Bila duduk sorang-sorang mesti aku akan berangan atau mengimbas memori lalu(ceh). Tak kesah la berangan nak kahwin ke, nak belajar kat negara orang ke atau pun berangan apa-apa sahaja lah. Jadi tadi aku terkenang satu peristiwa yang pernah aku lalui...
"Bau ape ni oiiiii!!! Orang dalam tengah buat ape lama-lama tu, sikit-sikit sudah la.."
"Aku baru masuk la jebon, kau tak reti nak sabar ke?"
"Asal kau berak busuk sangat ni ha?"
"Aku tak berak pun la...."
Aku pelik. Kalau bukan dia yang meghasilkan bau itu, siapa lagi? Tak kan aku dah bocor sendiri kat dlam seluar ni. Mana la tau tak tahan punya pasal. Huuu...
Aku pun jalan-jalan sekitar tandas sekolah aku tu. Aku buka setiap pintu bilik mandi. Buat spotcheck ala-ala warden sekolah dah. Ini kes berat ni. Bau kuat tapi sumber masih misteri. Dan akhirnya aku tendang pintu bilik mandi yang terakhir maka........
"Hai!! Nama saya Coco."
Maka segala persoalan serta misteri telah terungkai. Mr COCo di atas ni lah yang menghuru-harakan keadaan asrama aku.
Ada ke patut budak junior ni tak tahan nak melepas terus dengan senang hati bukak seluar dan Qada hajat di bilik mandi(shower) tanpa sebarang rasa bersalah. Selesai melabur, hasil keuntungan diagihkan sama rata di setiap pelosok dinding bilik mandi. Indah mata memandang, indah lagi rasa nak pelempang. Aku dapat makhluk ni, siap aku kerjakan. Hishhh..
Nasib baik aku tak jumpa pesalah berkenaan. Kalau tak dah aku jahit-jahit pintu pelaburan itu. Hahaha...
Nak dijadikan cerita, aku ada seorang kawan yang sangat baik hati. Dengan sukarela dia pun membersihkan benda itu tanpa rasa geram pada si pesalah. Tahi junior dibersihkan oleh seorang senior??Hebat!!!!
Maaf, aku bukan jenis baik hati maka aku tak ada nak tolong bersihkan benda tu. Maaf lagi sekali ye..hahaha
Mood: Teringat pengalaman sekolah lama...Senior yang sangat baik kepada Juniornya..huuuuu
perghhhh bau telorrr!!! (gaya johan rl dlm HKLBR) hahaha!! eleh, sudahlah fahmi..aku tau ko yang berak kat situ sebenarnye kan?? nak kate junior lak yang berak...perghhh!!!! tak baik doh suruh kawan yang basuh!! perghhh!!! (hahahaha)
ReplyDeleteHAhaahaha..ini memang komen yang membakar. Aku rasa nak bakar belog kau tuanku.Siap kau,aku buat huru hara kat belog kau pulak.hahahaha
ReplyDeleteperghhhhh!!! tolong! tolong! ade org nak bakar blog aku!! hahahaha (jgn marah aaaaaaa)
ReplyDeletehahaha teruk perangai..tak senonoh betul..
ReplyDeletesape senior tu? layak jadi AJK Kebersihan.. haha!
ReplyDeleteserius..respect habis sama senior tu...LIKE!