??True Love??


"semua dah siapkan graf?"


semua orang masih tekun menyiapkan graf masing-masing. Hari ni kelas anggerik belajar topik linear law dalam subjek matematik tambahan.

Tiba-tiba cikgu bersuara.....

"Semalam ada seorang student ni datang kat cikgu. Dia tanya apakah maksud cinta sejati."

shuuu~

Apahal cikgu ni, mabuk cinta ka?

" Kalau nak tau cinta tu cinta sejati atau tidak kita lihat bagaimana tindakan kita apabila orang yang kita cintai tu mencintai orang lain."


Semua orang terdiam. Cikgu, kami masih budak-budak. Hal cintan cintun ni kami tak faham...


"Kalau orang yang kita cinta tu tidak cinta kepada kita namun sebaliknya mencintai orang lain, maka kita akan merelakan si dia bersama dengan orang yang dia cintai asalkan si dia happy. Kau happy, aku turut happy."


" Habis tu kita yang tak dapat cinta yang diidamkan tu macam mana? Tak ke frust menonggeng?"


"Kau yang kena reject tu, terima je la. Sape suruh muka macam mangkuk.hahaha"


Hampeh punya cikgu. Nasib baik kau cikgu, kalau tak aku dah sumpah jadi tahi gajah kering dah...


"Kalau dia tak balas cinta kau, terima je la. Kau buat lah keputusan yang menggembirakan dia. Contohnya kau lepaskan dia dan biar dia bersama orang yang tersayang. Kalau kau kacau dia, mesti dia rasa tak selesa dan tak happy. Kau biarkan dia hidup dengan happy. Kalau betol kau cinta dia, dengan kau nampak dia happy, kau pun akan turut sama happy."
"Kalau kita nak jugak dia cikgu?"

"Itu namanya kau mangkuk simen yang tamak."
Semua pelajar yang tengah buat latihan terhenti. Memang menarik topik hari ni.


"Ni kaum lelaki dengar sini, cikgu nak bagi pesanan sikit."


"Kalau kita nak tau isteri kita betol-betol sayang kita macam mana?"


Soalan tu memang menarik perhatian semua orang. Ada yang cakap isteri tu akan patuh segala arahan yang kita bagi. Isteri tu akan selalu masak untuk kita. Ada jugak yang cakap isteri tu akan tunggu disisi kita sepanjang waktu kita sakit. Siap urut urut badan lagi.


"Semua tu betol tapi ada satu jawapan yang paling tepat iaitu..."


"Isteri kita akan bagi kita kahwin dua."


Perghh..semua ternganga..Ape kejadah cikgu aku mengarut tengah hari macam ni..


"Kalau betul isteri kita tu sayang betul kat kita, bila kita nak kahwin dua mesti dorang bagi. Sebab bagi dorang, selagi suami bahagia,mereka pon akan turut merasa kebahagian tu."

"Tapi cikgu, kalau dorang tak nak bagi kita kahwin dua?"

"Haaa..itu masalah mangkuk tamak jugak la. Nak semua benda milik dia sorang je susah la kan?"

"Tapi korang kena ingatlah..Kalau isteri kita bagi kita kahwin dua, itu bermaksud dia sayang gila-gila kat kita so, kalau dah ada bini yang dah sayang tahap macam tu, buat apa nak cari lagi sorang kan?haha.."


Semua orang angguk. Memang betul juga apa yang cikgu aku cakap ni..
Comments
12 Comments

12 comments:

  1. haha. ayat last tu btol. dah bagi tu, maknanya sayang. dah tau sayang, buat ape nak kawen dua.

    ada paham? huuuu

    ReplyDelete
  2. naseb baek ade phrase last tuh, kalau tak aku sembur dah kau. bykla sayang kasi kawen lagi satu mcmtuuuh!!!? HAHA.

    ReplyDelete
  3. fuhh..nasib baik rajin nak tulis phrase last tu..kalau tak ape la nasib aku..hahahaha

    ReplyDelete
  4. Tang kawin dua ni lelaki memang suka sangat la tu...kalau suami tu sanggup kawin dua..maknanya dia tak sayangkan isteri dia kerana sanggup tengok isteri dia menderita..

    ReplyDelete
  5. hehe..ske bce tp ble smpaI jer tang kwen due tuh..ishh...x tw na kate pe..hikhikhik

    ReplyDelete
  6. huiks.. kawen 2 yer.. nape tak 4 skali..

    ReplyDelete
  7. mcm tricky plak ayat cikgu ko tu..

    bro.. jemput join segmen pertama aku sempena penghujung 2010 kat entri ni.. http://fyzals-territory.blogspot.com/2010/12/yang-termanis-dan-terpahit.html

    ReplyDelete
  8. susah nak cari cinta sejati... and mangkuk simen yang tamak? hahahha ape hal cikgu nih hehe

    ReplyDelete
  9. yup2...btul 2...ade kalanye, kte kn melepskn org yg kte syg prgi utk kbhgiaan dia...andai si dia sdr yg kte lpskn die sbb kte syg sgt kt dia, insyaAllah si dia akn kmbali...

    ShinoXyuna

    ReplyDelete
  10. naseb baik bace smpai habes..kalau tak,, hahhhhahaaha

    ReplyDelete
  11. ni mesti cikgu f ni hahahahhaa

    ReplyDelete
  12. wah2..
    sonok nyer kalu cikgu ni ajar incik pakwe aku...
    eh, lpe lak..
    ble mse lak aku de pkwe.. haha ;D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...