Perkongsian Temuduga Mara program ijazah luar negara (PILN) 2012

Assalamualaikum.. Mari kita berkongsi tentang temuduga Mara program ijazah luar negara(PILN) 2012 pulak kali ni. Pagi tadi aku telah menghadiritemuduga Mara. Jadi mungkin aku boleh kongsikan sedikit tips temuduga Mara PILN 2012 di sini.

Jangan hampa jika entry ini tidak memenuhi kehendak pembaca. Aku cuba beri yang terbaik. Temuduga Mara sudah tidak menggunakan konsep temuduga sorang-sorang. Korang dah tak akan ditanya soalan "why do you want to be a doctor" atau yang sewaktu dengannya.

Macam aku tadi, dorang buat group discussion. Jap, untuk pengetahuan ,aku dipanggil temuduga untuk kursus perubatan Jordan. Ok sambung.. Temuduga Mara Program Ijazah Luar Negara 2012 bermula... Kami mendaftarkan diri di meja urusetia. Kami menunggu di luar bilik temuduga.

Group Discussion style


Satu kumpulan 8 orang. Semua dijemput masuk kebilik temuduga dan kami diminta duduk di meja yang disediakan. Meja disusun ala-ala satu mesyuarat akan diadakan. Kami diberi satu situasi untuk dibincangkan dan diperdebatkan antara kami. Maka bermulalah perbincangan antara "doktor-doktor to be". cewahhhh..hehe..

Aku boleh je nak kongsikan situasi yang telah diberikan kepada kami pagi tadi. Aku tak kesah. Sharing is caring kan? Tapi aku kesah bila ada yang kesah dengan ketidakkesahan aku ini. Faham? haha..aku takut ada yang rasa tidak puas hati.mereka merasa tidak adil apabila mereka yang akan dipanggil temuduga untuk hari kedua telah mendapat soalan bocor.tak adil kan?

Contoh Soalan - Kiasan


Aku boleh bagi contoh yang aku reka sendiri je. "anda diberi duit sebanyak satu billion ringgit. Negara anda sedang mengalami krisis ekonomi. Hanya dengan duit anda sahaja negara ini dapat diselamatkan. Bagaimana anda ingin menggunakan duit anda dengan sebaiknya untuk menyelamatkan negara anda?"

Bagi la sebab untuk setiap perancangan anda itu. Apa macam? Dapat? Hehe..

Tips Temuduga MARA 2012


Meh aku share tips untuk temuduga mara 2012 ni.

1) anda mesti lancar untuk bertutur dalam bahasa inggeris.wajib!

2) anda mesti mempunyai minda yang kritikal dan analitikal. Sebab nanti situasi perbincangan boleh jadi seperti perdebatan. Anda perlu kehadapankan idea anda dan pertahankan.

3) tenang dan ceria. Jangan tunjuk rasa gemuruh anda. Ia akan menyekat idea anda untuk keluar. Nanti blur dan blank.huhu..

4) doa dan selawat banyak2.

Sampai sini je kot. Aku dah tak larat taip.sila sebarkan jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat.:)  

Yang terbaik untuk ku

Fahmi : "mama doa yang terbaik. jika zakat terbaik, dapat zakat. jika mara terbaik, dapat mara. Jika dalam negara lebih baik, maka zakat dan mara tak dapat. Kita terima yang terbaik. Kita doa yang terbaik. Insyaallah Allah bagi yang terbaik" doakan yang terbaik untuk aku. :) ~
Comments
10 Comments

10 comments:

  1. anon: pen dan kertas boleh je bawa.tapi dorang ada sediakan kertas kosong.kita hanya bawa alat tulis.:)

    ReplyDelete
  2. nk jd doc ye dik?hehe..alhamdulillah..smoga berjaya..mana2 tmpt pun bleh studi aslkan niat tu btul..all the best! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah nak jadi doctor! Hehe..doakan saya berjaya dunia akhirat.saya nak jadi doktor fizikal dan hati.insyaallah.:D

      Delete
  3. salam..tmpang tnya.lpas dah habis yg group..depa x tnya yg ntok sorang2 plak ka? klo ada..please la share..hehe as u said.. sharing is caring woo~~^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas discussion dorang ada tanya soalan berkenaan discussion tu gak la.macam " whats your contribution in this discussion" kena jawab on the spot la.hehe..tapinsatu soalan je la.senang je.^^

      Delete
    2. adeyh..soklan yg pesyen kna jwab on de spot nie yg bt hypertension nieh--" btw thx for sharing.. debaran smaking trasa--"

      Delete
    3. Hehe..dorang tak main soalan yang boleh hafal teks dah sebab semua orang mampu hafal teks.hehe..Btw,bila interview?:)

      Delete
  4. Amin. Moga Fahmi dapat yang terbaik untuk Fahmi. Sesungguhnya Dia yang maha mengetahui segala yang di langit dan di bumi. Jadi, Dia jugalah yang tahu apa yang terbaik untuk makhluknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah..doakan yang terbaik.:)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...