Hikayat Sang Rambut


"My hair is my dignity"

"My hair is my pride"

Akhir sekali ada yang cakap..

"My hair is my life".....

Menarik bukan? Tapi inilah antara kata-kata yang pernah keluar dari mulut2 mereka yang amat sayangkan rambut mereka termasuk aku jugak la.Tapi aku tak cakap la benda2 kat atas ni. Walaupun rambut aku tak cantik tapi aku tetap sayang dengan rambut aku.hahaha...

Cuba tengok rambut aku kat gambar atas.. Sekarang semua tu tinggal kenangan je. Punyalah susah nak simpan rambut panjang macam tu time zaman2 sekolah ni sekali Zaappp... Keluar arahan untuk tarah itu rambut..

Post kali ni aku tak nak mengutuk atau berkata kepada mana-mana pihak kerana pasti akan ada yang terasa hati. Aku tahu akan ada yang terasa hati sebab antara pembaca setia blog aku ni adalah cikgu aku sendiri jadi kalau aku luahkan perasaan lebih2 pasal sekolah aku kat sini, kang ada jugak yang kena sound kat sekolah.lalala~

So aku nak cerita sikit kenapa rambut kami pelajar2 tingkatan empat kesemuanya kena tarah. Supaya para pembaca sekalian memahami situasi aku sekarang. Minggu lepas kami telah melalui satu perkhemahan tahunan jadi pihak sekolah telah mengeluarkan arahan kepada semua pelajar tingkatan empat untuk menggondolkan kepala. Memang tak bagi can langsung sebab diorang suruh potong pakai No.2. kejam tak kejam memang kena gondol jugak..Sedih2...

Antara yang menarik jugak adalah mereka yang mengatakan..

"Kena botak ni rasa macam kena bogel dikhalayak ramai"(18sg)

Memang sesetengah orang yang tidak biasa botak akan rasa macam tu. Cubalah bayangkan selama ni rambut panjang smart2 sekali kena gondol terus. sama macam selama ni pakai baju smart2 sekali kena bogel tak ada baju. Macam itulah perasaan mereka yang merupakan pencinta rambut.

Ada jugak yang keras kepala sikit. Tak nak botak terus pakai No.2 so mereka mengambil keputusan untuk potong ikut No.8. Memang jauh berbeza la tapi kata-kata menarik yang keluar untuk menggambarkan situasi tetap akan keluar. Mungkin agak kotor sedikit jadi saya mintak maaf..

"Potong pakai No.8 ni tak ada la rasa macam dibogelkan tapi still macam pakai b*a dengan sp*nd*r masih agak bermaruah jugak la tapi memang tetap malu"

Aku ni memang keras kepala sikit. Kalau kepala ni hentuk kat batu memang tak pecah. nak lawan kepala ni kena bawak sini kepala diamond baru aku nak tunduk sedikit. Tapi macam kauselor aku cakap batu lawan dengan air so kalau nak lawan kepala aku ni bawak sini air baru aku cool...Ni bagi tips ni..hahaha

So, kerana kekerasan kepala aku maka aku pon turut potong rambut ni pakai No.8. Masih ada rambut tapi tetap rasa botak.ish3...

Bagi aku, Rambut ni adalah identiti. style rambut yang kita buat melambangkan siapa diri kita. Kalau punk dia buat rambut punk, kalau goth dia buat rambut gothic dan kalau ada gaya ala-ala jambu dia buatla rambut belah tengah. Ada seorang ni pernah berkata kalau kita nak tengok seseorang tu berubah kearah mana kita tengok rambut dia berubah kearah mana. Kalau dulu rambut dia sikat kemas je tapi tiba-tiba dah start cacak sana cacak sini maksudnya dalam diri dia tu dah start ada problem la tu.

Lagi satu pendirian aku ialah rambut ini ialah sumber keyakinan diri. secara jujurnya dengan rambut aku panjang dan aku puas hati tengok rambut aku, tahap keyakinan diri aku untuk berhadapan dengan orang amatlah tinggi. Benda ni memang terbukti dalam kehidupan seharian aku.

Aku ingat lagi tahun lepas aku berpidato kat sekolah dengan keadaan botak(baru balik dari kursus KRS) then aku dapat No.2 tapi tahun ni aku berpidato dengan rambut yang panjang dan kemas maka aku pun dapat No.1.hahahaha..Fakta ni...Maka aku punya teori keyakinan diri bersangkut paut dengan rambut memang terbukti dan tak dapat nak ditolak lagi...

Mungkin setakat ini je aku nak cakap pasal rambut. Kalau nak cakap lagi boleh je berjela-jela sampai tak habis tapi takut korang tak larat nak melayan aku membebel la.. Semua yang aku tulis kat atas ni adalah pendapat dan prinsip aku sendiri. kalau ada sesiapa yang tak puas hati atau tak bersetuju maka korang ikutlah prinsip dan pendapat korang sendiri. Jangan kacau prinsip rambut aku...hahaha..

p/s: tengok brader kat bawah ni, botak pon masih macho walaupun muka dia kat dalam gambar ni pelik sikit. tak make up kot. So, kepada insan2 terutamanya kawan2 aku yang dah kena gondol jangan la bersedih. Nak rambut cepat panjang pergi la cari bond sapu kat kepala tu..Sekian

Comments
1 Comments

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...