Mitos Sup Ketam


"Sup ketam..Sup ketam..Sup ketam..."

Arghhhh...Aku terjaga dari mimpi ngeri. Sangat ngeri. Ada makhluk kejar aku sambil suruh aku makan sup ketam. Errkk..Sup ketam? Korang pernah makan sup ketam tak? Aku dengar je sup ketam aku dah tak selera. Buat la ketam goreng ke ketam masak lemak ke ada la selera jugak kan? Haha..

Kisahnya baru-baru ni aku masuk hospital. Ada la dalam 3 hari aku kena tahan. Ni kes Denggi punya pasal. Maka bermulalah pengembaraan sup ketam ini...

Dari hari ke 3 aku demam aku dah mula kena sogok dengan mitos sup ketam ni. "makanlah sup ketam! Demi kesejahteraan anda.." Kena paksa makan yang tak boleh blah tu. Haha..Aku tak rela makan sebab memang sangat tidak menyelerakan. Aku pun bertekad nak tanya doctor,apa kes sup ketam ni.Huhu..

"Doc,asal saya sakit ni semua orang dok pakat suruh saya makan sup ketam?"


"Tah laaa..saya tak pernah dengar pulak ketam tu boleh jadi ubat. Apa kaitan ketam dengan denggi? Haha.."


"Hahaha..tak kaitan kan doc kan? Ni semua mitos belaka kan?"


"Betul-betul,itu semua mitos.."


"Kita kena telefon mythbuster ni doc,mintak dorang buat eksperimen mitos ni."


"Yelaaa..." (Dr malas layan aku dah.Haha)

Setelah berapa hari aku tak bukak internet aku pun check FB aku. Tengah tengok komen-komen...

"Semoga cepat sembuh"
"Rehat banyak-banyak"
"bersabarlah atas ujian.."
"makan sup ketam ye.."
"Minum air banyak."
"Banyakkan doa.."

Errkkk...Ada jugak "Makan sup ketam ye.."? What theee..Hahaha..

Semalam aku pergi pejabat kesihatan Bangi nak check darah. Tengah-tengah tunggu giliran tu...

"Adik sakit apa?"


"Saya baru baik denggi makcik.."


"Ouhhh..Makan sup ketam ye?"


"Errr...ok makcik."

Sup ketam lagi? Ahahaha..Aku gelak je.

Tapi oleh kerana ibu tercinta aku yang suruh aku makan sup ketam tu,maka dengan penuh rela hati aku pun makan. Bukan sebab apa,hanya kerana ibu yang suruh. Keberkatan itu yang aku harapkan. Keberkatan tu sesuatu perkara baik yang membawa kepada kebaikan kan? Jadi aku harap kebaikan tu ialah kesihatan. :)

Ada apa dengan sup ketam? Katakanlah...
Comments
5 Comments

5 comments:

  1. erkk. tulis entri ni pun sebab makan sup ketam ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini ialah blog personal.Bukan blog berinfomasi sangat.

      Delete
  2. Hahaha. aku teringat masa aku suspek denggi gak dulu. sup ketam!! dah la tak sedap. adoi la. aku syak itu lagenda dan mitos tu.

    ReplyDelete
  3. hehe...sup ketam...katakan semua ini mitoooosss.!!!katakanlahhhh

    ReplyDelete
  4. sup ketam satu ... ! hehe ..

    btw, jemput baca my new entry :) -->

    http://cheritakuhzara.blogspot.com/2012/02/berjalan-tanpa-henti.html?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...