Lebuhraya Kehidupan Yang Misteri



Bismillahirrahmanirrahim…

Dulu aku menulis blog untuk mengejar traffic. Ya,aku dah cerita banyak kali mengenai perkara ini. Aku mengejar traffic kerana duit. Walaupun duit yang aku dapat namun kepuasan itu tidak pernah ada. Maka kini blog tidak lagi menjadi focus sumber kewangan aku. Aku bina platform lain dimana kepuasan duit itu lebih kebaboomm! Kini aku alihkan blog aku kepada mengejar kepuasan. Kepuasan dalam memberi. Semoga setiap susun kata aku dapat memberi sesuatu kepada pembaca.

Traffic blog aku yang seminggu sekali bahkan dua minggu sekali update sangat tidak mengujakan. Barangkali sehari 200-300 pageviews sahaja. Namun aku tau para pembaca yang datang bukan untuk mencari bahan-bahan bacaan yang sensasi dan melalaikan. Mereka hadir untuk mencari sesuatu dan insyaallah mereka mendapat sesuatu yang bermanfaat. Aku puas!

Ok,panjang sangat muqaddimah kali ini. Ayuh kita mula berbicara tentang kehidupan.

Hidup ini satu perjalanan yang sangat misteri. Kita tidak tau apa yang kita akan temui dihadapan. Apa yang kita rancang kadang-kadang jalan seperti yang kita mahu. Ada yang kita tak rancang pun tapi terjadi. Kita ini hidup dalam percaturan Tuhan. Kita merancang, Allah pun merancang dan Allah sebaik perancang.
Aku pernah rancang dengan kawan-kawan aku untuk pergi berfoya-foya (baca: berukhwah) di sunway pyramid. Ok, darah muda ni memang gila-gila sikit. Jadi kami bergerak dengan dua buah kereta dan lumba siapa akan sampai dulu. Bawa kereta tak ingat dunia. Nak dijadikan cerita, tengah2 aku buat drift(over) kat satu fly over ni, tayar meletup! Gelabah aku.Haha.. Akhirnya geng kereta aku sampai hampir 30 minit lambat.

Itu kisah pertama. Ini kisah kedua.

Setelah berbulan aku kerja dan kumpul duit maka sampailah satu masa aku ingin memenuhi kehendak nafsu aku ini. Jap, bukan sahaja kehendak tetapi keperluan juga. (aku sangat teliti dalam menilai kehendak dan keperluan diri) Maka satu hari ni aku pergi la beli iPad 2. Kunun-kununnya untuk memudahkan aku nak study medic nanti. Boleh baca ebook dalam train.Wahaha.. Ok, perjalanan pulang dari membeli gadget idaman itu, aku eksiden! Alhamdulillah tidak apa yang melayang kecuali duit. Banyak wo duit habis! Dalam sehari sahaja RM3k++ duit aku melayang. Fuhhhh~

Nampak tak bagaimana banyak perkara yang berlaku diluar jangkaan kita. Kita sangka cuaca cantik sepanjang hari rupanya petang tu banjir datang. Tengah eksited dan seronok tiba-tiba kedebuk datang musibah! Persoalannya, bagaimana kita mengendali situasi diluar jangkaan itu? Allah sedang membentuk kita so terpulang kepada kita ingin menerima tarbiah itu bagaimana. Rugi jika pelaburan pelaburan seperti ini tidak menghasilkan produk yang lebih baik. Serius.

Dan biasanya peristiwa-peristiwa yang dramatic ini berlaku apabila kita berada di puncak. Sebab itu ia dramatic dan menarik!!

Aku tak puas lagi sambut berita gembira tentang keputusan SPM aku yang Alhamdulillah memuaskan hati aku dan semua orang sekeliling aku. Ayah aku punya la bangga dapat anak yang bijaksana macam aku(perasan jap), mak aku punyalah seronok tengok anak dia yang hensem ini Berjaya (perasan lagi) tup tup mak aku meninggal! Huwaaarrggghhhh.. Kalau aku tengok movie jalan cerita macam ni pun aku frust menonggeng walaupun bukan reality. Apatah lagi berlaku kat aku sendiri. Memang tergamam sentap la der!

Mak aku pergi saat keluarga aku sedang berada di puncak. 2012 ialah tahun yang membanggakan bagi ayah aku dimana 4 orang adik beradik aku sedang buat PHD serentak. Aku dapat result SPM yang baik. Aku nak sambung belajar diluar Negara. Keluar seorang lagi ahli keluarga baru. Tahun yang gembira kan? Tapi, perancangan Allah itu lebih baik maka bertukarlah 2012 ini kepada tahun yang paling sedih dan sayu. Hailaaa…

Tidak pernah terlintas difikiran aku yang mak aku akan pergi seawal ini. Tapi pernah juga la aku fikir yang aku PERLU kahwin awal supaya mak ayah aku sempat tengok isteri aku yang macho dan anak-anak aku yang kacak. Ok, over gila! HAHA

Persoalannya sekali lagi, bagaimana kita menghadapi situasi ini?

Dulu masa kecil-kecil aku tengok cerita cindarella yang ada mak tiri jahat. Aku tengok bawang putih bawang merah. Aku tengok dan baca macam-macam cerita yang berkaitan dengan mak tiri. Kadang-kadang pelik juga, asal mak tiri mesti jahat kan. Asal tiri-tiri ni jahat. Ada tertulis dalam dasar perlembagaan persatuan tiri-tiri ni yang memaksa tiri-tiri ini menjadi jahat ke? Whoaaa!!

Tapi ramai yang tak sedar bahawa Saidatina Fatimah mempunyai ramai mak tiri dan tidak ada seorang pun yang jahat. Mitos busted!

Oh ya, tidak pernah terlintas juga dalam neuron-neuron kepala otak aku ini bahawa suatu hari nanti aku akan ada mak tiri. Sumpah cerita mak tiri sangat ekstrim untuk main lintas-lintas di fikiran aku sebelum ini! Tapi kini ia bukan lagi lintasan. Ia adalah satu reality yang berlari-lari anak diminda aku.


Sekali lagi, bagaimana kita menyambut sentuhan kasih sayang dari Sang Kekasih ini dan menghargai peluang tarbiah ini?

“Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang yang sabar. Yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “ Innalillahiwainnailaihirajiun”. Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk” 

Note: Mulut mengucapkan “Innalillahiwainnailaihirajiun” tapi tak ramai yang benar-benar beriman dan beramal dengan ayat ini.

Jalan raya kehidupan ini penuh dengan misteri. Bahkan lebih misteri dari lebuh raya karak. Hoyeaahh!

Mungkin ada yang memilih untuk memendam kisah hidup masing-masing. lagi-lagi yang kununnya tragis sebegini. Malu untuk didedahkan kepada dunia. Tapi mata dan hati aku memandang tidak seperti ini. Aku ingin hadapi kisah ini dengan penuh bahagia dan saksama. Dan aku ingin kongsikan kisah yang kununnya tragis dan dramatic ini kepada semua. Kisah ini akan terus menggapai siapa yang termampu.

Saya yakin mama tidak malu melihat anak kesayangannya ini mendedahkan cerita seperti ini kepada umum. Bahkan dia akan berasa teramat super duper bangga melihat bagaimana anaknya mengurus situasi hidupnya. Dia akan terharu melihat aku tabah dan kental mengharungi semua ini.

Dia akan cakap:

 “Wahai anakku, tidak ada sebab untuk kau terus menerus meratapi pemergianku ini sehingga membantutkan perjuanganmu. Jadikan kisah kita ini sebagai batu loncatan untuk kau pergi lebih jauh dengan penuh yakin dan kuat. Aku tidak suka melihat kau bersedih dengan pemergianku ini. Kerana aku tidak akan mendapat apa-apa dari kesedihanmu itu. Aku lebih suka melihat kau terus melangkah menjadi seorang yang berguna kerana engkaulah asset aku saat ini. Pergilah sayang, teruskan hidup dan perjuangan dengan azam dan tekad yang baru. Aku sentiasa disini, menunggu untuk kita sama-sama melangkah ke syurga kelak”

Ini imaginasi aku semata-mata tetapi aku yakin itulah apa yang terbaik dan apa yang diingini.

Doakan saya dan keluarga saya terus tabah dalam hidup ini. Ayuh maju kehadapan. Yoshhh!!

Surat Terbuka Untuk Abahku Sayang


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamulaikum para pembaca blog yang amat dikasihi sekalian. Semoga tulisan saya pada kali ini anda semua dapat ambil manfaat dan pengajaran. Semoga penulisan saya ini dapat memberi kesan kepada hati-hati anda semua walaupun sekecil zarah. Semoga tulisan ini mampu menyentuh hati anda semua. Tulisan saya kali ini saya tujukan khas buat ayahnda saya yang tercinta. Namun tulisan ini secara terbuka saya kongsikan disini agar setiap anak di atas muka bumi ini dapat menghayati bersama apa itu erti seorang ayah. Ayuh kita mulakan..

Banyak yang bilang...
Ayah berpikir dalam diamnya.
Ayah menahan rasa kesal dalam diamnya.
Ayah bangga pada kita, dalam diamnya.
Ayah menyimpan semua beban hidup dalam diamnya.
Ayah menyayangi kita dalam diamnya.

Ya, ada yang bilang begitu. Dan aku percaya. 
Dalam diamnya, bukan berarti Ayah tidak memikirkan kita, masa depan kita, bahkan kebutuhan kita sampai sedewasa ini. 
Dalam diamnya, bukan berarti Ayah tidak menyayangi kita. Tapi Ayah selalu menginginkan yang terbaik untuk hidup kita. 
Dalam diamnya, bukan berarti Ayah tidak bangga pada apa yang telah kita dapatkan. Tapi Ayah hanya menjaga agar kita tidak menjadi manusia dengan rasa sombong yang luar biasa. 
Dalam diamnya, bukan berarti Ayah tidak memiliki beban. Tapi Ayah hanya tidak ingin menyusahkan kita. 



Ya, Ayah hanya ingin merasakan dan memikul bebannya sendirian. Karena Ayah, sayang kita.

Saat kita begitu banyak melakukan kesalahan, Ayah selalu memaafkan. 
Ayah selalu menerima permintaan maaf dan penyesalan kita. Yaah, apapun itu. 
Ayah tidak pernah mencatat semua pengorbanannya untuk kita, tapi ia selalu mengingat masa-masa kita mulai tumbuh dan memberikan kita keberuntungan karena memiliki saat-saat kenangan itu bersamanya. 
Sebab cinta dan ketulusan Ayah, selalu mengalir sebagaimana aliran darah yang mengalir bersamaan dengan degup jantung dalam tubuh kita. 
Yaa, sebesar itulah cinta Ayah. Tak terhitung, seringkali tak kita sadari, tapi menghangatkan kehidupan.

Sebelum terlambat, berlari lah dan hampiri Ayahmu...
Meminta maaflah atas semua kesalahanmu dan peluk dia...
Katakan bahwa "Aku Sayang Ayah"...

Satu kalimat sederhana yang bermakna ribuan jawaban atas pengorbanan Ayah terhadapmu.
Satu kalimat sederhana yang bisa sedikit meringankan bebannya.
Satu kalimat sederhana yang bisa memberikan senyum diwajahnya...
Satu kalimat sederhana...

Sesederhana ketulusannya, membesarkan dan merawat kita...

Dialah, AYAH... (sumber)



Abah..
Alhamdulillah kami dilahirkan didalam sebuah keluarga yang cukup bahagia. Tidak semua anak-anak mendapat nikmat kebahagiaan ini di atas muka bumi ini. Tidak semua manusia yang bergelar anak membesar didalam keluarga yang cukup bahagia seperti ini. Mana mungkin wujud sebuah keluarga yang baik seperti ini tanpa seorang ketua keluarga yang hebat. Terima kasih abah kerana telah menjadi seorang ketua keluarga yang hebat. Anda Berjaya.



Abah..

Abah telah Berjaya mendidik kami dengan baik. Tanpa cacat cela dan kekurangan. Mungkin dulu sewaktu kami masih kecil,kami masih tidak mampu berfikir dengan baik rasional setiap tindakan abah. Namun kini kami sudah besar dan mampu berfikir. Semua tindakan abah itu satu rahmat buat kami. Semuanya demi kebaikan kami. Semuanya demi kebaikan seorang anak. Tindakan seorang ayah yang ingin melihat anaknya Berjaya.

Kami ingat lagi ketika kami masih kecil. Jika tak silap waktu itu kami darjah empat. Waktu itu dikalangan budak-budak sangat popular dengan permainan video yang bernama Play station One. Kami minta nak beli bahkan menggunakan duit raya kami sendiri tetapi abah melarang. Kami akur. Keluar pula Play station 2, kami juga minta nak beli tapi abah tetap tak bagi. Dalam hati kami, kenapalah ayah aku ni tak meraikan langsung keinginan anak dia. Semua budak-budak seronok bermain game tapi aku masih lagi bermain harvest moon di computer rumah. Game yang sangat classic.

Alhamdulillahhh.. Abah nak ajar kami supaya bersederhana di dalam berhibur. Dan hari ini kami sangat-sangat berterima kasih kepada abah kerana melarang kami pada waktu itu. Kerana kami sendiri tidak sanggup menjadi hamba game seperti kawan-kawan kami yang lain. Hidup dengan game. Hidup tidak kritis pada reality tetapi hanya terawang-awang dengan fantasi. I got it dad. Really appreciate this! :’)

Kami juga tidak menjadi hantu Anime kerana ketegasan abah. Dulu kami sangat minat anime yang bernama naruto tetapi cerita itu bersiar pada pukul 7 malam. Abah tidak benarkan kami menonton kerana abah menyuruh kami pergi surau untuk solat maghrib. Ya, ketegasanmu mendidik aku.  Jika tidak, mungkin pada hari ini kami seorang hamba game dan hantu anime. J


Kami ingat lagi ketika darjah 3 abah bersungguh-sungguh untuk bagi kami jadi anak murid ustaz amin. Abah nak kami jadi seorang kanak-kanak yang luar biasa. Alhamdulillah.. Sekecil itu kami sudah mampu membaca Al-quran dengan baik dan dapat melantunkan ayat suci Al-quran dengan penuh merdu berlagu. Kami juga dapat menguasai 5 jenis azan pada usia darjah 5. Kami bahagia dapat membuatkan abah dan mama bangga apabila melihat anak sekecil darjah 5 sudah menjadi muazzin di surau. Kami hargai usaha abah.

Abah ajar kami untuk bersosial dengan pakcik-pakcik surau. Abah ajar kami cara untuk bersalam dengan orang tu. Kita salam dan tunggu untuk orang itu melepaskan tangan dia dahulu. Abah ajar kami cara-cara untuk eye contact ketika sedang bersembang dengan orang tua. Abahlah guru public relation kami, semuda darjah 2. Hari ini, public relation merupakan salah satu kekuatan dan kelebihan yang ada dalam diri kami. Terima kasih abah.


Abahlah yang membawa kami ke ceramah-ceramah agama mahupun ceramah politik. Abah menyarankan kami melihat video-video pemidato yang hebat agar kami dapat belajar cara untuk public speaking. Abah kata jangan jadi macam abah kerana abah tidak hebat berpidato. Abah nak kami menjadi seorang pemidato yang hebat. Bila kami masuk pertandingan pidato,abah memberi sokongan yang padu. Alhamdullillah kami pernah bergelar pemidato sekolah dan pernah menjadi ketua pasukan debat sekolah. Abahlah sifu public speaking kami yang pertama. Terima kasih abah.



Penampar siam! Mana mungkin kami pernah lupakan pedihnya. Kami ingat lagi waktu kami darjah lima abah mengamuk besar sebab kami kantoi ponteng tusyen dengan abah. Kami lari dari tuisyen dan pergi makan maggi kat kedai bawah.hehe.. Abah ambil semua buku-buku dibawah meja di kelas kami dan bawa balik rumah. Abah cakap hang belajar apa tinggal semua buku kat sekolah? Itulah cerdik namanya abah.. tak payah berat-berat bawak buku pergi sekolah. Beg ringan je.hehe.. tapi kami faham apa yang abah nak ajar waktu itu. Abah nak kami serius dalam menuntut ilmu. Abah nak kami komited dalam menjadi seorang pelajar. Abah taknak anak dia main-main dalam hal pelajaran.

“ Hang tak dapat 5A UPSR jangan nak bermimpi dapat pergi sekolah hebat-hebat. Hira’ ke, Maahad tahfiz hira’ ke, jangan bermimpi!!”

Abah, kami dapat 5A! Hehehe..

Oh ya.. yang paling best tentang abah ni ialah bagi habuan dulu sebelum dapat hasil.hoho.. Kami dapat hadiah UPSR sebelum kami dapat 5A untuk UPSR. Abah bawa kami pergi Sarawak dan bila balik rumah je abah cakap “ Kalau tak dapat 5A, bayar balik semua benda” Hahaha.. Bila fikir-fikir balik memang lawak. Tapi cara abah memang smart! Nak apply kat anak-anak kamilah.hehe.. Fuhhh..nasib baik dapat 5A. :p

Macam tu juga abah buat untuk PMR kami. Booking tiket ke UK siap-siap. Padahal tak exam lagi.haha.. Alhamdulillah keputusan juga tidak mengecewakan sangat. :D

Abah sentiasa cuba beri yang terbaik untuk kami. Kami faham yang abah mama duduk jauh dari kami dan susah untuk menjenguk kami di asrama. Kadang-kadang jeles juga tengok kawan-kawan yang mak ayah dorang selalu datang tengok. Kami masih ingat abah singgah jenguk kami dengan kawan abah kebetulan masa itu abah ada outstation di tanjung karang. Terima kasih abah sebab bawa buah untuk kami. :D



“ Wajib telefon mama paling kurang seminggu dua kali. Tak telefon abah takpe,yang penting telefon mama. Tanya khabar mama dan sembang dengan mama. Jangan lupa!”

Ini nilai yang sangat besar abah tanamkan dalam diri kami. Yang kami sedar tidak ramai ayah berbuat sebegini. Kami dapat lihat bagaimana ramainya kawan-kawan kami tidak menghiraukan keadaan mak mereka dirumah. Sebulan sekali telefon. Boleh jadi tidak telefon langsung. Mengharap balik rumah sahaja baru mak mendapat berita anak. Tetapi abah lain. Abah didik kami dengan cara ini. Walaupun kita fizikal jauh tetapi perasaan dan ingatan sentiasa dekat. Abah ayah yang hebat dan suami yang baik. Serius.

Kami menjadi matang dalam berfikir,bercakap dan penampilan juga kerana abah. Abah ajar kami untuk sentiasa menghormati majlis orang. Abah sentiasa ingatkan supaya menghadiri majlis orang dengan pakaian yang sesuai. Pergi kenduri kahwin, no T-Shirt! Mesti baju kemeja atau baju batik walaupun baru sekolah rendah. Haha.. Macam awal sangat,tapi itulah abah. Sekarang,kami seorang yang sangat menjaga soal penampilan.



Kami bangga dapat seorang ayah yang tabah seperti abah! Kita sama-sama kuat menghadapi kehilangan mama. Abahlah yang sentiasa menguatkan kami. Kami kuat sebab abah. Abahlah yang sentiasa memberi kata-kata semngat kepada kami. Abahlah yang selalu menenangkan kami. Abahlah yang selalu mengingatkan kami bahawa kami ada seorang ibu yang hebat. Abah kuat! :’)

Kami sebenarnya berat sangat nak belajar kat mesir ni. Kami berat nak tinggal abah kat Malaysia. Kami ingat lagi bila kita berbincang pasal tawaran kami di UM. Abah cakap kalau kami dapat tawaran asasi perubatan UIA, abah nak kami belajar kat Malaysia je. Kami faham perasaan abah. Tapi abah berkorban untuk melepaskan kami ke Mesir untuk kebaikan pelajaran dan masa depan kami. Dan untuk melihat anaknya belajar di Al-Azhar juga salah satu impian mama. Terima kasih abah.

Kenapa kami tulis semula semua memori kami dengan abah ini? Sebab kami nak abah tau kami sangat berbangga dan bersyukur dapat seorang ayah macam abah. Kami nak abah tau yang kami sentiasa mendoakan abah. Kami nak tau yang kami sentiasa bersama abah dan menyokong setiap tindakan abah. Kami nak abah tau yang kami juga nak yang terbaik untuk abah. Supaya abah tau yang kami sayangkan abah.

Terimalah surat kami ini sebagai hadiah dari anakanda yang jauh diperantauan ini. Surat ini symbol sokongan padu kami kepada abah. 

Terima Kasih kerana menjadi ayah yang hebat. :D

p/s: Barakallahulakuma wajama'a bainakuma bikhair. Kami sentiasa sokong apa sahaja perkara yang baik untuk abah. :)

kami = saya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...