Hitamnya Aku...


Balik-balik rumah mak terus cakap,

"Kenapa muka hitam sangat tu? Tak ada sinar dah mak tengok"

"Biasa la mak, kat sekolah tu panas dah macam kat dalam oven. Ni kira ok lagi. Ada kawan dah rentung.Tinggal mata dengan gigi je yang masih putih.."

"Banyak lah kamu macam oven. Muka kamu ni muka hitam sebab tak baca quran. Hilang dah sinar kat muka tu. Nasib baik ada iman lagi, kalau tak hitam dah sama macam orang kafir dah..."

GUlpp..!!!

"Saya baca quran la mak..."

"Kamu tak payah kencing mak lah..mak dapat rasa. Kalau orang yang selalu berdamping dengan quran, muka dia ada sinar tersendiri. Jernih je muka dia. Bagi la muka hitam macam arang pun, muka dia tetap kelihatan bersinar.."

Tertunduk dengar ceramah mak. Terus pergi tandas ambil wudhu'. Capai naskah quran dan kedengaran suara orang mengaji ala-ala Syeikh Syuraim..

Pesanan kepada diri dan pembaca: Jom lah baca quran ramai-ramai..Peace~
Comments
6 Comments

6 comments:

  1. wow...terus masuk dalam jiwa ek..=)

    ReplyDelete
  2. hehehehe....(hanya mampu tersengih) sbb eden pun baru lepas makan cili :D Yeahh....terbaeekkk!!

    ReplyDelete
  3. bukan setakat baca je. tp kene amal. klu baca bnyak mana pun, tp amal ciput,
    kapel, hati tak jaga apa sume. tak guna gak kan? ;)

    nice post ;)

    ReplyDelete
  4. dulu 70 minit dimulakan dengan mengaji..wahh lama dulu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...