Saya Ingin Menjadi Blogger Pilihan Di Sahabat Blogger


Ini ialah entry terakhir aku untuk minggu ni. Kejap lagi aku nak balik sekolah(kau budak sekolah lagi rupanya). Entry ni merupakan salah satu contest yang dianjurkan oleh Sahabat Blogger . Jadi siapa yang nak masuk boleh Klik Sini.

Kat bawah ini ialah soalan-soalan yang aku perlu jawab. Jom terjah.hehe

Tangan aku ada gaya Karam Singh Walia tak?

Nama blogger?

Fahmi. Nama aku sendiri. Haha

kenapa pilih nama url blog yang anda pakai?

Aku pilih http://storyoffahmi.blogspot.com/ sebab kat blog ni hampir kesemuanya entry tentang kisah hidup aku(storyoffahmi). Mungkin ada la sikit-sikit perkongsian dari sumber luar.

sudah berapa lama berkecimpung dalam arena blog dan kenapa?

Dah buka akaun blog ni hampir setengah tahun. Pada december 2010 baru aktif berblog ni. Kenapa? Pada awalnya hanya buat entry hasil penulisan aku iaitu cerpen. Hanya sebagai perkongsian hasil karya aku tapi mula December lepas aku luaskan skop perkongsian aku kepada pengalaman hidup aku pula.

apa yang anda aspect dari dunia blog anda?

Aku hanya mengharapkan kepuasan diri sendiri apabila dapat berkarya walaupun orang tidak membaca. Walaupun begitu, aku masih mengharapkan kritikan dari pembaca kerana insyaallah aku boleh terbina dari kritikan bernas dari pembaca=pembaca aku.

sahabat blogger itu apa pada diri anda & juga blog anda?

Sahabat blogger ialah Group KESAYANGAN aku. Aku kenal ramai insan-insan yang famous amous tetapi berhati mulia dan sentiasa rendah diri di sana. Dari sahabat blogger aku boleh meminta pendapat serta pandangan berkaitan blog aku agar aku dapat tingkatkan kualiti penulisan dan blog aku.

Mood: Kenapa entry ni macam skema semacam je? Adakah kerana kat dalam gambar tu aku pakai tie?hahaha..Balik sekolah jom.huhu

Comments
3 Comments

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...