Tanpamu Ibu, Aku Miskin


Bismillahirrahmanirrahim..

Setelah sekian lama aku tidak update blog ini,akhirnya aku kembali. Namun aku sedikit gembira apabila blog ini sentiasa ada yang sudi berkungjung. Mungkin ada beberapa artikel di blog ini yang boleh dimanfaatkan bersama,insyaallah..

28 April 2012 merupakan tarikh yang aku tidak akan lupa buat selama-lamanya. Mungkin sebelum ini tarikh lahir ayah,ibu ataupun kakak-kakak aku kadangkalanya aku terlupa,namun tarikh ini aku yakin bahawa aku tidak akan lupa sehingga akhir hayat aku.

Pada tarikh ini,aku telah kehilangan seorang insan yang secara fitrahnya amat aku kasihi dan sudah pasti setiap insan dia atas muka bumi ini turut sama menyayangi insan ini. Insan ini ialah Ibu. Mungkin ada yang memanggil Ibu,Mama,Umi,Mummy dan sebagainya. Namun bagi aku,pada tarikh tersebut,aku telah kehilangan Mama aku buat selama-lamanya.

Ohhhh..Ini merupakan satu kehilangan yang sangat besar.

Pada minggu sebelum pemergian arwah,aku telah mengalami kemalangan jalanraya yang menyebabkan aku terpaksa menanggung kerugian yang agak tinggi. Pada aku,kejadian ini amat berat untuk ditanggung kerana pada usia sebegini,kemampuan dari segi kewangan sangat terhad. Segala duit simpanan aku terpaksa dikeluarkan untuk menampung kos baik pulih kereta. Ku sangkakan,ini merupakan satu kehilangan yang hebat.

Pada 7.30 petang hari sabtu, tanpa pernah terlintas langsung didalam fikiran dan hati,aku telah sekali lagi kehilangan. Ini bukan kehilangan yang biasa. Ini kehilangan yang Maha!

"Mereka yang sudah tidak mempunyai ibu di dunia ini merupakan orang yang sangat miskin!"

Ya,aku setuju dengan kata-kata ayah aku itu. Sangat dan teramat miskin.

Aku sudah tidak mempunyai sumber doa yang paling mustajab di dunia ini. Tiada lagi yang sanggup untuk duduk berjam-jam di atas tikar sembahyang semata-mata untuk mendoakan anaknya dipermudahkan untuk menjawab kertas peperiksaan. Tiada lagi dan tiada lagi.

Maaf,sampai sini sahaja aku mampu untuk taip pada kali ini. Ujian yang maha hebat. Aku redha. Dia pergi dengan baik. Dan aku menjadi saksi bahawa kalimah terakhir yang keluar dari mulut dia merupakan kalimah Allah. :)

Fahmi: Kemungkinan besar entry-entry yang mendatang selepas ini banyak mengenai insan hebat ini. Akan ku kongsikan kepada dunia siapakah Siti Naraubiah Bt Ahmad pada mata masyarakat. Jika aku mampu,akan ku tulis satu buku khas mengenai arwah. Saat dia sudah tiada,baru aku tahu betapa hebatnya arwah di mata masyarakat apabila mendengar cerita-cerita dari mereka yang masih hidup dan pernah hidup bersama arwah.:')

Jemput baca antara entry aku yang berkaitan dengan arwah.


Kasih Ayah Sepanjang Pagar, Kasih Ibu Sepanjang Jalan


1 Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang



Alfatihah~
Comments
15 Comments

15 comments:

  1. Tabahkan hatimu wahai sahabat, kerana sesungguhnya ALLAH itu MAHA MENGETAHUI. Tidaklah dia pergi untuk selama2nya, kerana ibumu sedang menantimu di SYURGA yang kekal nan abadi =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallahh..Dah bisikkan di telinga arwah ketika sedang nazak. "Mama,kita jumpa di sana nanti." :)

      Delete
  2. Takziah Arif. Kini, doa Arif buat arwah Mama lebih mahal dari segala2nya. Al-fatihah buat arwah. Semoga tenang dan damai rohnya bersama golongan yang beriman. InsyaALLAH. Amin.

    ReplyDelete
  3. Moga tabah dan sabar arep.. terharu ana baca.. sampai titiskan air mata.. tak tahu ape pulak nasib ana.

    ReplyDelete
  4. bt0ii...bykkn bsabaq...bykkn berd0a..jdilah ank yg soleh...yg x mghmpakan harapan dia =)

    ReplyDelete
  5. kat dunia, kita sgt perlukan doa dia, tapi di alam sana, makcik sangat perlukan doa arief, kak najah, kak shikin, kak dura, kak syahirah sebagai anak2 :) jangan pernah putus doa utk ibu bapa :)

    [hanifahjailani]

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup,yang masih hidup teruskan hidup. Menjadi insan yang berguna agar yang sudah berada ni sana cerah dengan doa yang disini.:)

      Delete
  6. Subhanallah. Tarikh yang sama kawan sekolah akak meninggal dunia jugakkkk :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tarikh yang tak akan dlupakan.:')

      Delete
  7. menitik air mata baca entry ney.tabahkan hati ;)
    banyakkan berdoa.
    insyaAllah doa anak yang soleh hadiah yg sangat berharga buat mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedekahkan alfatihah setiapkali teringat kat mama.:)

      Delete
  8. br je baca kisah bro..btul semiskin manusia di muka bumi ni adalah kita kehilangan ibu yg melahirkan kita...redhanya Allah SWT apabila redhanya Ibu kita..besar sungguh pangkat ibu di sisi Allah SWT...hope kita menjadi anak yg soleh...alfatihah buat ibu Bro...smoga Allah SWT tmpatkn ibu bro dalam golongan yg dikasihi...

    ReplyDelete
  9. saya dah kehilangan ibu....dan saya sangat terkilan dan terasa kehilangan... jd kpde sesapa yg masih ade lg ibu,hargailah dia...sayangilah die...buatlah die tersenyum..ALFATIHAH ubtuk ibu saya dan ibu bloger ni..

    ReplyDelete
  10. alfatihah utk adik. bertabahlah... abg pun kehilangan ibu pada 2 Julai yg lepas.. kanser.

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum, entri akhi buat ana memahami apa itu erti kehilangan insan yang disayangi. Akhi memang kuat berbanding ana. Akhi telah diuji, semoga akhi terus sabar.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...