Pentingnya Cita-Cita Luarbiasa : Bisnes


Bismillahirrahmanirrahim....

AMARAN: Sila baca entry ini sehingga habis agar anda tidak terseleweng dari landasan pemikiran yang sebenar!

Aku bukanlah manusia yang hebat. Aku bukanlah pelajar yang mendapat keputusan cemerlang sepanjang tahun. Aku bukanlah manusia yang kaya raya duit melimpah ruah. Aku bukanlah dan bukanlah sehebat mana pun. Aku hanya insan biasa. (Intro yang tak boleh blah) Haha..

Entry kali ni aku nak cerita tentang pengalaman bisnes aku. Aku ada buat bisnes? Ya, aku ada buat bisnes,tapi kecil-kecilan la. Tak ada la berjuta-juta punya bisnes. Kecil-kecilan je. :)

Ada beberapa orang sering bertanya macam mana aku boleh buat duit sendiri. Macam mana aku boleh ada pendapatan sendiri semuda ini. Jap, maksud aku pendapatan ni yang mencukupi untuk menampung hidup aku dan juga pasangan aku. Erkkk.. setakat ni aku sorang je. Hehe..

Kalau pendapatan setakat boleh beli coki-coki tak payah cite la kan? Haha..

Ipad,laptop,kelengkapan untuk aku masuk study ni semua aku guna duit sendiri. Aku tak mintak kat ayah aku. Tapi ada je dia hulur duit kat aku,aku ambik. Cuma kalau mengikut pengiraan pembelajaan,tak cukup la nak tampung. So aku berjaya berdikari sejauh itu setakat ini. Yeaaahhh!!

Apa bisnes aku? Meh aku nak share sikit.

Lepas SPM, aku tubuhkan sebuah syarikat berdaftar bawah SSM yang bernama Thaiyibah enterprise. Jom tengok kat sini ---->> http://www.thaiyibah.com/

Seterusnya aku cuba menceburkan diri dalam bisnes online. Bermodalkan ilmu, aku pun mulakan. Maka berjayalah bisnes ini. ---->>https://www.facebook.com/AlQuranUntukWanita


Aku juga ada bisnes provide service pengiklanan. tapi ni santai-santai jela.

Dan setakat ni aku ada aset dalam 5 angka gitu. Aset apa? Itu tak perlu aku cerita kat sini. Hehe..

Aku pun tak sangka aku boleh pergi sejauh ini. Alhamdulillah berkat usaha keras aku selama ini. Berapa banyak aku dapat sebulan? Lepas la nak beli boxer 200 pasang. Kekeke..

Macam mana aku boleh mulakan dan tekad untuk melakukan semua ini? Semuanya bermula dengan cita-cita! Ya,segalanya bermula dengan cita-cita yang kita tanam dan sematkan dalam jiwa. Bagaimana kita merangka cita-cita kita,begitulah kita merangka perancangan mencapai cita-cita tersebut.

Ok la,senang cerita dan nak dipendekkan cerita, pada zaman dahulu kala aku bercita-cita untuk berkahwin ketika sedang belajar. Bagi masyarakat kini, ini satu yang luarbiasa dan akan dipandang serong. Tak di pandang serong? Cisss.. aku tau la akan dipandang serong sebab aku dah pernah kena. Hahaha..

"Boxer pun beli pakai duit mak ayah,pastu berangan nak kahwin awal? Puuiihhh!!"

Bersambung.....

Fahmi: Jangan ada IM cakap aku show off suda. Haha


Comments
2 Comments

2 comments:

  1. bebisnes ni msti kuat..niesa ni ada hati nk berbisnes tp xjalan2..hahaha..

    Selamat maju jaya ya dan selamat berpuasa..eheh.. (^_^)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...