Bersih 2.0 'Walk Of Democracy' : Di Kaca Mata Fahmi


Entry ini bukan entry berbaur politik. Aku bukan nak cakap aku kena tahan masuk lokap apabila menyertai Bersih 2.0 Rally. Pengalaman aku pergi ke sana. Ataupun pengalaman aku kena asap pemedih mata. Namun..Entry ini adalah luahan pemikiran aku apabila setiap kali aku terfikir atau terbaca... ‘berjalan untuk demokrasi dan keadilan’ ,‘Walk for Democracy’ 'Himpunan Rakyat BERSIH 2.0' dan yang seangkatan dengannya...

Hari ini kita hidup pada dunia akhir zaman. Nabi pernah cakap dunia akhir zaman ni zaman fitnah. Pergi sana dan sini semua fitnah. Kembali kepada zaman jahiliyyah. Ramai sudah lupa dan alpa matlamat diciptakan dan diutuskan ke bumi. Kejar pangkat, harta, perempuan dan sebagainya...

Memang zaman sekarang zaman fitnah. Sapa tak setuju? Aku yakin semua setuju. Kalau ada yang tak setuju tu, ada problem la tu. Haha..Orang buat fitnah sebab nak pangkat. Orang menipu sebab nak berjaya. Orang menindas sebab nak bertakhta. Orang nak kelentong sebab nak banyak untung. Cewahh.dah macam bermadah bicara pulak..ok..kita sambung lagi..

Hari ni kalau baca surat khabar, macam-macam cerita ada. Kena tipu sana, kena tipu sini, kena fitnah sana kena fitnah sini. Itu semua realiti ummat masa kini...

Dalam Quran ada mengisahkan....

Bagaimana saudara-saudara(adik beradik) nabi Yusuf yang jeles dengan nabi Yusuf telah menganiaya nabi Yusuf. Macam mana diorang nak menganiaya? Pertama kena tipu nabi Yaakob(bapa) cakap nak bawak nabi Yusuf ni pergi bermain. Bila dah buang si adik ni, kena tipu sekali lagi bahawa si Yusuf kena makan serigala.Penipuan demi penipuan...

Zulaikha telah menfitnah Yusuf ingin mencabuli dia. Dia ingin memuaskan nafsu. Dia ingin keinginan dia dipenuhi. Namun apabila gagal, dia perlu membuat fitnah demi melepaskan diri. Perlu menfitnah untuk mengatakan dia tidak bersalah. Pihak yang benar yang bersalah.. Fitnah...

Kisah budak sekolah...

Nak fly secara 'terhormat'...Telefon pengetua dengan menyamar sebagai bapa kepada pelajar, memohon kebenaran pulang ke rumah kerana ada kematian.(tipu pengetuan) Cakap kat warden yang pengetua benarkan pulang.(tipu warden) Telefon ayah suruh datang ambil kat sekolah. Pengetua benarkan balik.(tipu ayah) dan seterusnya penipuan demi penipuan terpaksa dilakukan demi melepaskan diri....

Kadang-kadang aku rasa sesak nafas bila memerhati dunia hari ini. Korang tak sesak nafas ke? Haha..Fitnah sana sini. Liwat, zina, molotov cocktail, komunis, dan macam-macam lagi jenis fitnah ditaburkan. Kelam mata aku sebentar. Benar atau tidak apa yang aku baca atau aku dengari ini?

Aku pun mengeluarkan kata-kata ala-ala pujangga..

"Seorang penipu akan menipu untuk menyatakan dia bukan penipu"

Ada pernah baca ayat macam ni tak? Ayat ni aku tak pernah baca kat mana-mana tapi terlintas tiba-tiba kat kepala otak aku yang geliga ini. Haha..

Penipu akan terus menipu sampai kiamat jika dia tidak bertaubat. Penfitnah akan terus menfitnah sampai kiamat selagi dia tidak bertaubat...Semoga kita tidak tergolong dalam golongan penipu dan penfitnah.Aminn...

Semoga Malaysia terus maju,aman,makmur dan dirahmati...

Mood: Balik bangi....
Comments
8 Comments

8 comments:

  1. aku sokong yg kte ni di akhir zaman n rmi suke brfitnah2.. nk elak brburuk sangka ni jgn la tanam sifat cemburu n dengki plus politik yg berunsurkan dendam ni tak bawak ke mana-mana pun.. huhu.. peace :D

    luangkan sedikit masa http://eleventx.blogspot.com/2011/07/demonstrasi.html

    ReplyDelete
  2. tak heran fahmi bila kita baca dalam paper sana sini tipu dan sana sini fitnah...kerana surat khabar sekarang pun dah jadi penyebar kepada fitnah dan tipu daya...;)

    ReplyDelete
  3. tipu dgn memanipulasi ayat. sama kan? :P

    ReplyDelete
  4. moral of the story: politik bukan hanya diaplikasi dalam kerajaan. kat mana-mana pun politik. er.. salahguna politik.


    bile la nak baik sume ni?

    ReplyDelete
  5. Perhimpunan ke tak perhimpunan, yang paling penting..kita bersihkan diri kita dulu..

    ReplyDelete
  6. so,,wat the conclusion according to your topic?????

    ReplyDelete
  7. amin..aku tak tahu sgt
    pasal semua ni..
    tapi thanks lah weh berkongsi..
    manusia kn..mmg gitu..=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...