Tips berjaya Di dunia.....



Amaran keras: kepada yang ingin membaca artikal ini,sila baca hingga ke huruf terakhir kerana sekiranya anda membaca separuh, mudharat yang besar akan menimpa anda. ianya umpama anda makan nasi lauk asam pedas campur gulai nangka tetapi anda tidak makan apa-apa jenis buah yang mengandungi serat. maka anda akan mengalami masalah membuang air besar yang amat serius. ini semua berpunca dari pemakanan anda yang tidak lengkap. sama juga dengan post ini,jika tidak lengkap, anda akan mengalami sembelit dalam mengamalkan inti pati artikal ini. Terima kasih...


Cerita Dongeng 1

“Awak…jom kahwin nak?” pujuk Hydrogen kepada Oxygen yang tengah kelihatan resah gelisah.

“Saya tengok awak dengan si Copper tu macam tak bahagia je. Asyik-asyik ada masalah kewangan. Nak bayar sewa rumah pon nak kena pinjam duit kawan. Kesian saya tengok korang.” Oxygen masih lagi tertunduk sedang memikirkan sesuatu.

“Mungkin kalau awak kahwin dengan saya awak akan lebih senang dan bahagia. Saya insyaallah boleh beri kebahagian kepada awak..” Hydrogen masih tidak putus asa untuk memujuk buah hatinya untuk menerima dirinya. Sudah lama dia menunggu peluang ini.

Nak dijadikan cerita maka berkahwinlah mereka berdua dimana berlangsungnya perkahwinan mereka didalam dewan cylinder…….kesian si Copper. Siapa suruh tak banyak duit,kan dah kena tinggal dengan awek..hahaha..

Cerita Dongeng 2

“Awak..jom kahwin dengan saya nak?” Soal Hydrogen kepada Oxygen.
“Kenapa saya perlu kahwin dengan awak? Apa yang awak ada dan apa yang awak boleh beri kepada saya?” Bertalu-talu soalan dilontarkan semula kepada Hydrogen. Riak muka Hydrogen kelihatan berubah. Mungkin sedang memikirkan jawapan yang meyakinkan.

“Saya akan cuba yang terbaik untuk bahagiakan awak.” Dengan muka penuh keyakinan Hydrogen jawab.

“awak ada apa? Awak pakai kereta apa eh?” perghh..soalan yang agak berbaur kematerialistikan..

“Saya ada kereta wira aeroback warna hitam yang memang kelihatan sporty.” Jawab Hydrogen dengan sepenuh hati. Biarlah agak kelihatan materialistik asalkan aku dapat Oxygen.

“Apaaaa? Wira hitam???” Soal Oxygen dengan riak muka yang sukar nak ditafsirkan. Hydrogen pula kelihatan agak suka kerana dia sangka yang Hydrogen tertarik.sekali…

“Sorry la awak, saya takut nanti saya naik wira tulang belakang saya sakit sebab seat dia murah. Lepas tu saya takut aircond dia boleh menjejaskan PH kulit saya memandangkan wira pakai compressor yang local. Tambahan pula bau didalam wira tidaklah sesedap bau yang dikeluarkan oleh material Porche. So kalau awak nak kahwin dengan saya,beli la kereta yang lagi mahal dari porche ye. Beli la Lambourgini ke. Baru la best. Ni wira je. Apa kelas bro…” Ternganga Hydrogen mendengar kata-kata Oxygen.

Tak terkata sehingga terduduk. Memang tidak dinafikan yang si balak Oxygen memang kaya. Mana tidaknya, si Magnessium tu ada dua bijik kete siap dengan sebuah banglo. Kalau aku ni apa je yang ada. Wira dengan satu unit flat….huuuuu….


Kisah benar…(tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka)

“Mak bukan apalah kan tapi mak tak berapa suka dengan kerja kamu sekarang ni. Tak ada masa depan. Stabil pun tak berapa pasti lagi Din. Apalah sangat yang kamu dapat dengan kerja sebagai cikgu. Kalau cikgu sekolah mak tak kesah sangat tapi ni cikgu tuisyen. Berapalah sangat yang kamu dapat dengan kerja ni.?” Mak limah berleter panjang kepada anaknya. Bukanlah leter benci tetapi leteran sayang dan mengambil berat terhadap masa hadapan anaknya.

Yang si Din ni dari tadi hanya membisu. Apa yang ada dalam kepala otak dia, Mak limah tidak dapat membaca.

“Mak kesian tengok kamu tiap-tiap hari naik motor buruk tu je. Itu aje lah harta yang paling berharga yang kamu ada.” Makin pedas tikaman Mak limah ni. Berasap semua lubang kepunyaan Din. Tunggu la mak ye, satu hari nanti saya akan buktikan yang saya stabil bahkan lagi stabil dari ayah.hehehe…

Dia melabuhkan punggungnya keatas sofa merah mewah itu. Nikmat dan selesa sungguh dapat duduk atas sofa ini. Dia melepaskan nafas panjang..ahhhh…

“Pakcik bukan apa tapi pakcik tidak berapa selesa dengan kerja yang kamu buat sekarang ni. Apa-apa yang berlaku nanti anak pakcik jugak yang susah. Jangan sampai satu tahap kamu nak bayar duit sewa kamu kena pinjam duit kawan. Tak nak pakcik biar anak pakcik dapat suami macam kau.” Tersentak Din mendengar kenyataan tersebut.

Merah padam muka Din memang tak dapat nak disembunyikan lagi…
Aduhhh..apalah nasib aku ni. Kene leter dengan mak tu okay la lagi, ni kena reject dengan bakal bapak mertua sendiri. Sedih betul hidup aku kalau macam ni. Hampeh betul semua orang.takpe-takpe, silap la korang pandang aku sbelah mata je. Satu hari nanti taulah sebenarnya langit tu tujuh lapis. Bukan satu!!!

Satu tahun berlalu…

Din pulang ke kampungnya dengan wajah berseri-seri. Ada sesuatu yang besar dia nak lakukan hari ni…

“ mak,nah ambil duit ni. Saya niat nak belanja mak hari ni. Dah lama saya tak belanja mak. Dulu-dulu saya belanja sirih dengan pinang je saya mampu. Tapi hari ni ambil la duit ni eh. Bulan depan saya bagi lagi.” Din menghulurkan not-not kertas berwarna biru yang berjumlah dua ribu ringgit Malaysia.

“Cukup tak mak? Kalau tak cukup saya nak up lagi seribu.hehehe..” terpaku mak limah mendapat duit sebegitu banyak daripada anaknya. Betul ke anak aku ni. Dulu naik moto buruk tahap tak ada mudguard. Sekali hari ni datang hulur dua ribu kat aku macam tu je.

“kau biar betul din, jangan sebab kau nak bagi mak duit ni setahun kamu simpan duit tiap-tiap hari makan maggi je?” mak limah masih tidak dapat mempercayai. Tah-tah anak aku ni pergi rompak bank ke ape ni.

“mak ambil je duit tu, ni saya ada lagi satu hadiah.” Din menghulurkan satu kotak segi empat kepada mak limah.

“ NI la namanya iPhone 4. Saya tau mak tak reti pakai tapi saya beli jugak sebab dia yang paling mahal dan canggih di pasaran sekarang.hehehe..” dengan muka bangganya Din menyusun satu demi satu perkataan itu..

“Jap, tak cukup dengan itu. Saya sebenarnya ada beli satu benda ni. Tapi untuk saya je la. Saya bawak benda tu ari ni tapi bukan mak. Saja nak bagi mak usha-usha. Usha je tau mak. Tapi kalau mak nak boleh jugak. Saya beli baru lah.hehehe..” Ini memang dah gaya riak tahap gajah. Jalan tak ingat orang. Main pijak je masa jalan tu. Sama lah macam si Din ni.



Ni la gambar si Din dengan kekasih baru dia. CIk Civic-ah. Ada ta marbuthah kat belakang tu sebab betina. maka bercintalah mereka berdua...tamat cerita...

post kali ni aku nak citer pasal dua benda...

1) Adat dunia sekarang ni, manusia lebih memandang kepada harta benda. memang tak boleh nak elak. tapi bukan semua orang lah kan. adalah beberapa spesies yang jenis macam ni tapi tak boleh nak salahkan diorang seratus peratus sebab persekitaran membesar jugak memainkan peranan.setuju?

2)Yang kedua ni yang utama sebenarnya..yang petama tu panas jari je nak menulis. so, yang kedua aku nak cakap pasal lubang-lubang rezeki. Dunia hari ini,tertumpu kepada golongan veteran la. kebanyakan diorang ni lebih mempercayai mereka yang bekerja dengan kerjaan. sebab apa? sebab dorang rasa anak dorang akan lebih terjamin dan stabil masa hadapan. Bagus sebenarnya niat dorang ni...hargailah ye para pembaca sekalian yang kalau2 ada parent jenis macam ni..hehe

TAPI, akak-akak, abang-abang, pakcik makcik sekalian jangan lupa yang 9/10 rezeki datang dari hasil perniagaan. benda ni bukan teori beb. ni nabi kita sendiri cakap. Tak kan la dia nak kelentong kita ummat kesayangan dia ni. Jadi, kalau korang kerja kerajaan dok makan gaji je..itu sebenarnya korang dapat 1/10 je. rugi la weyh,ada lubang yang lagi menarik dan mencabar, korang nak terhegeh2 pergi cari lubang yang bosan dan tak mencabar. tak rasa lah kenikmatan dia..hahaha...

Berbalik kepada si Din, kalau korang nak tau berapa gaji dia sebagai cikgu tusyen, aku boleh bagi tau. nak tau tak? kalau nak tau la..dia pernah bagitau kat aku yang gaji dia setiap bulan 5 angka. ulangan..5 ANGKA...bapak dia yang pencen kerajaan pon xhebat macam dia.haha..

SEbab tu la dia leh belanja mak dia iPhone 4. rileks je dia bagi padahal orang tua tu nak membaca pon tak lepas. tapi dia saje nak beli sebab dia nak buktikan kat mak dia yang dia stabil dan hidup senang. maka hilanglah kerisauan yang melanda mak dia selama ini...(sebelum dia nak balik rumah, mak dia bagi balik iPhone tu sebab mak dia cakap tak reti guna,selamaaattt duit din.hahaha)

Ok lah. aku bagi satu cadangan lah bagi nak memenuhi hadis nabi kesayangan kita ni....

lepas keluar U korang buat bisnes dulu. lingkup? buat lagi..kalau lingkup lagi? buat lah sampai sembilan kali tapi kalaulah yang kali kesembilan tu lingkup jugak,cari lah kerja kerajaan sebab korang dah memang jenis melingkupkan je. buat kerja semua tak jadi. bisnes pon lingkup so baik keje kerajaan je la eh...hahaha...

Kepada pembaca yang ada idea yang lagi best, boelh la kongsi-kongsi ye..sebelum mengundur diri aku nak mintak maaf la kalau tersalah kata. terlucah sini sana. maaf nohh...hehehe

asslamualaikum...
Comments
5 Comments

5 comments:

  1. tambahan, kalau tgk donald trump la kan. dia bukanlah makan gaji dengan kerajaan.duit pencen pon tak ada.bahagia je idop dia. lagi satu, bill gates bukanlah seorang officer di bank negara US. dia tak makan gaji pon. dan tak ada jawatan besar dalam apa-apa agensi kerajaan tapi jangan fikir dia tak makan gaji dan tak ada duit pencen dia xleh hidup senang...itulah hasil berniaga..masyukk bhai..hahaha

    ReplyDelete
  2. setuju! haha. based on experience, mmg apa yg nabi cakap ni betul. bukan setakat 9/10 rezeki, tp boleh didik semua benda. dari segi terima risiko, sabar dlm nak bina empayar,hal nak cope dgn rasuah dlm bina bisnes etc. boleh didik mcm mana nak jd islam yg sebena. masa depan pun terjamin, tak risau pape hehe. wallahua'lam :)

    ReplyDelete
  3. tips berjaya di akhirat xde??? dunia hanyalah sementara... akhirat kekal selamanya.

    ReplyDelete
  4. tips berjaya di akhirat?ok,cuba kau buat bisnes sampai jadi jutawan pastu kau boleh derma berjuta-juta.buat sekolah ke,madrasah ke.saham tinggi tu.kau mati,pahala masyukk je..tp kalau kau kerja makan gaji je nak derma lebih2 takut duit yuran sekolah anak tertangguh pulak. nak jadi cter pulak,garam kat rumah kau abis pulak.nak beli gaji tak masuk lagi.sebulan lah kau makan makanan tawar je.boleh low blood pressure tu.bahaya.hahaha..kalau kau kaya,cbe tgk bill gates.rileks goyang kaki je leh derma berjuta2 kat charity.tp dia xbest la sebab org kapir.kalau kau,dapat pahal bhai..untunggg...btol x?lagi satu kau dah ikot sunnah nabi dah.berbisnes.xke berjaya hidup org islam yang cuba mencontohi nabi?kaya tambah berkat gitu..huhuhu...=)

    ReplyDelete
  5. hahaha, macam tahu je cerita pasal siapa :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...