Tiga Cara Untuk Menjadi Pelajar Cemerlang


Tips Atau Cara Menjadi Pelajar Cemerlang | Tiba-tiba hari ni aku nak buat artikel pasal tips belajar pula. Namun aku tidak menjangka artikel ini mendapat sambutan hangat seperti artikel Kahwin ini. Haha..Tips yang bakal aku kongsikan sebentar lagi juga tidaklah sesuatu yang serius. Boleh kata sembang-sembang santai,namun santai bukan sebarang santai. Adakalanya santai itu mengandungi makna yang mendalam. Boleh kan macam tu?

Tips Menjadi Pelajar Cemerlang Yang Pertama

Anda perlulah mempunyai semangat juang yang tinggi dalam menuntut ilmu. Ketekunan dan keikhlasan amatlah diperlukan. Tumpukan perhatian di dalam kelas. Menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh cikgu. Belajar dengan penuh konsentrasi dan konsisten. Mengikuti kelas-kelas tambahan. haaa..banyak kan? Itulah usaha. Yang penting kita kena berdoa dan bertawakkal. Kalau tak puas lagi,sila rujuk SINI untuk mendapat kupasan yang lebih mendalam.Jangan melihat kemaluan? Cari dalam INI.hahaha..

Tips Menjadi Pelajar Cemerlang Yang Kedua

Merasuah menteri ataupun pihak berkuasa untuk menurunkan graf gred pada tahun anda menduduki peperiksaan. Walaupun ini sesuatu yang amat tidak digalakkan bahkan boleh dikategorikan sebagai jenayah merasuah,namun percayalah bahawa cara itu telah diguna pakai dan terbukti berkesan.

 Jika anda tidak sanggup merasuah pihak tertentu,sudah cukup anda menulis surat kepada mereka dan menyatakan 10 sebab kenapa graf perlu diturunkan. yakinkan mereka. Dan hasilnya anda akan lebih mudah mendapat A penuh dalam peperiksaan anda. Secara tidak langsung anda akan dikategorikan sebagai pelajar cemerlang. 11A dalam SPM cemerlang kan? Namun hakikatnya?

Tips Menjadi Pelajar Cemerlang Yang Ketiga

Jika sekarang anda sedang bersekolah di sekolah yang berprestasi tinggi,maka tukarlah ke sekolah yang baru. Cari sekolah di pedalaman yang secara statistiknya tidaklah begitu hebat dalam pencapaian akademik mereka. Namun,jangan terpengaruh dengan suasana belajar disana.

Teruskan momentum belajar anda. Belajar secara bersungguh-sungguh walaupun kawan-kawan disekitar anda tidak mengambil peduli dengan pelajaran. Apabila keluar keputusan peperiksaan dan walaupun anda hanya memperolehi 5A sahaja namun anda masih mempunyai peluang untuk tersenarai di dalam carta pelajar cemerlang. kenapa? Boleh jadi kerana 5A itulah pencapaian terbaik dalam sejarah sekolah tersebut.

Mengarut? Saya pernah lalui dan ianya terbukti! :D

Tips Tambahan

Ambillah peperiksaan pada tahun dimana akan diadakan Pilihan Raya Umum. Sebagai contoh, duduki peperiksaan SPM pada tahun 2011 dan anda akan mendapat keputusan pada tahun 2012 dimana Pilihan Raya umum akan diadakan. Percayalah, bilangan pelajar cemerlang pada tahun tersebut akan meningkat dan peluang anda untuk tersenarai amatlah tinggi berbanding tahun-tahun lain. Mungkin anda salah seorang dari pelajar cemerlang tersebut?

Apa macam? Ada benar tak apa yang aku tulis ni? Haha.. Ke ada cara menjadi pelajar cemerlang yang lain?
Comments
2 Comments

2 comments:

  1. waaah postingan yang sangat bagus dan sangat memberikan referensi,
    semoga ilmu ini dapat bermanfaat bagi semuanya yah,
    kalau sempat bisa kunjungi blog saya di
    http://merdeka.blog.stisitelkom.ac.id/

    terimakasih ^^

    ReplyDelete
  2. sebuah artikel yang sememangnya ditulis tanpa menggunakan akal dan fikiran. Adakah wajar untuk merasuah menteri? Apakah gunanya disenaraikan sebagai pelajar cemerlang di sekolah tersebut sekiranya anda hanya mendapat 5A dalam peperiksaan SPM? fikir-fikirkan dan hamba berharap saudara dapat padam artikel ini sebelum artikel ini mencemarkan minda anak remaja Malaysia yang merupakan aset terpenting negara memandangkan mereka bakal memerintah negara pada masa yang akan datang.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...