Kearah Generasi Miskin Kufur




Aku nak jadi orang kaya. Duit aku ada berzillion zillion. Dalam tabung haji aku ada 5.4 billion. Dalam bank islam aku ada 4.5 billion. Kalau campur BSN, CIMB, Maybank dan semua bank yang ada kat dalam dunia ni, jumlah dia adalah 2.3 zillion.

Aku nak ada banyak tanah. Dekat putrajaya tu hampir separuh tanah aku. Masjid besi dengan masjid putrajaya tu sebenarnya dibina atas tanah aku. KLCC tu pun sama, tanah aku. Dekat Kedah 3/4 tanah sawah semuanya aku punya. Kelapa sawit yang luas-luas tanah tu Sime Darby beli kat aku.

Aku nak ada banyak rumah. Tak kiralah rumah apa. Rumah pangsa, rumah panjang, rumah pendek, rumah banglo, rumah semi-D sampailah kepada segala jenis rumah yang wujud kat dalam dunia ni. Ada sebijik istana kat setiap negara..Ermmm..Cukup la.

Kalau nak cerita pasal aset syarikat-syarikat aku pulak memang sampai esok pagi tak habis aku nak berhikayat kat sini. Setiap negara dah rasa tempias-tempias pengaruh syarikat aku. Sedangkan aset aku dekat Somalia pun dah dekat 10 billion apatah lagi dekat negara macam UK, US dan yang seangkatan dengannya. Malas la nak cerita kan..

Mata duitan? Mata perumahan? Mata tanahan? Mata Asetan? haaa...Mata apa lagi nak label kat dahi aku ni? Sila-sila dengan segala hormatnya. Hahahaha...

Duniawi gila la kalau fikir macam kat atas tu kan? Apa? Ingat dunia ni selama-lamanya ke? tapi dengan tenangnya aku masih tetap dengan pendirian dan angan-angan aku kat atas tu. Siapa nak ikut aku, jom teruskan membaca. Kita tengok apa disebalik angan-angan tu.

Nabi pernah cakap kemiskinan ni membawa kepada kekufuran. Macam mana boleh jadi macam tu kan?

Cuba korang bayangkan korang jadi orang miskin. Korang nak makan pun susah. Memang serba kekuranganlah. Tiba-tiba datang bantuan dari badan yang ingin membantu. Dan bila dia dah bantu kita,kita kenalah sokong dia. Tapi apa akan berlaku kalau orang yang kita terpaksa sokong tu golongan yang terpesong dari islam?? Tapi kalau kita tak sokong, dia nak bagi kita bantuan lagi ke? Pening-pening...

Sebagai contoh macam Surat khabar hari ni pasal kisah ibu tunggal yang dapat bantuan dari pihak kristian. Nasib baik dia tak terpengaruh dengan agenda gereja tu. Tapi bro, tu baru berita pasal seorang ibu tunggal. Kita tak tahu berapa ramai yang dah tergugat dan terpesong dah. Betul tak??

Kalau jadi orang yang berharta??

"Oleh kerana saya dapat projek besar kat negeri ni jadi saya rasa nak wakafkan bangunan 4 tingkat kat atas tanah ini untuk kegunaan sekolah. Boleh??"

Ini kisah benar ye. Memang ada orang yang macam ni. Aku pun terkejut. Selamba dia je nak sumbang bangunan 4 tingkat. Bukan seringgit dua beb. Mana mainn...

Kesimpulannya: Berusahalah wahai ummat islam untuk memajukan diri. Dunia adalah ladang akhirat. Kalau kita papa di dunia apa kita mahu tanam di dunia ini untuk akhirat kita? Ini untuk perbincangan skop amal jariah sahaja.

Fahmi: Mimpi besar,rumah besar,amal besar,pahala besar, syurga besar. Namun..isteri ramping dan begitu juga bidadari-bidadari yang sedang menunggu di sana..Whaahaa!!
Comments
8 Comments

8 comments:

  1. terbaik bro...

    *kalau pemimpin x makan harta anak yatim xde la dorg meminta2 sedekah mcm yg kite tgk hari kn??

    latest entry Andai dia Jodohku & Bila Perempuan KENCING BERDIRI

    ReplyDelete
  2. Sebab tu kita orang islam yang benar-benar islamnya kena kaya raya duit melimpah. Bayar zakat sampai tak ada orang miskin dah kat negara.

    Macam zaman umar abdul aziz kalau tak silap aku, dah tak ada orang yang layak terima zakat.hoho.

    ReplyDelete
  3. good entry..:-D

    org islam ni sepatutnya lebih kearah memajukan dri sendri...mmg skang ni ramai org kristian yg cube nk meruntuhkan institusi islam dgn cara mnghulurkan sumber kewangan..

    sekarng nipun ade je remaja berstatus islam tapi pakai rantai salib..moge kite dijauhkn dari anasir2 tersebut..

    ReplyDelete
  4. btol tu FAHMI..tp tu pemerintah yg btol2 pegang pade amanahnye..ingt akan TUHAN nye,smpi kn duet zakat da xthu nk buat ape zmn dlu...

    but now?berpuluh2 thon mereke memerintah berduyun2 rkyt miskin kt ngre nie..

    ReplyDelete
  5. En. Fahmi...
    leh tolong bgtau x kat kerajaan selangor skrng...Tolong gunakan zakat negeri selangor yg berkoyan2 itu(jgn asyik nak canag jer..kutipan zakat tertinggi kat Msia jer)...utk membantu golongan2 yg memerlukan..tolong lah potong segala tape2 (redtape) yg diorng sokmo buat tu kat pejabat zakat..utk membantu mereka2 ini...Pengalaman berada kat Pusat Zakat kat Klang..betul2 buat gua bengang...depan mata gua...ada makcik (ibu tunggal) dgn 4 org anak nak minta bantuan baju sekolah...jawapan org kat kaunter..sila isi borang..dptkan sign dr ketua kampung bla..bla bla..walhal..makcik nak mintak 300 jer pun...pulanglah makcik tu ngan hampa...bila jawapan yg beliau dpt...Makcik kena tunggu yer..lepas semua2 nie...baru ler permohonan diluluskan...sadis..!!!
    Mana pergi duit ratusan juta tu!!!!! yg gua tahu..zaman KERAjaan sgor dulu...ada guna duit tu utk buat tournemant golf!!..jgn ler kerajaan pilihan rakyat juga kelabu asap ngan power...jd begitu jua...Harta..kuasa mmg UJIAN!! sekian...
    p/s: sorry..gua agak emo ngan isu ini ^_^ Peace!!

    ReplyDelete
  6. salam,
    sedih betul!
    yg kaya makin kaya. duit x tau nak buat apa. pergi beli baju nak kat oversea je. PRADAlah,VESACElah, LVlah bagaii!!
    tapi org miskin kat negara sendiri nak dapat sesuap nasi pun punya la seksa...

    ReplyDelete
  7. Durra:Gua akan cuba tegur itu kerajaan(siapalah aku ini) haha..Dah ada blog,buat la entry untuk bahan bacaan rakyat,btol tak? Gunakan medium yang ada untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat dan kerajaan. Kalau ada yang baca la kan? Haha

    ReplyDelete
  8. Eqbalzack:Tu la pasaallll...!!!kalau benda segala bagai tu beli pakai duit hasil tanam pucuk ubi kat belakang rumah tak apa la jugak, ni main baham je apa yang ada tak kira sapa punya. Huuuu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...