(Gempar) Mayat Masih Berpeluh Selepas 12 Jam Meninggal Dunia


Assalamualaikum...

Tajuk entry ni macam hot kan? Haha.. aku saja nak test main dengan tajuk untuk tarik lebih ramai pembaca. Tapi jangan risau,isi entry ini masih lagi ada kaitan dengan tajuk ni. Jad aku harap semua sudi untuk membaca sehingga huruf terakhir. SELAMAT MEMBACA.

Benda-benda ni abah aku selalu cerita kat setiap orang yang datang ziarah rumah. Mungkin abah nak release kot. So aku nak release gak la. Bagi korang tau kisah mama aku. :)

Semua benda-benda kat bawah ni ialah kisah benar,insyaallah. Sebab aku dengar dari mulut orang yang lalui peristiwa tu. Tapi taktau la kalau orang tu nak reka-reka cerita ke,takpe la. Janji cerita baik dan boleh ambil iktibar.

1) Mama kena attack,sesak nafas ketika mama dalam telekung. Mungkin mama baru nak solat,mama tengah solat,atau mama baru selesai solat. Itu amal terakhir mama sebelum mama koma 3 hari.

2) Dalam perjalanan ke hospital,tak ada benda lain mama sebut kecuali mama mengucap. Sehingga mama tak sedar diri. Perkataan terakhir yang aku dengar dari mama "Allah". Gembiranya aku!! :D

3) Ketika mama sakit, ramai kawan-kawan mama datang dari bangi. Ada juga datang dari perak. waktu mama meninggal lagi la ramai. Dari johor pun ada. Dari sini kita boleh nampak mama ni orang dia macam mana kan? :)

4) Waktu nak urus mama,nak bawak balik mama dari hospital ke kampung, tak ada najis yang keluar dari badan mama. Waktu mandikan mama pun tak ada najis yang keluar dari badan mama. Ustazah yang mengetuai  urusan tu pun pelik. Dia tak pernah jumpa kes macam ni. Berkali2 dia cuba tekan perut mama,memang tak keluar apa-apa

5) Waktu proses mandi dan kafankan mama, gerimis turun. Bila selesai urusan,gerimis berhenti. Waktu dah sampai ke kubur,gerimis balik. Bila dah habis tanam,gerimis pun berhenti. Apa tanda ini eh?

6) Ada seorang kawan mama yang datang dari jauh,dia sampai ke kampung waktu jenazah sedang diuruskan. Dia cakap, dia nampak ada satu awan tebal duduk betul2 atas rumah tok. Kawasan lain semua tak ada awan. Taktau la betul ke tak cerita ni,tapi aku dapat cerita ni dari paklang.

7) Mama berpeluh dari malam yang meninggal sehingga pagi esok waktu nak mandikan. Ramai orang yang perasan benda ni. Mama masih berpeluh walaupun dah lebih 12jam meninggal. Abah beberapa kali lap peluh mama ni.

8) Makjang cerita, pagi ahad tu dia ada cium mama. Dia cakap dia terkejut sebab badan mama masih lagi panas. Walaupun dah lebih 12jam meninggal.

9) Tukang gali kubur ada cakap kat paklang, dia cakap yang jenazah ni badan dia lembut sangat. Jarang dia jumpa jenazah yang lembut macam ni. Walaupun dah lebih 12jam meninggal. Dia rasa tu waktu dia tengah adjust badan mama dalam liang lahad. Tapi badan mama memang tak mengeras,rasa macam masih hidup.

Itulah mama aku.

Pagi sebelum mama kena attack,dalam keadaan berkerusi roda(kaki patah),mama masih lagi istiqmah bangun Qiam. Pagi tu jugak mama tak tinggal Solat Dhuha. Walaupun sangat susah bergerak sebab kaki patah dan duduk atas kerusi roda. Kagum kan? :D


Aku suka sangat gambar atas ni. Sebab aku sempat tunjuk result kat mama dan mama pun happy puas hati. Mama tersenyum puas. Dan gambar ni jugak gambar yang terakhir aku dengan mama. :)

Hebat kan mama aku? Aku tak sempat nak berbakti kat mama. Mama pergi awal sangat. Mama pergi waktu aku baru umur 19 tahun. Sedangkan abah yang dah 61 tahun pun ada lagi mak.(Jeles!)

Tujuan entry ini ditulis bukan untuk nak menunjuk-nunjuk kebaikan mak aku. Aku cuma ingin berkongsi kisah kehidupan seorang manusia yang hebat. Agar kita sama-sama dapat mengambil pelajaran dan pengajaran diri beliau. Satu je aku nak share pengajaran dari entry kali ini :

"Ayuh melazimi Qiamullail dan Solat Dhuha"

Fahmi: Aku baru sedar ramai orang yang mengenali aku membaca penulisan aku di blog ni. Jadi selepas ni aku kena lebih berhati-hati dan cermat dalam menulis. :)

Yang benar,
Muhammad Arieffahmi
Comments
70 Comments

70 comments:

  1. Alhamdulillah ,, mama kamu pergi dengan selamatnya ,, teringat saya pada arwah ayah yan meninggal dulu ,, bersih wajahnya ,, tenang air muka nya ,, arwah ayah sperti mngetahui petanda sampai masanya untuk ayah menghadap yang maha Esa ,, :') Alhamdulillah ayah pergi dengan selamat jua :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillahhh.. kita happy je bila ingat semula yang dorg pergi dengan baik kan? :D

      Delete
    2. Alhamdulillah Arieffahmi kamu dapat bersama mama kamu hingga ke akhirnya. Itu kebesaran ALLAH.Kita redho pemergiannya, kamu anak yang baik sanggup berkongsi pengalaman ini dengan semua. Pada anak2 yang masih mempunyai ibubapa hargai lah mereka berilah penghormatan yang tertinggi,sayangi lah selagi mereka masih bernafas. Saya cuma terkenang arwah bapa saya yang meninggal di hadapan saya dengan satu tarikkan nafas dengan wajah yang tenang dan sembutan ALLAH......beliau pergi buat selamanya. Al-Fatihah untuk semua.

      Delete
  2. semoga arwah ditempatkan dlm golongan orang beriman dan dibawah kurniaNya. amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallahhh.. ameenn.. :)

      Delete
    2. uik .. bkn ameen. tpi amin laa .. ameen utk kristian laa

      Delete
  3. alhamdulillah sy harap sy boleh jadi mcm tu tp mb x sehebat tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah semua orang boleh kalau dia nak. Jom usaha! :D

      Delete
  4. salam.. semoga arwah mama awk d tmptkan org2 yg beriman.. dan di terima segala amalannya , al'fatiha buat mama awk ( n x lupa utk arwah mama sy )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameennn.. sedeqah alfatihah untuk mereka. :)

      Delete
  5. teringat arwah aku lak..meninggal 7 ramadhan thn 1990...saat jenazah di hosp lg..kump yg dtg bce kan yasin ramai sgt..x tau dr mne..hr mak meniggal mcm pesta..terlalu ramai org..aku yg tunaikan tgungjwp terakhir mandikan dan kafankan arwah mak...yg solatkan jenzah pon ramai sampai imam pon x tau dtg dr mne org2(sabtu 1/2 day..bln pose..mne de org dtg jemaah zuhur dimasjid)...yg aku ingat amaln mak yg hebat adalah sedekah...dtglah sape pon x kire bangsa...ttp ada habuannye..mak bkn org kaya pon...subhanallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedeqah jariah, amalan yang tak akan putus sehingga kiamat. Allahhh.. :D

      Delete
  6. semoga arwah mama anda ditempatkan dlm golongan orang beriman.. AMINN :) AL-Fatihah :)

    ReplyDelete
  7. semoga arwah beliau ditempatkan bersama2 org2 yg soleh...amin

    ReplyDelete
  8. Al-Fatihah utk arwah..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..amin..

    ReplyDelete
  9. semoga arwah dtempatkan dalam kalangan org beriman.

    1 perkongsian yg menarik.salam ramadhan

    ReplyDelete
  10. smoga allah mndapat rmmat dri allah s.w.t,bykkanlah berdoa dan sdekah surah ysin kpada arwah mama anda,ssungguhnya bila tcabut roh ank adam itu dri jasadnya ,doa ank2 yg soleh adalah stu dripada bekalannya d akhrat kelak

    ReplyDelete
  11. akak sy no 2 meninggal masa sy darjah 6,orng cakap akak sy masa diletakan di ruang tamu air muka nya seperti org tengah senyum,klu betul amin

    ReplyDelete
  12. kagum skali sya baca cerita ni..walaupun sya tak pernah harungi pengalamn sehebat ni..tapi sya besyukur dan bangga masih ada insan yg memegang status islam yg bole di jadikn contoh pada muda mudi zaman kini...smoga roh ibu awk di temptkn di kalangan org beriman..insyaallah...

    ReplyDelete
  13. best lah bace nie . erm aku harap ibu aku pun begitu jugak . n bkn ibu aku jea , ibu korang semua yg telah berjaya mengandung dan melahirkn korang . amin ♥

    ReplyDelete
  14. kagum baca cerita nieyh, al-fatihah untuk arwah ibu kamu :)

    ReplyDelete
  15. semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas seluru umat islam.arwah abah saya pun dah 3 tahun meninggal dunia.semua urusan pengebumian beliau mudah sgt dan berasa cepat diurus.alhamdulillah,menurut teman beliau,arwah abah suka bantu orang..paling kagum walaupun kuih sepiring tetap nak dibawa ke surau..arwah tak lokek belanja makan..arwah abah meninggal mlm 23 ramadhan.ramai nampak arwah bersih wajah seperti sedang tidur dan tersenyum manis.alhamdulillah,terima kasih ya Allah di atas kurnian abah terhebat buatku.al fatihah..

    ReplyDelete
  16. Tiba2 menangis...:'( untg mama awak..kuasa allah...allahuakhbar

    ReplyDelete
  17. kes yang ada awan tebal tu sama jadi masa arwah datuk naz meninggal :) lepas dia marhaban satu kampung sebanyak 21 rumah , dia balik rumah , dia baring , then dia pergi . Aalhamdulillah da beberapa tahun kejadian ini . Alfatihah untuk mama awak dan datuk naz :)

    ReplyDelete
  18. salah satu amalan yang dipandang diakhirat adelah solatnya...semoge arwah ditempatkan bersame2 orang yang beramal soleh dan dijuahkan dari sikdaan api neraka...

    ReplyDelete
  19. terus teringat kat arwah ayah saya.....indah bila org yg kita syg pergi dgn keadaan baik dan tenang..senyuman terakhir walaupon dah meninggal buat saya tabah sampai sekarang.....al-Fatihah

    ReplyDelete
  20. al-fatihah. alhamdulillah mama awak meninggal dengan iman. berharap dapat jadi seperti mama awk. aminn :')

    ReplyDelete
  21. semoga kita semua mendapat rahmat dri allah swt..

    ReplyDelete
  22. semoga mama awk..ditempat2 owg yg briman...
    al-fatihah...

    ReplyDelete
  23. smuga arwah beliau (mama sejagad) ditempatkan ditempat org2 yg mulia... aminnn..... :)

    ReplyDelete
  24. rindu nasihat mak lang..nasihat last sblom flight ke jordan.. (mursyid)

    ReplyDelete
  25. peristiwa yg sama berlaku terhadap my dad..GOD, HE know everythings..reading ur article, cant stop the tears drop.. dont know why but, i just missing my Dad..

    ReplyDelete
  26. sdh bla bca apa yg dtulis..i miss my mom...smoga roh mama kta dtmptkn d tmpt org briman....al fatihah.....

    ReplyDelete
  27. arwah abg sye nme fahmi jgk...bru sthun dy pergi..mse nk kebumi smue org terkejut sbb tgk arwah senyum smpai ke pipi,mninggal sbb excident kne lnggar dr blakang tp xde lnsung luke2 kt bdn dy mcm xpercaye dy dah xde,sbb mse last tgk dy mcm tgh tidur je..smoga dy aman kat sane..

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum..

    Dari cara awk bercerita..peluh keluar..awk x rasa ke yg mama awk sbnrnya hidup lg? Maybe dia sbnrnya koma..who knows kan..doktor mmg akan ckp mati..sbb org koma..mmg dah dikira mati sbb otak mereka tidak berfungsi..najis pun x keluar lg..maybe dia berpeluh sbb semua org ingat dia dah meninggal..padahal dia hidup..seram sejuk la jadinya sbb nk kena tanam hidup2..wallahualam..itu pandangan sy sahaja..yg lain korg nilai sendiri..ape2 pun..takziah buat keluarga..moga rohnya ditempatkan dgn roh2 org2 yg beriman..amin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ustaz cite , salah satu tnda org2 beriman mati / mati dlam keadaan husnulkhotimah ( baik ) , adalah si mati brpeluh di dahi .. lap macam mna pun , peluh tetap keluar .. wallahua'alam =)

      Delete
  29. al-fatihah..Allah saja yang mengetahui hakikat sebenar setiap kejadian.. :(

    ReplyDelete
  30. Alhamdulillah..
    tenang sungguh wajah mama awak..
    pergi pon dengan tenang .. teringat kan Arwah nenek saya juga mengamalkan Solat Dhuha,, ternyata.. Allah bukan sahaja memberi kesenangan di dunia dan insyaALLAH di akhirat juga.. SubhanAllah.. nikmat Allah melebihi segalanya...

    ReplyDelete
  31. alfatihah may allah bless mama dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  32. alhamdulillah..... moga arwah berada dalam golongan orang yang mendapat rahmat dari-NYA...

    nak kongsi jugak....mungkin boleh dijadikan pengajaran bersama...insyaallah..

    kisah ni ttg arwah atuk (aku panggil aki).. ermm... nak dipendekkan cerita.. arwah aki adalah seorang penghafaz dan pengajar al-quran. merata tempat lah arwah mengajar al-quran. kat masjid, surau, kat sekolah, mcm2 la... pagi, petang, malam..kadang2 ada org mintak ajarkan al-Quran tuk masuk prtndingan (biasanya budak sekolah la) termasuklah aku, cucunya ni..pernah berguru di bawah nya tuk msk prtandingan..

    arwah aki seorang yg pandai mengaji, pndai berlagu bila mengaji tu..suara sedap, pndai berzanji jgk..alhamdulillah aku sempat belajar berzanji dgn arwah.. mana-mana tempat di daerah aku tu..mesti kenal arwah sebab dia byk ajar org mengaji...

    ermm..selepas arwah nenek (aku pggil wan) meninggal, setahun lebih jugak la arwah menduda... sedih sgt2 arwah wan meninggal... baik sgt2 arwah wan dgn aku, aku selalu cabut uban arwah wan n plg seronok diberi upah kalau cabut uban..ermmm....al-fatihah...

    arwah aki juga baik dgn aku..selalu hantar aku pg sekolah naik mtr pagi-pagi...xpernah miss hantar aku g sekolah..arwah banyak ajar aku mengaji..dari xpndai kpd pandai..daripada xtau berlagu dalam al-quran jadi pandai...terima kasih aki...

    kemudian, selepas setahun lebih tu.. mak lang aku ada mimpi yg dia nampak dalam mimpi tu arwah aki & arwah wan berdua naik motor. (mungkin petanda)n then xlama lepas tu..malam sebelum arwah meninggal..arwah tiba-tiba pengsan... dan dibawa ke hospital....

    arwah meninggal di hospital pada malam tu...malam tu jgak jenazah arwah dibawa ke rumah... keesokan harinya...orang memang ramai la yg datang menziarahi arwah...tak pernah aku tgk orang ramai macam tu... sampai nk solatkan jenazah pon 4x jemaah baru habis..kemudian..alhamdulillah...jenazah arwah aki selamat dikebumikan tanpa ada ape2 yg berlaku....

    dipendekkan cerita... masa aku pergi kedai runcit kat kampung aku tuk beli barang..aku mendengar perbualan 2 orang kampung...orang tu kata.. malam jenazah tu dikebumikan... ada bau wangi yang amat sangat..orang tu kata xpernah bau mcm tu sekali..ya Allah..besarnya kebesaran-Mu.... bau tu datang dari tanah perkuburan dia kata lagi... (rumah orang yang kata wangi tu bersebelahan dengan tanah perkuburan) berderau darah aku dengar cerita tu... betapa besarnya pahala Tuhan bagi pada kita bila menghafal al-quran, dan ajarkan kepada orang lain..

    sedekahkan al-fatihah kepada arwah aki & wan..semoga mereka berada dalam kesejahteraan di sana....

    *terima kasih kerana sudi membaca cerita ni..walaupun macam xteratur..moga dijadikan pengajaran bersama...:)

    ReplyDelete
  33. Al-fatihah semoga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman.

    Pernah baca antara kematian yg baik selain dr hari jumaat atau mlm jumaat adalah jenazah berpeluh..allahuakhbar

    ReplyDelete
  34. salam...kisah ni mengingatkan saya pada arwah mak saya yg cukup senang pergi meninggalkan dunia ini...rindu nyer kat mak,,

    ReplyDelete
  35. Semoga Arwah mendapat rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman . insyaAlllah ..
    :)

    ReplyDelete
  36. terharu baca entry ni.. alfatihah untuk mereka yang dah pergi.

    ReplyDelete
  37. suka baca entry ni....sebab kisah benar dan penuh keinsafan....

    ReplyDelete
  38. Assalammualaikum, semoga umi akhi dirahmati.. InsyaAllah, sama3 kita ambil ikhtibar.

    ReplyDelete
  39. Janji Allah... Orang-orang yang beriman di dunia, maka akan diterangi kuburnya di akhirat.. Subhanallah.. Semoga saya juga bakal menjadi seperti Umi Fahmi....

    ReplyDelete
  40. terbaik blog ni...

    yg hidup pasti akan kembali.kita bila2 masa aje akan sampai waktu.sedekah doa penting kita sebagai ank..

    al-fatihah buat arwah ayh saya dan juga arwah mama admin..semoga ditempatkan dikalangan para soleh solehah.amin

    ReplyDelete
  41. Al Fatihah..takziah dari ana semoga apa yg saudara kongsikan disini akan mndpt keberkatan dariNya...

    ReplyDelete
  42. alfatihah..moga arwah ditempatkn di kalangan org yg soleh..

    ReplyDelete
  43. Replies
    1. "IBU"
      Ibu.....
      aku terkadang lupa
      aku terkadang tak berbakti
      maafkan daku ibu

      kau beri daku hidup
      kau beri daku kasih sayang

      tulus dan cintamu
      putihnya kasihmu
      tak pernah terbalaskan
      sungguh tulus kasih sayangmu
      memberikanku kedamaian
      erat pelukanmu
      nikmat belaianmu
      tak kan pernah terlupakan

      sebening titik embun pagi, sebening hatimu ibu
      secerah mentari pagi, sehangat kasih sayangmu ibu
      semilir angin sendu, selembut ucapanmu ibu

      ibu......
      tak kuasa daku tanpamu
      jiwamu bagai amal sedekah
      ragamu bagai pengorbanan harta
      tak sekejap kau palingkan kasihmu
      tak bergeming buat sayang untukku

      Ya Allah Tuhanku, sayangilah ibuku
      berilah kasih sayangmu pada ibuku
      ampunilah segala dosa ibuku
      masukkanlah beliau ke dalam syurgaMU
      kabulkanlah doaku ....

      ketika ku teringat.....
      bagaimana susahnya ibuku saat mengandung dan melahirkanku dalam keadaan lumpuh, tidak seperti ibu2 yang normal.. stelah kelahiranku, ibu merawatku dengan penuh kasih sayang, ibu berjuang sendiri untuk membesarkanku walau dengan mengayuh kursi rodanya, ktika ku menangis, ibu selalu brusaha tuk membuatku tersenyum, ktika ku lapar, bu selalu brusaha tuk membuatkan makanan, ketika ku sakit, ibu selalu merawat dan mencarikan obat sampai semalam tak tidur, semua ibu lakukan demi anakknya satu2nya yaitu aq.
      umur 1 tahun, ayah mengajak ibu dan aq ke rumahnya di jakarta, mulai qu berlatih berjalan bersama ayah dan sepeda kecilku, oh hdup di jakarta membuat mama dan aq tidak nyaman, apalagi saat itu ayah juga mengenal golongan islam LDII dan masuk kedalamnya, sikap ayah pada mama menjadi berubah sehingga wktu ku umur 2,5 tahun dipulangkan ke jogja, baru sebentar qu dan mama mnjalani hidup dengan nyaman, ktika qu umur 4 tahun qu diajak ke jakarta, terpisah dengan mama. qu disekolahkan TK di jakarta, sungguh sepi hdupku, pagi2 sdah dtinggal kerja hingga malam tiba qu diajak mengaji sampai larut malam, kalau ku tidak tidur siang, di pengajian psti qu tertidur. setiap hari qu selalu mendapatkan cethotan dari ayah hingga merah. qu rindu ibu, umur 6 th ku ingin pulang ke bantul dan diantar dg motor vespa ayah, qu brdiri di depan. angin langsung msuk ke dadaku shingga bdanku jadi penyakitan, flek paru2,gejala typus,ptah tulang...
      sekrang... ayahku mengajakku untuk masuk LDII dan kuliah di jakarta. qu tetap ingin di jogja, selalu brada di samping mama dan merawatnya semampuku,, hingga ayah marah dan btul2 mlepasku sbagai anaknya... semua itu sudah berlalu... yang qu pikirkan sekarang adalah masa depanku dan kesembuhan mama.
      sudah hampir 4 th mama terbaring di kasur, kata perawat belum boleh turun ke kursi roda kalau lukanya belum kering, padahal qu tau, mamaku sedih dan ingin sekali melihat dunia luar dan indahnya semua ciptaan Allah subhanahu wata'ala. apa yang bisa qu lakukan agar mamaku bisa bahagia?
      ustadz,ustadzah dan semua sahabat2 rahayu eka, maafin segala kesalahan eka ya, eka minta tlong ikut doain mama eka agar lukanya cepat kering, bisa turun ke kursi roda, gak sedih lagi, dan bisa tersenyum kembali seperti saat sbelum jatuh dari loteng pada umur 21 tahun di bangku kuliahnya.
      jazakumullah khoiran katshira

      Delete
  44. alhamdulillah mama awak pergi dgn tenang...al fatihah untuk mama awak..

    ReplyDelete
  45. arief, ni aku ni intan farhana, satu group tarabayza, perasan aku tak? :) sorry brtanya, bila arwah mama kau pergi? waktu baru abis premed ke?

    ReplyDelete
  46. Kamu memang seorang anak yang baik...mudah2an roh mama kamu akan dicucuri rahmat dan sentiasa tenang di sana..amin..

    ReplyDelete
  47. Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar..Syukur Allah tlh memuliakan Mama Fahmi...Al Fatihah untuk arwah..

    ReplyDelete
  48. Alhamdulillah, itulah tanda Allah SWT meredhoinya..akan ku ikuti amalanya

    ReplyDelete
  49. سبحان الله ........ والحمد لله......moga2 termasuk Yg Husnul Khotimah....Al-Fatihah

    ReplyDelete
  50. Semoga arwah mama awk d tempat org2 yg beriman..dan semoga kita yg masih hidup ini terselamat drpd kejahatan dan tipu muslihat yahudi dan wahabi...amin..terima kasih Tuhan..

    ReplyDelete
  51. Semoga roh beliau sentiasa dicucuri rahmat, insyaAllah... Aamiin...

    Teringat pula cerita dari bakal ayah mertua tentang isterinya dari sebelum meninggal hingga menghembuskan nafasnya terakhir. Sungguh menyentuh hati apabila seorang ibu yang merupakan seorang doktor dan sumber utama pendapatan keluarga pergi meninggalkan suami dan dua orang anak, lelaki dan perempuan yang mana anak perempuannya seorang anak yang istimewa tidak tahu bercakap, berjalan, mahupun menguruskan diri...

    ReplyDelete
  52. Comelnye mama.. :D

    ReplyDelete
  53. Cara mnggal seseorg itu mgambarkan cara seseoarang itu ketika hidup.. Btuah sgat mak awk.. Sye pon nk jd cam tu andai kate dah tiba ajal sye...

    ReplyDelete
  54. Assalammualaikum...al-fatihah untuk arwah mama awak eh.. Alhamdulillah, walaupun dia dh tinggalkan awak sekeluarga, sekurang2nya, pemergiaan arwah dalam keadaan yg baik.. Dan yg pastinya, arwah akan tetap sentiasa ada dalam hati kamu sekeluarga kan.. Mama saya pun dh meninggal.. Tahun 2009.. Nasib baik saya sempat tengok arwah sebelum arwah meninggal.. Sbb masa tu saya belajar kat universiti dan tinggal kat hostel.. Arwah mmg melepaskan nyawa terakhir di depan kami semua adik-beradik.. Arwah pun pergi dalam keadaan yg tenang.. Arwah ayah pulak meninggal masa saya berumur 6 tahun.. Tak sempat nak jumpa sbb arwah meninggal di hospital akibat heart attack.. Al-fatihah untuk semua org yg dh meninggal dunia.. :(

    ReplyDelete
  55. saya suka tngk wajah mama awk...

    ReplyDelete
  56. wajah arwah mama anta tenang saja saya lihat..
    & mama anta sdah brjaya mndidik anaknya mnjadi anak yg solleh..
    alhamduylillah..
    semoga arwah mama anta di sisi Allah..

    ReplyDelete
  57. apa yg saya baca dlm entry awk ni sama spt ketika nenek sebelh ibu sy meninggal dan tok wan sblh ayah sy mninggal..
    semasa nenek sy meniggal,arwah meniggal d hospital bsr seremban dan di bawa balik ke phang untuk d kebumikan,,dalam perjalanan dari seremban ke pahang,,hujan tk pernah berhenti..sentiasa berlimpah2..sehinggalah arwah dkebumikan..barulah hujan berhenti..

    masa arwah tok wan sy meniggal pula..badan nya panas wlupun lebih dri 10jam dan jenazahnye amat2 mudah nk diuruskan dan semua kawan2,jiran tetangga arwah datang dan sedia membantu..kebesaran Allah SWT mmg tk boleh nk pertikaikan lgi..
    Allahuakbar....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...