fahmi: Jangan minta saya beri idea barang apa yang hot untuk dijual. Anda nak tau satu benda tak? Kalaulah saya kaya dengan idea,saya berani cakap kemungkinan besar sekarang ini saya sudah bergelar jutawan. Yela bro.. Dah jual sume produk hot,mesti la masyuk kan? Faham? Haha..

Mungkin apa yang saya kongsikan kali ini anda sudah tau. Jadi tidak menjadi kesalahan kepada saya untuk tetap kongsikannya bukan? Jika anda merasakan artikel kali ini bermanfaat dan worth something,rajin-rajinkanlah share artikel ini di facebook anda. Kenapa Facebook? Sebab Facebook HEBAT! Yeaaahhh!!

p/s: Jika ada sebarang persoalan,sila tinggalkan di ruangan komen. Insyaaallah saya akan cuba menjawabnya dengan sebaiknya pada siri artikel akan datang. Sekian :)

Hamba Allah yang hina:
Muhammad Arieffahmi
Co-Founder Khalifah Mukmin Trading


Dapatkan Kupon Bernilai RM10 secara percuma untuk membeli belah kasut di Rak Kasut (RK) di SINI


Menanti Panggilan Barzakh

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini aku nak bercerita tentang kematian. Aku nak kongsikan pengalaman aku berhadapan dengan kematian orang terdekat. Aku suka bercerita tentang kematian kerana aku suka mengingatkan diri aku tentang kematian. Bila kita akan mati? Tiada siapa yang mengetahui....

Semalam, 10 September 2011..

"Bulan ni bulan birthday family ana(saya). Mak ana, kakak ana, dengan abang ana lahir bulan ni." Dia cakap kat aku. Sambil tu dia hulur diari dia kat aku.

"Ouhhh.." Aku tengah baca buku.

"Arep, birthday anta(kau) bila eh?"

"Nak buat apa dengan birthday ana? Dah lama dah lepas." Aku pandang dia.

"Alaaa..bagi je la. Ana nak tulis dalam diari ana ni. Tahun depan bila birthday anta ana nak call anta." Dia bersungguh-sungguh.

"Birthday ana 21 mei. Dah lama dah lepas."

"Takpe, tahun depan ana call anta." Dia masih lagi bersungguh-sungguh.

21 MEI : Birthday Arieffahmi

Dengar sahaja berita terus aku selongkar laci meja dia. Aku cari diari dia. Ouhh..betul dia ada tulis tarikh hari lahir aku. Ouuhh..itu memori kita terakhir.

Sahabat aku, Ahmad Izzat Bin Ismail 17 tahun baru sahaja meninggal pagi tadi. Terkejut? Memang terkejut sebab memang tiba-tiba. Dia bersama-sama anak buah usrah/halaqoh dalam perjalanan ke Kilang Gula,Perlis. Dia berhajat untuk membuat program bersama. Namun, dalam perjalanan van mereka telah dihempap oleh sebatang pokok.

Kau memang sahabat yang baik. Sangat baik. Buktinya kau mati atas jalan dakwah. Kau sedang bawa anak-anak buah untuk mengikuti program tarbiah bersama. Sungguh indah pengakhiran kau. Aku belum pasti akan pergi berjumpa Allah atas jalan dakwah ini.

Petikan dari entry aku pada tahun lepas. Boleh baca lanjut di SINI

Apa rasa bila kehilangan orang terdekat? Pasti rasa kehilangan tu. Amat terasa. Contoh macam aku kehilangan mak aku,so aku akan rasa kehilangan bila mana aku nak call mak aku. Kebiasaannya aku akan call mak aku selang sehari. So sekarang ni bila nak call je,eh, mama dah tak ada la..Kehilangan!

Kalau macam aku kehilangan teman sekelas aku ni,serius rasa juga kehilangan tu walaupun kami baru berkenalan tidak sampai setahun pun. Kalau masa dia masih hidup,aku selalu kacau dia waktu dalam kelas(aku nakal). Kalau dia tidur,aku selalu ambil pensel dan jolok dari celah2 lubang yang ada kat bawah  kerusi (whooaaa!!) dan dia akan bangun dari tidur. Niat aku baik sebenarnya,nak kejut dari tidur.:p



Mereka Sudah,Kita Bila?

Urusan mereka di dunia telah selesai. Mereka telah selamat berehat di alam yang lain. Cuma persoalannya,kita yang masih hidup ini bagaimana pengakhirannya?


Macam sahabat aku Ahmad Izzat ini, Alhamdulillah pengakhiran dia sangat baik. Aku jeles. Kawan-kawan dia semua jeles dengan dia. Allah tarik nyawanya ketika dia dalam perjalan membawa anak-anak buah usrahnya pergi berjalan. Mati atas jalan dakwah. Mati ketika mana sedang dalam program dakwahnya. Kau tak jeles ke? Aku jeles... T.T

Kita punya pengakhiran belum tahu bagaimana. Boleh jadi mati atas jalan dakwah juga. Ditarik nyawa ketika sedang berceramah. Ketika sedang amar maaruf nahi mungkar. Mungkin terpilih menjadi salah seorang syuhada di Syiria. Tapi,boleh jadi juga kita mati dalam keadaan yang hina. Allah tarik dalam keadaan kita sedang bermaksiat. Mati ketika berzina? Mati ketika sedang leka meneguk air kencing setan di club? Nauzubillahhhhh....

Hidup Untuk Akhirat

Ada kawan aku pernah cerita kat aku apa cita-cita dia kat dunia ni. Dia cakap dia nak belajar rajin-rajin dan skor hebat-hebat dalam peperiksaan supaya dia boleh kalahkan record ayah dia. Aku bagi sokongan atas keazaman dia tu. Tapi lepas tu aku tanya dia, lepas dah kalahkan ayah kau tu, whats next? Dia tak dapat jawab.. Haha..

Dalam ingin mengejar cita-cita dia tu,dia ada juga cakap kat aku yang dia taknak kahwin sebab takut nanti ganggu usaha dia menuju apa yang dihajati. Semangat membara kan? Haha.. Aku pun layan punya layan dan akhirnya aku tanya sekali lagi. Nanti kat dalam kubur,siapa yang nak doakan kau? Kena lagi... Haha..

Lepas kena lecture dengan aku selama setengah jam,maka dia berubah. "Ya,aku nak kahwin la kalau macam ni." Whoaaa!! :p

Itu bukan point dia cik adik sayang oi yang sedang membaca ni. Pointnya ialah, dalam melakukan apa-apa perkara,letakkan akhirat sebagai tujuan. Kita belajar bersungguh-sungguh dengan azam ilmu itu dapat dimanfaatkan untuk ummah. Dan benda-benda lain. Tapi sayang kalau kita tidak nampak akhirat itu sebagai ending kita. Jadi cita-cita kita sangat terhad,hanya bermain sekitar perihal dunia. Macam mana nak lahir insan yang hebat kalau macam ni kan?

Maka betullah apa yang pernah Nabi sabda :


"Orang yang bijak ialah orang yang sentiasa mengingati mati"

Selamat menuju kematian. :)

Fahmi: Giveaway yang aku buat sudah aku tutup. Insyaallah akan akan mula proses sikit demi sedikit memandangkan semakin sibuk sekarang. Doakan Allah beri kekuatan kepada aku. Ameenn :)









Aku,Dia dan Gadis Cina Muallaf Bernama Loo Joo Yee



Bismillahirrahmanirrahim..

Kali ini saya ingin berkongsi kisah dan pengalaman hidup saya. Kisah saya yang mungkin biasa dimata anda namun luar biasa di hati saya. Selamat membaca dan selamat berkongsi artikel ini dengan teman-teman anda :)

Pada tahun 2010 saya telah berkenalan dengan seorang sahabat yang saya kira cukup istimewa ketika itu. Seorang gadis sosial yang kehidupannya agak jauh lari dari landasan syariat Islam. Tapi saya bersyukur kerana naluri hati,fitrah inginkan kebaikan masih lagi tidak terpadam dari jiwanya.

Ok,nama sahabat saya ini ialah Adibah

Kami rapat. Kami banyak berkongsi cerita dan pengalaman hidup.Nak dijadikan cerita si Adibah ni ada seorang kawan rapat berbangsa cina beragama kristian yang bernama, Joey. Kami panggil dia Joey sahaja. Mereka sahabat yang teramat amat rapat. Saya nampak keakraban mereka. Cuma mereka ada sedikit masalah dan masalah ini si Adibah selalu mengadu dan berbincang dengan saya.

"Joey selalu tanya macam-macam soalan pasal islam kat aku. Tapi aku tak dapat jawab. Ilmu aku sikit tentang Islam walaupun aku beragama Islam. Aku malu..."

"Joey selalu pertikaikan hukum dalam Islam.."

"Joey selalu cerita tentang agama dia, kebaikan agama dia.."

Saya pun layan la dan cuba beri nasihat serta panduan setakat yang saya mampu. Kalau ada apa-apa yang tak terang dan dia tak tahu,saya akan terangkan kepada dia setakat mana ilmu yang saya ada.

"Joey tu paderi muda kat gereja. Dia aktif dalam kegiatan nak murtadkan orang Islam. Dia ada join pertubuhan yang kerajaan Malaysia dah haramkan..."

"Joey tengah nak dakyah aku untuk masuk agama dia,kristian..."

Saya dengar sentap jugak la. Mulai dari saat tu saya menjadi kaunter pertanyaan.Haha.. Setiap isu yang dibangkitkan oleh joey, Adibah akan tanya kat saya dan saya cuba untuk mencari jawapan. Tapi seingat saya tak banyak sangat pun isu tu. Ada kebaikan jugak la situasi ni. Saya banyak membaca dan mengkaji pada waktu itu. Video Ahmad Deedat dan Dr Zakir naik menjadi tontonan harian! :D

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


''Dah lama saya simpan perkara nie.. dah lama saya nak cerita pada awak.. cuma jarak antara kita, membuatkan saya tak sempat nak cerita..''

''saya betul-betul buntu selepas segala pendebatan, kajian... saya keliru..saya tak tahu..saya TOTALLY LOST.. saya tak tahu sama ada jesus atau Allah mana satu yang benar? saya cuma tahu dunia ini punya satu tuhan.. persoalannya siapa? siapa? Jadi saya berdoa kepada God agar diberi petunjuk kalau dia benar-benar berkuasa tunjukkanlah saya jalan menuju ke arah Nya.''

Hujan renyai malam tu.. suasana sejuk dalam kereta, dan segala bunyi berpusat ke arah suaranya.. aku di sisinya mendengar setiap butir perkataan dengan penuh teliti, begitu juga dengan ayah ibu yang berada di kerusi depan.. abah yang dari tadi senyap..sama seperti aku, jiwa getar mendengar..

''saya ada dapat dua mimpi yang pertama..

 
saya mimpi bila saya buka pintu rumah saya nampak banyak mayat bergelimpangan.. tak kira sama ada  kanak-kanak, orang tua, remaja.. segala peringkat umur di situ.. saya takut.. saya takut, terdetik dalam hati ''ini ke tanda khiamat?''.. jadi saya lari sekuat hati dari situ.. sehinggalah saya tiba ke sebuah hutan.. sampai di hutan saya nampak ada seorang lelaki pakai jubah putih..saya lari dari lelaki tu, kerana bagi saya itu mungkin jelmaan hantu.. lelaki tu sempat berkata sesuatu kepada saya '' kamu.. kamu tak tahu tuhan kamu siapa...''

saya terus berlari sehingga saya sampai ke pejabat pendaftaran agama..dan di situ saya mengucap.. bukan itu saja, saya nampak banyak kawan-kawan kristian nak mengucap, memilih islam..

mimpi kedua..


masa tu saya drive kereta.. saya tak pernah drive kereta.. tetapi entah kenapa dalam mimpi tu saya drive pulak.. saya pandu sehinggalah kereta saya terbabas dalam sungai.. saya cuba lepaskan diri tapi semua pintu berkunci..air semakin penuh.. sehingga melepasi paras kepala saya tak boleh bernafas lagi...



masa tu saya rasa badan saya seolah-olah betul-betul berada di tempat kejadian... saya tak boleh bernafas ! saya hentak cermin kereta akhirnya saya tak berdaya..semua kelihatan kabur..

dan dalam mimpi tu saya bercakap '' Ya Allah..sesungguhnya aku belum bersedia untuk mati ya Allah.. berilah aku sekali lagi peluang ya Allah..''

berdoa...berdoa dan terus berdoa...

dua mimpi nie membuatkan saya nekad untuk melafazkan syahadah...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ini penulisan dari blog kawan saya, Adibah. Kisah ini ditulis sebelum kisah ini mula tersebar di majalah,blog atau mana-mana media massa lagi. Kisah ini joey yang terus cerita kepada Adibah. Sama kan macam yang keluar kat dalam majalah,blog atau pun paper. Kan kan? ^^

Joey kenal saya. Joey tau saya berkawan dengan Adibah.Pada suatu hari...

Adibah nak perkenalkan saya dengan joey.Adibah cakap nak biar saya berkawan dengan joey so saya boleh la berdebat atau berhujah dengan joey tentang Islam dan kristian. Menarik tawaran ini! Tapi pada waktu tu saya rasa saya masih tak mampu nak berhujah dengan non-muslim dan saya takut saya terpengaruh so saya tolak tawaran tu. Lagi satu, si joey ni kurang fasih bahasa melayu so saya tak konfiden dengan english saya masa tu. Kang saya cakap lain,dia faham lain,punah jugak kan? huhu..

Tiba-tiba pada satu hari di bulan ramadhan pada tahun 2011,saya mendapat panggilan telefon dari Adibah. 

"Alhamdulillahhh.. Alhamdulillahhhh... Joey dah mengucap dua kalimah syahadah!!!"

Waktu tu saya ingat lagi saya baru nak masuk rumah. Terduduk kejap. Masuk dalam rumah, terus sujud syukur. Alhamdulillahhh.. Allah dah kabulkan doa kami. Saya nak nangis. Serius rasa terharu yang amat!!

Loo Joo Yee, seorang gadis non-muslim yang pernah wujud dalam doa sujud terakhir solat hajat saya setiap hari. Tahun SPM saya melazimi solat hajat setiap malam dan nama Joey sentiasa terselit bersama. Semoga Allah membuka pintu hati dan memberi hidayah kepadanya. Alhamdulillah makbul! :')

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Seumur hidup aku tak pernah buat sujud syukur.. ini yang pertama.

Selalunya segembira apa, aku akan tergelak lepas tu baru teringat nak ucap Allahamdulilah .. teruk kan?

Aku tak pasti adakah hari ini malam Lailatul Qadar..tapi apa yang pasti Dia mendengar doaku, mengabulkan permintaan ku.. tangis dalam sujud itu terjawab..

Tiada yang lebih indah, selain hadiah di ramadan ini.. hadiah yang selama ini aku tunggu..

yang aku sangat harap2 kan dari dulu..

Tak mampu menahan, aku sujud syukur pada-Mu.. Alhamdulilah ya Allah sungguh engkau benar2 tunjukkan kebesaran mu pada hari ini, 26 Ogos 2011. Membuatkan lebih sedar akan diri yang terlalu kerdil..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ini entry yang telah ditulis Adibah setelah joey memeluk Islam. Kami gembira. Kami Bersyukur! :')

Sekarang Joey sudah beragama Islam dan sedang ligat berdakwah untuk menyebarkan Islam. Adibah pula Alhamdulillah juga sedang ligat mendalami islam. Dulu tidak bertudung Alhamdulillah kini sudah lebih dari tudung. Dua sahabat karib berhijrah bersama. :)




Sampai sini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Mungkin tak ada apa-apa isi yang bermanfaat untuk anda semua jadi saya ingin memohon maaf. Sebelum saya tutup,saya ingin simpulkan pengajaran yang saya boleh perolehi dari pengalaman ini :

1) Lepas ni kena tingkatkan lagi usaha mendalami ilmu islam. Biar Faqih.

2) English kena power,senang nak dakwah

3) Sentiasa mendoakan kebaikan untuk orang lain

4) Orang kafir bersungguh-sungguh menyebarkan agama mereka, kita?

Ok,Last...

Ini antara isu yang pernah dibangkitkan oleh joey kepada Adibah dan Adibah minta saya tolong carikan jawapan.

"Kenapa Islam nak haramkan arak? Arak kalau ambil sikit bukan beri mudarat pape pun. Kalau banyak yelaa.. Kalau dalam kristian arak ni kira macam anugerah kepada ktorang dan dalam masa yang sama ujian. Boleh minum sikit-sikit untuk tujuan berhibur tapi tuhan nak uji tengok hamba dia dapat control diri tak dari minum banyak-banyak. Baru adil macam tu. Ini nak haramkan terus benda yang best macam arak tu. Tak adil Islam ni."

Haa..Lebih kurang macam tu la persoalan yang ditimbulkan oleh Joey. So apa jawapan yang korang boleh bagi jika korang alami situasi macam saya alami ni? Jom kongsikan jawapan anda di ruangan komen. :)

Fahmi: Melepas aku!! Kalau tak....mungkin dah boleh dapat bini amoi dah. Just kidding! :p

*Blog Adibah saya terpaksa rahsiakan dan kami sudah tidak berhubung lagi sehingga hari ini atas sebab-sebab tertentu...

Tak kenal Joey? Boleh tengok video ini :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...