Gambar Artis Pegang Anjing: Antara Ilmu,Iman dan Amal




Gambar artis pegang anjing? Aku tidak hairan langsung sebab jangan kan pegang anjing,gambar artis seksigambar artis bogel, gambar artis berkhalwatgambar artis bercumbu,gambar artis beromen dan segala jenis gambar tak senonoh artis boleh keluar jadi isu.

Ini bukan entry nak bergossip pasal artis. Aku tak pernah tulis entry macam ni. Aku bukan nak hentam mana-mana pihak secara khusus. Tapi aku nak ambil isu ni untuk aku nak hentam semua orang termasuk aku. Haha..

Tak percaya ni bukan entry gossip? Baca dulu sampai habis..

Kenapa aku cakap aku tak hairan? Memang aku tak hairan langsung bahkan tak ada la aku nak kecoh sana sini ” apa kejadah artis Malaysia hari ni..” dan segala bagai. Benda besar pun dorang tak lepas, apatah lagi benda kecil-kecil yang jarang berlaku seperti bela anjing ni.

Aku ada komen kat blog Pembawa Wacana..
Kalau dah tak pakai tudung,kompem jahil iman rosak. Hukum yang jelas, pakai tudung pun tak dapat dilaksanakan apatah lagi kes yang jarang-jarang macam ni. Tidak ramai yang tau hukum berkaitan anjing ini tetapi aku rasa semua tahu yang pakai tudung ni wajib. Betul tak? So tidak pelik kalau orang yang tidak pakai tudung membela anjing. Boleh kaitkan macam ni tak?haha

Bagi aku kalau benda besar dan jelas seperti pakai tudung pun dorang tak boleh nak patuh, memang mimpi la benda macam ni dorang nak berhati-hati. Hukum pakai tudung dah tau jelas. Aku yakin setiap orang islam kat Malaysia ni tau hukum pakai tudung wajib. Tapi aku yakin tak semua orang islam di Malaysia tau hukum berkenaan anjing. Betul kan??

Kalau dah jahil, macam mana nak beramal kan? Main redah je buat semua benda. Nampak anjing comel sikit terus angkut buat binatang peliharaan. Jangan terkejut kalau lepas ni keluar gambar artis pegang Babi pulak. Sebab aku rasa babi pun comel. Haha..

Tapi kalau iman tidak ada, tidak guna juga ilmu itu sebab dia tak akan beramal. Mesti ada persoalan macam ni timbul kan ? Bagi aku, tuntut dulu ilmu sebab dari ilmu itu iman akan bercambah. Kalau tak ada ilmu pasal tuhan, macam mana nak kenal tuhan. Betul tak?

Kesimpulannya,

Tuntutlah ilmu kerana orang yang beramal tanpa ilmu itu SESAT !! Jika ilmu agama tidak penuh di dada, macam- macam boleh berlaku. Kalau aku cakap seorang imam telah didapati membela kacukan Babi dan Anjing yang mana keharamannya dua kali ganda di Kampung pisang, korang percaya tak? Tak mustahil kan? Segalanya mustahil dikala akhir zaman ni..

Fahmi: Ini hanya pendapat aku sahaja. Maaf kalau aku terlalu syadid, berkeras dalam hal begini.
Comments
2 Comments

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...