Mufti Perancis Kecek Kelate Sokmo!

Bismillahirrahmanirrahim..

Amaran! Saya akan merapu dan over acting pada entry kali ini. Berwaspadalah! Whoaaa! :D

Kebelakangan ini saya agak sibuk maka saya tidak sempat untuk update blog ini dengan pengisian-pengisian yang membangunkan jiwa pembaca(angkat bakul sendiri). Maaf saya ucapkan. Namun ada beberapa pihak yang menggesa dan mendesak saya untuk update, kata mereka rindu dengan penulisan saya? Erkk.. Maka muncullah entry baru ini. Selamat membaca! Haha..


Nampak gambar kat atas ni? Semua orang tahu kan gambar ni kat mana? Kalau tak tahu, sila muhasabah diri anda. Adakah anda manusia atau katak. Katak yang sedang bertapa di bawah tempurung. Hehe..

Paris bakal menjadi salah satu destinasi honeymoon saya selepas Haramain.(dah start dah~)

Ok kembali kepada tajuk entry ini. Saya nak share pasal talk yang saya dengar tempoh hari. Talk yang telah disampaikan oleh seorang jejaka yang saya kira cukup hebat. Ya, serius hebat dan saya teruja!

Beliau merupakan seorang Mufti di Tanta dan dalam masa yang sama juga merupakan seorang Mufti di Paris. Umur beliau jika tak salah saya ialah 34 tahun. Kalau dah kata mufti, memang hebat la kan? Lagi-lagi mufti di Mesir. Hebat! :')

Yang paling hebat, beliau fasih berbahasa melayu. Itu tak cukup mengujakan. Bahkan beliau sangat fasih berbahasa melayu dengan slang kelantan. Kecek kelate! Perghhh.. masa dia bagi talk, kami yang budak bukan dari kelantan ni ternganga jugak la. sebab tak faham. Haha..


Siapa lagi hensem? Haha.. abaikan quality gambar yang sangat buruk itu. Huhu..
Pengisian Sheikh :

1) Kita perlu ada pengkhususan dalam bidang masing-masing

Saya sangat tertarik dengan point ini memandangkan saya bakal menjadi doktor(insyaallah). Sheikh kata kita perlu pakar dan benar-benar pakar dalam bidang yang kita ceburi. Sebagai contoh apabila saya menjadi doktor, saya perlulah menjadi pakar dan menjadi sumber rujukan. Jika saya pakar sakit puan, maka jika ada apa-apa masalah tentang puan-puan sekalian,sayalah tempat rujukan puan-puan dan cik-cik sekalian. Whoaaa! :p

Jangan jadi doktor biasa sahaja. Ummah memerlukan pakar-pakar dalam setiap bidang. Suatu hari nanti jika kita memerlukan seorang pakar dalam bidang nuklear, kita boleh rujuk dari pakar kita yang merupakan seorang muslim. Ingat, bukan pakar atau raja dalam kampung sahaja, tetapi menjadi pakar yang menjadi tempat rujukan seluruh dunia!

Ini salah satu usaha dan strategy kita untuk membangunkan ummah dan menegakkan khilafah islam semula. :)

Pengisian saya:

Saya ada seorang sahabat. Dia merupakan antara orang-orang hebat yang saya kenal. Beliau merupakan anak kepada seorang pakar bedah Cardiothoracic di HUKM. Kalau tak silap saya ayah beliau juga merupakan pengarah HUKM. Tidak dinafikan darah hebat ayahnya mengalir subur dalam diri sahabat saya ini. Kami antara pelajar cemerlang SPM 2011 di MATRI dulu (nak angkat bakul sendiri jugak aku ni) Haha..

Nak dijadikan kisah...

Sejak kecil beliau ingin menjadi doktor pakar seperti ayahnya. Keputusan peperiksaan beliau sentiasa Tip Top. Memang dahsyat! Tak dinafikan. Huhu..

Setelah selesai SPM, beliau dilanda dilema. Beliau minat bidang perubatan namun dalam masa yang sama beliau juga minat untuk mendalami ilmu Fiqh. Maka beliau meminta khidmat nasihat dari ayahnya. Akhirnya ayahnya mengatakan bahawa:

"Pilih satu bidang dan jadilah pakar dalam bidang itu. Kita boleh nak jadi doktor dan pandai dalam bidang fiqh dalam satu masa yang sama tetapi akhirnya kita tidak mampu untuk menjadi pakar dalam kedua-dua bidang tersebut. Kita hanya biasa-biasa sahaja di dalam bidang fiqh dan perubatan ini. Pilih salah satu dan jadi pakar dalam bidang tersebut. Pakar sehingga menjadi tempat rujukan. Itu matlamat kita!"

Nak dipendekkan cerita, akhirnya sahabat saya ini memilih untuk mendalami bidang fiqh. Beliau ingin menjadi pakar dalam bidang ini. Ya, ummah khususnya Malaysia kekurangan pakar yang benar-benar pakar dalam bidang ini.  Saya mendoakan beliau sukses dan cemerlang. Insyaallah beliau juga akan menjadi azhariyun bersama saya di mesir kelak. :)

Jom layan video Sheikh ni cakap kelantan jap:


Ini zaman beliau masih muda. Saya percaya ramai yang pernah tengok video ini. Mari kita lihat video yang saya record hari tu. Video terbaru beliau. Maaf jika kualiti sangat teruk :

Klik SINI untuk melihat video. Maaf saya tak dapat upload. Huhu..

Sekian sahaja dari saya.

Fahmi: Ini kisah saya dengan Mufti France. Nantikan kisah saya dengan Aiman Azlan dan ramai lagi tokoh-tokoh hebat. Insyaallah saya akan kongsikan dengan anda semua. Semoga diberi kekuatan. :)
Ada satu kelainan dalam entry kali ini. Siapa perasan? Hehe..


Comments
3 Comments

3 comments:

  1. Guna 'saya'. Lol. Sopannya. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah! Anda berjaya mengesan kelainan tersebut.hahahaha..:p

      Delete
  2. Sheikh ni, rasanya, kita jumpa dia pada hari yang sama, tapi waktu yang berlainan. Beliau mengimamkan tarawih dekat surau dekat-dekat rumah haritu. Beliau kata beliau penat pasal haritu beliau ada sampai 3 program dalam satu hari. Habis hilang suara bagi tazkirah lepas habis tarawih.

    Tapi kagum betul. Maybe dia mencontohi Sultan Muhammad Al-Fateh yang boleh kuasai 7 bahasa dengan fasih. Kita? Bila lagi~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...