Gejala Kentut


"errr..Bro, sini kosong tak?" Terketar-ketar suara aku..


"Haa..duduk-duduk. Tak ada orang kerusi tu.." Satu suara macho menjawab. Tapi dari penilaian aku, suara aku lagi macho..Haha..


Maka duduklah aku semeja dengan Bro Ben Ashaari. Aku diam je sebab aku tak tau nak cakap apa dengan dia. Haha..Aku banyak sembang dengan abg Wacana. Korang kenal tak? Mesti kenal kan? Haha..Maka berkenalanlah aku dengan beberapa orang blogger hari ini. Nak tau sapa, pergi tengok kat blog Ben Ashaari siapa yang lepak-lepak tadi, aku malas nak tulis. Haha..


Kembali kepada Perbincangan kita hari ini......


Apa pendapat korang tentang kentut? Haha..Aku sebenarnya fikir seratusduapuluhlapan kali nak buat entry ni ke atau tidak tapi memandangkan gejala ini semakin menular ganas di tempat aku, jadi aku memerlukan pendapat serta pandangan. Ini kes serius ooo..

Di suatu perkampungan...


Aku dihantui oleh manusia-manusia yang kuat kentut. Dah la kuat kentut lepas tu tak cover pulak tu. Tanpa segan silu "Aku kentut, kenapa?" Perghhh...C'mon la sheikh...Kalau kentut bau sunsilk ke perisa pudina ke tak apa la nak bangga tapi ni bau tah hape tah. Tak mampu nak ungkap di sini..Korang faham kan perasaan ni?


Nak lagi seronok pulak, aku ni dianugerahkan deria bau yang agak sensatif maka kesan bau itu telah melonjak kepada 3 kali ganda. Ohh tuhannn...Anda mampu bayangkan penangan itu? Kenangan terindah...


Dengan anugerah kurniaan tuhan ni, setiap kali ada pencemaran bau, dengan selambanya aku cakap "Joe, kau kentut kan? Makan nasi lemak eh pagi tadi?" Hebat kan? AKu dah boleh hafal bau kentut kawan-kawan aku. Haha..ini kurniaan atau dugaan??


Korang baca entry ni rasa nak termuntah tak? Aku serius rasa nak muntah biru je. Memang geli la bab-bab kentut ni. Mungkin sebab family aku memang amat pantang dengan hal ni. Nak buat projek, cari port baik-baik. Jangan kacau orang. Ini pesanan dari aku sekeluarga..Haha..


Mungkin ada orang yang jenis tak kesah pasal kentut merata ni tapi aku kesah. Siapa yang kesah angkat tanga cepat!! HAha..Jadi aku buat kesimpulan,


Kalau nak kentut, cover2 dan Kalau nak ketut merata jugak, pastikan bau kentut anda semerbak Kasturi. Ada faham? Haha..

Mood: Rasa macam nak berhenti berblogging...






Comments
17 Comments

17 comments:

  1. saya kesah [angkat tangan] ~~

    saya pon dianugerah tuhan dgn deria bau yg sungguh kuat.. mmg akn tau la ade bau kalo ade org kentot..huuuhhiiiuu..

    ReplyDelete
  2. Smlm aku terkentut time tgk Fast 5..rasa2nya tak dak sapa perasan

    ReplyDelete
  3. yuckkkkkkk;P

    ade mber kuat kntut.pmpuan laktu;(
    tulunnnlaahh

    ReplyDelete
  4. Perghh..orang belakang kau mesti masuk hospital hari ni.haha

    ReplyDelete
  5. paling tak suka org yg kuang ajar kentut merata rata. tak tau malu lansung. huuu

    ReplyDelete
  6. nk tau jenis kentut anda??.. klik ni web ni.. http:taugehberasap.blogspot.com/2011/05/apa-jenis-kentut-anda.html

    ReplyDelete
  7. rasa marah ada org naik kereta dengan saya. kalo nak kntut gtau awal2..bole bkk tgkap..nk brenti kt tepi jln pon saya sanggup...
    x sopan lgsung....

    happy blogging :)

    ReplyDelete
  8. apesal nk behenti? sepak kang

    ReplyDelete
  9. apesal kau nak berhenti blogging?

    ReplyDelete
  10. ZH:Tah la..aku pun tak tau..rasa macam bosan pulak sebab mcm tak tapat sambutan apa aku tulis..haha.p/s: act,sebab traffik aku jatuh skrg.Haha

    ReplyDelete
  11. hahaha
    sy pn kesah...
    xsuka org kentut lepas ni..
    skt ati tul...bau busuk..
    lau bau best xpe la..huhu

    ReplyDelete
  12. haha..lawak2...hidung yg kuat, haha

    ReplyDelete
  13. perlu ke kentut merata? rasenye tak perlu lah kan hee

    ReplyDelete
  14. aku ase aku sape yg ang mksodkan..
    hahahahaha

    ReplyDelete
  15. ............. *angkat tangan, kaki, kepala*

    sile warning dulu baru kentut.

    eh, budak tecik! jangan nak gatal hidung benti blogging ek.. den bakor laptop ni kang... *pastu senah bako aku pulak. nooooo!!!!!!!*

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...