Bagaimana Ingin Mulakan Bisnes Online



Bismillahirrahmanirrahim...

Semakin dekat dengan tarikh penerbangan, keberangkatan meninggalkan tanah air tercinta ini,semakin sibuk hari-hari yang mendatang. Betul-betul sibuk ataupun buat-buat sibuk? Sehinggakan blog ini sudah seminggu lebih terbiar tanpa update. Tapi hari ini,saya gagahi juga diri untuk terus menulis kerana saya sudah berjanji. Janji mesti ditepati. Jangan dicapati! Heee.. :D



"salam.... saya pun dalam perancangan untuk memulakan bisnes on9 ada tips tak yang boleh dikongsikan???"

"salam..sy sbnar ny bercita2 nk jdi seorg usahawan...tpi xtw mcm mna nk mulakan n xtw nk niaga apa..sy bminat ngn bisneson9  blh saudara bantu sy?"

"nak belajar jugak cmne nak stat bisnes online..sy minat bisnes tp xtahu nak jual pe..takde idea.."

"assalamualaikum saudara fahmi...SAYA NAK BELAJAR BISNES ONLINE di sini..harap saudara dpt membantu,,trima kasih.."


Ramai orang bertanya bagaimana ingin memulakan bisnes online. Jadi saya pun cakap,insyaallah saya akan terangkan sedikit demi sedikit. Saya akan buat satu entry khas untuk berkongsi pengalaman saya dalam bisnes online ini. Maka beranaklah entry ini! (Beranak?)

AMARAN! Infinity Downline bukan bisnes online. Itu money game. Penyangak moden mengebas duit-duit pengguna Facebook yang tidak ada ilmu tentang bisnes online lalu menyangka ID itu ialah bisnes. Kasihan! Anda beruntung kerana membaca artikel ini dan insyaallah anda tidak akan tertipu lagi. 8-)


Langkah memulakan bisnes online:

1) Cari produk yang ingin dijual

Ini ialah bahagian yang paling penting dan susah. Ramai orang yang tewas dan gagal untuk menguasai dan melepasi peringkat pertama ini dengan baik. Anda perlulah membuat sedikit kajian tentang produk yang ingin anda pasarkan. Jangan sesedap hati dan sesuka hati memilih produk untuk dijual.

Ramai orang MALAS dan ambil lewa dengan RESEARCH. Anda malas untuk membuat kajian tentang potensi produk yang anda ingin pasarkan. Pada pandangan saya jika anda merasakan produk yang anda berminat untuk jual itu tidak mampu dijual sehangat pisang goreng sedap, maka buat kajian, apa yang diperlukan oleh rakyat malaysia khasnya.

Kebiasaannya produk yang hot ialah produk yang menawarkan jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah. Anda kaji apa permasalah di kalangan rakyat Malaysia dan anda cari jalan penyelesaian untuk anda tawarkan kepada mereka. Sebab itu produk kecantikan dan kesihatan sentiasa mendapat pasaran yang luas. Kerana apa? Kerana hampir semua manusia ingin kelihatan cantik dan hidup dengan sihat. Betul tak? ^_^

Sebagai contoh:

Aisyah terlintas untuk berubah dan ingin mendekati dan mendalami Islam. Langkah pertama dia ialah ingin melazimi dan mendekati Al-Quran. Cuma dia ada satu masalah,dia sentiasa cuba ingin membaca Al-Quran setiap hari tetapi masih ada kekurangan yang dia rasai. Apa ye?

Kenapa Al-Quran pun nak cantik2? Warna warni?

Untuk meraikan fitrah mahasiswi khususnya yang sukakan warna-warni dan juga inisiatif untuk menggalakkan Mahasiswi sentiasa bersama al-quran dan membacanya. Pelangi itu Indah :)

Sebab itu Al-Quran Wanita dan Al-Quran Pelangi mendapat sambutan yang baik. Ini kerana ia meraikan fitrah wanita dan dalam masa yang sama memberikan penyelesaian atas beberapa masalah. (atas pemerhatian saya sahaja)



Kesimpulannya ialah jangan malas mengkaji. Kalau malas,jangan sembang kencang! Whoaaa!

2) Mencari pembekal

Langkah kedua ini juga sangat penting bagi menjamin kelancaran bisnes ana kelak. Silap pilih,anda binasa.(Garangnyaaa..) Sila periksa record prestasi pembekal yang ingin anda kerjasama. Jika record dia baik,maka teruskan. Jika record dia kurang meyakinkan,sila cari pembekal yang lebih dipercayai. Sekali pembekal anda membuat hal, bisnes anda boleh runtuh. Percayalah! (Pengalaman saya)

3) Sila tubuhkan kedai maya anda

Seperti saya,saya lebih ligat bermain di alam Facebook. Semua kedai-kedai (Bajet banyak je) saya semuanya saya mayakan di Facebook. Setakat ini saya masih tidak mempunyai website untuk kedai maya saya. Kenapa saya memilih Facebook kawan-kawan? Setakat pemerhatian saya dan saya pasti ramai telah menyedari perkara ini bahawa Facebook ialah medium pemasaran yang sangat BERKESAN dan MURAH!

Berapa juta rakyat Malaysia yang mempunyai Facebook setakat hari ini? Dari adik kecik sehingga nenek sudah pandai membuka akaun facebook sendiri. Jadi,bukan setakat kasut orang dewasa pun anda boleh jual,coki-coki dan lolipop pun anda mampu jual kepada pengguna cilik di Facebook! Hoho..

Kos rendah kerana anda tidak perlu membayar kepada Mark Zukerberg untuk membuat page bisnes anda. Nak buat page pun senang macam gosok gigi je. Eh, kenapa saya pilih gosok gigi? Gosok gigi kelihatan mudah namun tersimpan berjuta rahsia disebalik itu..(suspen) Jika anda silap gosok gigi,maka anda akan mnegalami kompilasi seperti plak dan gusi berdarah. Begitu juga dengan page,jika anda sila membina,anda mungkin akan menghadapi beberapa masalah pada masa akan datang.

Dah start merapu dah.....Takpe,bab page ni nanti saya akan terangkan pada entry akan datang. Stay tuned~


"Tuan Fahmi, saya ada produk tapi saya tidak tahu bagaimana ingin pasarkannya. Dalam setahun,ada la satu pelanggan yang beli produk saya. Sadissss.."


Bagaimana ingin pasarkan produk kita setelah kita mempunyai produk sendiri? Saya ingin ulas berkenaan perkara ini namun saya rasakan tidak sesuai saya ceritakan sekaligus di sini. Kenapa? Ambooiiihhhh.. Kalau saya dah cerita semua kat sini, hampa mesti takmau mai dah kat blog chek kan? Whooaaa!! :p

Fahmi: Jangan minta saya beri idea barang apa yang hot untuk dijual. Anda nak tau satu benda tak? Kalaulah saya kaya dengan idea,saya berani cakap kemungkinan besar sekarang ini saya sudah bergelar jutawan. Yela bro.. Dah jual sume produk hot,mesti la masyuk kan? Faham? Haha..

Mungkin apa yang saya kongsikan kali ini anda sudah tau. Jadi tidak menjadi kesalahan kepada saya untuk tetap kongsikannya bukan? Jika anda merasakan artikel kali ini bermanfaat dan worth something,rajin-rajinkanlah share artikel ini di facebook anda. Kenapa Facebook? Sebab Facebook HEBAT! Yeaaahhh!!

p/s: Jika ada sebarang persoalan,sila tinggalkan di ruangan komen. Insyaaallah saya akan cuba menjawabnya dengan sebaiknya pada siri artikel akan datang. Sekian :)

Hamba Allah yang hina:
Muhammad Arieffahmi
Co-Founder Khalifah Mukmin Trading


Dapatkan Kupon Bernilai RM10 secara percuma untuk membeli belah kasut di Rak Kasut (RK) di SINI


Comments
21 Comments

21 comments:

  1. guna facebook memang berkesan! dah pernah test jual jubah and barang-barang mesir, alhamdulillah memang sold out.

    ehem ehem mohon tunjuk ajar lepas niii sifu! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ps. nak buat promotion bisnes kat sini boleh tak? hahaha #kbai

      Delete
    2. Hahaha..tudiaaaa..otai sudah datang..rasa nak tutup blog ni,malu. :p tak ada hal der,aku tolong kau. kau kan senior aku. siapalah junior tanpa senior. :p

      Delete
  2. Nice entri bro, ada unsur "sorok" di situ.. cuma ana just cadangkan tajuk entri yang sesuai adalah "Bagaimana ingin mulakan bisnes dropship secara online"

    sbb bisnes online ni byk kategori, dan byk cara.. tak semestinya jual produk cam tuan buatkan..

    just pandangan hamba yang hina,
    Muaz Faris,
    Co-Founder of Rak Kasut Atas tanah (RKAT)

    ReplyDelete
  3. Yeaahhh..jangan reveal semua..kalau nak cite semua,kena face to face baru senang..hehe.. terima kasih atas cadangan tu tapi itu kena buat isi yang lain. Dropship kena terang cara lain pulak. dropship tu salah satu seni dalam bisnes online..hehe.. Yup,bukan jual produk je,kalau orang macam tuan yang hebat belaka,memang boleh offer kemahiran.ehe..

    Bukan calang-calang orang muaz faris ni. :)

    ReplyDelete
  4. Tak abis2 menipu org! Quran pun guna utk jd kaya.. padahal perangai sebenar tu mcm babi!

    ReplyDelete
  5. woi anonymous..
    menipu org kepala hotak ko,, ko pnah jumpe admin nih dpan2 ke barua?
    sesedap mulut jek nk ckp prangai mcm babi
    die jual quran tuh kira bgos lah,, jual kalam Allah,, yg ko nk kondem pehal?
    ko mesti geng2 MLM ataupon skor A kan? x dpt downline? puiih g mmpos ah MLM dok kencing anak melayu sendiri,, kesian
    go promote your own MLM shit to other blog le
    TQ

    ReplyDelete
  6. ADE ORANG NAK KENA SAMBAR PETIR AGAKNYA.. HIK3 GOOD JOB ADMIN :) SHARE LAGI !

    NAK PROMOTE KEDAI, HEWHEW

    http://www.facebook.com/TudungBawalManique

    http://www.facebook.com/TheFarahShop?ref=stream

    ReplyDelete
  7. omg ada pergaduhan la kt sni adoi so sad kkkkk oh me pn nk uat bisnes on9 gak , cmne nk cari pembekal erk ?

    ReplyDelete
  8. good..good..good info.. MLM.. memang tipu org... saya dh penah kena.. skg..duk bayar pjman jer... baik niaga on9 lg bagus..

    ReplyDelete
  9. tipu pun tipu,la...!klau korang komen di blog orang tu,jngn la guna bahsa rempit...sbnrnga sya mnyampah dengr bhsa itu...!

    ReplyDelete
  10. Ya Allah, bersihkan hati hamba-hambaMu yang sudah berdaki;menyumpah-nyumpah orang lain.Moga mereka diberi hidayah. Mg Sama-sama kita berjaya dunia akhirat.

    ReplyDelete
  11. Sabar ya admin.. Biasa la dalam alam maya nieh macam-macam orang ada..Kutuk sana sini.. Apa-apa pon sy suka post entry ni..=)

    ReplyDelete
  12. To Anonymous22 September 2012 03:47,
    Ko ni mulut memang xda insuran. Cuba cek diri muhasabah balik diri tu. Kalau ko kenal admin, ko pasti xkan cakap mcm tu. Nampak sgt ko xkenal admin. Bertaubatla sebelum terlambat. Last nasihat, jaga kata2 anda!!...

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuhhh..ni sapa ni? kenal saya ke?haha

      Delete
  13. salam,
    mcm mne ye???saya dh buat blog n facebook utk saya mulakan bisness sata...tp stakat ni still x dpt customer lg....

    ReplyDelete
  14. Salam..saya ingin btya mcm na kita nk jual barang makanan online

    ReplyDelete
  15. Salam..saya ingin btya mcm na kita nk jual barang makanan online

    ReplyDelete
  16. Salam..... Saya bersetuju apa jua jenis perniagaan online yang kita hendak lakukan adalah bagus, tetapi ramai juga yang gagal hanya kerana tidak tahu apa yang hendak di jual atau mengambil produk daripada pembekal tempatan, oleh itu saya ingin memberitahu bahawa kita boleh mendapatkan produk daripada China tanpa pergi ke china walaupun kita membeli dengan kuantiti yang sedikit kita masih boleh mendapat dengan Harga borong sama macam kita pergi ke sana.. Bagi mereka yang hendak mengetahui nya lebih lanjut Lagi. Ikutilah seminar saya.. Sila email saya di mattsiratt@gmail.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...