Birthday 2012 : 5 Orang yang Tinggi Kualitinya

Bismillahirrahmanirrahim..

Sambil ditemani lagu "Number One For Me" by Maher Zain, aku mula menulis entry ini.

19 Mei 2012 yang lepas aku ada terlintas satu idea yang bagi aku cukup-cukup menarik. Setelah aku fikir panjang sikit,ok lahhh..Kita try idea ini. Kita tengok apa hasil. Boleh kata idea ini macam eksperimen jugak la. Maka,aku pun memulakan projek persendirian aku.

Bukak Facebook. Pergi ke Account setting. Aku tukar tarikh lahir aku dari 21 Mei kepada 21 Jun. Saved!

Tujuan aku buat benda ni satu je. Aku nak tengok siapa yang betul-betul ingat tarikh lahir aku. Kalau nak harapkan facebook, memang dah dapat beratus wish dah pada hari birthday aku tu tapi tahun ni aku nak kelainan sikit. Biar ucapan selamat dari mereka yang sedikit,tetapi berkualiti.

Maka pada hari birthday aku tu. Shuuuu~~~

Aku tidak memerlukan jari kaki sebagai support system dalam proses pengiraan bilangan mereka yang mengucapkan selamat kepada aku Cukup jari tangan sahaja.Haha..Alhamdulillah masih ada yang wish aku pada malam birthday aku. Kira orang pertama gitu la kan. Terima kasih kepada orang pertama. :)

Terima kasih juga kepada Kakak-kakak aku yang wish aku. Mereka juga antara golongan yang tidak logik lupa tarikh lahir aku. Sebab mereka darah daging aku. Alhamdulillah semua dari mereka telah wish aku.

Cuma tahun ni ada sedikit kekurangan. Sehingga hari ini aku tidak dapat ucapan selamat dari bonda aku yang tercinta. Biasanya kalau mak aku ada lagi,dia akan wish sehari atau dua hari lambat. Sebab apa? Sebab dia terlupa. Itu biasa la kan? Haha.. Comel sungguh mak aku ni. :)

Ni hadiah birthday aku untuk tahun lepas. Mak aku semangat pergi cari dengan kakak aku kat Metro Kajang.



Ok,cukup-cukup la cerita pasal mak aku. Takut nanti orang cakap apa. Nanti ada pulak orang bagi nasihat salah cara kat aku,nanti aku pulak yang terasa. Macam ada terjadi kat Facebook semalam. Kan dah kena Fire dengan aku! Haha..

Pengajaran yang aku dapat dari idea aku ni :

Aku dapat kenal mereka yang benar-benar merasa kehadiran kita dalam hidup mereka. Lagi satu, aku kena belajar untuk ingat tarikh lahir mereka yang aku sayang. Tarikh je pun,takkan takleh ingat kot?

Tarikh bukan sekadar tarikh tetapi ia mempunyai nilai ingatan yang sangat tinggi. :)

Dalam tandas pun boleh tengok bola? Tekan SINI

Apresiasi Untuk Insan Yang Mendidik (Hari Guru 2012)



Assalamualaikum...

Hari ini merupakan Hari Guru bagi tahun 2012. Jadi pada kesempatan ini,dengan kemudahan yang ada,dengan medium yang tersedia,aku akan nukilkan satu entry khas buat tatapan semua pembaca mengenai GURU. :)


Hari Murabbi 

Apabila sampai sahaja tarikh 16 Mei, maka riuh rendahlah setiap ceruk alam tanah melayu ini dengan slogan-slogan seperti "guru ibarat pelita" dan seumpama dengannya sempena menyambut Hari Guru. Namun bagi aku,secara peribadi,aku tidak menyambut Hari Guru, tetapi aku lebih terdorong untuk menggantikan perkataan guru itu kepada Murabbi.

Profession sebagai seorang cikgu bukan untuk mengajar anak murid matapelajaran yang telah dipertanggungjawabkan semata-mata. Namun,kita(aku pernah menjadi cikgu) menggalas amanah yang lebih berat bahkan lebih penting berbanding mengajar iaitu Mendidik.

Alhamdulillah sepanjang aku bersekolah, dari Sekolah Rendah Islam Al-Amin Bangi, Sekolah Menengah Islam Hira' Jeram sehinggalah ke Ma'had Attaribiyah Al Islamiyyah, semua cikgu yang aku kenali merupakan figura pendidik yang sangat disegani masyarakat. Alhamdulillah..

Mereka bukan sahaja mengajar aku Biology mengikut syllibus SPM semata-mata, namun setiap kali sebelum kami memulakan kelas, kami akan tadabbur ayat Al-quran terlebih dahulu. Mereka menjadikan ilmu itu membawa aku lebih dekat kepada pencipta. Mereka mengajar,sambil mendidik jiwa aku. Hebat bukan mereka ini? :D

Hari Murabbi Setiap Hari


Jangan hanya pada hari ini sahaja kita beriya-iya menyambut hari guru. Hari inilah kita nak bagi hadiah. Hari inilah kita nak mintak maaf. Hari inilah kita nak berkelakuan baik. Hari inilah segala-galanya. Hari membuat kebaikan kepada guru. Ohhhh..Bukan hari ini sahaja!

Setiap hari merupakan hari guru, sama seperti hari ibu. Setiap hari juga hari ibu!


Sekotak Ferrero Rocher tidak semanis kejayaan seorang yang bernama anak murid. KEJAYAAN! Itulah yang diidamkan oleh setiap insan bernama cikgu di atas muka bumi ini. Melihat anak murid mereka berjaya merupakan satu hadiah yang tidak ternilai. Namun,bukan kejayaan dunia sahaja yang dipinta mereka,tetapi kejayaan dunia akhiratlah yang diharapkan. Betul tak wahai pendidik-pendidik sekalian? :D

Kalau nak bagi hadiah,jangan pada hari guru sahaja. Bagilah selalu kepada mereka. Bukan hadiah yang menarik minat mereka,namun ingatan itu yang lebih bermakna.

Haaaa...Nak cerita sikit pasal kebaikan arwah mak aku. Tak salah kan nak cerita kebaikan orang yang dah tak ada?

Mak aku seorang yang sangat pemurah. Setiap kali aku nak exam,dia mesti selalu suruh aku buat amal lebih sikit. Sebagai contoh belanja kawan-kawan. Bukan apa,dia cakap supaya kawan-kawan mendoakan kita waktu exam nanti. Tapi kadang-kadang aku liat jugak nak belanja kawan-kawan,jadi dia pulak yang ambil alih. Dia yang belanja kawan-kawan dan cikgu aku.Hoho..

Aku ingat lagi pada tahun 2009 iaitu tahun aku menduduki peperiksaan PMR, dia bagi setiap cikgu yang mengajar aku sepasang telekung. Eh,bukan sikit bilangan cikgu yang mengajar aku tapi ramai. Namun dia tetap niat nak bagi hadiah kat setiap cikgu aku.

2011 pulak dia bagi telekung kat setiap cikgu yang mengajar aku di MATRI. Aku dapat belajar dua nilai dari mak aku. Yang pertama, sentiasa menghargai jasa orang sekeliling kita. Tunjukkan penghargaan kita seperti dengan memberi hadiah. Yang kedua, buatlah amal sebanyak mungkin selagi kita mampu. Sebab itu bekal yang kita akan bawa dari dunia ini.

Aku gembira! Setiap kali cikgu-cikgu aku menggunakan telekung-telekung yang dihadiahkan oleh mak aku tu, mesti mak aku dapat pahala yang banyak. Mesti kubur dia sekarang tengah lapang dan cerah kan? :')

Maaf keluar topik sikit. Tapi itulah ibuku tercinta.

Iklan jap. Telekung yang mak aku hadiahkan itu ialah produk Thaiyibah.com.

Terima Kasih Semua Yang Telah Mendidik Aku




Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Itu sahaja yang mampu aku ucapkan. Aku akan balas jasa mereka dengan kejayaan. Kejayaan aku dalam akademik. Kejayaan aku dalam sahsiah. Kejayaan aku di dunia dan Akhirat. :)

Fahmi: Ketahuilah bahawa ibu kepada pendidik ialah ibu. Insan bernama ibulah yang pertama mendidik kita. Dialah yang mengajar aku membaca. Dialah yang mengajar aku berjalan. Dialah yang memberitahu aku siapa itu Allah. Dialah yang mendidik aku untuk mencintai Allah dan rasul. Dia lah segala-galanya. Dialah Ibu.:)

Ibu Bukan Insan Tersayang, Pemergian Mereka Tidak Sama

Februari2012-Cameron Highland




Assalamualaikum..


Dulu aku menulis blog untuk mengejar traffik. Setiap hari aku akan update blog dua hingga tiga kali. Semata-mata untuk mendapatkan traffik yang tinggi. Blogwalking jangan cakap lah! Dah pernah sampai ke hujung dunia(aku suka hiperbola). Semuanya untuk mendapatkan traffik blog yang tinggi. Hari ni prinsip aku menulis sudah berubah. Aku menulis untuk memberi pembaca inspirasi. Semoga anda semua mendapat inspirasi apabila membaca penulisan aku. :)



Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:

“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ayah kamu.”



Semenjak aku kehilangan ibu aku yang tercinta,ramai yang berusaha untuk memberi kata-kata semangat kepada aku. Aku sangat berterima kasih kepada mereka yang prihatin dengan keadaan aku. Cuma dalam ingatan mereka itu,ada satu perkara yang menggerakkan aku untuk tulis entry ini dan kongsikan dengan semua pembaca.

" Sabar arief,aku faham perasaan kau. Aku jugak pernah hilang insan tersayang."

Benda ni aku nak cerita sikit. Perkataan insan tersayang. Ya! Aku tak nafikan ibu tu seorang insan tersayang. Siapa yang tak sayang ibu kan? Kucing pun sayang mak dorang. Anjing pun sama. Kalau korang tak sayang mak korang,anjing lagi baik dari korang. Betul tak? Hoho..

Ada yang maksudkan insan tersayang tu nenek dorang. Ada yang maksudkan makcik dorang. Ada yang maksudkan atok dorang. Ada juga yang maksudkan pakwe dorang. Ada jugak yang maksudkan tunang dorang bahkan ada juga yang maksudkan suami ataupun isteri dorang.

Aku tak pernah menafikan kecintaan mereka kepada insan yang mereka maksudkan. Ya,mereka itu insan-insan tersayang yang memang secara kebiasaannya dan fitrahnya akan mendapat tempat yang istimewa di dalam hati setiap orang.

Tetapi dalam kes ini, Perkataan "Insan tersayang" itu tak mampu memujuk hati seorang yang baru sahaja kehilangan seorang insan bernama IBU. Ibu dan "Insan tersayang" itu tidak sama. Totally different!

Pertama sekali,aku nak jemput kepada yang belum baca,untuk baca entry ni dulu.---->

Tanpamu Ibu, Aku Miskin


Aku tidak perlu mengemukakan banyak bukti untuk membuktikan tingginya martabat seorang ibu dihati seorang anak. "Insan tersayang" tidak mampu berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan insan bernama Ibu. Setuju dengan aku?

Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallammeminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.

Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?”

Jahimah menjawab: “Ya.”

Lalu Rasulullah bersabda: “Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”

Jom aku kongsikan luahan hati seorang insan yang juga baru kehilangan ibu:

"Alfatihah. Kehilangan insan tersayang memang amat memilukan."

"Ya, Allah,kuatkanla semangatku.hanya org yang kehilangan ibu sahaja akan memahami apa yang aku rasai..."

"haz memahami perasaan irah bila org kesayangan telah meninggalkan kita"

"tq semua atas ucapan. kehilangan ibu sgat2 terasa berbanding kehilangan org yang tersayang.sbb ibu bukan sekadar tersayang tp xboleh diungkap dengan kata2..."


Tak sama kan? So lepas ni kalau korang nak wish takziah kat orang lain,fikir la idea lain ye. Haha.. cari yang lebih mendamaikan dan dekat dihati. Bagi ayat Quran ke? :D

Fahmi: Selagi anda ada ibu,berbaktilah. Pesanan ikhlas dari seorang insan yang lemah yang sudah tidak mempunyai ibu. :')



Sebab Bunuh Diri : Kemandulan Mentaliti Masyarakat Malaysia Terserlah Di Twitter

Assalamualaikum...

Aku ni seorang yang tidak pernah aktif dalam twitter. Walaupun tak aktif,aku pelik,kenapa masih ada yang nak follow twitter aku. Ok,bajet hot jap. Haha.. Namun pada hari ini,aku terlintas untuk nak usha-usha apa yang ada kat dalam twitter. Alhamdulillahhh..Aku menjumpai perkara yang menarik hari ni.:D



Sebab Bunuh Diri:

1) rooney x dapat score 12 bijik malam ni..
2)frust tak dapat turunkan berat badan.
3)Kalau Man Utd tak menang liga this season
4)bau kentut sendiri dalam selimut
5)following ade 2k followers cuma ade 12 je. Kecewa dengan twitter lalu bunuh diri
6)Bf/gf taknak belanja tgk wayang
7) tak dapat beli spender kegemaran
8)Hp abis bateri time sedap2 main hashtag
9)dapat surat amaran akibat selalu ponteng class
10)Saya terkantoi berak dalam seluar

Aku taktau nak cakap apa dah. Memang kelihatan kelakar dan seronok bermain dengan hashtag sebabbunuhdiri ni.Aku baca pun ada la jugak gelak-gelak kecil. Tapi bila fikir balik, What The Tuutttt!

Tak ada benda lain ke nak sembang? 

Membunuh diri itu dosa besar.Sekian


Anak-anak Aku Dan Tok Mereka



Assalamualaikum..


Pagi tadi tiba-tiba aku rasa macam nak dengar lagu Number On For Me by Maher Zain. Aku pun bukak dan layan. Bila dah dengar lagu tu sah-sah la aku akan ingat kat mak aku kan? Memori bersama mak aku terus bermain di fikiran. Tiba-tiba aku teringat doa aku yang Allah tak makbulkan di dunia ni.


and even though i was so bad
i've learned so much from you
now i'm trying to do it too
love my kid the way you do



Sampai je part ni aku terus teringat doa tu...


Semenjak akal aku semakin matang dan waras untuk memikirkan perihal kahwin,aku sudah mula melafazkan doa ni. Apa kaitan dengan kahwin ni? Haha.. 


Memandangkan aku merupakan anak bongsu di dalam keluarga aku dan mak ayah aku semakin meningkat usia,ada satu perkara yan amat aku takuti. Aku mengharapkan perkara ini tidak berlaku sebelum waktunya.


"Ya Allah, aku mengharapkan majlis perkahwinan aku nanti diceriakan oleh kehadiran kedua orang tua aku. Mereka dapa melihat anak bongsu mereka menikah. Dan aku juga berharap,mereka sempat melihat,bermanja dan bermain dengan anak-anak aku kelak. Jangan kau ambil mereka sebelum saat ini sampai."


Cucu bongsu mama aku buat masa ni

Namun doa aku ini tidak dimakbulkan,Allah ambil mak aku awal. Tak sempat tengok menantu bongsu dia dan juga satu-satunya menantu perempuan. Allah tahu yang terbaik kan? :)

Jadi pagi tadi aku berazam dengan bersungguh-sungguh,walaupun anak-anak aku nanti tak sempat hidup bersama tok mereka dan mereka tidak pernah melihat tok mereka,aku akan pastikan mereka mengenali dan menyayangi tok mereka sama seperti Baba mereka kenal dan sayang tok mereka. 

Macam mana aku nak buat? Tu kita akan fikirkan jalan. Aku nak mereka tahu siapa tok mereka ni. Nak cerita keperibadian tok mereka ini. Nak cerita ketokohan tok mereka ini. Dan aku yakin dan pasti,mereka akan merasa kagum dan bangga mempunyai seorang tok yang hebat. Dan aku akan pastikan, Mereka akan merindui tok mereka dan ingin sangat berjumpa dengan tok mereka sama seperti kerinduan dan keinginan Baba mereka. :')

Kesimpulannya, Aku nak didik anak-anak aku baik-baik. Biar keturunan mak aku semua baik-baik belaka. Aman bahagia dia di Alam sana insyaallah...

Fahmi: Sorry kalau korang bosan asyik baca pasal mak aku je. Tapi aku tak akan pernah bosan untuk menulis tentang dia.Sekian.

Dunia Blogger : Seorang Blogger Bernama Eqbal Zack



Assalamualaikum..

Selama hampir 5 tahun aku bergelar seorang blogger(poyo jap) yang blog tak pernah-pernah femes, aku tak pernah menulis tentang seorang blogger secara specifik. Jadi pada hari ini,aku nak bercerita tentang dunia blog pulak. Aku akan kongsi tentang pengalaman aku dengan seorang figura hebat dalam dunia blog ini iaitu, Eqbal Zack.

Trust me, I'm almost A doctor!


Baca kat atas tu. Yes, abang Eq(nama manja) ni sedang berusaha untuk menghabiskan PHD beliau. Dalam bidang apa,aku tak begitu halusi sehingga ke tahap itu. Namun yang aku tau,dalam masa terdekat ni dia akan ke Australia untuk menjalankan sedikit research disana dalam proses menyiapkan tesis beliau. Betul tak abang Eq? Hehe..

Seorang Blogger Yang Mesra Alam


Mesra alam yang aku maksudkan ialah dia sangat friendly dengan semua orang. Bahkan aku yakin,dia juga seorang yang mesra dengan alam sekitar jugak. Dengan tumbuhan dan binatang. Kata mesra alam,mesti la mesra dengan alam sejagat kan? Hehe..

Kisah Kami Mula Berkenalan


Tahun lepas, sebelum aku menduduki peperiksaan SPM,aku cuba untuk berchat dengan abang Eq, memandangkan dia seorang sifu Physic yang hebat,maka aku pun nak la tanya tips sikit. Hehe..

"Salam.."

"Wasalam.."

Maka bersembanglah kami. Mesra abang Eq ni! Aku ingat blogger femes ni dok sibuk layan peminat,update blog,balas komen blog dan facebook. Rupanya,mereka masih ada masa dengan adik-adik macam aku ni. Whoaa!(kagum)

Dr Eqbal Zack Yang Prihatin


Prihatin ataupun dalam bahasa inggeris di sebut Concern. Correct me if i'm wrong.(poyo lagi) haha.. Yes sekali lagi. Abang Eq merupakan seorang yang sangat prihatin. Banyak peristiwa yang membuatkan aku sangat tersentuh dengan keprihatinan beliau.

26 April 2012 ketika mak aku terlantar koma di Hospital, beliau telah mengambil perhatian kepada isu ni. Beliau telah update status(kalau tak silap aku) meminta supaya orang ramai mendoakan mak aku. Eleh,aku pun tolong upadate isu ni kat status FB aku,mesti ada rang cakap macam ni kan? Haha..Biar aku sambung cerita dulu.

Tidak cukup dengan update status der.. Abang Eq telefon aku! Perghh..tak sangka aku. Aku tak pernah jumpa dia pun. Tapi dia telefon aku dan mengikuti perkembangan mak aku. :')

"Salam arieff..Ni abang Eq ni.."

"Wasalam...errmmm..sape ehhh?"

"Abang Eq ni. Eqbal Zack. Kenal tak?"

"Ouuuuhhhhh..Abg Eq keeeeeeee...???!!"

Aku tak sangka dia yang call. Aku ingat Eq mana! Haha.. Kami pun bersembang dalam telefon. Dia tanya mak aku macam mana dan aku pun menjelaskan.

Ramai orang tahu tentang mak aku ni. Rakan-rakan sekolah aku ramai yang tahu. Tapi berapa ramai yang nak telefon aku? Aku bukan nak cakap korang salah sebab tak telefon aku, cuma aku sangat berbesar hati jika ada yang telefon aku. Telefon? Memang tak nampak apa sangat tapi tau tak,sebenarnya ia mampu memberi semangat kepada aku. Itu namanya Moral Support! dan abang Eq salah sorang yang telah memberi Moral Support yang hebat saat aku dalam ujian yang berat. Kau ada? Haha..

Ia tidak berakhir disitu sahaja...

Saat mak aku pergi meninggalkan dunia yang fana ini buat selama-lamanya, abang Eq juga turut ada bersama aku. Bersama memberi semangat dan moral support. Dia ada hantar message kat aku. Dan kalau tak silap dia cakap sorry lambat contact aku sebab dia sedang ada di kenyir. Betul tak abang Eq?Hehe..

Dan sekarang ni, beliau selalu komen di facebook aku. Terima kasih di atas keprihatinan anda.

Beliau seorang abang yang baik, seorang guru physic yang hebat, seorang blogger yang hebat, seorang student PHD yang gigih, beliau seorang yang sangat inspiring.

Maka dengan ini, selama aku berada dalam arena blog selama 5 tahun, aku merasakan beliau sangat layak untuk memegang title Blogger Of The Year anjuran Digi Award.

Entry ni aku tulis bukan untuk nak promote Abang Eq untuk Blogger Award ni. Aku dah lama tersentuh dengan pribadi abang Eq ni. Jadi aku nak tulis pasal dia supaya blogger-blogger lain dapat mengambil pengajaran dari kepribadian beliau. Sambil-sambil tu, aku ambil peluang untuk berkempen bagi pihak abang Eqbal Zack.

Jika anda tertarik dengan kisah aku,keperibadian abang Eqbal Zack ni, Jom tolong vote dia untuk Blogger Of The Year. Title ini layak untuk dirangkul oleh beliau. :)


Entry ini aku tidak berniat merendahkan mana-mana pihak. Jangan kata aku tidak menghargai pengorbanan mereka yang datang menziarahi aku. Mereka yang datang dari bangi,dari Kl, dari seremban, dari ipoh dan mana-mana sekalipun. Mereka juga turut mendapat penghargaan dari aku. Namun lain manusia,lain cara penghargaan kan? Jadi aku rasa untuk seorang figura dalam dunia blog ni,lebih sesuai aku angkat beliau dalam dunia blog juga. Baru adil kan? :)

Fahmi : Aku join jugak digi award ni untuk blogshop aku,tapi keadaan tak mengizinkan aku untuk berkempen. Mak aku jatuh sakit jadi aku tak sempat nak berkempen. So memang tenggelamlah blogshop aku. Haha..

Perkongsian Temuduga Mara program ijazah luar negara (PILN) 2012

Assalamualaikum.. Mari kita berkongsi tentang temuduga Mara program ijazah luar negara(PILN) 2012 pulak kali ni. Pagi tadi aku telah menghadiritemuduga Mara. Jadi mungkin aku boleh kongsikan sedikit tips temuduga Mara PILN 2012 di sini.

Jangan hampa jika entry ini tidak memenuhi kehendak pembaca. Aku cuba beri yang terbaik. Temuduga Mara sudah tidak menggunakan konsep temuduga sorang-sorang. Korang dah tak akan ditanya soalan "why do you want to be a doctor" atau yang sewaktu dengannya.

Macam aku tadi, dorang buat group discussion. Jap, untuk pengetahuan ,aku dipanggil temuduga untuk kursus perubatan Jordan. Ok sambung.. Temuduga Mara Program Ijazah Luar Negara 2012 bermula... Kami mendaftarkan diri di meja urusetia. Kami menunggu di luar bilik temuduga.

Group Discussion style


Satu kumpulan 8 orang. Semua dijemput masuk kebilik temuduga dan kami diminta duduk di meja yang disediakan. Meja disusun ala-ala satu mesyuarat akan diadakan. Kami diberi satu situasi untuk dibincangkan dan diperdebatkan antara kami. Maka bermulalah perbincangan antara "doktor-doktor to be". cewahhhh..hehe..

Aku boleh je nak kongsikan situasi yang telah diberikan kepada kami pagi tadi. Aku tak kesah. Sharing is caring kan? Tapi aku kesah bila ada yang kesah dengan ketidakkesahan aku ini. Faham? haha..aku takut ada yang rasa tidak puas hati.mereka merasa tidak adil apabila mereka yang akan dipanggil temuduga untuk hari kedua telah mendapat soalan bocor.tak adil kan?

Contoh Soalan - Kiasan


Aku boleh bagi contoh yang aku reka sendiri je. "anda diberi duit sebanyak satu billion ringgit. Negara anda sedang mengalami krisis ekonomi. Hanya dengan duit anda sahaja negara ini dapat diselamatkan. Bagaimana anda ingin menggunakan duit anda dengan sebaiknya untuk menyelamatkan negara anda?"

Bagi la sebab untuk setiap perancangan anda itu. Apa macam? Dapat? Hehe..

Tips Temuduga MARA 2012


Meh aku share tips untuk temuduga mara 2012 ni.

1) anda mesti lancar untuk bertutur dalam bahasa inggeris.wajib!

2) anda mesti mempunyai minda yang kritikal dan analitikal. Sebab nanti situasi perbincangan boleh jadi seperti perdebatan. Anda perlu kehadapankan idea anda dan pertahankan.

3) tenang dan ceria. Jangan tunjuk rasa gemuruh anda. Ia akan menyekat idea anda untuk keluar. Nanti blur dan blank.huhu..

4) doa dan selawat banyak2.

Sampai sini je kot. Aku dah tak larat taip.sila sebarkan jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat.:)  

Yang terbaik untuk ku

Fahmi : "mama doa yang terbaik. jika zakat terbaik, dapat zakat. jika mara terbaik, dapat mara. Jika dalam negara lebih baik, maka zakat dan mara tak dapat. Kita terima yang terbaik. Kita doa yang terbaik. Insyaallah Allah bagi yang terbaik" doakan yang terbaik untuk aku. :) ~

Pengalaman di Albukhary International University Humaniversity


Assalamualaikum..

Pengalaman di Albukhary International University | Jadi kepada Pakcik-pakcik,makcik-makcik,abang-abang,kakak-kakak dan adik-adik yang membaca blog aku,entry kali ini aku nak share pasal universiti ini. Albukhary International University Humaniversity.

Pagi 8 mei 2012..

Aku dan ayah aku menjejakkan kaki ke kampus utama Universiti Tan Sri Syed Mokhtar Al bukhary. Bagi ayah aku mungkin dah banyak kali dia datang ke sini, namun bagi aku ni merupakan pengalaman pertama. Ayah aku datang sebab dia nak tanya sikit-sikit pasal universiti ni. Dia cakap nak try mintak kerja kat sini. Mana la tau ada rezeki kan?

Masuk je main campus aku dah kagum gila. Tak ada la besar sangat kampus dia tapi bila aku fikir ni semua hasil duit Billionaire Syed Mokhtar tu, lagi bertambah kagum aku. Bayangkan la,betapa pemurah dia ni dan islamic sampai buat satu university yang bertemakan kebajikan dan Islam.

Semua reka bentuk bangunan kat situ bertemakan seni bina Islam. Jom kita tengok sikit gambar kat bawah ni.



Kat atas ni antara contoh bangunan yang mereka ada. Cantik kan? Itu baru sikit derrr...

Yang paling aku kagum ialah semua pelajar di Uni di fully sponsored! Semua ditanggung beres oleh pihak universiti. Jangan risau pasal duit dah,korang hanya perlu fikir pasal belajar sahaja. Duit semua ditanggung oleh pihak universiti. Memang masyuk gila la Pak Mokhtar ni! Haha..

Hakikat entry kali ini bukan bertujuan untuk menceritakan ketaksuban aku kepada kampus universiti ini. Aku cuma sedikit kagum,ehh..banyak kagum kepada seorang jutawan yang bernama Syed Mokhtar Al Bukhary.

Seorang jutawan, bumiputra yang paling kaya di malaysia. Namun sangat pemurah. Serius aku cakap, aku masuk dalam kampus universiti tu, aku terus dapat rasa aura pemurah dia. Dia bina universiti tu semata-mata nak tolong orang yang susah. Semuanya untuk kebajikan ummah. Tengok vision dorang pun dah cukup..

"To become a model university characterised by high quality education and humanitarian values aimed at empowering underprivileged and disadvantaged students."


Jadi kepada mereka yang bercita-cita ingin menjadi jutawan pada suatu hari nanti, jadikanlah beliau sebagai salah seorang model jutawan yang pemurah. Jangan lupa jadikan abu bakar,abdur rahman auf dan sahabat-sahabat kaya yang lain sebagai role model juga.:D


Sampai sini sahaja perkongsian aku. SIapa yang teringin nak masuk universiti ini, sila tekan SINI untuk maklumat lanjut. 


Fahmi: Doakan aku untuk interview Mara 10 Mei ini. Semoga dapat yang tebaik.:D

Ini Namanya Adab Dan Tatacara


Assalamualaikum...

Setelah hampir seminggu hidup aku tanpa seorang insan bernama ibu di sisi,banyak benda aku belajar. Banyak pengajaran dan pelajaran yang aku peroleh secara langsung mahupun tidak langsung. Namun begitu,aku tidak pernah merasa kedekut untuk kongsikan apa yang aku dapat dengan pembaca blog aku.

Hari ni aku nak cerita tentang adab menziarahi sahabat. Kenapa tiba-tiba ni?

Biasa la bila ada apa-apa musibah,sakit atau kematian,kita akan diziarahi oleh kawan-kawan kan? Memang dalam semingu ni ramai manusia yang datang menziarahi keluarga aku. Untuk memberi sokongan dan ucapan takziah.

Cuma ada satu peristiwa yang membuatkan aku sedikit terkilan.

"Weh fahmi, Ahmad datang dari KL ni. dia datang nak jumpa kau. Meh la datang rumah aku,kau nak jumpa dia tak?"

APAKAH???!!!

Kenapa aku yang kena pergi ke rumah dia? Dia nak ziarah aku atau aku yang nak ziarah dia?

Kepada yang terasa,maafkan aku. Aku tulis kat sini supaya semua orang boleh ambil pengajaran. Tak ada niat nak sakiti mana-mana pihak.

Lain kali,kalau ada sahabat ditimpa musibah atau kematian ke,kalau nak datang ziarah tu biarlah kena caranya. Datang rumah dia,ucap takziah. Bukan suruh sahabat tu yang datang rumah kita. Nonsence!

Dapat kan apa yang aku cuba sampaikan ni?

Orang pertama yang perlu ambil pengajaran ialah aku. So lepas ni kalau aku nak pergi ziarah sahabat,biarlah beradab dan kena caranya.

Macam ada seorang sahabat aku dari kulim, dia datang kampung aku semata-mata untuk ucap takziah. Bukan dengan tangan kosong,tapi dia bawa buah-buahan. Bukan setakat tu sahaja! Dia beri sedikit hadiah berbentuk wang kepada aku. Ini baru namanya mengaplikasikan Silibus Akhlak dalam kehidupan!

Terima kasih jugak sahabat-sahabat yang datang dari Ipoh. Mereka bertolak dari Ipoh pukul 1 pagi dan tiba di kampung halaman aku pada pukul 5 pagi. Mereka merupakan rombongan yang sempat solat jenazah untuk arwah.

Gambar bawah ni rombongan abang-abang macho aku dari KL. Dorang naik bas malam ahad,datang ziarah aku,malam isnin balik semula ke KL. Semata-mata nak ziarah aku. Orang gila je tak terharu. :')



Terima kasih kepada sahabat-sahabat aku yang sanggup datang dari jauh untuk menziarahi aku. Memberi sokongan dan kekuatan kepada aku. Semoga anda semua dirahmati Allah. :)

Fahmi: Saya rindu mak saya.

Tanpamu Ibu, Aku Miskin


Bismillahirrahmanirrahim..

Setelah sekian lama aku tidak update blog ini,akhirnya aku kembali. Namun aku sedikit gembira apabila blog ini sentiasa ada yang sudi berkungjung. Mungkin ada beberapa artikel di blog ini yang boleh dimanfaatkan bersama,insyaallah..

28 April 2012 merupakan tarikh yang aku tidak akan lupa buat selama-lamanya. Mungkin sebelum ini tarikh lahir ayah,ibu ataupun kakak-kakak aku kadangkalanya aku terlupa,namun tarikh ini aku yakin bahawa aku tidak akan lupa sehingga akhir hayat aku.

Pada tarikh ini,aku telah kehilangan seorang insan yang secara fitrahnya amat aku kasihi dan sudah pasti setiap insan dia atas muka bumi ini turut sama menyayangi insan ini. Insan ini ialah Ibu. Mungkin ada yang memanggil Ibu,Mama,Umi,Mummy dan sebagainya. Namun bagi aku,pada tarikh tersebut,aku telah kehilangan Mama aku buat selama-lamanya.

Ohhhh..Ini merupakan satu kehilangan yang sangat besar.

Pada minggu sebelum pemergian arwah,aku telah mengalami kemalangan jalanraya yang menyebabkan aku terpaksa menanggung kerugian yang agak tinggi. Pada aku,kejadian ini amat berat untuk ditanggung kerana pada usia sebegini,kemampuan dari segi kewangan sangat terhad. Segala duit simpanan aku terpaksa dikeluarkan untuk menampung kos baik pulih kereta. Ku sangkakan,ini merupakan satu kehilangan yang hebat.

Pada 7.30 petang hari sabtu, tanpa pernah terlintas langsung didalam fikiran dan hati,aku telah sekali lagi kehilangan. Ini bukan kehilangan yang biasa. Ini kehilangan yang Maha!

"Mereka yang sudah tidak mempunyai ibu di dunia ini merupakan orang yang sangat miskin!"

Ya,aku setuju dengan kata-kata ayah aku itu. Sangat dan teramat miskin.

Aku sudah tidak mempunyai sumber doa yang paling mustajab di dunia ini. Tiada lagi yang sanggup untuk duduk berjam-jam di atas tikar sembahyang semata-mata untuk mendoakan anaknya dipermudahkan untuk menjawab kertas peperiksaan. Tiada lagi dan tiada lagi.

Maaf,sampai sini sahaja aku mampu untuk taip pada kali ini. Ujian yang maha hebat. Aku redha. Dia pergi dengan baik. Dan aku menjadi saksi bahawa kalimah terakhir yang keluar dari mulut dia merupakan kalimah Allah. :)

Fahmi: Kemungkinan besar entry-entry yang mendatang selepas ini banyak mengenai insan hebat ini. Akan ku kongsikan kepada dunia siapakah Siti Naraubiah Bt Ahmad pada mata masyarakat. Jika aku mampu,akan ku tulis satu buku khas mengenai arwah. Saat dia sudah tiada,baru aku tahu betapa hebatnya arwah di mata masyarakat apabila mendengar cerita-cerita dari mereka yang masih hidup dan pernah hidup bersama arwah.:')

Jemput baca antara entry aku yang berkaitan dengan arwah.


Kasih Ayah Sepanjang Pagar, Kasih Ibu Sepanjang Jalan


1 Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang



Alfatihah~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...