Qiam Rock


Satu perkongsian….

Alhamdulillah malam tadi aku dapat I’tikaf kat masjid. Aku memang berhajat sangat nak join membe-membe pergi I’tikaf kat masjid UIA tapi disebebabkan ada beberapa masalah maka hajat tak kesampaian. Sedih-sedih…. Maka malam tadi aku I’tikaf kat surau sebelah rumah aku je. Cikai gila kan bila dengar surau sebelah rumah. Tapi datang la surau rumah aku dulu, kita tgk sama-sama cikai ke tak cikai surau rumah aku ni..haha

Bukan pasal surau aku nak cerita kat sini sekarang. Aku nak cerita dan kongsi bersama apa yang berlaku selama program I’tikaf yang aku reka sendiri semalam. Banyak yang aku belajar semalam. Banyak yang aku lihat semalam. Banyak juga aku berfikir semalam. Pengalaman mematangkan fikiran aku. Apa yang aku lalui selama ini membuka minda aku untuk berfikir dengan lebih luas.. seronok…

Semalam sebelum aku lepak kat surau aku keluar dengan member-member aku. Ini sesi lepak-lepak ukhwah la ni. Dah lama sangat aku tak jumpa dia orang ni so aku ambil keputusan untuk bersama dia orang. Mungkin ada di kalangan pembaca akan buat apa-apa andaian yang negative bila baca post kali ini tapi apa aku kesah kan? Yang penting aku bahagia…haha

Aktiviti malam tadi berjalan lancar. Pukul 12 aku keluar rumah dan pergi kat tempat yang kita orang dah janji nak jumpa. Sampai-sampai memang dia orang dah ada kat tempat tu. Agak ramai dan semua yang aku jumpa semalam adalah mereka yang sudah hampir setahun aku tak jumpa. Almaklumlah dah hampir setahun jugak aku tak lepak malam.

Sembang-sembang. Chit-chat… Gelak ketawa. Macam budak-budak remaja sekarang lepak la suasana dia. Aku yang dah tertarik sangat dengan ada satu benda alah ni terus tak ingat dunia. Aku layan benda tu dengan ada la dua tiga orang member aku yang lain. Wooohhh.. memang berpeluh mengalir deras la malam tadi. Habis je aku skate, baju tu dah macam boleh perah buat siram pokok. Puas-puas…haha

Lepas dah lepak tu kita orang pergi lepak kat ‘maple’ pulak. Tak kan la korang tak tau maple ni ape kan? So lepas dah minum-minum kat sana and area pukul 2.30 baru kita orang gerak ke surau. Sepanjang kat maple tu, aku lebih banyak berdiam. Banyak yang aku belajar. Terbuka luas mata aku ni. Memang dahsyat gak budak-budak ni layan brader maple kedai tu. Tapi kalau nak kata terkejut tak jugak sebab itu biasa la. Reality remaja sekarang. Nak tau ape dia orang buat? Haha.. kita sembang belakang tabir la ya..

Pukul 3.30 kita orang dah siap untuk start qiamullail kita orang. Aku dah siap berpakaian macam tok imam. Memang aku la yang kena jadi tok imam sebab siapa lagi yang nak jadi. Kalau suruh member-member aku yang lain memang lari berterabur la gamaknya. Dah siap wangi-wangian. Siap lilit serban lagi tu tapi bukan kat kepala la. Kat leher suda.. Ala- ala winter.haha..

Siap je beberapa rakaat tahajud, aku bangun untuk solat taubat pulak. Bila aku cakap nak solat taubat je,

“weyh, kau solat dulu la. Aku tiba-tiba sakit perut pulak.”

“ Teruskan, aku nak pergi ambik wudhu’ jap.”

Dan banyak lagi dialog yang berlaku. Akhirnya aku tinggal dengan seorang lagi member aku yang masih setia. Aku pelik jugak apahal la tiba-tiba semua main lesap macam tu je. Aku tak puas hati dan Tanya la member aku yang sorang ni. Dia cakap..

“ Budak-budak ni mana nak solat taubat. Asal solat taubat je mesti dia orang lesap. Mana pernah aku tengok dia orang buat solat taubat. Dia orang cakap takut nak buat solat taubat sebab takut nanti buat lagi dosa dan maksiat yang sama.”

First time jugak aku dengar kes ni. Aku terdiam…

Lepas dah main pujuk-pujuk dan aku bagi sikit penerangan, akhirnya dia orang setuju untuk solat taubat dengan aku. Penat jugak la nak fikir ayat bagi dia orang faham konsep solat taubat ni. Aku kasi ayat syahdu la waktu tu. Bagi zikir-zikir yang sikit punya mendayu. Credit to ustaz zulkarnain sebab aku layan zikir dia yang aku selalu dengar kat sekolah. Hasilnya ada la sorang dua yang layan nangis..tapi kesan dia sekejap je la tapi masih ok sebab kekesalan tu tetap akan pernah ada dalam lipatan sejarah hidup kami.

Pukul 5 semua orang balik ke rumah masing-masing. Mula-mula cadang nak sahur kat kedai je tapi semua dah malas so rumah adalah lebih seronok. Esok pulak la kita orang sahur kat luar. Siapa yang berminat nak join boleh la hubungi aku ya. Haha..
Aku hanya nak kongsi pengalaman aku. Seronok pengalaman-pengalaman macam ni. Walaupun agak merbahaya kerana mampu menggugat prinsip diri tapi itulah cabaran. Memang akan ada orang datang kat aku dan cakap aku ni tak betol. Umpama meletakkan leher ke hujung pedang. But, this is my life. Kalau aku dah terlanjur dalam mencari hakikat diri ni baru tarik balik aku ke pangkal jalan ya. Setakat ini aku masih sedar diri..

Nanti ada jugak orang yang cakap aku ni salah sebab buat benda-benda ni. Terutamanya budak-budak sekolah aku. Jangan cakap belakang ya abang-abang dan kakak-kakak sekalian. Kita berbincang jom. Aku suka bertukar pendapat ni. Hahaha..

Dan yang terakhir ialah post kali ni aku bukan bermaksud nak riak cakap aku qiam segala bagai pada tengah pagi-pagi ni. Aku hanya nak kongsi macam mana aku bergaul dengan masyarakat luar. Aku ni secara jujurnya anti sikit dengan budak-budak nerd yang tak pandai bergaul. Sorry la bro..haha.. Jom kita belajar bersosial dengan orang. Macam mana nak memimpin kalau tak pandai berkomunikasi dengan orang lain. Tak kan la nanti nak ajak masyarakat pergi masjid kena ada buku manual kat tangan. “cara-cara mengajak remaja ke masjid” susah kan?haha.. siapa nak lepak dengan aku? JOm..ahaha

Sebarang maklum balas amatlah dialu-alukan… mohon maaf jika terkasar bahasa.

Sekian wassalam…=)
Comments
5 Comments

5 comments:

  1. MAPLE 2 APE BRO??

    ReplyDelete
  2. maple itu adalah mamak la bro..haha

    ReplyDelete
  3. ouhh....haha...

    bagus2....
    aku stju...
    kte kne pndai komunikasi baru blh tarik org...
    congrat 4 this post..

    ReplyDelete
  4. sosial2 gak tapi hati2 la jgn terpengaruh dgn keseronokkan lepak malam, apabila dosa bertukar nikmat susah la arieff. Sesungguhnya nafsu tidak pernah puas. Kehendaknya tiada batas. Syaitan pula tidak pernah tidur. Usahanya tidak pernah kendur. apa2 pun ak sokong usaha ko cuba berdakwah dgn cara mendalami hidup remaja sekarang, sosial.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...