Tips Temuduga

Tingkahlaku dan Adab Semasa Temuduga|Mari kita baca tentang Tips Temuduga. Tidak lama lagi mungkin ramai yang akan menghadapi temuduga. Seperti temuduga Mara dan JPA. Mungkin Tips Menghadapi Temuduga ini dapat membantu kita.
  1. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan “Selamat Pagi” atau “Selamat Petang” mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.
  2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.
  3. Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.
  4. Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu.
  5. Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu.
  6. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu
  7. Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.
  8. Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar
  9. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel
  10. Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya
  11. Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.
  12. Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut
  13. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
  14. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
  15. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
  16. Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
  17. Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
  18. Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
  19. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
  20. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.
  21. Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.
  22. Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.
  23. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
  24. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.
Jika anda rasa Tips Menghadapi Temuduga,Tingkahlaku dan Adab Semasa Temuduga ini bermanfaat, anda boleh share kepada rakan-rakan anda.:)

Sumber

Bukan selalu aku nak copy paste.:p

Temuduga Biasiswa Perubatan Mesir Zakat Kedah


Salam,

Bulan April dah nak dekat sampai ke penghujung. Masuk bulan mei ni dah mula sibuk dengan temudaga.(kalaulah di panggil untuk temuduga) haha.. Untuk Temuduga Biasiswa Perubatan Universiti Mesir oleh Zakat Kedah,insyaallah akan dipanggil untuk temuduga. Kata pegawai zakat tu la. Dia tak tipu kot.Haha..

Jadi entry yang pendek ni aku cuma nak berkongsi tips temuduga yang pegawai zakat tu bisik-bisik kat aku. Punya baiklah dia layan aku,aku pun tak faham. Mungkin semua orang dia layan macam tu kot?

Skema Pemarkahan

1)      Academic-25% (Aku dapat dalam lingkungan 20 macam tu je kot?) haha
2)      Salary-25% (RM3000 keatas,markah akan berkurang sedikit demi sedikit)
3)      Langguage-25% (Kena power dalam BM,BI, BA)
4)      Interesting-( Korang akan ditanya tentang isu semasa)

Soalan Spot

Seperti biasa korang akan ditanya berkenaan syllibus SPM. Terutamanya subjek Biology. Antara spot chapter yang dia bagitau aku ialah Trasport(F5), Inheritance(f5). Cukup la dua chapter aku bagi. Yang lain aku simpan. Haha..Jadi mulai sekarang masing-masing kena buat self-revision dah.

Setakat yang aku tau,ahli panel yang akan temuduga tu bukan calang-calang manusia. Doctor pakar jugak yang akan temuduga korang. Maka jangan nak main goreng jawapan ingat dorang tak tau. Haha..

Sampai sini je perkongsian aku hari ni. Aku harap mereka yang akan pergi temuduga tu,yang dah terbaca entry ni,doa-doakanlah kejayaan kita bersama. Bagi yang tak pergi,hanya baca saja-saja,doakan kejayaan aku.

Segala tips dan nasihat dari anda mengenai temuduga amatlah dihargai!

Semoga aku memperolehi Biasiswa Perubatan Zakat Kedah ini.Ameen...

Fahmi: Bukan senang orang nak bagi RM270 ribu kat kita kan?

Koreksi Dan Muhasabah

Saya nak tanya pendapat anda semua:

Seorang guru telah mengajar disebuah sekolah dan dia akan berhenti pada akhir bulan mac.Sedangkan pada ketika itu peperiksaan sekolah baru sahaja tamat.Maka tempoh untuk menanda kertas-kertas soalan itu bermula sejurus tamat tempoh beliau berkhidmat di sekolah tersebut.

Soalannya: siapakah yang bertanggungjawab untuk menanda kertas-kertas tersebut? Adakah cikgu itu atau cikgu baru yang akan menggantikan tempat beliau?


Taknak layan orang bodoh,takut turut serta menjadi bodoh.:D


Alhamdulillah! Mara cakap aku layak untuk memohon kursus perubatan luar negara. Tapi dapat ke tak tu,belum pasti.hehe


"Its easy to forgive,but hard to forget"


Maghrib:
Ya Allah..Panjangkan umurku.


Kadang-kadang seorang anak kecil mengulangi kesalahan yang sama berulangkali bukan kerana dia tidak tahu bahawa perkara tersebut salah. Namun dia sebenarnya ingin mendapatkan perhatian dari si ayah dan si ibu.

Kadang-kadang seorang lelaki melakukan kesalahan kecil berulangkali bukan kerana dia bebal ataupun tidak mampu berfikir,namun dia sebenarnya mengharapkan teguran dari si dia.Teguran itu menunjukkan si dia sayang kepada lelaki tersebut. dan masih sayang dan prihatin. :D


WINTER DEC12
"Congratulations. You have been shortlisted for the AirAsia Cadet Pilot program.
We will be inviting all shortlisted candidates to the first stage exam in batches, throughout year 2012.
The exam is based on SPM syllabus consisting of Maths, Physics, English and I.Q Test.
Please wait for the invite" Kah3


Hari yang tak berapa cerah.


Done! Medic Jordan,Ameen.. :D


Fahmi: Aku compile semua status terbaru aku. Aku baca dan aku analisa. Siapa aku sekarang ni. Celaru emosi,identiti,fantasi?

Tiga Cara Untuk Menjadi Pelajar Cemerlang


Tips Atau Cara Menjadi Pelajar Cemerlang | Tiba-tiba hari ni aku nak buat artikel pasal tips belajar pula. Namun aku tidak menjangka artikel ini mendapat sambutan hangat seperti artikel Kahwin ini. Haha..Tips yang bakal aku kongsikan sebentar lagi juga tidaklah sesuatu yang serius. Boleh kata sembang-sembang santai,namun santai bukan sebarang santai. Adakalanya santai itu mengandungi makna yang mendalam. Boleh kan macam tu?

Tips Menjadi Pelajar Cemerlang Yang Pertama

Anda perlulah mempunyai semangat juang yang tinggi dalam menuntut ilmu. Ketekunan dan keikhlasan amatlah diperlukan. Tumpukan perhatian di dalam kelas. Menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh cikgu. Belajar dengan penuh konsentrasi dan konsisten. Mengikuti kelas-kelas tambahan. haaa..banyak kan? Itulah usaha. Yang penting kita kena berdoa dan bertawakkal. Kalau tak puas lagi,sila rujuk SINI untuk mendapat kupasan yang lebih mendalam.Jangan melihat kemaluan? Cari dalam INI.hahaha..

Tips Menjadi Pelajar Cemerlang Yang Kedua

Merasuah menteri ataupun pihak berkuasa untuk menurunkan graf gred pada tahun anda menduduki peperiksaan. Walaupun ini sesuatu yang amat tidak digalakkan bahkan boleh dikategorikan sebagai jenayah merasuah,namun percayalah bahawa cara itu telah diguna pakai dan terbukti berkesan.

 Jika anda tidak sanggup merasuah pihak tertentu,sudah cukup anda menulis surat kepada mereka dan menyatakan 10 sebab kenapa graf perlu diturunkan. yakinkan mereka. Dan hasilnya anda akan lebih mudah mendapat A penuh dalam peperiksaan anda. Secara tidak langsung anda akan dikategorikan sebagai pelajar cemerlang. 11A dalam SPM cemerlang kan? Namun hakikatnya?

Tips Menjadi Pelajar Cemerlang Yang Ketiga

Jika sekarang anda sedang bersekolah di sekolah yang berprestasi tinggi,maka tukarlah ke sekolah yang baru. Cari sekolah di pedalaman yang secara statistiknya tidaklah begitu hebat dalam pencapaian akademik mereka. Namun,jangan terpengaruh dengan suasana belajar disana.

Teruskan momentum belajar anda. Belajar secara bersungguh-sungguh walaupun kawan-kawan disekitar anda tidak mengambil peduli dengan pelajaran. Apabila keluar keputusan peperiksaan dan walaupun anda hanya memperolehi 5A sahaja namun anda masih mempunyai peluang untuk tersenarai di dalam carta pelajar cemerlang. kenapa? Boleh jadi kerana 5A itulah pencapaian terbaik dalam sejarah sekolah tersebut.

Mengarut? Saya pernah lalui dan ianya terbukti! :D

Tips Tambahan

Ambillah peperiksaan pada tahun dimana akan diadakan Pilihan Raya Umum. Sebagai contoh, duduki peperiksaan SPM pada tahun 2011 dan anda akan mendapat keputusan pada tahun 2012 dimana Pilihan Raya umum akan diadakan. Percayalah, bilangan pelajar cemerlang pada tahun tersebut akan meningkat dan peluang anda untuk tersenarai amatlah tinggi berbanding tahun-tahun lain. Mungkin anda salah seorang dari pelajar cemerlang tersebut?

Apa macam? Ada benar tak apa yang aku tulis ni? Haha.. Ke ada cara menjadi pelajar cemerlang yang lain?

Wajah Mereka (i)


Aku cuba menyelit dalam kesesakan manusia itu. Mencari sedikit ruang untuk terus maju kehadapan. Aku sudah hilang sabar. Semenjak setengah jam tadi aku menunggu giliran namun hampa. Terlalu ramai yang bersesak sesak.Mereka juga seperti aku,ingin mendapat khidmat nasihat dari si dia. Dan akhirnya aku sampai di hadapan.

"Ermmm..ummi, saya ni sesuai ke Uni mana ye?" Aku bersuara sambil tangan aku memanjang menghulurkan slip keputusan SPM aku kepada "Ummi" aku.

"Haaa..Kamu ni sesuai ke Azhar!" Dengan penuh semangat si Ummi membalas pertanyaan aku sebentar tadi.

"Erkkk..tapi saya dah tekad nak ke Mansoura Ummi.. Saya tak suka conventional system ni.Huuu.."

Setelah berbincang selama beberapa minit,aku tarik diri. Aku mencari kerusi kosong untuk berehat sebentar. Mungkin juga aku ingin mendalami kata-kat ummi sekejap tadi. Aku termenung.

"Kamu nak ke Universiti mana?" Seorang pakcik menegur aku. Kepalanya lebih separuh telah dijajah oleh tompokan putih,maksud aku uban. Aku kira umurnya sudah sekitar 50-an.

"Ermm..tu la pakcik. Saya nak ke Mansoura. Ummi pun cakap tadi Offer Letter dari Mansoura Uni untuk saya dah sampai. Tapi Ummi kurang setuju saya pergi ke sana. Katanya saya lebih sesuai ke Azhar. Pening saya pakcik.."

Tanpa disangka aku telah membuat sedikit luahan perasaan kepada pakcik itu. Panjang juga kami bersembang. Pakcik dan isterinya mesra melayan saya. Terubat sedikit keserabutan ini.

"Ehhh..anak makcik mana? Dia nak pergi Uni mana?" Aku beralih tumpuan. Aku cuba untuk bermesra dengan si makcik pula. Jernih muka makcik itu. Tetapi didalam kejernihan itu,aku dapat merasakan ada sesuatu yang tidak sedap yang disimpan oleh makcik itu. Aku memulakan perbualan.

"Dia tak datang hari ni. Kami berdua je datang. Ada benda nak bincang dengan Ummi."

"Anak makcik nak buat perubatan ke pergigian?"

"Dia nak buat perubatan. Beriya-iya dia cakap kat makcik yang dia nak sambung perubatan. Tak kesah la di mana. Janji perubatan.."

"Wahhhh..bagus la tu makcik! Anak makcik berapa A SPM dia?"

"Dia dapat 11A. Kamu?"

"errr..saya dapat 10 je makcik." Aku dah mula rasa segan. Bukan aku tidak bersyukur,tapi segan.

"10A+? Anak makcik 9A je."

"Eh eh eh..Bukan makcik! Saya 10A, A+ ada 4 je.huhu.." Makcik ni la..Lagi la aku malu.

"Ouhhh..Anak makcik alhamdulillah dapat 9A+ 2A" Memang kali ni aku dah tergagap-gagap. Segan. Malu. Bersalah. Kenapa aku rasa bersalah sangat ni?

"Wahhhh..kalau macam tu,bak kata Pak Najib dan Tuan Muhyiddin, memang confirm dapat scholarship tu!" Aku tersenyum luas. Bersungguh-sungguh aku berkata. Memberi harapan kepada si pakcik dan makcik. Mungkin itu sahaja aku mampu beri kepada mereka. Sedikit harapan,moga mereka berasa gembira dan bahagia.

"Makcik pun harap sangat dapat biasiswa tu. Tapi yang agen ni,kami nak apply jugak sebab takut tak dapat biasiswa dari kerajaan tu. dan belum pasti lagi dapat kursus perubatan ni. Maklumlah anak makcik tu memang nak medic sahaja. kami pun tolonglah dia apa yang kami mampu." Serius,aku dah rasa ada yang tidak kena dengan pasangan pakcik dan makcik dihadapan aku ini. Si pakcik terus mendiamkan diri. Dia termenung.

Dia sedikit menundukkan kepada kearah aku. Gaya seperti ingin membisikkan sesuatu ke teling aku. Aku pun merapatkan kedudukan aku dan makcik itu.

Bersambung...

F1 Grand Prix Malaysia 2012 : Hadiah SPM

Seperti kebiasaan aku hanya akan update blog ni seminggu sekali atau dua kali. Maka kali ni aku muncul lagi. Sebenarnya banyak je benda yang aku nak tulis kat dalam blog ni. Setiap langkah,dengan otak yang ligat berfikir pasti akan timbul idea untuk menulis. Tapi sayang seribu sayang,aku malas nak taip panjang-panjang.Haha.. Mungkin sebab aku tak mengharapkan wang dari blog dah kot? Hehe..

Kali ni aku nak share pasal hadiah SPM yang setakat ni aku rasa paling best. Setakat ni ye. Sebab mungkin pada hari yang mendatang ni, akan ada hadiah yang lebih best. Doa! Ameen..Hehe..

2 minggu lepas, aku pergi F1 Grand Prix Malaysia 2012. (Baru intro)



Apa gambar kat atas ni? Ouhhh..duduk kat bawah pokok. Ni nak cerita aku duduk kat padang je ke time tengok F1 hari tu? Sabar,baca sampai habis dulu.Haha..(mungkin entry kali ini agak berbaur keriakan yang melampau)


Biar gambar yang banyak bercerita di dalam entry ini. Aku malas nak taip panjang-panjang. Selamat menghayati gambar-gamabar yang bagi aku cukup bernilai.:D

Oh excitednya aku!

Eh,abang ni penulis blog mindafahmi.com tu kan?(bergambar bersama peminat)
Bukan mudah menjadi blogger lagi-lagi bila ada peminat.

Dah macam gaya nak sokong bola!
Akhirnya sampai ke tempat duduk kami!(bawah pokok sawit ke?)
Bergambar bersama kereta F1
Sebelum aku nak terus menyajikan gambar-gambar aku, aku nak terang sikit pasal Pass yang ada CEO mana tah bagi aku. Katanya tanda persahabatan.Hahaha!

Ini untuk seat aku
Ni pulak untuk lunch aku. Ada kelas? Haha
Penat bercerita. Aku nak lunch jap ye
Dah rasa bahang Alonso!
"Hujan? Puting beliung pun aku boleh redah la!" Kata Alonso
Tamatlah kisah kita pada hari ini. Itulah gambar-gambar aku sepanjang aku berada di sana. Sebenarnya banyak lagi. kalau nak tengok,ada kat FB aku.

Alhamdulillah..Alhamdulillahh..Alhamdulillahh.. Syukur kerana Allah bagi aku peluang untuk pergi tengok F1. Itu satu. Yang aku lebih bersyukur sebab aku dapat Pass yang bukan calang-calang. Aku dah tunjuk kan seat aku standard macam mana? So korang boleh calculate sendiri harga pass yang aku dapat ni. Huhu..

"You all ni dari mana ye?"

"Errkkk..Kami dari TNB."

"Ni kad saya. Kirim salam kat ayah kamu."

COO Petronas Dagang rupanya pakcik ni. Haha.. Banyak pengalaman aku dapat pada hari tersebut. Pakcik  COO Petronas Dagang ni bagi sikit-sikit nasihat. Masuklah UTP dan segala bagai. Haha..

Terima kasih kepada sahabat saya,Azraq kerana telah hadiahkan(aku anggap hadiah) kepada aku. Mungkin ini pengalaman seumur hidup kot? Tak ada masa aku nak bazirkan duit dekat RM2500 semata-mata nak tengok F1 macam ni. Haha..Terima kasih sahabat. :D

"Alep, anta rasa apa dorang pandang kita ni?" Aku tanya kawan aku waktu tengah ambil lunch.

"Dorang fikir, kita ni anak orang kaya. Ayah taktau nak buang duit kat mana,beli tiket bagi kita tengok F1"

"Ana rasa dorang fikir kita ni Engineer muda dari Petronas. Engineer yang high class. Sebab tu dapat duduk sama level dengan COO. Haha.."

Fahmi: Sehari aku rasa macam orang kaya. Hakikatnya tak kaya pun. Muhasabah diri!


Jangan Bajet Genius Wahai Calon SPM!

Terima kasih daun keladi,
Makan nasi berlaukkan sawi,
Biarpun tiada pelawat disini,
Akan ku tetap berkongsi.

Aku mulakan entry perkongsian aku pada kali ini dengan serangkap pantun. Memang kebelakangan ini tak ramai yang datang ke blog aku. Seciput ada la. Tapi tu salah aku jugak sebab jarang sangat nak update blog ni. So hari ni aku nak bercerita lagi. Cerita tentang SPM! :D

Semenjak keputusan SPM 2011 keluar dua minggu lepas, banyak pengajaran yang aku dapat. Salah satunya ialah apa yang aku nak kongsikan pada hari ini. Dah baca tajuk entry ni? Haaa..itulah yang apa aku nak share hari ni.

Study biar lepak, result biar gempak?

Dengan bangganya aku ingin mengatakan bahawa kata-kata kat atas sudah tidak relevan bagi calon SPM. Tapi kalau untuk calon UPSR, PMR masih ada sedikit relevan disitu. Jangan pegang dah dengan kata-kata kat atas tu ye wahai calon-calon SPM 2012 sekalian? Menyesal nanti!

SPM tidak semudah PMR. Serius aku cakap. Aku pernah nak buat eksperimen kat diri aku. Dulu waktu PMR aku pegang kata-kata ni. Aku pergi kelas bawak bantal. Kalau cikgu tak ada aku tido berbantalkan bantal yang empuk. Aku dah tak layan style tido berbantalkan tangan dah. Tak best! Haha



Homework subjek Math je aku buat. Subjek lain aku tak pernah buat. Nota? Assalamualaikum...Maaf kepada cikgu-cikgu aku. Aku tak pernah buat nota. Haha..Tapi itu zaman PMR kawan. Zaman muda-muda. Dan eksperimen aku berjaya. Boleh la,result PMR dapat 8A.

Maka dengan tak sedar dirinya aku meneruskan eksperimen aku ni. Masuk F4 aku terus dengan perangai ni. Dah la aliran sains. Ada Bio,Chem,Physic. So berat jugak la subjek yang aku kena carry ni. Masuk periksa penggal pertama, STRET G!(hiperbola) Wahahaha..

Masih tidak sedar diri. Masuk periksa akhir tahun. Tak stret G dah cuma ada la berbondong-bondong G dan E tu lagi. Haha..

Aku mula sedar diri. SPM tidak semudah itu! Maka misi STRAIGHT A's aku bermula pada awal tahun 2011 iaitu ketika aku F5. Aku push diri. All out. Ikhtiar dan usaha. Doa dan segalanya. 


Bendera kat atas ni aku letak kat meja. Aku nak pergi ke negara ni. Jap,aku tak letak bendera. Aku hanya tulis nama negara ni besar-besar. Cuba teka ni negara apa? Hehe..

Setahun aku fight!

Dialog di suatu pagi selepas solat subuh berjamaah

"Ni kenapa mata bengkak ni? Tidur cukup tak? Tidur kena cukup. Jangan paksa diri sangat. Takut sakit nanti. ingat pesanan mama ni."

Ouhhh.. Aku dah pernah ada mata panda. Bukan bersengkang mata online sampai ke pagi buta ye. Tapi menelaah buku-buku pelajaran.

Dan 21 March 2012 keluarlah keputusan SPM 2011.

Alhamdulillah result tidak mengecewakan. Tapi aku sedikit kecewa dan bersimpati dengan result sesetengah orang. Ya,sudah semestinya kawan-kawan aku.

Tidak bermakna anda cemerlang dalam PMR anda boleh cemerlang dalam SPM. satu konklusi yang mudah aku dapat simpulkan dari situasi yang aku hadapi ini.

"Kegeniusan tidak menjamin apa-apa di dalam SPM"

"Usaha,doa dan tawakal itu formula yang unggul dan akan tetap unggul buat selamanya."

Selamat belajar dan selamat berjuang kepada bakal calon SPM sekalian. Tidak lupa juga bekas calon SPM, perjalanan kita masih jauh, bahkan perjuangan sebenar baru bermula. :)

Silap tulis,ke nerakalah para blogger.



Menulis blog ini memang suatu perkara yang sangat menyeronokkan bagi mereka yang minat. Menulis blog juga boleh dijadikan sebagai medan untuk menjana pendapatan. Ramai yang kaya dengan blog,itu aku tak dapat menafikan. Namun begitu,ramai juga yang masuk neraka kerana blog. Tidak kurang ramainya juga yang masuk syurga kerana blog. Setuju? :D

Dulu aku sangat rancak dalam dunia blogging ini. Setiap hari paling kurang satu entry. Ini wajib! Sebab aku nak maintain traffik blog aku. Kalau blog dulu,mungkin aku leh join Projek 100 Blogger aku rasa.haha..
Tapi aku perasan,sesetengah entry yang aku hasilkan,sangat sedikit manfaat yang aku dapat berikan kepada para pembaca. Senang cerita, entry sampah la. Haha..

Aku bagi pembaca aku makan sampah, aku nak dorang jadi sampah ke? Nanti kalau sampah bersepah kat muka bumi ni, mesti aku akan dipersalahkan sebab aku menjadi salah satu ejen penghasilan sampah. Sampah ni walaupun ada gunanya seperti dijadikan baja kompos ataupun sebagainya,namun,dia tetap sampah!

Aku tak salahkan bloggers yang jadikan blog ini sebagai tempat luahan perasaan. Tempat menulis diari harian. tempat berkongsi cerita percintaan. Kisah suka dan duka. Perkongsian itu suatu perkara yang mulia!

"Mummyy..nak sikit najis baby?"

"Eeeee..apa pengotor sangat niii!!"

"Ehhhh..baby nak berkongsi je la. Sharing is caring kan?"

"Tapi benda tu najis. tak memberi apa-apa manfaat. Menjijikkan!"

"Tapi baby ikhlas ni Mummyy.."

Benda yang tak elok, yang membawa kepada keburukan, seikhlas mana pun kita nak share, tetap benda tak elok. Tapi kalau benda tak elok dan elok pun tak dapat nak bezakan, Anda tidak mumayyiz seperti baby diatas! :D

Anda memberi gossip artis kepada pembaca,pembaca akan sibuk dengan dunia artis. Tahniah anda berjaya melalaikan pembaca anda!

Anda hidangkan pembaca anda dengan kisah percintaan tidak halal anda. Tahniah,mungkin satu hari nanti akan ada adik-adik yang mengikut jejak langkah anda.

Anda menyajikan bahan jenaka yang melampau kepada pembaca anda. Harap-harap hidup mereka tidak hilang keseriusan dalam perkara yang perlu.

Begitulah seterusnya apa yang berlaku.

Berikanlah mutiara kepada para pembaca.:D

Fahmi: Aku nak nasihat diri aku. Menulislah dengan bijaksana. Menulis perkara yang memberi faedah kepada pembaca. Aku kagum dengan Abang Eq. Penulis yang bijak. :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...