Mencari Teman Hidup Untuk Dibawa Ke Mesir



Bismillahirrahmanirrahim..

Seperti biasa aku akan memulakan entry aku dengan ucapan basmallah. Semoga mendapat keberkatan dan dirahmati. :)

Wowowow.. Satu lagi entry yang mempunyai tajuk yang mampu menimbulkan pelbagai impresi awal. Ya, aku memang suka bermain dengan tajuk entry aku. Walaupun kadang-kadang agak melampau,namun masih dalam skop perbincangan lagi. Teruskan membaca!

Dalam masa sebulan setengah dari sekarang aku akan melanjutkan pelajaran aku di mesir. Nun jauh di tengah padang pasir sana. Di kelilingi pak arab dan gadis arab. Ok, itu tak perlu diperkatakan.Haha.. Maka terdetik di lubuk hati aku:

"Perlukah aku mencari pasangan hidup yang baru? Suasana yang mencabar di negeri orang nanti mungkin menuntut aku mencari pasangan yang dapat membantu dan memberi sokongan yang padu kepada aku. Ya.. Aku rasa aku perlu mencari si dia itu!"

Lantas aku terus membuat status di Facebook aku dan beberapa fanpage kepunyaan aku untuk meminta pandangan dari sahabat-sahabat yang prihatin.



Ini handphone model kesayangan admin. Namun begitu, tidak lama lama lagi admin akan melanjutkan pelajaran ke Mesir. Maka admin ingin menukar handphone. Model apakah yang sangat sesuai untuk kegunaan admin sebagai seorang pelajar perubatan?


Mohon cadangan dari anda semua~



p/s: Admin dah ada iPad. Untuk ebook. Hehe

Yes, persoalan anda sudah terjawab! Teman hidup yang aku maksudkan ialah Handphone. Betul la kan? Berapa jam je dalam sehari korang tak bersetubuh(letak dalam poket) handphone korang. Betul tak? Dengan isteri yang halal pun tak sekerap ini. Whoaaa!

Jadi saya ingin menyusun sepuluh jari ini memohon anda semua memberi cadangan yang bernas lagi membina kepada aku. Wajarkah aku membeli smartphone? Ataupun aku teruskan hidup dengan pasangan hidup aku yang cukup tough dan lasak ini? (Jatuh tingkat 2 tak jadi pape)

Pandangan dan komen dari senior-senior yang sedang atau pernah belajar di Egypt amatlah di alu-alukan. :)

Ok, tukar topik!

Kalau dah rasa nak tukar pasangan hidup, maka aku perlulah bekerja keras untuk mencari dana bagi merealisasikan impian tersebut. Aku bukanlah anak bongsu yang manja dan mendapat apa sahaja apabila meminta. Aku seorang yang berdikari dan mampu berdiri sendiri menggunakan kudrat pemberian ilahi (cewaahhhh)

Maka aku pun semak baki duit dalam akaun Says.com aku. Alhamdulillahhhh.. Walaupun tak banyak, tetap membantu!


Jumlah simpanan itu meningkat hari demi hari. Dah cukup RM300 nanti nak cashout. Boleh la beli apa yang patut sebelum pergi ke Egypt ni. :)

Anda tidak tahu apakah itu Says.com?

Says.com ni tempat korang boleh buat duit secara online. Sambil online facebook atau twitter tu, korang share kempen yang ada kat says ni, korang boleh dapat duit dah. Sangat mudah. Nak tahu lebih lanjut, jom daftar dulu

Jom daftar kat sini --->> http://bitly.com/daftarahlisays

Tiba-tiba aku rasa macam jadi duta Says.com hari ni. Promote pasal dorang tanpa mengambil bayaran. Haha..

Sampai sini sahaja entry aku kali ini. Satu je aku minta, tolong beri pandangan tentang Pasangan Hidup aku ni. Urgent! :D




Comments
16 Comments

16 comments:

  1. Kalau setakat nak call n mesej, rasaya setia je lah pada yang lama tu.
    Tapi bagi orang yang sibuk, better la pakai smart phone untuk catit apa yang patut dan reminder sekali. Itu boleh membantu

    *mad'u ramai nanti pun senang sikit nak ingat bila catit. Tak de la lupa. Heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh.. saya orang biasa sahaja. tak ada la sibuk dengan mad'u tu.hehe..

      Kalau dah ada ipad,still nak beli smartphone ke?

      Delete
    2. tuuudiaa saranan senior qowiyy! :P
      fahmi g u mana nnt?




      Delete
    3. Siapa eh akhi nakal ni? hoho.. insyaallah al-azhar. :D

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. wah! ipad still ade ye.. :D

    aku pun guna henset same je macam yang ko guna tu. boleh sms dengan call, tu dah cukup.

    kalau nak online, boleh je guna ipad ko tu.

    *kalau nak beli henset, beli kat mesir nanti sebab adik aku yang belajar kat mesir cakap henset kat sana murah. tapi kalau tak murah jangan salahkan aku pulak. haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh..taiko datang komen kat blog aku.

      Dari henset murah aku ni la dah jana 5 angka income aku.haha..

      Adik kau kat mana eh? leh gak lepak2 ngn dia nanti.hehe

      Delete
    2. ceh.. taiko mendenya, kuli je. haha!

      aku dah guna macam2 henset tapi henset tu paling best sebab cepat dan mudah nak reply sms customer. :D

      adik aku kat tanta. memang aku tak bagi la dia lepak ngan kau sebab dia pompuan. hahaha!

      kau bila pergi mesir?

      Delete
  4. ikut kmmpuan...tp klau rs yg lma dh ok..gn je la ..:)

    ReplyDelete
  5. salam. awak,byknye dapat says tu? cmne nk promote suh ramai2 org tgk ni... *out of topic sikit. asif

    ReplyDelete
  6. mak aih bahasa dia kemain =.='

    orang kaya, nak beli handphone yang cikai2 sudaaa, aku takut je, kat cairo banyak kes npon budak melayu kena kebas sebab diorang tau budak melayu kaya rayaa, contohnya hang! haha :P

    (komen tak membantu langsung #lol)

    ReplyDelete
  7. Gnakn je yg lma sbb fungsi adlh hnya utk brckp dn brmsj,kn! Knpa prlu utk yg bru sdgkn yg lma kita blm kenali rapat pasangan idup itu???? So u're genius.

    ReplyDelete
  8. salam,,baca entry awk kali nie smpai tergelak..lawak2 ! salam lebaran :D

    ReplyDelete
  9. hehe..ingatkan ape td... xpe2 enset mmg penting...tp better pakai yg biasa2 jer..gee pn guna yg model lama je...even skang nie byk enset lagi canggih kat kedai tu..yang lama tetap berguna.. hehe (^_^)

    ReplyDelete
  10. tajuk sangat penting.. akk nk writing journal pun kne fikir tajuk yang gempak.. good luck dik

    ReplyDelete
  11. makin lama baca, makin mengarut je entry blog nih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...