Bismillahirrahmanirrahim…
Dulu aku menulis blog untuk mengejar traffic. Ya,aku dah
cerita banyak kali mengenai perkara ini. Aku mengejar traffic kerana duit.
Walaupun duit yang aku dapat namun kepuasan itu tidak pernah ada. Maka kini
blog tidak lagi menjadi focus sumber kewangan aku. Aku bina platform lain
dimana kepuasan duit itu lebih kebaboomm! Kini aku alihkan blog aku kepada
mengejar kepuasan. Kepuasan dalam memberi. Semoga setiap susun kata aku dapat
memberi sesuatu kepada pembaca.
Traffic blog aku yang seminggu sekali bahkan dua minggu
sekali update sangat tidak mengujakan. Barangkali sehari 200-300 pageviews
sahaja. Namun aku tau para pembaca yang datang bukan untuk mencari bahan-bahan
bacaan yang sensasi dan melalaikan. Mereka hadir untuk mencari sesuatu dan
insyaallah mereka mendapat sesuatu yang bermanfaat. Aku puas!
Ok,panjang sangat muqaddimah kali ini. Ayuh kita mula
berbicara tentang kehidupan.
Hidup ini satu perjalanan yang sangat misteri. Kita tidak
tau apa yang kita akan temui dihadapan. Apa yang kita rancang kadang-kadang
jalan seperti yang kita mahu. Ada yang kita tak rancang pun tapi terjadi. Kita
ini hidup dalam percaturan Tuhan. Kita merancang, Allah pun merancang dan Allah
sebaik perancang.
Aku pernah rancang dengan kawan-kawan aku untuk pergi
berfoya-foya (baca: berukhwah) di sunway pyramid. Ok, darah muda ni memang
gila-gila sikit. Jadi kami bergerak dengan dua buah kereta dan lumba siapa akan
sampai dulu. Bawa kereta tak ingat dunia. Nak dijadikan cerita, tengah2 aku
buat drift(over) kat satu fly over ni, tayar meletup! Gelabah aku.Haha..
Akhirnya geng kereta aku sampai hampir 30 minit lambat.
Itu kisah pertama. Ini kisah kedua.
Setelah berbulan aku kerja dan kumpul duit maka sampailah
satu masa aku ingin memenuhi kehendak nafsu aku ini. Jap, bukan sahaja kehendak
tetapi keperluan juga. (aku sangat teliti dalam menilai kehendak dan keperluan
diri) Maka satu hari ni aku pergi la beli iPad 2. Kunun-kununnya untuk
memudahkan aku nak study medic nanti. Boleh baca ebook dalam train.Wahaha.. Ok,
perjalanan pulang dari membeli gadget idaman itu, aku eksiden! Alhamdulillah
tidak apa yang melayang kecuali duit. Banyak wo duit habis! Dalam sehari sahaja
RM3k++ duit aku melayang. Fuhhhh~
Nampak tak bagaimana banyak perkara yang berlaku diluar
jangkaan kita. Kita sangka cuaca cantik sepanjang hari rupanya petang tu banjir
datang. Tengah eksited dan seronok tiba-tiba kedebuk datang musibah!
Persoalannya, bagaimana kita mengendali situasi diluar jangkaan itu? Allah
sedang membentuk kita so terpulang kepada kita ingin menerima tarbiah itu
bagaimana. Rugi jika pelaburan pelaburan seperti ini tidak menghasilkan produk
yang lebih baik. Serius.
Dan biasanya peristiwa-peristiwa yang dramatic ini berlaku
apabila kita berada di puncak. Sebab itu ia dramatic dan menarik!!
Aku tak puas lagi sambut berita gembira tentang keputusan
SPM aku yang Alhamdulillah memuaskan hati aku dan semua orang sekeliling aku.
Ayah aku punya la bangga dapat anak yang bijaksana macam aku(perasan jap), mak
aku punyalah seronok tengok anak dia yang hensem ini Berjaya (perasan lagi) tup
tup mak aku meninggal! Huwaaarrggghhhh.. Kalau aku tengok movie jalan cerita
macam ni pun aku frust menonggeng walaupun bukan reality. Apatah lagi berlaku
kat aku sendiri. Memang tergamam sentap la der!
Mak aku pergi saat keluarga aku sedang berada di puncak.
2012 ialah tahun yang membanggakan bagi ayah aku dimana 4 orang adik beradik
aku sedang buat PHD serentak. Aku dapat result SPM yang baik. Aku nak sambung
belajar diluar Negara. Keluar seorang lagi ahli keluarga baru. Tahun yang
gembira kan? Tapi, perancangan Allah itu lebih baik maka bertukarlah 2012 ini
kepada tahun yang paling sedih dan sayu. Hailaaa…
Tidak pernah terlintas difikiran aku yang mak aku akan pergi
seawal ini. Tapi pernah juga la aku fikir yang aku PERLU kahwin awal supaya mak
ayah aku sempat tengok isteri aku yang macho dan anak-anak aku yang kacak. Ok,
over gila! HAHA
Persoalannya sekali lagi, bagaimana kita menghadapi situasi
ini?
Dulu masa kecil-kecil aku tengok cerita cindarella yang ada
mak tiri jahat. Aku tengok bawang putih bawang merah. Aku tengok dan baca
macam-macam cerita yang berkaitan dengan mak tiri. Kadang-kadang pelik juga,
asal mak tiri mesti jahat kan. Asal tiri-tiri ni jahat. Ada tertulis dalam
dasar perlembagaan persatuan tiri-tiri ni yang memaksa tiri-tiri ini menjadi
jahat ke? Whoaaa!!
Tapi ramai yang tak sedar bahawa Saidatina Fatimah mempunyai
ramai mak tiri dan tidak ada seorang pun yang jahat. Mitos busted!
Oh ya, tidak pernah terlintas juga dalam neuron-neuron
kepala otak aku ini bahawa suatu hari nanti aku akan ada mak tiri. Sumpah
cerita mak tiri sangat ekstrim untuk main lintas-lintas di fikiran aku sebelum
ini! Tapi kini ia bukan lagi lintasan. Ia adalah satu reality yang berlari-lari
anak diminda aku.
Sekali lagi, bagaimana kita menyambut sentuhan kasih sayang
dari Sang Kekasih ini dan menghargai peluang tarbiah ini?
“Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan,
kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar
berita kepada orang-orang yang sabar. Yaitu orang-orang yang apabila ditimpa
musibah, mereka berkata “ Innalillahiwainnailaihirajiun”. Mereka itulah yang
memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang
mendapat petunjuk”
Note: Mulut mengucapkan “Innalillahiwainnailaihirajiun” tapi
tak ramai yang benar-benar beriman dan beramal dengan ayat ini.
Jalan raya kehidupan ini penuh dengan misteri. Bahkan lebih
misteri dari lebuh raya karak. Hoyeaahh!
Mungkin ada yang memilih untuk memendam kisah hidup
masing-masing. lagi-lagi yang kununnya tragis sebegini. Malu untuk didedahkan
kepada dunia. Tapi mata dan hati aku memandang tidak seperti ini. Aku ingin
hadapi kisah ini dengan penuh bahagia dan saksama. Dan aku ingin kongsikan kisah
yang kununnya tragis dan dramatic ini kepada semua. Kisah ini akan terus
menggapai siapa yang termampu.
Saya yakin mama tidak malu melihat anak kesayangannya ini
mendedahkan cerita seperti ini kepada umum. Bahkan dia akan berasa teramat
super duper bangga melihat bagaimana anaknya mengurus situasi hidupnya. Dia
akan terharu melihat aku tabah dan kental mengharungi semua ini.
Dia akan cakap:
“Wahai anakku, tidak
ada sebab untuk kau terus menerus meratapi pemergianku ini sehingga
membantutkan perjuanganmu. Jadikan kisah kita ini sebagai batu loncatan untuk
kau pergi lebih jauh dengan penuh yakin dan kuat. Aku tidak suka melihat kau
bersedih dengan pemergianku ini. Kerana aku tidak akan mendapat apa-apa dari
kesedihanmu itu. Aku lebih suka melihat kau terus melangkah menjadi seorang
yang berguna kerana engkaulah asset aku saat ini. Pergilah sayang, teruskan
hidup dan perjuangan dengan azam dan tekad yang baru. Aku sentiasa disini,
menunggu untuk kita sama-sama melangkah ke syurga kelak”
Ini imaginasi aku semata-mata tetapi aku yakin itulah apa
yang terbaik dan apa yang diingini.
Doakan saya dan keluarga saya terus tabah dalam hidup ini.
Ayuh maju kehadapan. Yoshhh!!