Pandangan Tun Mahathir Mohamad mengenai Hukum Hudud


Rakyat Malaysia digemparkan dengan kenyataan dan ulasan Tun Mahathir tentang Hukum Hudud. Ulasan Tun Dr.Mahathir ketika diajukan soalan mengenai perlaksanaan HUDUD dalam Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme (K2P) di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 26 Februari 2012
Di dalam Al-Quran tiada kalimah 'Aqidah', tetapi itu tidak bermakna tiada Aqidah dalam Islam; kata Dr. yusuf Qaradhawi (Ad-Din wa Siayasah).

Dalam Al-Quran juga tiada kalimah 'Negara Islam'. Adapun kalimah 'Hudud', ia disebut sebanyak 14 kali pada 9 ayat.
 Fahmi: Tak sangka pandangan Tun Mahathir  tentang hudud sebegini. Aku salute Tun dalam banyak perkara. Hebat! Genius! Tapi dalam hal agama ni nampak kurang cerdik sikit.(bahasa habis sopan)Hehe.. Jangan jadi bodo dalam agama sebab nanti kau akan jadi orang yang memang bodo di dunia dan akhirat.Whoaaa!

Sedih : Avenged Sevenfold


Fahmi: Siapa nak tiket free pergi Avenged Sevenfold Live in Malaysia pada 29 April ni? Aku nak belanja ni!

Timah: Saya nakk..(Tutup muka,malu sebab orang pertama komen dan merupakan seorang perempuan)

Kalsum: Bro,gua nak weh. bagi gua..

Karim: Woi,bagi aku der. Tu band pujaan aku tu.(melutut)

Iman: Nakkkkkkkkkkkkk...(Terlompat-lompat meminta perhatian)

Maka berlakulah adegan tumbuk menumbuk, tarik menarik rambut sesama mereka. Aku nak tiket tu, kau takleh ambil. Kena bagi aku jugak! Aaahhhh..Sapa cepat dia dapat! Dusshhh..Rasa penumbuk aku ni. Berani kau nak rampas tiket tu dari aku!

Lantas dia melutut sambil muka mendongak ke langit. Perlahan-lahan dia mengangkat kedua belah tapak tangan dan berdoa..

Ya Allah..Aku ingin sangat pergi ke Konsert Avenged Sevenfold di Malaysia ni. Kau murahkanlah rezeki aku. Ameen..


Fahmi: Siapa nak aku sponsor dia pergi Kem Mawaddah wa Rahmah ni? Aku nak belanja. Harga tiket untuk sorang RM150 tau,bukan murah. Meh,Free of charge! lagi mahal dari tiket nak g jumpa M. Shadow Avenged Sevenfold 29 april ni. Haha..

Dengan semangatnya aku bersuara. Serius ni! Siapa nak pergi? Cepat-cepat...

Shuuuuuuuuu~~~

Cepat.Aku nak sponsor korang pergi program baik macam ni. Siapa nak?

Shuuuuuuuuu~~~   Shuuuuuuuu~

Okbai.

Sekadar renungan bersama.

p/s: Akan berlangsung satu contest yang setakat ini sponsor hadiah sudah melebihi RM500++. Contest apa? Hadiah apa? Siapa penganjur? Itu kita saksikan nanti!

Mentaliti Masyarakat "Islam"?


Sempena hari yang kononnya hari kekasih,aku nak buat satu entry ringkas. Pasal Kahwin awal? Yaa..bukan kahwin awal tetapi KAHWIN dan juga Couple. Aku tak berminat nak berbincang pasal apa hukum menyambut valentines day sebab semua orang dah tau haram. aku nak berkongsi pasal mentaliti masyarakat yang kononnya Islam.Hehe..

Seperti aku pernah tulis di entry INI,couple lebih mendapat sambutan hangat..

(malas dah nak menulis) 

lets the pictures do the talking.....Haha!

Kononnya Islam..Lets be like a real muslim! Muslim in every aspect. Pesanan ringkas dari penaja. :D

Pemimpin Syirik,Rakyat Syirik: Anda Bijak Jauhi Syirik


Apabila kuasa menjadi tuhan.

Pada 7 Februari 2012 lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.

Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.

“Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah." -Harussani-



Hanya Islam yang diterima Allah...


Ini ialah rentetan dari kisah dari entry INI. Aku melihat masih ramai lagi dikalangan masyarakat Islam Malaysia yang tidak mendapat pendidikan dan kefahaman Islam yang sepatutnya. Aku tidak pelik kerana pemimpin kita juga jahil dalam bab agama. Jadi,tidak mustahil dan bukan satu perkara yang mengejutkan la bila rakyat juga jahil sama.Kan?


Anda Bijak, Jauhi Syirik


Fahmi: Jangan buat orang pandang kita ni bodoh..

Bahaya Facebook: Tilik Nasib


Siapa yang pernah nampak gambar di atas? Aku yakin dan pasti ada antara pembaca blog ini yang pernah terserempak dengan gambar ni kat FB.

"Yeeaaayyy..Aku kahwin tahun depan la,jemput2 datang makan nasi minyak ye.:p"

Update status macam tu,sambil ada gambar kat atas. Pernah jumpa kan?

Sedar atau tidak sedar perbuatan kita menggunakan App yang ada kat FB tu selangkah membawa kita ke nereka. Mungkin bukan selangkah,terus masuk neraka pun boleh. Kerana sebenarnya kita sedang menilik nasib ketika bermain dengan App itu.

Hanya suka-suka?

"Ahmad,jom kita pergi jalan-jalan dan lompat-lompak kat atas tembok neraka tu nak?"


"Uissshhh..Bahaya weh! Kang  terjatuh masuk neraka macam mana?"


"Ehhh..Mana ada la.Kita main-main je.bukan nak masuk dalam neraka tu pun."

Maka Ahmad dan Karim pun pergi bermain di atas tembok neraka. Malangnya Ahmad telah terjatuh kedalam neraka. Cuma pada hari tu Karim terselamat,dia tak terjatuh kedalam neraka.Mungkin kerana dia baca entry ni kot?Haha..

Mula-mula hanya suka-suka. Sekali kau terpercaya hanya dalam lintasan hati,maka celaka!

Hukum menilik nasib.

Setahu aku,hukumnya haram dan berdosa BESAR! Ini adalah perbuatan syirik. Nak dalil?


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَيۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَـٰمُ رِجۡسٌ۬ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ (٩٠)



Wahai orang-orang yang beriman!Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (90)


Kalau nak tau lanjut,hukum dan syarahnya korang boleh menggunakan perkhidmatan Google search. Tak tau apa tu? Tekan SINI dan taip Hukum tilik nasib. Maka banyak jawapan dan rahsia alam kau boleh jumpa.Haha..

Syarah aku.

Kita sebenarnya kita sedang terdedah kepada bahaya yang sangat besar. Salah percaturan sikit,binasalah kita. Kita tak sedar ada App dalam FB yang sangat merbahaya. Ini bukan bahaya sebarangan ye. Ini bahaya kepada aqidah kita. Sekali kau main App tu,kau share kat FB dan beribu yang lain turut sertai kau dan semua yang bermain itu mempercayai,maka beramai-ramailah engkau berparti dalam neraka.Whoaa!

Setakat ilmu yang aku ada dan kefahaman yang aku miliki dengan secebis rahmat dari Tuhan,aku berpendapat bahawa App ini merupakan satu bentuk tilik nasib. Dan tilik nasib itu hukumnya haram! Bila dah haram kompem-kompem kau masuk neraka.Kan kan? Haha..

Bro...Jodoh,Ajal,Rezeki tu Allah jela tau.Takkan la FB boleh tau kot? Apa la ke Bangang Pandai sangat kau?

Sila share kepada sekalian alam.Anda Bijak,Jauhi Syirik.(kempen baru)

Fahmi: Aku rasa penulisan aku dah semakin ringkas. Haha..kalau apa yang aku tulis ni salah tolong perbetulkan tau. Aku sekadar nak kongsi je. Aku tak ada PHD usul fiqh lagi so takut tersalah letak hukum.hehe

Artis Dan Hijab

Selamat Malam semua...

Malam ni aku nak berbicara pasal hijab. Kebetulan sekarang ni tengah hangat isu pasal hijab ni. Ehhh..bukan kebetulan,aku nak tulis pasal hijab ni sebab aku tengok isu ni tengah hangat sekarang. Aku harap artikel kali ini mendapat respon dari pembaca dan dapat dikongsikan kepada semua orang.Ana Raffali nak baca pun bagus jugak.Hehe..

"Kau tak sedar ke suara kau tu aurat.Pakai tudung je lebih."


"Kau tak payah nak tegur dia sangat la.Tudung,aurat,apa la segala bagai.Itu antara dia dan Allah. Tah-tah kau pun tak jaga aurat.Btw,suara dia sedap.Kippidup.:)"


"Wahai wanita,jagalah auratmu..."


"Bodoh,suara kau tu aurat bangang.Baik tak payah pakai tudung..."

Aku perasan dan aku yakin korang pun perasan bahawa komen-komen jeni macam kat atas ni selalu muncul bila ada gadis bertudung post video kat youtube ataupun mana-mana media pun.Kan kan kan?

Akan ada satu pihak yang menghentam habis-habisan gadis tersebut.Ada juga pihak yang mempertahankan bakat semula jadi gadis tersebut. Dan ada juga pihak yang bajet natural.

Ini pula pendapat aku..

"Tak payah nak pelik la kalau perempuan bertudung nak menyanyi,record video letak kat youtube ke apa.Bagi aku tudung tu hanya warisan sahaja.Atau adat mahupun trend.Dari kecil ibu atau ayah suruh pakai tudung dan suruhan itu melekat pada diri hanya sebagai kebiasaan.Hakikatnya,Islam itu,hakikat syariat penutupan aurat itu tidak pernah hidup dan meresap dalam kehidupan dia.Maka lahirlah artis perempuan bertudung."  


Dipetik dari SINI


Ini kes wanita,gadis,perempuan yang nak popular. Kisah gadis bertudung yang nak jadi artis.:)


Kalau kes artis yang yang tidak bertudung dan Alhamdulillah Allah bagi hidayah dan taufiq maka dia pun pakai tudung,itu lain cerita pulak. Sekarang ni tengah heboh Ana Raffali sudah pakai tudung.Aku ucapkan tahniah kepada Ana raffali.Alhamdulillah..:)






Kalau boleh,dah pakai tudung tu,sempurnakanlah sahutan anda kepada pensyariatan menjaga aurat itu.Suara itu kalau dah buat mendayu-dayu,lenggok sana lenggok sini maka aurat tau.Laki dengar pun boleh teransang tau.Haha..


Jadi macam Noorkumalasari, dia nak berubah. Terus cuci tangan dari dunia hiburan sebab dia tau itu sumber pendapatan dia yang haram. Hidup dia tak diberkati. Terus tinggal dunia hiburan. Jangan dah berubah kononnya tapi masih menyanyi.Maaf Datuk Syarifah Aini. :)





Kepada Artis yang sudah bertudung,Ingin bertudung,Nak buka tudung balik setelah bertudung,Bahkan kepada semua gadis-gadis bertudung diluar sana.Maaf,semua perempuan termasuk janda mahu pun dara.Haha..aku ingin cadangkan video ini kepada anda.Simple.aku baru tengok video ini...




Kalau Heliza ,Yuna,Ana Raffali ,Najwa Latif dan yang terbaru sekarang Tasha Manshahar tengok video ni best jugak. Sekadar perkongsian. Peace...




Entry kali ini berpijak kepada dua hal. Pertama perihal perempuan bertudung menyanyi dan kedua perihal Hijab dan Fashion. Selamat berfikir dan beramal.:)


Fahmi: Ini hanya pendapat peribadi aku yang aku ingin kongsikan bersama. Jangan pulak peminat Heliza,Ana Raffali dan lain-lain datang serang aku ye.Ini lintasan hati sahaja.:)

Kahwin Vs Couple : Mana Lagi Hot?





Ini entry ringkas sahaja. Sebagai renungan bersama.




Teringat lagi masa aku dekat sekolah dulu , quote yang sangat favourite untuk orang yang nak RAMPAS awek/pakwe orang :-

"Sedangkan yang dah kahwin pon boleh cerai , apetah lagi yang kapel"





Anda berjaya mendapat 400++ like. Tahniah!




bila tengok status mereka yang baru bergelar pengantin baru,aku dapat simpulkan satu perkara:

"Kahwin tidak menjanjikan kesenangan,insyaallah akan menjanjikan ketenangan." :)



Anda berjaya mendapat 10 like. Tahniah?




Yang tak faham apa aku merapu ni meh sini aku terang betul-betul.


Kebelakangan ni aku rasa aku ni kuat mengupdate status FB yang agak berbaur kegatalan kemaluan. Maksudnya aku rasa macam status aku semua pasal kahwin. Adakah kerana aku semakin hampir ke gerbang perkahwinan sehingga aku merasa sedemikian? Harapnya begitu.


Namun itu bukan isu yang aku nak ketengahkan. Aku rasa menyampah dengan diri sendiri. "Bapak geli la kau ni.Upadate pasal kahwin je. Rumah tangga. Parenting dan segala bagai" aku cemuh diri sendiri. Bila aku fikir balik,ada sebab tiba-tiba menyampah tu datang kat diri sendiri.


Segalanya bermula bila aku menyampah tengok orang dok update status pasal perempuan. 


Fakta:-


Perempuan mempunyai dua kaki.


Yang update ni masalahnya lelaki. Dan bagi aku yang update spesies macam ni rasa dia hot kot? Sebab dia simpan ramai perempuan(dalam friendlist dia) sebab tu dia nak update macam tu kot. Ni pandangan aku la. Kalau pasal perempuan tak apa lagi,kalau pasal percintaan. 


Aku nak bagi contoh tapi aku tak reti. So contohnya macam yang awal-awal aku bagi kat atas tu. Haha..


Lagi aku bengang bila status yang couple-couple ni mendapat sambutan hangat. Beratus orang like. Tapi status pasal perkahwinan,benda yang halal. Shuuu~ Kena ugut letak pisau kat leher pun belum pasti orang nak like. 


Kesian aku.Hahaha..Ok,aku bukan nak perhatian suruh orang like status aku. Aku bukan jeles sebab status orang mendapat sambutan hangat. Aku cuba risau akan pemikiran dan keghairahan masyarakat kepada sesuatu perkara tu.


Lebih baik bercakap pasal kahwin dari kapel kan?


Lebih baik cakap pasal parenting dari percintaan yang tak pasti tu kan?


Lebih baik cakap pasal benda halal dari benda haram kan?


Halal atau haram yang masyarakat hari ini lebih cenderung? Kita nilai sendiri. :)

Mitos Sup Ketam


"Sup ketam..Sup ketam..Sup ketam..."

Arghhhh...Aku terjaga dari mimpi ngeri. Sangat ngeri. Ada makhluk kejar aku sambil suruh aku makan sup ketam. Errkk..Sup ketam? Korang pernah makan sup ketam tak? Aku dengar je sup ketam aku dah tak selera. Buat la ketam goreng ke ketam masak lemak ke ada la selera jugak kan? Haha..

Kisahnya baru-baru ni aku masuk hospital. Ada la dalam 3 hari aku kena tahan. Ni kes Denggi punya pasal. Maka bermulalah pengembaraan sup ketam ini...

Dari hari ke 3 aku demam aku dah mula kena sogok dengan mitos sup ketam ni. "makanlah sup ketam! Demi kesejahteraan anda.." Kena paksa makan yang tak boleh blah tu. Haha..Aku tak rela makan sebab memang sangat tidak menyelerakan. Aku pun bertekad nak tanya doctor,apa kes sup ketam ni.Huhu..

"Doc,asal saya sakit ni semua orang dok pakat suruh saya makan sup ketam?"


"Tah laaa..saya tak pernah dengar pulak ketam tu boleh jadi ubat. Apa kaitan ketam dengan denggi? Haha.."


"Hahaha..tak kaitan kan doc kan? Ni semua mitos belaka kan?"


"Betul-betul,itu semua mitos.."


"Kita kena telefon mythbuster ni doc,mintak dorang buat eksperimen mitos ni."


"Yelaaa..." (Dr malas layan aku dah.Haha)

Setelah berapa hari aku tak bukak internet aku pun check FB aku. Tengah tengok komen-komen...

"Semoga cepat sembuh"
"Rehat banyak-banyak"
"bersabarlah atas ujian.."
"makan sup ketam ye.."
"Minum air banyak."
"Banyakkan doa.."

Errkkk...Ada jugak "Makan sup ketam ye.."? What theee..Hahaha..

Semalam aku pergi pejabat kesihatan Bangi nak check darah. Tengah-tengah tunggu giliran tu...

"Adik sakit apa?"


"Saya baru baik denggi makcik.."


"Ouhhh..Makan sup ketam ye?"


"Errr...ok makcik."

Sup ketam lagi? Ahahaha..Aku gelak je.

Tapi oleh kerana ibu tercinta aku yang suruh aku makan sup ketam tu,maka dengan penuh rela hati aku pun makan. Bukan sebab apa,hanya kerana ibu yang suruh. Keberkatan itu yang aku harapkan. Keberkatan tu sesuatu perkara baik yang membawa kepada kebaikan kan? Jadi aku harap kebaikan tu ialah kesihatan. :)

Ada apa dengan sup ketam? Katakanlah...

Im Back!



"Fahmi,kau tak blogging dah ke?"

"Tah laaa..aku dah rasa macam hilang semangat nak blogging..."

"Laaarrhhh..kenapa pulak? Blogging la.Aku suka baca penulisan best kau."(dia sedang menipu)

"Errkkk...Aku bukan apa,dulu aku blogging dapat berjuta-juta rnggit,kalah Redmummy tu cuma aku tak kecoh je. Tapi kebelakangan ni merundum pendapatan aku.Tu yang aku malas nak blogging dah. Ala-ala putus asa la ni.huu.."

"Patut aku tengok kat blog kau dah tak ada iklan kan? Takpe,kau bloging ikhlas je sekarang ni.lupakan juta-juta kau tu.."

"Haha..okayy.."

Telah berlaku dialog diatas ini. Betul ke telah berlaku ni? Haha..

Hari ini aku telah kembali. Aku buat keputusan untuk aktif semula dalam dunia blog ini. Mungkin siapa yang kenal aku dulu, aku memang sangat aktif menulis. Tetapi kebelakangan ni aku dah kurang menulis. Kenapa ye?

Aku menulis kerana wang?

Tipulah taknak duit kan? Memang sebab wang juga. Tetapi aku takut wang itu dari hasil yang tidak elok. Aku selalu terfikir,iklan yang dok tayang-tayang aurat perempuan yang terpampang kat blog kita tu,halal ke hasil kita dapat dari situ? Macam mana aku nak dapat duit yang bersih niiii?!

Selamat berblogging kepada semua! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...