ADDMATH 100%


Assalamualikum semua..

Semoga korang semua sentiasa dibawah rahmat dan lindungan-Nya. Hari ni aku nak tulis sikit lagi pasal ISTIDRAJ. Post kali ini ada sedikit kesinambungan dengan post semalam. Sebelum tu,Untuk pengatahuan korang semua, post semalam adalah post aku yang paling banyak komen. Apa masalah korang semua ni ha? Aku dah cakap aku tak mengharapkan komen yang banyak tapi kenapa korang semua komen banyak-banyak?hahaha.. by the way, terima kasih banyak-banyak lah sebab bagi sokongan kat aku untuk terus menulis. Nah ambil satu senyuman dari aku. Ni je hadiah aku dapat bagi.=)

Sebelum aku mula, aku harap korang semua dapat baca post ni hingga ke akhir sebab aku nak Tanya pandangan korang semua pasal satu benda ni. Haaa..post kali ni aku harapkan komen yang banyak. Lagi banyak lagi bagus ya. Korang tak komen, sedih la aku tau.hahaha…

Tadi aku buat aktiviti biasa yang aku biasa buat. Setiap hari kalau tak lepak dengan kawan-kawan aku sambil sembang perkembangan semasa maka tidak lengkap hari aku. Hari ni aku dengar satu lagi cerita yang aku nak kongsikan dengan korang. Semua kisah ni berkisar tentang ISTIDRAJ.

“Cikgu Fauzi, aku cakap memang terbaiklah. Siapa yang belajar dengan dia kalau tak pernah dapat 100% dalam exam memang ada masalah la. Bukan masalah cikgu Fauzi tapi masalah budak yang belajar dengan dia. Apa lah ke bengap sangat sampai Addmath yang senang tu tak boleh dapat seratus…”

Kawan aku yang aku lepak sekali semalam bukak cerita. Semalam dia cerita pasal budak yang kaki segala kaki yang bangang+ bengong dapat skor dalam spm. Hari ni aku tunggu pulak pasal budak jenis apa pulak dia nak cerita. Suspen ni..hehehe…

“ si A ni student kat SMK (*^$^& dan aku rasa dialah budak paling bodoh dan bangang kat batch dia. Kalau exam addmath tu, kalau dapat 5 pon dah kira rahmat gila *abi. Biasanya dapat kosong je. Dah jadi macam nobita la pulak.haha.. Yang paling teruk dia gaduh dengan cikgu, apa masalah dia pun aku tak tau. Dengan cikgu pun boleh gaduh ke?”

Aku tetap maintain. Aku ni cool. Btol tak? Dengan penuh ketenangan dan releks aku dengar cerita dia tu. Tak ada nya aku terkejut sebab aku tak terkejut pun kalau aku dengar pelajar pukul cikgu sebab kes anak pukul mak pun ada maka tak hairan lah kan. Kalau aku dengar cicit yang pukul moyang dia yang tua Bangka nak tunggu mati pun aku tak terkejut. Haha..

Kawan aku tu pun teruskan cerita dia. Dia cakap yang suatu hari si A ni jumpa pusat tusyen yang kitaorang tengah belajar sekarang. Maka bermulalah sesi pembelajaran dia dengan cikgu Fauzi ni. Nak dijadikan cerita, pada exam pertengahan tahun. Satu perkara ynag memeranjatkan telah berlaku. Memang terkejut gila khinzir la cikgu-cikgu kat sekolah tu.

Lepas cikgu kelas tanda, cikgu kelas sebelah pulak yang periksa betul ke markah dia ni.. tak puas hati jugak? Bagi kat cikgu kelas sebelah punya sebelah. Sama jugak? Senang-senang kita bagi ketua panitia yang periksa. Apa yang dah jadi? Perghh…ternganga semua cikgu kat sekolah dia. Memang sah si mamat ni dapat 100% untuk addmath dia.

Gempak kan cikgu Fauzi? Hahaha..terpromot cikgu addmath aku pulak kat sini. Sorry la ye.hehehe…

Aku memang tak nafikan kehebatan si cikgu dan aku jugak menghargai usaha yang hebat dari si mamat tu. Tapi korang tak terfikir ke, apa kenikmatan kalau kita dapat seratus dalam addmath tapi kita sakiti cikgu addmath kita kat sekolah. Kita sumpah seranah cikgu kita. Kita tumbuk cikgu kita. Rasa-rasa ada keberkatan ke? Kalau tak berkat apa guna ilmu kita ni?

Aku nak Tanya korang semua, kalau si mamat ni dah buat semua perangai yang aku dah sebutkan kat atas tadi, dengan kejayaan dia dapat tu rasa-rasa ISTIDRAJ tak?
Dengan kejayaan dia tu semakin hari semakin dia tidak hormat kepada cikgu-cikgu di sekolah dia. Sombong. Bongkak.”aku hebat,aku tak perlukan semua cikgu di sekolah ni”….

Mintak jauh la sifat-sifat di atas ye..pengajaran kali ni, sayangilah guru-guru anda. Peace.=)

*aku nak tanya pendapat korang. Korang rasa kalau aku nak tulis novel bersiri ok ke tak? Boleh ke aku menulis?Korang nak baca ke?hahaha… aku sebenarnya ada lah sikit-sikit idea untuk nak tulis cerita-cerita ni tapi aku tak ada kekuatan. Sokongan korang aku perlukan. Korang komenlah pendapat korang ye. Kalau macam tak memberansangkan, aku tulis sorang-sorang lepas tu aku simpan sendiri. Kalau nak baca pon aku baca sorok-sorok.hahaha..kalau aku tulis tapi korang tak baca buat apa kan? Buat semak je blog aku ni.hahaha..*

p/s: maaf kalau aku terguna bahasa yang kasar sehingga membuatkan korang terasa. Komen jangan tak komen ye. Peace.=)

sekian~
Comments
12 Comments

12 comments:

  1. hahaha.. addmaths mmg senag, saya sayang cikgu2 saya, mekaseh.
    ** tulis la.. ikot keselesaan diri, jgn harap sgt pndangan org lain, awak yg tentukan ye x?
    kalo dah ada hasil, ada la yg mmbacanya ^_^

    ReplyDelete
  2. tulis aje lah dik..apa2 pun boleh dapat kepuasan utk diri sendiri..org suka nak baca ke tidak..terpulang lah..

    ReplyDelete
  3. aku tak penah kenal kau pun dan kau pun memang tak kenal pun aku..haha tapi kan aku memang sokong 99% r kalo ko nak tulis novel tu..haha n aku akan jadik orang yang selalu ikuti citer kau tu pun kalo aku idup agi r..:) btw,sebelum ni blog kau jarang hapdet an,tapi sejak akhir2 ni makin rajen ko ye?..wei,ni first time aku komen kat blog ko ni jadi hargailah komen aku nih..wakakakaka ok,tak kelakar.
    bubbye!..

    ReplyDelete
  4. saje je nk komen2 kat sini..klw mmg 2 yg ko nak wat, tulis je lah. capai impian 2 wlw ape pn halangannye k? :)

    http://mantegakacang.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. th.. (u know who)14 December 2010 at 05:54

    komen ya pakcik? meh nak tambah komen ;)

    tulis ikut suka laa, asalkan benda tu dtg manfaat kat org lain. lain org, lain cita rasa. lain org, lain cara. so, kita ikut diri sendiri. nti sedar tak sedar ramai je yg suka dgn penulisan kita.

    done
    ;)

    ReplyDelete
  6. nak tambah komen jugak..teruskan bercerita ye..hehe

    ReplyDelete
  7. sy rasa ok jer kalau awak nak buat novel bersiri :) tentu menarik

    ReplyDelete
  8. woot!! nice story. .addmath 100% x pernah hayat. .ahaha

    ReplyDelete
  9. wah,,mahu tulis novel....habislah penulis novel..x dapt nak carik duit makan.....hehehe...
    novel bersiri royalty dia tinggi ker tak arh???hehe....

    ReplyDelete
  10. hehehe...sayangi la cikgu anda,kerana mereka bagaikan ibu bapa anda sendiri....
    berkaitan dengan nak menulis tu,kalu xbrani nak ambik risiko,camner nak berjayakan...cuba jaya...insyaallah kalu penulisan tu baik,akan dapat sambutan,kalu kurang baik,akan dapat penambahbaikan...

    ReplyDelete
  11. gempak lah anta sekarang. ana kasi tabik tinggi satu..

    tak caya, kawan ana camni sekarang.
    cadangan ana mudah je..

    tutup blog ni, dan gi buat benda lagi bermanfaat. (-:

    www.aktivismuaz.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. baik kau go go je! best per. takyah dgr ckp org len. aku yakin kau boleh wat buku best.

    tp aku pelik. rmi gle yg komen. mesti prmpuan. asal ek? haha

    -jejaksmpimati-

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...