Kahwin Vs Couple : Mana Lagi Hot?





Ini entry ringkas sahaja. Sebagai renungan bersama.




Teringat lagi masa aku dekat sekolah dulu , quote yang sangat favourite untuk orang yang nak RAMPAS awek/pakwe orang :-

"Sedangkan yang dah kahwin pon boleh cerai , apetah lagi yang kapel"





Anda berjaya mendapat 400++ like. Tahniah!




bila tengok status mereka yang baru bergelar pengantin baru,aku dapat simpulkan satu perkara:

"Kahwin tidak menjanjikan kesenangan,insyaallah akan menjanjikan ketenangan." :)



Anda berjaya mendapat 10 like. Tahniah?




Yang tak faham apa aku merapu ni meh sini aku terang betul-betul.


Kebelakangan ni aku rasa aku ni kuat mengupdate status FB yang agak berbaur kegatalan kemaluan. Maksudnya aku rasa macam status aku semua pasal kahwin. Adakah kerana aku semakin hampir ke gerbang perkahwinan sehingga aku merasa sedemikian? Harapnya begitu.


Namun itu bukan isu yang aku nak ketengahkan. Aku rasa menyampah dengan diri sendiri. "Bapak geli la kau ni.Upadate pasal kahwin je. Rumah tangga. Parenting dan segala bagai" aku cemuh diri sendiri. Bila aku fikir balik,ada sebab tiba-tiba menyampah tu datang kat diri sendiri.


Segalanya bermula bila aku menyampah tengok orang dok update status pasal perempuan. 


Fakta:-


Perempuan mempunyai dua kaki.


Yang update ni masalahnya lelaki. Dan bagi aku yang update spesies macam ni rasa dia hot kot? Sebab dia simpan ramai perempuan(dalam friendlist dia) sebab tu dia nak update macam tu kot. Ni pandangan aku la. Kalau pasal perempuan tak apa lagi,kalau pasal percintaan. 


Aku nak bagi contoh tapi aku tak reti. So contohnya macam yang awal-awal aku bagi kat atas tu. Haha..


Lagi aku bengang bila status yang couple-couple ni mendapat sambutan hangat. Beratus orang like. Tapi status pasal perkahwinan,benda yang halal. Shuuu~ Kena ugut letak pisau kat leher pun belum pasti orang nak like. 


Kesian aku.Hahaha..Ok,aku bukan nak perhatian suruh orang like status aku. Aku bukan jeles sebab status orang mendapat sambutan hangat. Aku cuba risau akan pemikiran dan keghairahan masyarakat kepada sesuatu perkara tu.


Lebih baik bercakap pasal kahwin dari kapel kan?


Lebih baik cakap pasal parenting dari percintaan yang tak pasti tu kan?


Lebih baik cakap pasal benda halal dari benda haram kan?


Halal atau haram yang masyarakat hari ini lebih cenderung? Kita nilai sendiri. :)

Comments
5 Comments

5 comments:

  1. hmm..bila aku nak kawin ni.. (tetibe)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku rasa dah sampai seru weh.tabung nuffnang dah penuh kan?haha

      Delete
  2. couple lagi hot la..

    hot kat api neraka.!

    ReplyDelete
  3. Lagi hot bial dah halal. Hehehe :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...