Dunia Blogger : Seorang Blogger Bernama Eqbal Zack



Assalamualaikum..

Selama hampir 5 tahun aku bergelar seorang blogger(poyo jap) yang blog tak pernah-pernah femes, aku tak pernah menulis tentang seorang blogger secara specifik. Jadi pada hari ini,aku nak bercerita tentang dunia blog pulak. Aku akan kongsi tentang pengalaman aku dengan seorang figura hebat dalam dunia blog ini iaitu, Eqbal Zack.

Trust me, I'm almost A doctor!


Baca kat atas tu. Yes, abang Eq(nama manja) ni sedang berusaha untuk menghabiskan PHD beliau. Dalam bidang apa,aku tak begitu halusi sehingga ke tahap itu. Namun yang aku tau,dalam masa terdekat ni dia akan ke Australia untuk menjalankan sedikit research disana dalam proses menyiapkan tesis beliau. Betul tak abang Eq? Hehe..

Seorang Blogger Yang Mesra Alam


Mesra alam yang aku maksudkan ialah dia sangat friendly dengan semua orang. Bahkan aku yakin,dia juga seorang yang mesra dengan alam sekitar jugak. Dengan tumbuhan dan binatang. Kata mesra alam,mesti la mesra dengan alam sejagat kan? Hehe..

Kisah Kami Mula Berkenalan


Tahun lepas, sebelum aku menduduki peperiksaan SPM,aku cuba untuk berchat dengan abang Eq, memandangkan dia seorang sifu Physic yang hebat,maka aku pun nak la tanya tips sikit. Hehe..

"Salam.."

"Wasalam.."

Maka bersembanglah kami. Mesra abang Eq ni! Aku ingat blogger femes ni dok sibuk layan peminat,update blog,balas komen blog dan facebook. Rupanya,mereka masih ada masa dengan adik-adik macam aku ni. Whoaa!(kagum)

Dr Eqbal Zack Yang Prihatin


Prihatin ataupun dalam bahasa inggeris di sebut Concern. Correct me if i'm wrong.(poyo lagi) haha.. Yes sekali lagi. Abang Eq merupakan seorang yang sangat prihatin. Banyak peristiwa yang membuatkan aku sangat tersentuh dengan keprihatinan beliau.

26 April 2012 ketika mak aku terlantar koma di Hospital, beliau telah mengambil perhatian kepada isu ni. Beliau telah update status(kalau tak silap aku) meminta supaya orang ramai mendoakan mak aku. Eleh,aku pun tolong upadate isu ni kat status FB aku,mesti ada rang cakap macam ni kan? Haha..Biar aku sambung cerita dulu.

Tidak cukup dengan update status der.. Abang Eq telefon aku! Perghh..tak sangka aku. Aku tak pernah jumpa dia pun. Tapi dia telefon aku dan mengikuti perkembangan mak aku. :')

"Salam arieff..Ni abang Eq ni.."

"Wasalam...errmmm..sape ehhh?"

"Abang Eq ni. Eqbal Zack. Kenal tak?"

"Ouuuuhhhhh..Abg Eq keeeeeeee...???!!"

Aku tak sangka dia yang call. Aku ingat Eq mana! Haha.. Kami pun bersembang dalam telefon. Dia tanya mak aku macam mana dan aku pun menjelaskan.

Ramai orang tahu tentang mak aku ni. Rakan-rakan sekolah aku ramai yang tahu. Tapi berapa ramai yang nak telefon aku? Aku bukan nak cakap korang salah sebab tak telefon aku, cuma aku sangat berbesar hati jika ada yang telefon aku. Telefon? Memang tak nampak apa sangat tapi tau tak,sebenarnya ia mampu memberi semangat kepada aku. Itu namanya Moral Support! dan abang Eq salah sorang yang telah memberi Moral Support yang hebat saat aku dalam ujian yang berat. Kau ada? Haha..

Ia tidak berakhir disitu sahaja...

Saat mak aku pergi meninggalkan dunia yang fana ini buat selama-lamanya, abang Eq juga turut ada bersama aku. Bersama memberi semangat dan moral support. Dia ada hantar message kat aku. Dan kalau tak silap dia cakap sorry lambat contact aku sebab dia sedang ada di kenyir. Betul tak abang Eq?Hehe..

Dan sekarang ni, beliau selalu komen di facebook aku. Terima kasih di atas keprihatinan anda.

Beliau seorang abang yang baik, seorang guru physic yang hebat, seorang blogger yang hebat, seorang student PHD yang gigih, beliau seorang yang sangat inspiring.

Maka dengan ini, selama aku berada dalam arena blog selama 5 tahun, aku merasakan beliau sangat layak untuk memegang title Blogger Of The Year anjuran Digi Award.

Entry ni aku tulis bukan untuk nak promote Abang Eq untuk Blogger Award ni. Aku dah lama tersentuh dengan pribadi abang Eq ni. Jadi aku nak tulis pasal dia supaya blogger-blogger lain dapat mengambil pengajaran dari kepribadian beliau. Sambil-sambil tu, aku ambil peluang untuk berkempen bagi pihak abang Eqbal Zack.

Jika anda tertarik dengan kisah aku,keperibadian abang Eqbal Zack ni, Jom tolong vote dia untuk Blogger Of The Year. Title ini layak untuk dirangkul oleh beliau. :)


Entry ini aku tidak berniat merendahkan mana-mana pihak. Jangan kata aku tidak menghargai pengorbanan mereka yang datang menziarahi aku. Mereka yang datang dari bangi,dari Kl, dari seremban, dari ipoh dan mana-mana sekalipun. Mereka juga turut mendapat penghargaan dari aku. Namun lain manusia,lain cara penghargaan kan? Jadi aku rasa untuk seorang figura dalam dunia blog ni,lebih sesuai aku angkat beliau dalam dunia blog juga. Baru adil kan? :)

Fahmi : Aku join jugak digi award ni untuk blogshop aku,tapi keadaan tak mengizinkan aku untuk berkempen. Mak aku jatuh sakit jadi aku tak sempat nak berkempen. So memang tenggelamlah blogshop aku. Haha..
Comments
4 Comments

4 comments:

  1. Assalamualaikum Fahmi,
    TERIMA KASIH tidak terhingga buatkan 1 entry panjang ini.
    Sebenarnya semua bermula daripada sahabat kita Encik Hafizz. Dia yang maklumkan kepada abg eq ttg mak arwah. abg eq tersentuh masa tu...
    Sebenarnya abg eq pegang 1 prinsip, makin berisi makin merendah diri...itu adalah lebih baik dan akan di hormati.
    Skrg ni mmg abg eq sgt2 sibuk kempen DiGi WWWOW. Insyaallah kalau kita berjaya abg eq akan kumpulkan semua voters yg byk membantu. Abg eq akan buat 1 gathering. Abg eq sponsor jamuan nnt...
    Semoga fahmi berjaya dunia & akhirat...

    ikhlas,
    Abg EqbalZack

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam abang Eq,

      Entry dari hati ni.hehe..sebab memang betul-betul tersentuh atas keprihatinan abang eq.:) Semoga berjaya dalam award ni. Ypu deserve it.Pastikan saya dijemput skali.hehe

      Delete
  2. yup, memg beliau nih bloggr yg baik, best & sporting >_< .. semua org beliau layan sama rata ...

    takziah utk keluarga fahmi, sabar mnghadapi dugaan ni ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup,friendly blogger.Hehe..Terima kasih dan doakan saya.:)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...