Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamulaikum para pembaca blog yang amat dikasihi
sekalian. Semoga tulisan saya pada kali ini anda semua dapat ambil manfaat dan
pengajaran. Semoga penulisan saya ini dapat memberi kesan kepada hati-hati anda
semua walaupun sekecil zarah. Semoga tulisan ini mampu menyentuh hati anda
semua. Tulisan saya kali ini saya tujukan khas buat ayahnda saya yang tercinta.
Namun tulisan ini secara terbuka saya kongsikan disini agar setiap anak di atas
muka bumi ini dapat menghayati bersama apa itu erti seorang ayah. Ayuh kita
mulakan..
Banyak yang bilang...
Ayah berpikir dalam diamnya.
Ayah menahan rasa kesal dalam diamnya.
Ayah bangga pada kita, dalam diamnya.
Ayah menyimpan semua beban hidup dalam diamnya.
Ayah menyayangi kita dalam diamnya.
Ya, ada yang bilang begitu. Dan aku percaya.
Dalam diamnya, bukan berarti Ayah tidak memikirkan kita, masa depan kita, bahkan kebutuhan kita sampai sedewasa ini.
Dalam diamnya, bukan berarti Ayah tidak menyayangi kita. Tapi Ayah selalu menginginkan yang terbaik untuk hidup kita.
Dalam diamnya, bukan berarti Ayah tidak bangga pada apa yang telah kita dapatkan. Tapi Ayah hanya menjaga agar kita tidak menjadi manusia dengan rasa sombong yang luar biasa.
Dalam diamnya, bukan berarti Ayah tidak memiliki beban. Tapi Ayah hanya tidak ingin menyusahkan kita.
Ya, Ayah hanya ingin merasakan dan memikul bebannya sendirian. Karena Ayah, sayang kita.
Saat kita begitu banyak melakukan kesalahan, Ayah selalu memaafkan.
Ayah selalu menerima permintaan maaf dan penyesalan kita. Yaah, apapun itu.
Ayah tidak pernah mencatat semua pengorbanannya untuk kita, tapi ia selalu mengingat masa-masa kita mulai tumbuh dan memberikan kita keberuntungan karena memiliki saat-saat kenangan itu bersamanya.
Sebab cinta dan ketulusan Ayah, selalu mengalir sebagaimana aliran darah yang mengalir bersamaan dengan degup jantung dalam tubuh kita.
Yaa, sebesar itulah cinta Ayah. Tak terhitung, seringkali tak kita sadari, tapi menghangatkan kehidupan.
Sebelum terlambat, berlari lah dan hampiri Ayahmu...
Meminta maaflah atas semua kesalahanmu dan peluk dia...
Katakan bahwa "Aku Sayang Ayah"...
Satu kalimat sederhana yang bermakna ribuan jawaban atas pengorbanan Ayah terhadapmu.
Satu kalimat sederhana yang bisa sedikit meringankan bebannya.
Satu kalimat sederhana yang bisa memberikan senyum diwajahnya...
Satu kalimat sederhana...
Sesederhana ketulusannya, membesarkan dan merawat kita...
Dialah, AYAH... (sumber)
Abah..
Alhamdulillah kami dilahirkan didalam sebuah keluarga yang
cukup bahagia. Tidak semua anak-anak mendapat nikmat kebahagiaan ini di atas
muka bumi ini. Tidak semua manusia yang bergelar anak membesar didalam keluarga
yang cukup bahagia seperti ini. Mana mungkin wujud sebuah keluarga yang baik
seperti ini tanpa seorang ketua keluarga yang hebat. Terima kasih abah kerana
telah menjadi seorang ketua keluarga yang hebat. Anda Berjaya.
Abah..
Abah telah Berjaya mendidik kami dengan baik. Tanpa cacat
cela dan kekurangan. Mungkin dulu sewaktu kami masih kecil,kami masih tidak
mampu berfikir dengan baik rasional setiap tindakan abah. Namun kini kami sudah
besar dan mampu berfikir. Semua tindakan abah itu satu rahmat buat kami.
Semuanya demi kebaikan kami. Semuanya demi kebaikan seorang anak. Tindakan
seorang ayah yang ingin melihat anaknya Berjaya.
Kami ingat lagi ketika kami masih kecil. Jika tak silap
waktu itu kami darjah empat. Waktu itu dikalangan budak-budak sangat popular
dengan permainan video yang bernama Play station One. Kami minta nak beli
bahkan menggunakan duit raya kami sendiri tetapi abah melarang. Kami akur.
Keluar pula Play station 2, kami juga minta nak beli tapi abah tetap tak bagi.
Dalam hati kami, kenapalah ayah aku ni tak meraikan langsung keinginan anak
dia. Semua budak-budak seronok bermain game tapi aku masih lagi bermain harvest
moon di computer rumah. Game yang sangat classic.
Alhamdulillahhh.. Abah nak ajar kami supaya bersederhana di
dalam berhibur. Dan hari ini kami sangat-sangat berterima kasih kepada abah
kerana melarang kami pada waktu itu. Kerana kami sendiri tidak sanggup menjadi
hamba game seperti kawan-kawan kami yang lain. Hidup dengan game. Hidup tidak
kritis pada reality tetapi hanya terawang-awang dengan fantasi. I got it dad.
Really appreciate this! :’)
Kami juga tidak menjadi hantu Anime kerana ketegasan abah.
Dulu kami sangat minat anime yang bernama naruto tetapi cerita itu bersiar pada
pukul 7 malam. Abah tidak benarkan kami menonton kerana abah menyuruh kami
pergi surau untuk solat maghrib. Ya, ketegasanmu mendidik aku. Jika tidak, mungkin pada hari ini kami
seorang hamba game dan hantu anime. J
Kami ingat lagi ketika darjah 3 abah bersungguh-sungguh
untuk bagi kami jadi anak murid ustaz amin. Abah nak kami jadi seorang
kanak-kanak yang luar biasa. Alhamdulillah.. Sekecil itu kami sudah mampu
membaca Al-quran dengan baik dan dapat melantunkan ayat suci Al-quran dengan penuh
merdu berlagu. Kami juga dapat menguasai 5 jenis azan pada usia darjah 5. Kami
bahagia dapat membuatkan abah dan mama bangga apabila melihat anak sekecil
darjah 5 sudah menjadi muazzin di surau. Kami hargai usaha abah.
Abah ajar kami untuk bersosial dengan pakcik-pakcik surau.
Abah ajar kami cara untuk bersalam dengan orang tu. Kita salam dan tunggu untuk
orang itu melepaskan tangan dia dahulu. Abah ajar kami cara-cara untuk eye
contact ketika sedang bersembang dengan orang tua. Abahlah guru public relation
kami, semuda darjah 2. Hari ini, public relation merupakan salah satu kekuatan
dan kelebihan yang ada dalam diri kami. Terima kasih abah.
Abahlah yang membawa kami ke ceramah-ceramah agama mahupun
ceramah politik. Abah menyarankan kami melihat video-video pemidato yang hebat
agar kami dapat belajar cara untuk public speaking. Abah kata jangan jadi macam
abah kerana abah tidak hebat berpidato. Abah nak kami menjadi seorang pemidato
yang hebat. Bila kami masuk pertandingan pidato,abah memberi sokongan yang
padu. Alhamdullillah kami pernah bergelar pemidato sekolah dan pernah menjadi
ketua pasukan debat sekolah. Abahlah sifu public speaking kami yang pertama.
Terima kasih abah.
Penampar siam! Mana mungkin kami pernah lupakan pedihnya.
Kami ingat lagi waktu kami darjah lima abah mengamuk besar sebab kami kantoi
ponteng tusyen dengan abah. Kami lari dari tuisyen dan pergi makan maggi kat
kedai bawah.hehe.. Abah ambil semua buku-buku dibawah meja di kelas kami dan
bawa balik rumah. Abah cakap hang belajar apa tinggal semua buku kat sekolah?
Itulah cerdik namanya abah.. tak payah berat-berat bawak buku pergi sekolah.
Beg ringan je.hehe.. tapi kami faham apa yang abah nak ajar waktu itu. Abah nak
kami serius dalam menuntut ilmu. Abah nak kami komited dalam menjadi seorang
pelajar. Abah taknak anak dia main-main dalam hal pelajaran.
“ Hang tak dapat 5A UPSR jangan nak bermimpi dapat pergi
sekolah hebat-hebat. Hira’ ke, Maahad tahfiz hira’ ke, jangan bermimpi!!”
Abah, kami dapat 5A! Hehehe..
Oh ya.. yang paling best tentang abah ni ialah bagi habuan
dulu sebelum dapat hasil.hoho.. Kami dapat hadiah UPSR sebelum kami dapat 5A
untuk UPSR. Abah bawa kami pergi Sarawak dan bila balik rumah je abah cakap “
Kalau tak dapat 5A, bayar balik semua benda” Hahaha.. Bila fikir-fikir balik
memang lawak. Tapi cara abah memang smart! Nak apply kat anak-anak
kamilah.hehe.. Fuhhh..nasib baik dapat 5A. :p
Macam tu juga abah buat untuk PMR kami. Booking tiket ke UK
siap-siap. Padahal tak exam lagi.haha.. Alhamdulillah keputusan juga tidak
mengecewakan sangat. :D
Abah sentiasa cuba beri yang terbaik untuk kami. Kami faham
yang abah mama duduk jauh dari kami dan susah untuk menjenguk kami di asrama.
Kadang-kadang jeles juga tengok kawan-kawan yang mak ayah dorang selalu datang
tengok. Kami masih ingat abah singgah jenguk kami dengan kawan abah kebetulan
masa itu abah ada outstation di tanjung karang. Terima kasih abah sebab bawa
buah untuk kami. :D
“ Wajib telefon mama paling kurang seminggu dua kali. Tak
telefon abah takpe,yang penting telefon mama. Tanya khabar mama dan sembang
dengan mama. Jangan lupa!”
Ini nilai yang sangat besar abah tanamkan dalam diri kami.
Yang kami sedar tidak ramai ayah berbuat sebegini. Kami dapat lihat bagaimana
ramainya kawan-kawan kami tidak menghiraukan keadaan mak mereka dirumah.
Sebulan sekali telefon. Boleh jadi tidak telefon langsung. Mengharap balik
rumah sahaja baru mak mendapat berita anak. Tetapi abah lain. Abah didik kami
dengan cara ini. Walaupun kita fizikal jauh tetapi perasaan dan ingatan
sentiasa dekat. Abah ayah yang hebat dan suami yang baik. Serius.
Kami menjadi matang dalam berfikir,bercakap dan penampilan
juga kerana abah. Abah ajar kami untuk sentiasa menghormati majlis orang. Abah
sentiasa ingatkan supaya menghadiri majlis orang dengan pakaian yang sesuai.
Pergi kenduri kahwin, no T-Shirt! Mesti baju kemeja atau baju batik walaupun
baru sekolah rendah. Haha.. Macam awal sangat,tapi itulah abah. Sekarang,kami
seorang yang sangat menjaga soal penampilan.
Kami bangga dapat seorang ayah yang tabah seperti abah! Kita
sama-sama kuat menghadapi kehilangan mama. Abahlah yang sentiasa menguatkan
kami. Kami kuat sebab abah. Abahlah yang sentiasa memberi kata-kata semngat
kepada kami. Abahlah yang selalu menenangkan kami. Abahlah yang selalu
mengingatkan kami bahawa kami ada seorang ibu yang hebat. Abah kuat! :’)
Kami sebenarnya berat sangat nak belajar kat mesir ni. Kami
berat nak tinggal abah kat Malaysia. Kami ingat lagi bila kita berbincang pasal
tawaran kami di UM. Abah cakap kalau kami dapat tawaran asasi perubatan UIA,
abah nak kami belajar kat Malaysia je. Kami faham perasaan abah. Tapi abah
berkorban untuk melepaskan kami ke Mesir untuk kebaikan pelajaran dan masa
depan kami. Dan untuk melihat anaknya belajar di Al-Azhar juga salah satu
impian mama. Terima kasih abah.
Kenapa kami tulis semula semua memori kami dengan abah ini?
Sebab kami nak abah tau kami sangat berbangga dan bersyukur dapat seorang ayah
macam abah. Kami nak abah tau yang kami sentiasa mendoakan abah. Kami nak tau
yang kami sentiasa bersama abah dan menyokong setiap tindakan abah. Kami nak
abah tau yang kami juga nak yang terbaik untuk abah. Supaya abah tau yang kami
sayangkan abah.
Terimalah surat kami ini sebagai hadiah dari anakanda yang
jauh diperantauan ini. Surat ini symbol sokongan padu kami kepada abah.
Terima Kasih kerana menjadi ayah yang hebat. :D
p/s: Barakallahulakuma wajama'a bainakuma bikhair. Kami sentiasa sokong apa sahaja perkara yang baik untuk abah. :)
kami = saya
semoga terus menjadi anak yang soleh..
ReplyDeleteinsyaallah ameennn.. :D
Deletealhamdulillah.. nice!!
ReplyDeletethanks! :)
DeleteSedih:'(
ReplyDeleteSayang abah<3<3<3
part mana yang sedih?hehe
DeleteSeriusly mmg touching...subhanallah...Oh ayah
ReplyDeletepart mana yang touching? hehe
DeleteAdeh , sob sob sob.. Missing my daddy now. Too bad kekangan masa utk lik Penang. =(
ReplyDeleteTerus make him proud of u , dude!
insyaallah bebeh! :D
DeleteHuh..salah satu karangan hebat yang pernah aku baca. :)
ReplyDeleteni mesti kau tak banyak baca karangan kan? haha :p
DeleteProud of your abah too!
ReplyDeleteKami pon anak abah awk tau ( stdnt dia)..hehe
Smua yg awk crita sngt tepat gambaran prof! Humble sngt2 n sngt pemurahh.jasa dia terlalu besar utk kitorang sume. N paling best dia sporting abis sbb suke blnje stdnt....hehehe..mngajar smbil bg nasihat n x pernh merendahkn stdnt...dia yg bg link blog ni mse kitorang lepak kt ofis dia! prof so proud of u!peace!
fuhhhhhhhh!!! bahaya ni student abah baca blog ni.haha.. kem salam sayang kat dia.hehehe
DeleteHahaha...ex student actually...dia bg link sbb suh kte bc sumthing dlm ni..jeng3.. abah ajakk lec paling sempoiii!! Jgn la ckp bhaye..chill..hehe
Deleteawat? dia suruh baca nak tunjuk anak dia nak kahwin awal? wahahaha.. :p
DeleteHahaha..no lahh...dia kte anak dia gigih berbisness...dia suh tgk quran yg ank dia jual!hehehe...yg kawen awl tu dia da citer awl2 =P
Deletehahaha..btw ni sapa eh? nak berkenalan boleh? hehe
DeleteAlamakk nk report kt abah ekk??grrr..ehh nk request publish gmbr prof zaman mude2 boleh??hihi
Delete